RSS

Desperate Cuti. Aku ke?

Hari ni, hari last cuti.

Bunyi macam nak cuti lagi je.
Yer. Memang hati meronta mahu sambung cuti. Cuti selama 9hari seolah-olah tak cukup. Padahal setiap hari aku habiskan bersama en. Hati kesayangan.

Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan.

Cuti. Memang tak cukup setiap masa pun. Walaupun setahun pun masih tak cukup kalau selagi masih berjauhan dengan en. Hati kesayangan. Kan.

Semasa mengajar di Rembau, aku tak de lah desperate cuti. Cuti ada ke takde ke, kekadang aku tak ambil peduli pun. Bila dah datang Kuching, aku rasa sangat-sangat desperate cuti. Geleng kepala sambil picit. Supaya hilang sedikit denyutan yang ada Di kepala.

Hairan.? Hmm. Tak Hairan jugak.
Aku jauh dengan en. Hati. Tengok dia pun jarang-jarang sekali. Memang jadi macam tulah. Aku harap sangat tahun ni bawak sinar. Senyum.

Kena ada perbaharuan jugak dekat diri sendiri yang selalu terdesak nak cuti Dan asyik fikir cuti macam aku ni. Nampak macam teruk sangat je.

Ya. Memang aku jadi teruk kalau berjauhan dengan en. Hati. Ini masih teruk dalam kawalan lagi. Jangan teruk luar kawalan sudah. Kalau teruk luar kawalan, itu maknanya aku dah sediakan surat. Amboiii.

Ok. Sekarang. Masih boleh dikawal lagi. Senyum.

Jadual perjalanan balik.
Bulan January, 1x.
Bulan Februari, 2x.
Bulan Mac, 2x.
Bulan April, 1x.
Bulan Mei, 2x.
Bulan Jun dan seterusnya, belum difikirkan lagi.

Aku tak percaya ngan diri aku.
Serius. Inikah aku.?
Pengangkutan awam aku 2x sebulan adalah airasia. Haha.

Mesti ada yang cakap aku giler. Dan jugak banyak duit.

Tak. Aku tak banyak duit. Duit gaji banyak ku habiskan dengan tiket bas airasia aku tu. Hoho.

Kalau banyak duit, kalau simpan duit pun, hati aku tak bahagia, Tak guna jugak. Kan?
Lantaklah apa nak dikata. Aku tak boleh berdiam diri kalau tak tengok en. Hati lebih dari 2minggu.

Jumpa bonda permaisuri pun sama. Hehe.
Bulan 1 & 2. Dah tengok bonda permaisuri. Jumpa bonda bulan 3 plak. Hehe.

Aku memang desperate cuti. Pertama nak jumpa en. Hati. Kedua nak jumpa bonda.

Sekarang segalanya dah berubah. Senyum.







Nota Pinky;
"Fikirlah apa semahu mu. Janji aku bahagia begini. Lagipun sementara tunggu pindah je ni. Hehe"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

maria firdz said...

kuatkan smgt Allah tahu yg terbaik utkmu...

piNky LuCiA said...

Insyallah kuat lg ni.;) Terima kasih dengan semangat yg diberikan.