RSS

lepas satu ujian..

tadi jawab exam ngan penuh debaran. kenapa? masa tu, aku tak de jawapan lagi untuk soalan kenapa aku tu. sekarang... dah ade ke jawapannya? ntah. masih tiada. aku kira.kerana aku masih berdebar-debar dan tertanya-tanya, kenapalaa soalan macam tu.. aduhai..

aku punya otak, jem. haha. sakit kepala ni tak yah nak cakap la. berdenyut-denyut. kan best kalau aku ada kawan yang tangannya besar dari tangan aku. yang boleh urut kepala aku ni. haha.sekali pegang penuh kepala.. haa.. amik kau.. hilang denyut-denyut.

siapa yang volunteer nak tolong kurangkan aku nya sakit kepala ni, boleh laa sms aku. haha. =)

hmm, stress makin lama makin bertambah. tak delah terlalu stress.. tapi ade laa.. stress ni bukan boleh dilayan sangat. makin dilayan, makin stress.. huhu. so kesimpulannya, walaupun aku agak stress ngan KPBA yang aku tak imagine pun soalannya macam tu, aku kira alhamdullillah. sebab aku dapatlah jawab. alhamdullillah. syukur.

nak A. nak A. nak A.

dapat ke? haha. aku semakin menjadi kepada orang yang obses A. hope tak kan terjadi apa-apa yang pelik pada aku, bila aku tak dapat A. haha. Allah lindungi aku. lalalala~

sekarang, kat office. siapkan semua kerja. surat tawaran. call candidate. pengesahan surat tawaran. everything yang berkaitan dengan IM laa.. cepat-cepatlaa settle. boleh aku rehatkan minda dan kepala yang makin berdenyut-denyut ni.

hmm... sebelum terlupa, hari ni birthday Sabrina. so wish u Happy birthday. semoga Sabrina akan membesar menjadi seorang yang lawa dan pandai.. =)

ish.. aku nak rehat jap.. kepala aku ni dah suruh aku rest jap..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2nd paper.

2nd paper ialah KPBA.. kaedah pengajaran bahasa arab. menulis dan membaca. killer jugak subjek ni. dah laa aku ni agak malu sedikit dalam subjek BA. kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku ni tergolong di golongan yang bawahan agaknya. huhu

thanks to Muhidin, sebab sudi menjadi guru aku. sudi melayan segala soalan aku yang pelik-pelik tentang KPBA. sudi meluangkan masa untuk aku untuk menerangkan secara terperinci tentang KPBA kepada ku.

dan aku jugak bernasib baik, kerana membacanya terlebih dahulu sebelum bertemu dengan guru yang telah aku tauliahkan ini. hehe.

esok, aku harap, aku dapat menjawab dengan baik. aku berdoa, Allah akan permudahkan segala urusan ku.

dan kepada Asma dan Qilah, jikalau aku salah dalam mengajar kamu, aku harap kamu berdua boleh betulkan aku dan diri sendiri. harapan aku jugak, aku harap kamu berdua boleh jawab dengan baik di dalam dewan exam esok. best of luck untuk kamu berdua.

pada Nad, aku tunggu dia petang sampai malam kat library. ingat kan dia nak muncul. tapi tak muncul-muncul. pada mula nya aku juga agak bimbangkannya. tapi aku tahu, dia ada guru yang lebih hebat. dan kalau tak de, dia akan mencarinya. so best of luck untuk kamu juga.

aku juga bimbangkan diri sendiri. aku ni, bukanlah dikategori kan dalam orang pandai-pandai. tapi mak cakap, sebenarnya aku malas nak baca buku sampai habis. haha. betul kata mak. tapi kali ni lain sikit perangai aku. aku ready awal-awal. dan aku jugak terkejut, kenapa aku sangat bersemangat untuk membaca buku.

may be sebab aku teringat harapan mak. dan aku teringin untuk mencuba yang terbaik untuk exam kali ni. tapi, ntahla.. aku tak dapat komen untuk diri sendiri. sebab sekarang aku rasa, aku belum lagi buat dengan baik. haha. terbelit-belit macam ular dah.

aku wish, semoga hasrat mak tercapai. dan untuk mencapai hasrat mak, semua nya ada kat tangan aku. aku harap aku boleh membangga kan mak. tapi aku belum pasti, sama ada aku rajin or malas dalam hal ini.

aku harap, kerajinan selalu menyebelahi aku.

selamat menjawab KPBA esok ye kengkawan. best of luck untuk semua =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gaduh-gaduh manje..

aku kata.. cinta itu indah, jika tiada part yang gaduh-gaduh.

tapi Asma cakap, "xla..ader gado2 bru best.hehehe :P"

apa yang bestnya kalau bergaduh? buat sakit otak aku yang menanggung ade laa.. kalau tak gaduh, duduk diam-diam, aman damai, tiada lagi persengketaan, kan baik. hidup aman. hati bahagia. macam di lamun cinta untuk kali pertama, berkali-kali rasanya. haha

hari yang bermula dengan baik. penuh senyuman. dan berakhir juga dengan baik. walaupun tetibe sebenarnya ade rancangan tergendala di pertengahan jalan. tapi alhamdulillah, ia berakhir dengan baik. lega hati ku, Allah aje yang tahu. aku rasa macam baru mula nak jatuh cinta je. haha

di lamun cinta pertama berkali-kali. perasaan itu sangat membahagiakan. haha. mood gatal sudah meluas di dalam hati aku. sehingga ke saat ini aku tak dapat tidur. haha. di sebabkan mood ini juga, aku kerap tersenyum sendiri.

aku ucapkan terima kasih kepada orang yang terlibat dalam membuatkan aku sekali lagi jatuh cintan padanya. terima kasih. terima kasih. dan terima kasih.

macam ni ke rupa orang angau. lagi-lagi rupa ustazah yang tengah angau. adeh. buat malu title ustazah je. tapi jangan salah tafsir. aku ustazah moden. tak sama ngan ustazah lain. so ustazah pinky jelaa yang pelik. dan ustazah-ustazah kat luar sana, semua baik-baik. tak macam aku. haha.

aku nak tidur ngan senyuman yang tak lekang di bibir laa.. itu menandakan aku sangat bahagia. haha. good night semua (sambil tersenyum dan menongkat dagu) lalalala~

angau!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

asyik senyum je..

pagi tadi, bersiap untuk ke exam, senyum. tunggu bas, senyum. turun bas, senyum. sampai dewan exam, senyum. masuk exam, senyum. jawab exam, senyum. balik kolej, senyum. waaa.. agak-agaknya laa, aku ni dah gile kot.. haha.

may be sebab teringat yang aku dah nak balik kampung 6 mei ni. hehe. tak sabarnya.. lalala~ walaupun sekejap, aku rasa sangat tak sabar. ish3..

macam mana ngan exam hari ni? ok ke? hehehe.

jawapan aku, alhamdullillah. walaupun satu dua soalan, aku tahu jawapannya salah. haha. kalau tahu salah, kenapa aku jawab jugak macam tu. hmm.. tak sempat nak touch up dah weyh.. masa 2 jam je pun. mana cukup nak bina soalan lagi. nak bina jawapan lagi. skemma jawapan pun nak kena masukkan jugak tu.

soalan yang lain, aku tak kesah la.. tapi yang part bina soalan tu, susah jugak tu. tapi alhamdullillah. semuanya berjalan lancar. dan selepas exam, nad ajak pegi bantai nasi. habis jugak sepinggan nasi ngan tomyam kegemaran aku. hehe. daging je kasik budak hensem makan. hihi.

dan 1st time makan telur bistik. (eh, betul ke aku eja bistik ni? aahh.. layan jelaa..) best jugak rasanya. tak pedas. aku tengok, macam ikan 3 rasa pun ade jugak.. hehe. aku ni bukan pandai masak pun. so main hentam jelaa makan apa-apa.. takut jugak sakit perut. tapi kalau sakit perut, pandai-pandai aku laa..

sekarang rasa ngantuk laa plak. lepas kenyang, mata pun nak tutup. lagi pun semalam aku tak dapat tidur. aku asyik terjaga je. mimpi. panas. badan plak sakit. semua ada. cukup lengkap. kata cik Zaza jiran aku, aku ni macam-macam. sakit sana. sakit sini. itu tak boleh. ini tak boleh. itu tak kena. ini tak kena. haha. aku senyum jelaa.

nak tidur la.. tapi aku tak amalkan tidur siang. walaupun aku ngantuk. sebab cikgu aku cakap, tidur siang, menggemukkan. so aku tak diet part makan. tapi aku diet part tidur siang. huhu.. takut jugak badan naik. jadi gemuk tak pasal-pasal.

tapi nampaknya, mata ni makin lama makin nak tertutup je. ish3.. tak boleh jadi ni. hari ni, kalau tak diet, agak-agak naik tak berat badan aku? hahaha. soalan sengaL.. hohohoho

nak tidur pun, aku nak senyum. senyum. senyum dan senyum. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti diluluskan..

ku mulakan hari dengan senyuman. semoga hari yang bakal ku tempuhi hari ni akan menjadi sebuah pelangi nan indah buat aku. semoga Allah akan merahmati setiap langkah ku hari ini.

hari ni, first paper. haha. penilaian dalam pendidikan al-Quran. masuk exam, buat soalan exam. tak tahu laa macam mana nak menjawabnya..

orang lain dah habis. aku baru je nak mulakan paper aku. Farha dah habis exam. dah boleh bersenang lenang. dan hari ni, dia dah pun bertolak balik ke Terengganu untuk sem break. en.Peguam plak, hari ni last paper. kul 8.30 am. aku doakan dia dapat jawab dengan baik paper kaedah-kaedah Fiqh tu.. dan aku harap dia dapat skor dengan tinggi. =)

pada Farha, selamat bercuti dan menghabiskan cuti ngan baik. =D kalau aku sempat masa, dan ade duit lebih, aku terbang laa ke sana. jemput aku tau.. hehehe..

semalam aku dah mintak cuti ngan bos. sukacita dimaklumkan aku dapat cuti. tapi sekejap jelaa.. dari 6hb mei sampai 9mei. 10mei dah kena masuk office balik. banyak keje yang perlu di settlekan tentang IM. hmm.. susah jugak kalau hidup bekerjaya ni. haha. tapi aku dah pilih. so itu dah jadi tanggungjawab aku laa..

tapi whatever pun, thanks to en.Najib kerana meluluskan cuti untuk aku. dan berpesan, kalau rindu mak, aku mesti bawak gambar mak. aku ok kan dan kata, aku mahu letak semua gambar family dalam purse. senang sikit. haha.

manje!

tapi itu hakikatnya. aku ni bukan boleh harap sangat. homesick. lalala~ sebab tu aku tak pilih untuk ke UK or Mesir or Yaman or Syria dulu. kalau aku pilih, menangis tak sudah aku kat sana. nasib pilih untuk berada di Malaysia. ni pun aku dah nangis bila rindu kat mak.. adeh..

thanks jugak pada makcik, kerana meminjamkan pehanya untuk ku baring dan menangis tatkala aku rindu sangat kat mak. hehe. lega gak hati sikit. tapi rindu tu masih jugak bersisa. walaupun bersisa, tapi aku masih lagi rindu. nak saje aku balik ke rumah. andainya aku ade sayap... =)

makcik gelakkan aku. makcik cakap, aku dah tua-tua pun masih rindukan mak. masih menangis nak mak. haha. aku tak tahu la.. tapi yang paling aku tahu, aku sangat mahu memeluk mak sekarang. terkadang malu dengan diri sendiri. sebab dah besar panjang pun masih mintak mak. lalala~ malu tapi mahu. haha

tapi aku seronok. sebab nanti dapat jugak aku balik rumah. masa yang berharga mesti digunakan dengan baik. sebab lepas ni, en.Najib cakap dah tak de cuti dah. sebab IM shootnya direct. so terpaksalaa aku terima. =)

aku nak sambung membaca macam mana nak buat soalan exam ni. masuk exam buat soalan exam. pecah jugak otak aku nanti. aku harap aku dapat buat ngan baik. dan dapat skor ngan baik macam mak harapkan. harapan mak tinggi tu, dekan ngan 3.7 weyh.. ntah dapat, ntah tidak. tapi aku akan berusaha sedaya yang boleh.

rindu dan sayang mak.. =)

good luck untuk semua kawan-kawan.. semoga Allah rahmati setiap langkah perjalanan kamu ke dewan exam.. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa salah ku..

aku adalah seorang makhluk Allah yang serba hina. aku tidak lah semulia sesiapa yang mulia. tapi aku juga punya hati dan perasaan seperti manusia yang mulia.. aku bukan sorang yang sempurna. setiap apa yang aku lakukan, pasti ada silapnya. pasti ade salahnya. kerana aku hanya manusia yang serba kekurangan.

kalau aku salah, aku silakan semua yang rasa nak makan, terkam, marah aku, jumpa laa aku. aku persilakan. aku memang seorang yang garang, tapi jika ada sesiapa yang nak berbincang ngan aku, aku tak kan makan or marah orang tu.

aku sebenarnya cuba mengurangkan marah aku. seminima yang mungkin. mungkin aku akan turunkan marah aku hingga ke tahap -0.0001 darjah. siapa yang tahu. itu mungkin. dan tidak mustahil.

sesiapa yang tak puas hati ngan sikap aku, tegurlah aku. kerana aku tidak nampak apa salah ku. kekadang aku hanya tahu katakan, Ya, aku mahu, pada diri ku. tapi aku tak tahu, itu adalah salah. sebab hanya aku yang membuat keputusan ku sendiri. tidak ada bantuan sesiapa sekali pun.

tapi aku sering tertanya-tanya diri sendiri. apa salah ku? apa silap ku? adakah aku ni orang yang jahat? adakah sikap buruk ku selalu menyebabkan orang sakit hati? adakah aku sering menyakiti hati kalian dengan kata-kata kasar ku.

setahu aku, dan seingat aku, aku ke sini penuh dengan senyuman. dan aku berusaha yang terbaik untuk tersenyum. dan tidak menyakiti hati sesiapa. dan aku jugak telah mencuba untuk tidak menjaga tepi kain sesiapa sekali pun. begitu juga aku berusaha untuk tidak menyakiti sesiapa pun. aku berusaha sehabis daya ku. aku tidak bergosip. aku sentiasa bersangka baik. kekadang aku sendiri merasakan diri ini sangat naif.. sangat bodoh kerana sentiasa bersangka baik, padahal orang sekeliling ku selalu memperlekehkan aku. tapi aku tetap senyum. walaupun aku tahu, mereka kekadang menyakiti kan aku.

tapi aku tetap mencuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa. walaupun kekadang aku tidak sedar dan tidak sengaja melakukannya.

contohnya, aku telah mengambil barang Asma. tanpa ku sedar, aku tidak memulangkannya di tempat asal dan sebagaimana yang aku ambil. aku memohon maaf pada Asma. dan aku berjanji dalam hati, aku tak kan melakukannya lagi. itu janji hati ku pada Asma. bukan janji bibir ku. aku tidak lafazkannya. tapi aku harap, Asma tahu. aku sangat bersalah padanya. aku sangat terharu kerana dia telah jujur mengatakan geram dan marahnya pada aku. dan aku telah memohon maaf. dan sekali lagi ku pohon maaf.. Maaf kan aku, Asma..

pada sesiapa yang aku pernah buat salah, yang aku tak perasan dan kesalahan itu tanpa sedar aku lakukan, aku pohon maaf. dan jika ada sesiapa yang tak puas hati lagi ngan aku, boleh ke bilik aku or menelefon aku di talian yang sepatutnya.

aku bukanlah seorang pendendam. aku tidak akan simpan di dalam hati. aku hanya manusia biasa. yang hanya tahu buat salah je. dan manusia yang cuba untuk memperbaiki kesalahan yang ada..

tapi..

tatkala kamu mencari salah orang, renungkanlah salah sendiri. tatkala kamu nampak kuman di seberang jalan, tengoklah gajah di depan mata. kerana setiap perbuatan yang kamu lakukan akan mendapat balasan dari Allah jika ada sesiapa yang terguris hatinya.

aku tahu, setiap perbuatan pasti ada balasannya. sebab tu aku selalu bersangka baik. dan aku harap, aku boleh menganggap semua orang baik. walaupun dia selalu sakitkan hati aku. dan dalam hati aku ni, Allah aje yang tahu apa yang aku rasa.

dan aku selalu memohon, moga Allah memberi balasan yang setimpal dengan apa yang aku lakukan dan dengan apa yang kamu lakukan. jika baik kerja yang kamu lakukan. maka baiklah balasan kamu. jika keje yang kamu lakukan sedikit terpesong, dan menyakiti hati sesiapa, segera lah kamu memohon ampun dan kemaafan.

dan di sini aku memohon kemaafan kepada semua.. sama ada salah itu aku sengaja kan atau pun tidak.

halalkan semua yang terjadi. dan kalau tak puas hati lagi, sila lah jumpa aku atau hantar email supaya aku boleh jumpa dengan sesiapa yang aku dah buat salah. =)

best of luck untuk semua yang exam esok.. jawab elok-elok.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sweet nya dia..

3 hari berkerja ngan penuh semangat. ngan full dan juga penat. sakit kepala pun ada. dan sampai sekarang, kepala ku masih sakit dan berdenyut-denyut. tapi yang buat aku masih excited dan juga bekerja dengan penuh semangat ialah aku akhirnya dapat jugak tengok Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dengan mata kepala ku. ni asyik tengok dalam tv je.. sekarang tengok kat luar la plak..

rupanya dr. Fadzilah sangat sweet orangnya. kelakar. dan yang paling aku tak sangka ialah dia kecik je.. tengok kat dalam tv nampak tinggi je.. tak sangka sangat dia kecik je orangnya. hehehehe =) comel plak tu.. adeh.. ade apa-apa ni, puji lelebih ni? ish.. aku cuma excited je.. lalala~

hmm.. mula-mula agak takut, biasalaa bekerja ngan golongan tinggi. huhu. aku fikir mereka sangat berprotokol. dan mahu mengikut protokol sepenuhnya. tapi sebenarnya mereka semua adalah seperti kita juga. tak de yang pelik.

dr. Fadzilah tak sombong. cepat mesra. walaupun pada hakikatnya kami tak pernah pun jumpa sebelum ni. tapi ilmunya sangat tinggi. aku teringin sekali bertanya, apakah kelemahan aku padanya. mungkin aku boleh baiki kelemahan itu dan sekali gus membaiki diri ku dan hidup aku yang penuh tunggang langgang ni.

kekadang berjumpa or berkawan dengan orang yang banyak ilmu ni, banyak kelebihannya. itu pun jika kita pandai bertanya. jika kita pandai bertanya itu ini untuk mendapatkan ilmu daripadanya. tapi kalau berada dekat ngan orang yang berilmu ni, bercakap dengan dia pun dah cukup dengan ilmu dan pesanan-pesanan yang disampaikan.

aku sebenarnya takut untuk berdepan dengan dr. Fadzilah. haha. kelakar. sampai sekarang masih lagi berdebar-debar. macam nak jumpa dengan kekasih pun ada. ish3..

apa sebenarnya yang aku takut?

yela. dia kan penuh ngan ilmu. penuh ngan pengalaman. aku rasa, sekali imbas dia pandang aku pun dia akan tahu aku ni jenis yang macam mana. haha. aku tak kata dia bomoh. mungkin ini berdasarkan pengalamannya or kajiannya tentang manusia.

aku sebenarnya amat berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu-ilmu macam tu. tapi belum berkesempatan. hmm.. kalau ikut aku, semua ilmu aku nak tahu dan aku nak belajar. tapi cuma masa je yang tak mengizinkannya.

hmm.. tapi yang aku dapat tahu tentang aku hari ni.. ialah aku ni jenis yang tak pandai nak buat keputusan. so aku agak terasa dengan pesanannya, kena mohon ngan Allah dan kena bangun malam, solat dan minta perlindungan dengannya.. moga-moga setiap keputusan yang aku nak buat, Allah akan bantu.

aku akui. dan insyAllah aku akan baiki. dan aku amat percaya, Allah ade di sisi aku dan akan menolong aku walau apa pun yang berlaku. mungkin bukan hari ni Allah akan tolong. tapi mungkin akan datang.

Allah itu Maha Adil dan Maha Tahu.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS