Isu posting.
Ramai betul yang bercakap. Bukak FB penuh ngan komen-komen pasal posting. Bukak group, sama. Buka halaman utama, ya. Juga tentang posting.
Posting dan Aku.
Tak nak komen tentang posting ke?
Hmm.. Aku sebenarnya malas mahu mengomen tentang posting. Eh! Bukan sebab aku dah jadi guru interim ya. Mungkin sebab sekarang ni aku bukannya jenis komen itu ini. (Ye ke? Aku rasalah.) Tapi aku pegang 1 sahaja. Rezeki kita, kalau Allah tangguhkan tu mesti ada sebab. Mesti ada hikmah yang Allah akan berikan.
Kekadang rasa sangat mementingkan diri. Seperti tidak ada perasaan pun ada. Tambah dengan blur yang memanjang menyebabkan aku menjadi manusia yang tak kesah tentang apa-apa. Malas mahu berfikir.Berfikir dengan banyak. Sudah semestinya aku tak punya masa yang banyak untuk fikirkan benda yang tak sepatutnya. Banyak berfikir akan menambah rumitkan keadaan. Kekadang sesuatu keadaan perlu masa supaya ia berlalu. Biar masa yang selesaikannya. (Biar awet muda menguasai diri. ngeee..)
Adakah itu di namakan sabar?
Entahlah. Aku pun kurang pasti.
Kekadang ade juga perasaan geram. Tapi ia akan cepat berlalu dengan keletihan bekerja dan kepenatan memikirkan tentang perangai pelajar yang semua pelik-pelik. Oh! Allah. Tolong lah hamba mu ini..
Ok. Sekarang masa untuk rehatkan minda. Tak mahu situasi / perangai pelajar yang macam-macam berlegar dalam otak ni sampai mahu pecah. Peace. No war. :)
Nota Pinky ;
"Hari ni dah 7hb. Tak sabar menunggu 22hb untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sini. Sudah penat. ;p"
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment