Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.
Dah lama tak tulis blog.
Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kesuntukan masa. Atau kekangan internet yang sangat laju menyebabkan aku fed up. Dan hanya memandang sepi blog kesayangan.
Siapa tahu. Mungkin akan datang internet di sini akan laju. Mungkin.
Jungkit bahu.
23.01.2016
Genap 40 weeks baby in my tummy. Kebanyakkan kawan-kawan tak tahu aku pregnant. Malas nak besar-besarkan. Hihi. Saje nak buat surprise pada semua.
Ok. Berbalik pada topik asal.
Aku dah risau sebab pagi ni masih belum nampak tanda-tanda nak bersalin. Risau memikirkan yang doktor akan induce sebagaimana yang diberitahu misi tempoh hari.
Tapi bila check up ngan doktor, aku tak boleh induce sebab parut czer masih baru. So Alhamdulillah. Lega 1 perkara. Tapi untuk proses bersalin normal, doktor akan tolong. Walaupun risau, tapi masih mengharapkan dapat bersalin normal. Insya Allah.
Alhamdulillah. Jam 5 petang dah rasa sakit perut. Jam 9 malam turun darah. Jam 12 tgh malam masuk labor room. Jam 2.50 pagi bersalin. Jam 5 pagi masuk wad biasa bersama baby. Alhamdulillah syukur pada Ilahi yang memberi nikmat ini.
Terima kasih pada en. Hati yang memberi kekuatan semasa proses aku melahirkan baby kedua ni. I love you, Sayang.
Merasai proses bersalin secara normal.
Sangat menginsafkan aku. Terus teringat semua kenakalan, kedegilan, kerasnya kepala, macam-macam ragam lagi aku ngan mak, menyebabkan aku menangis teresak-esak. Dan sempat aku memohon keampunan atas semua dosa yang aku lakukan. Mulianya hati mak sebab mak cakap, mak dah ampunkan semua dosa aku. Allahuakbar.
24.01.2016
Alhamdulillah. Telah lahir seorang lagi putri seperti yang aku idamkan. Marah en. Hati kalau dia tahu aku berdoa mahukan baby pompuan. Hoho
Faqihah Husna binti Ridzuan.
Selamat datang ke dunia kami. Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Amin.
Nota Pinky;
"Hari ni nak balik Jerteh. Harap semuanya selamat. Amin."
Selamat datang, Faqihah Husna
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum.
Hye semua. Haha. Bajet macam lah ada orang baca blog aku. Takde maknanya. Aku memang membebel sorang-sorang dari dulu sampai sekarang. Kikiki.
Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, kawan mawan dan pada sesiapa yang kenal aku secara sengaja atau tidak atau kenal tanpa pengetahuan aku. Haishh... Banyak plak aku nak sebut.
Aku mohon ampun maaf, jika terkasar bahasa, tersilap bicara, terkata apa yang tak kena dan segalanya la. Harap dimaafi.
Sebenarnya update last adalah pada akhir bulan 5. 2bulan lalu. Nak update setiap hari..tapi sekarang tempoh aku sentapkan diri. Terkejut dengan sesuatu. Mungkin ambil masa lah nak menerimanya dengan hati yang terbuka.
Lagipun sekarang sekolah ngah busy ngan fail2 apa ntah. Segala jenis fail dimintaknya. Dah 2 bulan ni tak settle2 lagi mintak fail yang macam2 tu. Tapi 1 habuk pun aku tak buat lagi. Insya Allah hari ni akan start buat. Mood dah datang sikit. Hihihi.
Susah betul jadi cikgu sekarang.
Hihi. Tapi seronok dan terhibur bila pelajar ntah apa2 sikapnya. Tapi sakit hati jugak kalau kena pelajar yang kurang ajar. Kita mengajar kat depan, dia boleh tanya kita membebel apa. Lantak korang lah. Nak pukul tak boleh. Last sekali, isi borang disiplin jela. Muak rasa. Hmmm..
Okla. Nak bersiap ke sekolah. Bye.
Selamat hari raya semua.... :)
Nota Pinky;
"Raya tahun ni di Jerteh. Tahun depan di Baling. Alahai. Hihi."
Cuti ngan bahagia.
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 silaturrahim.
Cuti sekolah.
Kali ni cuti sekolah ngan takde perasaan stress dan nak fikir apa-apa. Kalau tak, mesti nak kena fikir Siapa yang nak ganti kelas tambahan aku lah. Siapa lah yang nak buat itu. Buat ini. Gara-gara nak balik kampung. Alhamdulillah. Bercuti dengan aman. Walaupun bukan hari pertama cuti balik macam menetap di Kuching dulu. Tetap bahagia.
Sebenarnya aku sangat rindukan Seri Setia yang menenangkan jiwa. Tak banyak songeh. Tak banyak ragam. Sangat rindukan saat-saat balik sekolah dan dapat berehat dengan aman dan kerja dapat diselesaikan dengan baik tanpa gangguan.
Berbeza dengan sekarang.
Tapi yang aku dapat sekarang, bila aku stress aku dapat tengok en.Hati kesayangan jiwa terus. Tanpa perlu tunggu berminggu-minggu untuk tengok en. Hati kesayangan jiwa secara live.
Oh. Kenapa sejak dua tiga menjak ni aku selalu memperkatakan tentang perbezaan sekolah baru dan sekolah lama? Mungkin rindu akan kedamaian dulu. Rindu akan kemesraan dulu. Rindu akan silaturrahim dulu.
Sekarang aku sudah melangkah setapak demi setapak ke depan. Jadi itu semua tinggal kenangan saja.
Tapi apa yang aku boleh belajar, seperti kata Bonda Permaisuri.. "Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita mahu, kita akan dapat. Ade sesetengah benda yang kita genggam, Kadang-kadang kita kena lepaskan. Kita kena belajar redha dan menerima qadak dan qadar dengan penuh keikhlasan. Baru hidup kita terasa tenang."
Aku akui.
Bonda Permaisuri dah seperti kaunselor bertauliah. Kekadang kata-katanya menusuk jiwa. Membuatkan kolam mata ku bertakung.
Selamat bercuti semua.
SENYUM sampai telinga.
Nota Pinky;
"Balik ngan My Angle je. En. Hati ade presentation ibook dengan apple. Sayang, I doakan u berjaya selalu. I miss U. Walaupun baru beberapa jam tak tengok u.. serius.!"
Jom tanda kertas exam.
Assalamualaikum. Dan salam 1 benua.
My Angle sudah mau tidur. So boleh la aku berziarah sebentar. Sementara merehatkan diri, aku sedang berfikir. Esok masih banyak kerja di sekolah. Tapi aku hari ni tetap balik rumah seperti biasa. Aku balik ke rumah dengan lenggang kangkung Di tepi paya.. Walaupun Sekarang semua cikgu sedang bertungkus lumus menyiapkan markah exam pertengahan tahun.
Macam nak gila rasanya bila kejar due Date.
Yup. Aku sudah hampir menjadi giler beruk. Eh. Bukan. Gila isim (Nampak seperti orang pandai sedikit) Akibat mengejar due date untuk memasukkan markah..Kalau mengajar sekelas atau dua kelas, oklah nak menanda. Ni 8 kelas ok.. Bukan Satu tugas yang mudah..
Rasa macam tak logik pun ada due date yang diberi. Tapi diamkan jela. Malas nak bertekak. Buat yang mana termampu. Kalau tak mampu, abaikan. Hihi.
Pastu.. Faham-faham jela bila menanda kertas. Macam-macam-macam jawapan yang timbul. Tak logik pun ada. Kadang-kadang rasa macam nak kick jer semua pelajar. Tapi kadang2-kadang aku tergelak besar. Pening kepala aku dibuatnyam. Pelajar.. Pelajar.....
Sekarang sedang menanda kertas Tasawur Islam form 4. (Walaupun dah rasa naik pitam membaca jawapan pelajar yang canggih-canggih) kebarangkalian untuk siap tanda adalah tinggi. Insya Allah. Lepas tu dah boleh key in markah hari khamis. Insya Allah. Harap semua yang dirancang menjadi mudah dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Nota Pinky;
" Sayang, terasa jauh hati dengan kamu. Mungkinkah Aku merajuk? Hmm. Ntah la."
Merenung nasib atau muhasabah diri?
Assalamualaikum. Selamat tengah hari.
Hmm. Semenjak dua tiga empat menjak ni, aku sangat letih. Mungkin aku berpuasa kot. Macam mana nak menghadapi puasa di bulan Ramadhan nanti kalau Syaaban ni aku dah lembek selembek lembek nya ni...
Rasa nak tidur menguasai diri sendiri.
Nak tidur. Nak tidur. Nak tidur dan nak Tidur. Itu jer yang aku rasa sekarang. Apalah.
Semalam, balik dari sekolah.. Naurah mengamuk sakan. Taknak duduk atas seat dia. Nak aku peluk je. Bila aku marah, dia buat muka sedih dan menangis. Sekali...ngan aku sekali nangis. Haha. Boleh?
Hari ni Naurah agak ok.
Ada jugak time dia lapar, dia jadi manja. Susah jugak sebenarnya kalau menjaga anak sorang-sorang saat en. Hati tak de di sisi. Aku harap aku akan bertabah. Menjadi iron lady. Konon. Dalam hati ade taman. =P
Terfikir.
Aku mintak tukar dari jauh nak duduk dekat suami. Alih-alih suami busy kalah menteri. Asik tak nampak batang hidung jer. Di sebelah sisi lain, hati terasa sebaliknya. Hm.. Jauh di sudut hati aku, aku sangat bersyukur sebab aku dipindahkan ke Gemencheh. Kos untuk pengangkutan dah tak de. Kos untuk berjumpa dah boleh cut terus. Kos sewa 2buah rumah dah settle sebab sekarang dah menjadi 1 buah.. Sangat banyak yang perlu aku syukuri.
Alhamdulillah.
Berlapang dadalah bila satu ujian itu datang. Sebab semuanya ade hikmah nya. Pesan pada diri sendiri ni.. =)
Nota Pinky ;
"En. Hati baru je balik. Bila tengok dia tidur nyenyak, aku terfikir.. Inilah suami aku, yang penat melayan kerenah aku.. Yang tak jemu menjawab soalan rutin aku. Yang selalu membuat aku ketawa bila hendak marah. Dialah raja di hati aku. Terima kasih ya Allah Kerana mengurniakan dia pada ku.. Bersyukur lah Pinky, kau ade suami yang sangat baik walau pun dia busy kalah menteri pertahanan. Haha. Senyum."
Pagi yang mengantuk.
Assalamualaikum. Selamat pagi Rabu..
Peperiksaan pertengahan tahun 2015.
Hari ni ade kelas pagi-pagi. Aku baru jaga setengah jam a.k.a 30 minit. Aku dah mengantuk. Sunyi boleh buatkan aku tidur. Hai mata.....
Suasana kelas depan ngan kelas belakang sangat berbeza.
Kalau kelas belakang semalam, aku sampai lemah longlai mengawal kelas agar aman damai tenteram. Tapi bila kelas depan ni.. Tak payah nak mengawal. Semua tak angkat kepala bila menjawab soalan.
Alu teringat zaman muda mudi dulu.
Gaya tulis macam dah tua sangat la plak. Tua la berbanding dulu. Aku tak pernah ada masa untuk tidur dan termenung serta bersiar-siar dalam kelas. Kelas depan ni jugak sama.. Tapi kalau kelas belakang, ade lebihan masa yang banyak untuk bersor-siar dalam kelas. Sedikit pelik.
Oh. Mengantuk nya. Kena buat sesuatu ni.. Bye..
Nota Pinky :
"Asal tetiba rasa sakit pinggang ni. Huhu. "
Sambutan hari guru.
Assalamualaikum. Selamat pagi.
Sekarang dalam kelas. Ada exam.
Exam sedang berjalan-jalan. Pasni sambutan hari guru plak. Kenapa lah pihak sekolah tak buat sambutan hari guru guri dari pagi sampai balik. Haha.
Tahun lepas, sambut hari guru ngan penuh tak larat. Bawak Naurah my Angle umur 7bulan bukan sesuatu yang senang.
So tahun ni, hajat hati nak qadak yang tahun lepas punya. Hmm..tengok mood la..hihi..
Hmm..Pelajar ni bising laa plak. Aku dulu jawab exam tak angkat kepala. Nak toleh kanan kiri pun tak sempat. Nikan plak nak bising bagai.
Fuhhh.. Melihat pelajar menjawab exam.. Buatkan aku teringat zaman menjawab soalan di DQ dulu. Siapa tak exam takyah datang sekolah. Yeay!
Walaupun duduk je kat asrama, tapi tak de pun nak main-main. Semua study. Study week, budak U cakap. Tapi aku dah merasa masa umur 13tahun lagi.
Rindunya nak kembali ke sekolah menengah. Walaupun sekarang masih di sekolah. Tapi posisi yang berbeza.
Masa memang tak dapat nak undur. Kan?
Sekejap lagi, jom kita sambut hari guru guri. Ada seorang cikgu kat sini cakap, "Semua Cikgu memang syok sendiri. Sambut hari guru untuk diri sendiri. Beli hadiah untuk diri sendiri. Buat programme untuk diri sendiri."
Pendapat aku, "Hari guru guri ni sama jugak ngan besday. Kita sambut sendiri besday kita. Kita beli sendiri hadiah yang mahal-mahal-mahal untuk diri sendiri. Dan macam-macam lagi kita buat untuk diri sendiri."
Eh. Korang tak sambut dan belikan present untuk diri sendiri ke? Maksudnya aku jela buat macam tu. Alah..kita buat pun bukan bermaksud kita syok sendiri. Tapi untuk menghargai diri sendiri yang dah penat berkerja siang dan malam.
Right?
Oklah.
Stop bebel dulu. Rasa lapar la plak bila banyak membebel kat sini. Haha.
Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia. Syabas!!
Nota Pinky;
"Hari ni tinggal Naurah ngan Bella. Harap Naurah ok. Ayah mertua pengasuh meninggal semalam. Harap esok Naurah dah boleh tinggal ngan ibu."





