13 Ogos 2014.
Rabu.
Jam 11.19am.
Alhamdulillah. Aku panjatkan 1001 kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurniaan Nya, aku telah pun melahirkan seorang puteri.
Kelahiran cahaya mata yang telah lama kami tunggu.
3 tahun bukan waktu yang sekejap. Tapi berkat kesabaran dan dengan usaha yang tak pernah berkurang, Allah anugerahkan seorang puteri untuk ku. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah memakbulkan semua doaku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Allah Ya Rabbul Izzati.
Harapan.
Aku berharap, dengan kelahiran ini akan mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina antara kami, suami isteri.
Aku juga berharap, agar cahaya mata ini dapat menjadi seorang muslimah yang solehah, di mata Allah, Rasul, agama dan di mata kami berdua.. Insya Allah.
Rupanya, inilah kebahagiaan yang akan dirasai setelah ada anak. Alhamdulillah. Kebahagiaan ini aku kecapi.
Mahu berehat. =)
Nota Pinky;
"Sedang memutuskan nama apa yang harus diberikan pada si kain puteh ini. Harap Allah membantu aku dengan nama-nama yang baik. Insya Allah."
Kelahiran nya dinantikan..
Cerita di Labour Room.
12.8.2014
Selasa.
0200 am.
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Sebelum ke HUSM.
Alhamdulillah. Setelah sampai rumah jam 11 malam. Peluk mak. Peluk ayah. Dan. Makan nasi + ikan kering + bayam praksi. Alhamdulillah. Kenyang. Puas hati sebab bila balik rumah, dapat makan ikan kering mak goreng. Suami cakap, ni tabiat pelik aku. Sebab bila balik je Jerteh, ikan kering yang aku cari untuk di makan. Haisshh. Hehe. Ntahla. Aku pun xfaham kenapa aku macam ni. Lalala~~
Jam 1230 am.
Bertolak ke HUSM.
Hati Sangat-sangat berdebar. Debaran ni buatkan jantung aku terasa nak terkeluar. Oh. Tarik nafas.
Sekarang jam 200 am.
Ya. Sekarang aku kat Labour room. Nurse ngan garangnya bertanya. Kamu kenapa datang pagi-pagi ni? Sihat je nampak. Uihhhh.. Garangnya pagi-pagi ni.. Ngantuk ke penat nurse oiii.. Dalam hati je tu. Aku senyum kelat. Dan terangkan apa yang patut. Dia mengangguk.
Pengalaman dalam Labour Room.
Macam-macam aku boleh tengok. Berkerut-kerut sorang-sorang menahan kesakitan barangkali. Ya Allah. Kesakitan ini kau ringankan lah. Mungkin sebab ini lah dikatakan - Syurga dibawah telapak kaki ibu - Kan?
Memandangkan hanya aku je yang sihat wal afiat. Alhamdulillah. Hanya aku yang mampu tersenyum. Ibu-ibu lain, berkerut muka. Tapi mengikut pembacaan aku, semakin kita nak bersalin, semakin kita kena senyum. (Weyh! Ingat senang ke nak senyum kala sakit yang bersangatan tu..? Cakap memang senang. Nak buat?....) Hah! Boleh ke aku praktikkan ketika aku sakit nanti? Insya Allah. Akan aku cuba sedaya upaya ku..
Rupanya cara nak bersalin pun banyak jenis. Ada yang air ketuban terlalu awal pecah menyebabkan ia kering dan bayi lemas. Ade yang air ketuban nya sangat banyak seperti air paip. Ade yang ketuban darah. Ada yang datang-datang terus nak bersalin. Ada yang bersalin normal tak perlu di jahit pun.
Ya Allah. Golongan mana kah ku?.
Aku menunggu giliran dengan penuh debaran.
Selawat dan ayat-ayat Quran yang aku ingat, aku baca berulang-ulang kali. Supaya semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sungguh diri ini sangat bimbang. Macam mana pula dengan Bonda Permaisuri dan Ayahanda Raja serta My Hati diluar? Harap mereka boleh menunggu dengan sabar. Dari jam 200 am hingga jam 600 am, barulah selesai semua jenis pemeriksaan mengikut prosuder hospital. Cucuk sana dan sini. Sakitnya usah diceritakan lagi. Tabah sikit yer..
Berehat sekejap. Penat melayan doktor dan nurse yang banyak menyoal. Umpama wartawan.
1000 am.
Wad menunggu untuk bersalin, HUSM.
Alhamdulillah. Doktor decide nak bersalinkan aku pada hari Ahad. Iaitu genap 37 minggu. Lepas ni aku boleh tidur ngan baik lah. Dah lega sikit rasa. =)
Nota Pinky ;
"Kadang doa kita Allah kabulkan. Kadang doa kita Allah mungkin belum kabulkan sekarang. Mungkin akan datang. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah itu Maha Adil. Kan?"
Debaran penuh kebimbangan.
11.8.2014
Isnin.
0930 am.
Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Hari ni, Dr Ernita dah tetapkan aku jumpa doktor pakar.. Yes. Pagi-pagi lagi aku dan my Hati dah bertolak. Memandangkan Gemencheh ke Kuala Pilah memakan masa satu jam lebih, kenalah bertolak awal.. Kan..
Hati berasa gusar. Jiwa mula tertanya-tanya.
Pemeriksaan dibuat. Lama. Aku mula bimbang. My Hati berada di kepala. Mengusap lembut ubun-ubun ku. Walaupun itu memberikan aku sedikit ketenangan, tapi hati ini tetap berasa gusar. Aku mendongak. Memandangkannya, mencari sedikit kekuatan. Mencari tempat untuk berpaut supaya semangat yang semakin merudum menjadi kental.. Alhamdulillah, aku punya suami seperti dia. Berada di sisi tatkala aku sangat memerlukan semangat. Meminjamkan bahu dan dada tatkala air mata ingin jatuh. Alhamdulillah, atas kebahagiaan ini.
Penerangan doktor yang menyebabkan hati galau.
Aku tahu. Doktor terpaksa menerangkan satu per satu supaya kami berdua memahami nya dengan lebih terperinci. Aku sangat faham. Tapi kebimbangan ini menyebabkan air mata tumpah seperti hujan yang membasahi bumi. Aku menangis semahunya. Seolah-olah aku tidak pernah menangis. Oh. Ya Allah. Hantarkan sedikit kekuatan untuk ku terus bertahan dengan ujian ini. Ku usap lembut perut. Sayang. Bertahan yer sayang. Umi mahu sayang keluar dengan selamat.
Doktor seolah-olah memahami. Dia meninggalkan kami berdua. Selepas berbincang, aku minta di transfer ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk ku buat masa sekarang. Alhamdulillah. Diluluskan.
Sekarang. Aku sangat takut. Sungguh.
Ya Allah.
Berikan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian Mu ini. Kuatkan semangat ku ya Allah. Semoga ujian ini mengajar aku erti kehidupan. Memberi ku pengalaman yang berharga. Menjadikan keimanan ku bertambah dari semasa ke semasa.
Pada My Hati.
Terima kasih sayang, kerana selalu berada di sisi tatkala aku sangat lemah. Sangat memerlukan semangat. Terima kasih kerana meminjamkan jari jemari untuk ku genggam erat. Meminjamkan bahu untuk ku bersandar tatkala aku lelah dengan semua ini. Aku sangat menghargainya. Sangat-sangat.
Nota Pinky ;
"Sayang anak Umi. Teruslah bertahan. Umi dan Abi sangat sayang pada kamu."
My Hati memecut laju menuju ke Jerteh. Dan destinasi seterusnya adalah HUSM, Kubang Kerian. Insya Allah selamat semuanya. Amin.
Selamat berpuasa.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni dah masuk Ramadan ke-8. Sekejap je masa berlalu. Kan?
Rasanya walaupun dah masuk 8 hari, masih tak terlambat kalau aku nak ucapkan selamat menghabiskan Ramadan dengan penuh keimanan dan istiqamah dalam diri untuk berbuat ibadat.
Ops.. Berhenti sekajap.
Kuat betul baby menendang.
Hari Ahad yang penuh dengan kerja rumah.
Dari lepas Subuh sampai sekarang masih lagi tak habis mengemas. Itulah. Siapa suruh laki bini menyepahkan rumah selama seminggu dan ingin di kemas dalam masa 2 hari.? Haha. Sebenarnya itu bukan menunjukkan kami berdua malas. Tapi menunjukkan kami berdua sangat serasi dalam bab menyepahkan rumah. Akhirnya 2 2 keletihan sebab puasa tapi terpaksa mengemas rumah.
Aku rasa, kalau nurse tak call cakap nak melawat, alamatnya rumah ni masih lagi macam kapal karam di lautan Hindi.. Haha. Bertuah.
Tutup mulut. Gelak sopan sorang-sorang.
Rutin sekarang.
Mengkhatamkan buku-buku yang telah di beli. Hehe. Harap baby jugak rajin macam Umi nya. Lalala~~
Oklah. Nak stop perasan.
Ucapan buat suami ;
"Sayang, TQ sebab tolong i basuh baju, jemur baju dan kemas rumah. Walaupun tak semuanya u buat. Tapi rasa bahagia je kalau ade orang tolong hari-hari macam ni.. I sangat-sangat menghargainya.. I Love U, Sayang.."
Ucapan untuk my BFF ;
"Selamat berpuasa dan menghabiskan puasa dengan penuh keimanan. Semoga puasa kali ni, mendatangkan 1001 keajaiban buat diri kamu, my BFF. Aku doakan semoga yang terbaik menyebelahi mu. Amin."
Harapan untuk diri sendiri ;
Harap sangat dapat menghabiskan puasa genap sebulan. Tapi kalau ade yang tidak mengizinkan, terpaksalah berbuka dengan perasaan yang sayu. Semoga Allah memberkati ku di bulan Ramadan kali ni. Amin..
Nota Pinky;
"Barang baby xmasukkan dalam kereta lagi ni. Apa nak jadi? Tunggulah dulu. kan. Haha. Kata seorang kawan, rileks2 sudaaa..."
Setiap ujian di datangkan dengan hikmah. Kan?
Assalamualaikum dan selamat malam.
Berseorangan di rumah. En. Hati yang kesibukan dari hari Jumaat hingga ke Rabu menyebabkan aku bertambah rindu. Alhamdulillah, masih ada si kecil yang selalu menendang-nendang manja perut ni. Tapi kerinduan tidak berkurang. Malah bertambah.
Kejadian di sekolah.
Akibat geram kepada pihak terbabit dan sambil menahan amarah, menyebabkan aku berpeluh dari pagi hingga lah pulang ke rumah. BAdan menjadi melekit dan aku hentam je tidur dengan nyenyak. Otak dah tak normal. :)
Bangun dari tidur.
Baru boleh berfikir dengan waras.
Mungkin Allah datangkan ujian untuk melihat sama ada aku melatah atau tidak dengan ujianNya.
Mungkin juga, Allah ingin menegur aku dengan kesalahan-kesalahan yang aku tidak sedari.
Mungkin juga aku ada melukakan hati orang yang menyebabkan ujian ini diberi sebagai balasan.
Mungkin apa yang terjadi adalah baik untuk diri ku dan si kecil.
Semua kemungkinan yang ada adalah untuk menyedapkan hati aku. Takpelah, Pinky. Sabar itu kan baik. Sabar itu kan indah dan akan membuahkan hasilnya. Tepuk bahu sendiri.
Tarik nafas sedalam mungkin. Hembus kuat-kuat.
Senyum.
Aku harap, ujian ini mematangkan aku di masa akan datang. dan akan membuka mata hati ku untuk melihat apa yang aku tak nampak. Amin.
Nota Pinky;
"Menunggu kedatangan hari Rabu dengan penuh keterujaan. Harap cepat masa berlalu. Sayang, i really miss u.. Baby too. Hehe"
Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
Assalamualaikum. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Gaya macam orang nak bagi pidato di tapak perhimpunan tu.... Hehe.
Semalam, kami menghabiskan masa dengan berjalan.
Sebenarnya meluangkan masa bersama en. Hati adalah hari yang paling aku sukai. Berjalan sambil berpegangan tangan dan tersenyum bahagia, menyebabkan jantung aku berlari dengan pantas sepantas kilat. Aku akui, kami sibuk dan tidak ada masa untuk meluangkan masa begini. Jadi bila en. Hati putuskan untuk ke library di UM, aku pun putuskan aku ikut. Walaupun aku sedar, sekarang aku tidak selincah dulu.
Keadaan di bandaraya Kuala Lumpur.
Macam biasa.. Masih tidak berubah seperti 6 7 tahun yang lepas. Sesak. Jem. Dan penuh ngan manusia. Haha. Yela, dah namanya KL, kan.. Tempatnya jem, jem, jem kuasa 1000.
UM banyak berubah.
Bangunan. Pengangkutan. Library. Jalan. Macam-macam dah berubah. Rasanya baru 3 tahun meninggalkan UM. Cepat nya masa berlalu.
Macam biasa bila masuk library, cari lah buku ngan giatnya. dan bila selesai, en. Hati ajak ke pesta buku. Wah! Aku ngan senyum lebar katakan YES i do. hehe
Kami berbincang dan memutuskan tidak terus ke PWTC. Jem sedang berlegar di dalam kepala hotak masing-masing. So park kereta dan naik LRT dan turun di stesen PWTC. Ya Allah manusia. Tak tahu nak cakap lah. Sangat-sangat ramai. Sampai aku terasa sakit kepala. Tapi abaikan je. Sebab berjalan bersama, berpimpin tangan adalah perkara yang lebih selesa. Haha.
Kami luangkan masa 5 hingga 6 jam di sana. Memilih buku. Melihat gelagat-gelagat manusia. Berceloteh sesama sendiri dan menghabiskan duit. Hehe. Yang paling penting, aku sedang bertanya diri, agaknya bila aku dapat khatam semua buku ni? Haha. InsyAllah, akan ku khatam dengan kadar segara. Konon. Hmm..baby pun suka baca buku. Kan?
Komen aku tentang Pesta Buku Antarabangsa.
Sangat best. Sebab sah-sah laa diskaun dia memang berbaloi-baloi. Dan hanya pulus yang menyekat keinginan yang bersarang itu. Kalau boleh semua duit nak beli buku. Tapi alhamdulillah, dapat kawal nafsu lagi. Kalau ada lagi, insyAllah akan ku datang lagi. Pasni kena start menabung duit untuk beli buku plak. Azam di tengah tahun. Haha.
Pada sesiapa yang belum pergi, silalah pergi. Memang takkan menyesal. :)
Nota Pinky:
"Makin lama, makin terasa en. Hati makin sweet. Alhamdulillah, Allah kurniakannya pada aku. Harap hubungan yang terjalin ni akan terus dilindungi oleh Allah selalu. Amin."
Alahai pelajar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesihatan sekarang sedikit terjejas. Di tambah pula dengan kerja dan meeting yang tak pernah habis. Setiap hari bila sampai ke rumah, aku keletihan. Tidak sempat berbuat apa-apa. Baby pula semakin aktif. Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat ini oleh Allah 'Azzawajalla..
Tadi.
Aku diteguri oleh guru disiplin. Pesannya, supaya aku tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas pelajar. Aku hanya perlu melarangnya sahaja. Tanpa melibatkan sentuhan tangan, kaki dan sebagainya.
Ya.
Semalam aku memang ada mencubit seorang pelajar kerana terlalu geram dengan sikapnya yang tidak mahu belajar. Sudahlah tidak mahu belajar, di buli kawan sekelas pula. Sudahnya pula, bila boring, dia membuat lawatan satu kelas. OMG. Ya Allah. Sangat mencabar hati dan minda aku. Setelah berkali-kali melarang, dan api semakin marak, aku mencubitnya. Tapi itu pun aku kira langsung tidak sakit dan berdarah kerana dia sempat lagi ketawa umpama pontianak. Ada potensi menjadi vampire lelaki yang menghentam mangsa dengan jarak dekat. Ok. Aku sudah melalut.
Tengok pelajar hari ini.
Berbeza dengan pelajar zaman aku. Kalau mengadu pada ibu bapa, alamatnya hadiah yang diberikan adalah dua kali ganda daripada cikgu berikan. Akhirnya, bila bonda Permaisuri atau ayahanda Raja bertanya, kalau tidak ku sengeh menampakkan barisan gigi yang rongak, aku menjawab dengan mengatakan ok.
Pelajar sekarang? Langsung tidak boleh diusik.
Ya. tugas sekarang hanya mengajar. Bukan mendidik. Mengajar hingga pandai. Sekian. Tidak perlu mengomel lebih-lebih.
Alahai pelajar.
Bagaimana jiwa kamu akan terdidik jika kamu langsung tidak boleh disentuh? Langsung tidak boleh diberi hukuman?
Ke mana pergi pepatah "Sayang anak, tangan-tangankan."?
Pelajar sudah seperti anak sendiri. Tidak ada sekelumit pun rasa hati ini ingin membenci. Bahkan aku memandang dengan pandangan 'kesian' generasi sekarang.
Hmmmmmm... Menghembus nafas sekuat mungkin.
Nota Pinky;
"Kenapa semakin hari semakin kuat aku merindui en. Hati? Macam lah pagi tadi aku tak jumpa dia. Kalau boleh, mahu ku pandang dia 24jam tanpa kelipan mata sedikit pun. Adakah penyakit baru sudah bertandang? Senyum penuh dengan bunga cinta."





