RSS

C.I.K.G.U

Selamat petang.
Sudah sampai di rumah dan dapat berehat dengan tenang. Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku asyik mahu berada di rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Keliru.

Tarikh interview sudah dapat.
Tarikh ; 22.02.2012
Hari ; Rabu.
Jam ; 7.30 pagi.
Tempat ; Putrajaya.

Alhamdulillah.
Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan ku. Dan berharap agar akan datang dia dapat memudahkannya lagi. Amin.

Semasa mencari bahan untuk persiapan interview. Terbaca sesuatu di page kawan.


Sape kata jadi cikgu SENANG?


Bila kamu jadi cikgu.
Baru kamu tau susahnye jadi cikgu..
time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak HISTERIA...cikgu jadi TOK BOMOH..
time budak nak belajar over time, cikgulah GURU TUSYEN,
Semuanya ada pada CIKGU =]

CEMERLANG
INSAN
KERANA
GURU
UNGGUL







Nota Pinky ;
"Sedang berfikir. Boleh ke aku didik insan jadi unggul? Tanya hati. Jawab sendiri. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti berakhir.

Cuti kali ni, terasa sangat singkat.

Ya. Sangat singkat untuk terus bersenang lenang bersama en. Hati yang tersayang. Gatal ye? Sila gelak untuk diri sendiri. Kerana cuti telah habis.

Hari ini, hari Rabu.
Aktiviti kokurikulum berlangsung. Aku mendapat tugas sebagai guru Pandu Puteri. Oh! Ketahuilah aku tidak menyukainya. Ketawa. Kerana ia terlalu sopan. Tapi hati berkata ; "terimalah hakikat bahawa sekarang kamu adalah seorang ustazah. So sesuailaa ngan gelaran ustazah tu. Faham?"
Menggelengkan kepala. Tidak bersetuju dengan hati sendiri. Mahu memprotes. Tapi sedarlah sekarang bukan masa untuk memprotes lagi.

Sekarang kamu adalah seorang guru. Bukan pelajar yang boleh memprotes itu ini untuk mencuba dan apa-apa lagi lah. Senyum.

2 jam masa terluang.
Habiskan dengan mendengar tarannum bayati. Aduh. Tidak pandai-pandai jugak aku bertarannum. Seharusnya dari dulu lagi aku harus pergi mencari guru yang sesuai untuk belajar tarannum. Kan bagus begitu. Ilmu yang ada pun dapat di kekalkan dengan baik dalam diri.
Bagus. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memarahi diri sendiri. Sebelum terlambat. Kan?

Bebelan en. Hati.
Semasa cuti, angan-angan untuk berehat dengan jayanya di postpone terlebih dahulu. Mana tak nya, en. Hati sudah membebel. Katanya aku langsung tidak serius untuk study dan membaca buku apa yang patut untuk persiapan interview nanti.
Terima kasih atas bebelan itu ye Sayang.
Hari ini, ku paksa mempelajari tarannum hingga berpuluh-puluh kali sampai pening. Ketawa. aku tidak mahu mengecewakan kamu.

Bayati pun tak dapat lagi ni, macam mana dengan tarannum lain?
Tepuk tangan. Ucapkan syabas untuk diri sendiri. Sangat bagus. Sepatutnya selepas belajar dulu, jangan tinggalkannya terus. Sekarang, siapa yang susah?
Diri sendiri. Jawapan sudah tersedia.

Selamat study dan membaca sampai muntah diucapkan pada diri.
Eh! Rajinnya nak study. Nama tak keluar pun lagi. Takpe. Persediaan awal tidak akan merugikan sesiapa. Kan?

Mahu tidur. Akibat kepeningan dengan tarannum. Haha.







Nota Pinky ;
"Bila mahu pandai bertarannum ni. Dengar suara sendiri pun sudah membuatkan aku loya. Bagaimana rasanya bila penemuduga mendengarnya? Termuntah agaknya. Ketawa kuat-kuat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muffin Chocolate..

Percubaan kali pertama membuat muffins.
Selepas ilmu dituntut dengan baik dan penuh bersemangat dengan Chef terkemuka keluarga, Cahaya Hikari (Cikgu Chef. Haha) harap sangat dapat buat dengan baik.
Ini adalah kali pertama membuatnya tanpa pantauan dari cikgu atau tukang ajar. Hehe.
Dan inilah hasilnya.

Siapa nak rasa, sila datang ke MRSM Gemencheh yer..


Belajar masak.
Aku rasa, kalau sekarang aku tidak lagi dinikahkan oleh ayah, aku tidak lagi belajar memasak. Senyum malu. Dasar perempuan malas memang macam tu. Walaupun jutaan lemon bebelan dari mak yang selalu memberi motivasi untuk belajar memasak, tapi telinga ku seolah-olah kebal dari sebarang ancaman dan bahaya.

Dan sekarang.
Baru aku tahu, memasak itu bukanlah benda yang susah. Senang dan yang paling leceh, lepas masak kena kemaskan barang dan basuh semua pekakas yang digunakan semasa memasak. Boleh tak sesiapa meminjamkan aku seorang pembantu tanpa gaji untuk mengemas dapur yang berselerak setelah aku selesai memasak?
Sah-sah tiada.
Dunia sekarang, semua guna duit. Mana ada orang buat kerja free, Kan?

Senyuman en. Hati.
En. Hati hanya tersenyum melihat muffins yang aku buat. Tadi kan cakap nak makan. So sekarang sila makan dan komen apakah rasanya. Hehehe.

Pengomen tegar tidak bertauliah.
Sebenarnya, telah ada pengomen tegar sebelum en. Hati balik ke rumah. Maafkan aku. Bukan mahu membelakangkan kamu. Tapi adat orang ziarah, kita hidangkan la apa yang ada. Kan?
Katanya ; "Acik, sedap muffin nya. Coklat acik letak, pekat. Rasa coklat tu terasa. Terbaiiikkk.."
Aku agak umurnya dalam lingkungan 9 tahun. Tapi kepetahannya mengalahkan aku yang sudah dewasa. Terasa mahu gelak kuat-kuat.
Dalam hati ; "Wah! Kecik-kecik sudah pandai mengomen budak ini."
Katanya lagi ; "Terima kasih Acik.. Kitorang balik dulu."
Mahu ketawa tendang-tendang kaki. Haha.

Sekarang sedang menunggu roti naik dengan 100%.
En. Hati mahu makan roti. So, dengan bangganya aku buatlah jugak rotinya walaupun garam dan butter tak de pun nak letak. Ketawa. Mana taknya, barang-barang memasak masih di rumah lama. Selepas siap di uli dan semua pekakas sudah dibasuh, barulah en. Hati berjumpa garam paket kecil. Ya, Bagus. Setelah siap baru mahu muncul.
Ketawa.

Teringat kata-kata mak.
"Kalau kak kahwin awal dengan en. Hati tu, mesti dah boleh bukak restoran."
Mak.. Adakah ini kata-kata perli atau untuk menaikkan semangat anak mu ini? Aku tak pasti.







Nota Pinky ;
"Sudah mengantuk dan tidak mahu buat apa-apa lagi. Jom kita tidur berjemaah. Good Night semua... Sesiapa yang ingin mencuba muffin dan roti yang aku belajar buat, bolehlah datang ke rumah kosong ku ini.. Hehehe. Kedatangan di alu-alukan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gusi yang sakit.

Sabtu.

Seawal 6pagi sudah bangun. Bagus. Boleh menjadi isteri yang baik..
Selepas berjemaah subuh bersama en. Hati yang tercinta, kami bersarapan dan mengemas rumah bersama-sama.
Oh! Tidakkah ini yang aku harapkan dari seorang suami?
Bahagia dalam hati. Senyum, gatal. Haha.

Gusi.
Sudah seminggu gusi ku bengkak tidak mahu surut. dan hari ni, dia sakit plak. Aduhai. Sabar. Allah ingin menguji ku dengan sakit gusi yang tidak putus-putus seawal umur ku 19 tahun. Senyum. Dan sekarang, makin takut nak jumpa dentist. Bagus Pinky. Jangan jumpa langsung, ye.

Mengemas rumah yang berselerak.
Harap rumah cepat dikemas. Sudah penat mata melihat barang yang sangat banyak di ruang tamu. Tapi Alhamdulillah, ruang tamu sudah siap di kemas. Barang bergerak ke sebelah ruang tamu. Haha. Separuh barang sudah ke dapur. Dan barang yang separuh lagi ke bilik tidur. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak yang berubah, tapi ok la... Ketawa sopan.

Sekarang, sedang menunggu en. Hati balik dari surau.
Kami janji mahu makan buah sama-sama. Buah pun sudah siap di kupas. =) Bagus kan jadi isteri. Ketawa kuat.
Ok. Selepas ini bolehlah aku berhenti kerja, dan 68jam menjaga suami, menjaga rumah dan menjaga anak. Kan? Oh! Adakah aku sedang teringin mahu menjadi suri rumah sepenuh masa? Buat masa sekarang, terasa mahu meneruskan keinginan ini. Haha.
Matikan keinginan kamu. Ok.

Selepas ini, mahu study.
sudah mendapat arahan dari en. Hati supaya study. Jadual malam ini adalah tajwid dan bahasa arab. Bagus. Teruskan usaha. Lalala~

Semoga Allah merahmati hidup aku dan en. Hati...
Senyum..






Nota Pinky ;
"Sesiapa yang mahu menolong ku mengemas rumah tanpa gaji, bolehlah angkat tangan dengan segera. Oh! Nampaknya ramai yang ingin menolong. Sila datang ke Gemencheh yer.. Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah, hantarkan rahmat mu pada ku..

Assalamualaikum dan salam hormat.

Senyum. Akibat mengarang artikel yang panjang berjela, terasa seperti sekarang pun masih dengan ayat-ayat artikel. hehe.

Cuti 2 hari ditambah.
Hari isnin, Maulid Nabi.
Hari selasa, Thaipusam.
Aku tak sambut Thaipusam. Tapi dah namanya 1 Malaysia, aku pun cuti jugaklah. Senyum.
Ini menjadikan jumlah cutiku kepada 4 hari. Yeah. Seronoknya. Dapat bersama lebih lama dengan en. Hati tersayang. Senyum, bahagia.

Dalam otak.
Mahu balik rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Berhenti kerja terus, boleh tak? Haha. Kalau lah boleh macam tu, aku terasa mahu menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja. Menjaga suami dan anak-anak. Wah! Anak pun tidak ada lagi, tapi sudah memasang angan-angan. Senyum. Tak salah kan?

Jadual hari cuti.
Sudah di isi dengan pelbagai program. Program en. Hati sebenarnya. Aku hanya mengikut sahaja. Terpaksa. Kalau ikutkan hati, malas mahu ke mana-mana. Tapi sekali sekala bersosial tak salah, kan?

Tentang interview.
Kebanyakan kawan yang mengambil bidang Pendidikan Islam sudah keluar namanya. Termasuk kepada remaja yang bernama Asmasuhaida. Hehe. Yang bahagian Pendidikan Quran plak, baru je 2 orang yang keluar namanya. Harap minggu depan, nama ku akan menyusul. Senyum kelat. Amin.

Semoga Allah memudahkan segala urusan ku. :)





Nota Pinky ;
"Sudah berada bersama en. Hati. Kesiannya suami ku kepenatan kerana banyak program. Esok kita rehat dan bersuka ria yer Sayang..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam nak pitam.

Khamis yang indah.

Tak sabar rasanya mahu menunggu Jumaat yang berkat, esok.

Sesuatu diluar jangkaan terjadi.
Banyak benda yang diluar jangkaan telah terjadi hari ni. Aku mungkin tidak biasa begini. Atau mungkin perkara seperti ini langsung tidak berada dalam benak fikiran. Atau mungkin, tidak aku jangka sebegini teruknya keadaan di sini.
Banyak kemungkinan yang ada dalam kepala sebenarnya.
Otak masih blur + terkejut dengan apa yang terjadi.

Perkara pertama di pagi hari.
Semasa perhimpunan pendek pagi tadi. Ada lagi masalah pelajar ponteng. Sebenarnya hal ponteng ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Aku kurang pasti.
Tapi, melihat pelajar ponteng dilempang oleh guru disiplin, mata aku berair. Mahu menangis, tapi ku tahan je air mata di kelopaknya supaya tidak turun mencecah pipi.

Adakah aku seorang guru yang sensitif? Atau aku sedih mengapa pelajar sekarang sangat kurang ajar dengan guru, tidak seperti zaman sewaktu aku belajar dulu. Atau aku sememangnya tidak biasa dengan fenomena ini?

Aku mengucap panjang.
Ku toleh pada guru sebelah. Dia pun berkata, "kat sini ada surat pekeliling yang membolehkan guru merotan pelajar." Mungkin dia faham dengan riak wajah aku yang tertanya-tanya begitu. Ya, memang aku terkejut dengan perkara sebegini. Memandang aku tidak bersekolah di sekolah harian biasa. Dan semasa praktikal, aku ditetapkan di sekolah agama yang tidak sebegini keadaannya. Hampir setengah jam, kaki tangan ku terketar-ketar. Terkejut.

Perkara ditengah hari.
Seorang pelajar mengatakan pada ku sesuatu yang tidak aku jangka yang seorang pelajar akan mengungkapkannya. Perkara ini terjadi setelah aku menyuruh dia menyalin nota pembelajaran yang diajar oleh ku. "Pergi mampus lah kau." dalam pelat nogori.
Ya Allah.
Terasa mahu melempang dan menerajang pelajar ni. Sabar. Ni baru hari ke-4. Siaplah kau kalau ustazah dah hilang sabar. Mahunya kaki tangan semua naik nanti.
Persoalannya, sanggupkah aku berbuat begitu kepada pelajar ku?
Pesan cikgu tadi terngiang-ngiang.. "Kamu, kalau pelajar kurang ajar, lempang je. Kalau tak jadi, kamu terajang je." Oh, ajaran apakah ini? Pening aku mahu membezakan apa yang aku perlu buat sekarang..

Pendapat En. Hati..
Bila aku suarakan pada en. Hati tentang perkara pertama, katanya biasalah tu.
Bila aku suarakan tentang perkara kedua, dia tidak mengomen apa-apa.. Mungkin dia terkejut atau mungkin tidak mahu lebih mengejutkan aku.

Fikiran jahat dan tidak sabar.
Mahu sahaja aku berhenti sekolah sekarang. Minggu depan bagi notis tidak mahu mengajar kat sini. Tak tahan dengan kerenah pelajar yang kurang ajar, tak tahan dengan situasi disiplin yang tak terkawal. Dan mahu duduk bertapa di rumah sambil study menunggu posting.
Cepat-cepat beristighfar.
Jika semua cikgu berfikiran macam ni, alamatnya tak delah cikgu yang nak mengajar dalam dunia ni. Kan?

Allah ada di sisi.
Aku sangat berharap agar Allah kuatkan semangatku dan teguhkan sabarku agar aku dapat berdepan dengan situasi yang memang benar-benar mencabar ini. Mencabar mental dan fizikal.
Aku tahu, segala yang berlaku pasti ada hikmah yang terbaik untuk aku akan datang.
Moga Allah permudahkan segala urusan ku, kelak.







Nota Pinky ;
"Tak pernah aku sesabar ini dalam berdepan dengan manusia. Tengoklah setakat mana aku boleh bersabar dengan semua kerenah pelajar. Harap benteng kesabaran ini tidak akan runtuh. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ok. Tak sakit hati dah.

Hari ketiga di SMK... di Rembau.

Sudah tidak ada sakit hati dan mahu marah-marah kepada murid-murid kesayangan sekalian.
Oh! Sudah faham murid di sekolah ini. Bila dia tahu kita garang, dia akan baik-baik saja. Berada di tempat masing-masing dengan sopan dan berhemah. dan tidak terlalu bising. Haa.. Baru tahu langit tinggi rendah.. Ingat, ustazah pakai tudung labuh macam aku ni tak pandai nak marah ke?

Oppss..
Ustazah Pinky sudah berubah kembali ke bentuk asal. Hehe. Sesiapa yang mengenalinya di UM dahulu sebagai ustazah rock, akan terkejut melihat perubahan ini. Haha.
Tapi jiwa masih rock tau. No feeling-feeling jiwa.. Psiko sikit ada laa.. ngeee... =p

Kata bonda.
Ni baru dikatakan ustazah dan isteri kepada sorang ustaz.
Dasarnya dua-dua hampeh dan rock je.. Lalala~ Rock dan spoting, ok pe.. Tapi itu bagi pelajar yang baik dan sopan je. Bagi pelajar yang kurang ajar, lempang nak?
Ketawa sopan.

Panjat tangga.
Hanya 1 perkara yang tak dapat dielak. Panjat tangga untuk ke kelas. Tak de kelas lagi tinggi dah ke? Adoi.. Penat weyh... Tapi ku harung jua. Demi untuk menyampaikann ilmu. Bagus tu matlamat aku seorang ustazah. Senyum.






Nota Pinky ;
"Siapa yang nakal. Aku ok. Siapa yang kurang ajar, aku lempang. Terajang pun boleh. Walaupun aku pakai kain. Ketawa kuat-kuat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS