RSS

awak sayang saya tak?

kenapa eh perempuan suka sangat tanya orang yang dia sayang, "Awak sayang saya tak?" huhu. aku pun sama. aku suka tanya dia soalan yang sama. soalan yang kerap kali aku tanya saban hari, saban minggu, saban bulan.. dan dia tak pernah sekali pun jemu menjawab. walaupun soalan yang aku aju kan sama seperti semalam, minggu lepas, bulan lepas..

kenapa perempuan suka sangat tanya soalan yang sama. adakah itu satu penyakit? huhu. ade jangkitan kot sesama perempuan. hihihi.

jawapan dia ; mestilaa.. jika di aju kan soalan, "banyak tak?" "banyak." "Ada banyak macam bintang kat langit tak?" "lebih dari tu."

bila dapat jawapan tu, terus senyum. dan senyum. dan terus tersenyum. haha. nak gelak kan diri sendiri pun ada. rasa macam nak kira bintang kat langit sebelum tidur. nak tahu banyak mana dia sayang kita. lalalala~

tapi jawapan tu, betul-betul dari hati or memang dia mulut manis?

hmm, itu nak kena tanya si dia laa.. kekadang lelaki ni, saje je nak ambil hati perempuan. dan kekadang ade yang bermulut manis. siapa tahu kan... hehehe. ampun. 'ter'kutuk laa plak.. hmm, sebenarnya, hidup ni indah dengan hadir nya kaum adam dan hawa. kalau tak, asyik tengok benda yang sama je tak syok gak.. kikiki.

berbalik pada soalan.. soalan macam ni memang selalu di tanya oleh perempuan. perempuan ni bukan apa, dia just nak dengar je.. sebab tu yang membuatkan hati dia rasa berbunga-bunga dan ceria selalu. so pada lelaki yang sangat memahami, kalau di tanya, jawab jelaa dengan sabar... hehe.

=) senyum pada diri sendiri dan pada Malaysia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kemuncak imam muda

ya Allah... hidup tak terurus 2 3 hari ni.. macam orang giler pun ade. aduhai.. bila hidup aku nak stabil dan aman damai macam dulu-dulu ni.. huhu. tak pe-tak pe.. malam ni malam last dan malam kemuncak Imam Muda. dan malam last aku bekerja sebagai writer di Imam Muda. hmm, dah cukup 10 bulan pun Imam Muda berlalu. sedar tak sedar dah 10 minggu berlalu.

jumpa Yna kat kelas, katanya; "Ya Allah, muka penat.."

Ya, Memang. Aku sangat penat. Penat segala-galanya. bukan setakat penat badan, penat otak tapi hati pun penat jugak. tubuh aku dah lemau semacam dah. Macam biskut lemau je.

Aku mengadu pada dia; "badan dah lemau macam biskut". boleh plak dia jawab; "Lemau tu ape?". aku gelak. ketawa seorang diri. Comel nya soalan dia. terhibur jugak aku pagi-pagi. hahaha. Kelakar.

lemau tu macam biskut masuk angin. lembik je. hehehe. macam tu laa umpamanya badan aku sekarang ni. aku nak tidur. tapi tak dapat. tak nak tidur, macam dah tak larat sangat dah ni. mata pun dah layu mayu dah ni.. macam-macam aku ni. pukul 3 petang jap lagi ade rehersal lagi. untuk kali ke berapa pun aku tak tahu. huhu. tak terkira. biarlah. biasalaa nak buat program live memang susah sikit. lagipun ni kali pertama aku buat program live.. entah apa yang terjadi pun aku tak tahu..

aku sangat berharap, aku dan kawan-kawan writer yang lain dapat buat dengan baik live malam nanti. aku sangat takut. sebab aku ni budak setahun jagung. tak de pengalaman lagi pun. so peluh ketiak, peluh dahi, seram sejuk.. semuanya akan ade. macam aku 1st time jaga host laa.. haha.

harapan aku, dan doa aku untuk kali terakhir, aku harap sangat aku tak kan buat sebarang kesilapan. sebab semuanya live dan susah dijangka apa yang berlaku.. fuhhh, aku tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rehersal Imam Muda

pejam celik- pejam celik, hari ni dah pun 29 july 2010.. malam esok dah pun kemuncak Imam Muda.. hmm, macam tak percaya pun ade.. mana tak nya, aku rasa baru semalam je menjejak kan kaki ke Imam Muda di Masjid Wilayah. tapi esok dah nak tamat dah Imam Muda.. fuhhh.. ku tarik nafas lega. tapi lepas ni pasti aku akan rindukan suasana masjid Wilayah yang aku diami selama lebih dari 10 minggu..

aku langsung tak menyangka, kuat dan lemah aku menghadapi hari-hari di Imam Muda, bakal jugak aku tamatkannya dengan jayanya.. aku bersyukur sangat sebab dapat menghabiskannya dengan baik. dan kalau dulu, aku rasa, aku memang tak kuat nak hadapi Imam Muda ni. sebab kawan-kawan writers yang lain kuat, aku turut sama kuat. mungkin, kalau aku tak de dia orang, aku akan angkat kaki barangkali.

hmm.. tapi aku amat bersyukur sebab aku dapat menjejakkan kaki ke Imam Muda. sebab banyak pengalaman yang aku kutip, di samping perit dan luka yang aku dapat. haha. biasalaa.. kalau dah nama nya kehidupan, mesti laa ade perit dah duka kan..

sekarang, orang ngah rehersal, aku plak singgah sini jap. sebab tadi kena antar email. wah, curi-curi laa sikit.. hihihi..

nak sambung buat keje plak.. sakit telinga aku dengar budak-budak Imam Muda ni nyanyi.. aduhai.. hahaha.. suara aku pun tak sedap. tapi aku nak laa dengar suara yang sedap. asyik dengar suara tak sedap je.. wahhh, ampun Imam Muda.. hihihihi.. jangan marah, nanti cepat tua.. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

teater cuci2 the musical

malam ni, selepas balik ke masjid wilayah, sekali lagi aku dan nad bergaduh dengan bos, dalam erti kata sopan, kami bertikam lidah untuk tidak mahu mengikut mereka semua ke teater cuci2 the musical 2. soalan. jawapan. soalan. jawapan. sampai laa kami berdua akur dengan kehendak bos. aduhai.

kalau ikutkan hati dan jiwa ni, kami tak mahu pun ikut. tapi apa nak buat. katanya, kenapa tak cakap awal-awal tak nak ikut. tiket dah booking. dah laa tiket mahal. aku melawan. kata ku, "zura tak tahu menahu pun. kan zura baru sampai pagi tadi." lagi pun badan aku masih lemau dan lenguh serta letih setelah 8 jam dalam perjalanan dari terengganu ke kL. 8 jam berada di dalam bas yang macam pelesit pandu. laju tahap dewa. dewa pun tak bawak bas laju macam tu. (dewa memang tak pernah bawak bas laju, sebab dewa terbang. ambil dari hikayat yang aku cipta.)

lagi satu, badan aku yang sedia panas ni, dah panas 2 macam dah ni. ngan tak larat nya lagi. tapi malas laa plak nak cakap kat sesiapa yang badan macam ni. sebab nanti semua orang bising suh aku makan ubat. padahal, aku dah boring dah makan ubat. asyik kena makan ubat je keje aku ni. so aku pun gagahkan jugak laa.. hehehe.

aku ngan nad sebenarnya bukan tak nak ikut. tapi kami penatla. seharian shoting dan kelas. tetibe waktu malam nak rehat kena pegi tengok teater plak. huhu. disebabkan boring dengar dia orang membebel dan terus membebel, penyudahnya kami ikut je. hmm, buli perempuan namanya ni. hehehe. pergi dalam terpaksa.

tapi tak pelaa.. lagipun masih tak de pengalaman tengok teater. so ni laa 1st time aku tengok teater. lagi 1, tiketnya pun mahal. sebab aku duduk seat depan jugak laa.. kata bos, harga tiket saje dah RM350.00. patutlaa bos aku bising. tiket mahal rupanya. hahaha. aku plak dapat free je. lalala~ (ayat untuk menyedapkan hati yang tengah membara. hahaha) hmm, kenapa tiket teater mahal? aku pun tak tahu.



teaternya best. nak-nak part dorang nyanyi tu. live tu dengar suara dorang semua ni. memang best. nak-nak suara afdlin sauqi tu.. mantap. tapi ceritanya agak meleret-leret. hehe. lambat plak tu habis. aku dan nad balik sebelum habis teater. hehehe.

tepat jam 12, aku balik masjid. hehe. tapi macam mana entah, boleh plak kami sesat. hahaha. macam baru datang kL je gayanya. aduhai. tapi jangan panic. signboard kan banyak. so ikut jela signboard yang betul. nanti jumpa laa tu jalan balik. hehe.

balik, niat hati nak terus tidur. tapi, ade saje yang mengganggu. tak pelaa.. layan jelaa dulu. tapi kalau aku cakap bukan-bukan jangan marah aku.. ampun maaf di pinta terlebih dahulu..

boleh ke mintak maaf sebelum kita buat salah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rantai berloket A, pemberian siapa?


bila dah ade kat rumah sorang-sorang, tangan aku pun tak boleh nak duduk diam. mula laa nak men'camek' sesuatu dan barang-barang yang ada kat bilik. macam-macam yang aku pegang. buka dan tengok. al maklumlaa, bukan ade orang pun kat rumah yang nak dibualkan. memang laa macam ni kalau boring..

aku terpandang sekali lagi rantai silver berloketkan huruf A. may be sempena nama ku, Azura. sesuai. dan masih tersimpan rapi di tempat simpanannya. tapi seperti 6 bulan yang lalu. aku tetap tertanya-tanya. siapakah si pemberinya? adakah aku sudah mengucapkan terima kasih atas pemberiannya? aku memang langsung tak punya memori tentang si pemberi. kesian dia.

tapi memori ku masih kuat tentng hadiah rantai ni diberikan pada ku pada hari kelahiran ku. puas ku perah otak ku. tapi dia tak jugak ingat-ingat. puas aku paksa diri untuk mengingat. tapi makin lama aku memaksa untuk ingat, makin tak ingat ada lah. dan aku sekali lagi, mengulangi perkara 6 bulan yang lalu. iaitu menyimpannya kembali ke tempat simpanannya dan membiarkannya di situ. mungkin suatu hari nanti, aku akan ingat siapa pemberinya..

bukan aku tak nak berusaha untuk bertanya sesiapa. ku suara kan soalan ku padanya, sama ada dia pernah tak membelikan aku rantai. jawapannya; hampa. dia juga tertanya-tanya kenapa aku bertanya soalan sedemikian padanya. tapi ku diamkan saje. dan tak memberi jawapan yang jelas. aku juga bertanya kawan-kawan yang terdekat. juga jawapannya sama. menghampakan aku.

persoalannya sekarang, siapakah si pemberi rantai berloket A ini? masih tidak terjawab dan aku langsung tak mengingatinya.. sampai sekarang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom melawat atuk.. =)

dah sampai pun kat kampung.. alhamdullillah.. lalalala~ leganya bila dapat hirup udara segar kat kampung..

sesampai pagi pukul 6 pagi, lepas solat subuh, bantai tidur laa kejap. tapi tepat pukul 8 pagi, mak dah kejut suruh bangun makan buah. wah, semua buah aku makan. tapi tak sempat nak makan banyak-banyak pun. sekadar sentuh yang itu dan yang ini, sebab semua buah manis.. tak larat nak makan manis-manis.

hmm, patut laa doktor cakap kat tokki tak boleh makan buah banyak-banyak. rupanya buah-buah yang manis tak elok untuk orang kencing manis. ni mesti tokki banyak makan buah ni. aku suarakan persoalan aku kepada mak. mak pun rasa macam yang aku rasa.

kata orang, bila zaman tua datang, mesti perangai macam budak-budak akan kembali. degil. kuat merajuk. may be sebab tu jugak tokki sakit. sebab degil nak makan buah banyak-banyak. al-maklumlaa.. musim buah bukan selalu..

so petang ni, nak pegi tengok tokki jap. tengok dia sihat ke tak. harap-harap dia sihat selalu dan akan bertambah sihat. dan jangan laa degil-degil.. jaga kesihatan. walaupun aku ni jahat, tapi aku nak laa tokki aku tu selalu sihat. dan Allah selamatkan dia laa..

adik-adik, janganlaa marah tokki & opah lagi.. hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom balik kampung..

Mak call.. kata mak, Tokki sakit. Entah kenapa pun mak tak tahu. Tapi mak cakap biasalaa, orang tua berumur 75 tahun. Hai.. atuk aku tu asyik sakit je semenjak 2 menjak ni. Agak-agaknya sampai masanya ye tak. Wah.. mulut aku sangat jahat. Tapi aku sempat lagi menangguhkan kepulangan aku ke rumah. Entah, macam berat je nak balik rumah. Bagus tak jadi cucu macam aku ni? Aduhai.. tak baik betul..

Tapi esok kot aku balik rumah. Pagi Jumaat sampai laa.. lenguh jugak duduk atas bas selama 8 jam. Terpaksalaa.. itu aje pengangkutan yang ada sekarang. Hehe. So kena gunakan dengan sebaiknya laa.. jangan nak berlagak tak nak naik bas. Lagipun tak penat sikit nak memandu. Haha. Sebab dah ade pemandu dah. Lalala~ (terasa macam datin laa plak.. haha..)

Tiket dah beli dah pun. Esok pukul 9.30malam aku naik e-budaya. Sesiapa yang nak ikut aku balik makan buah kat kampong, jom… hehe.

Adik lelaki aku cakap aku ni cucu kesayangan atuk. Tapi betul ke? Hmm, aku no komen. Malas nak komen banyak-banyak tentang tokki & opah kesayangan aku tu.. lagi pun aku nak balik jenguk dia orang je laa… dah tua-tua ni mesti teringin jugak nak tengok orang yang lebih tua kan.. hehehe..

Jom balik kampong makan buah banyak-banyak.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS