RSS

Sangat rindu untuk blogwalking.

Hye. Senyum. Manis. Macam gula.


Buat masa sekarang, aku sangat banyak kerja. Semuanya menuntut aku untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Dan separuh daripada kesesakan otak ku sudah pun aku siapkan. Eh. Bukan separuh. Tapi satu per empat, KOT.

Mak call. Adik sms. Makcik tanya itu ini.
En. Hati? Diam. Bisu. 1001 bahasa. Aku pun tak tahu dia menghilang ke mana. Nantilah aku cari dia balik, bila aku punya masa yang cukup. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Dah 2 hari kot. Senyum.

Waktu yang banyak. Tapi kerja pun terlebih banyak dari waktu.
Kekadang aku pun tidak sedar waktu berjalan dengan cepat dan pantas. Hmm, kekadang aku melepaskan nafas kuat-kuat kerana aku tidak punya banyak waktu untuk menyelesaikannya seorang diri.

Aku rindu untuk duduk berlama-lama di hadapan Didi.
Rindu untuk menerokai blog kawan-kawan maya yang sudah lama tidak aku singgah. Aku memang tidak punya waktu yang banyak. Kenapa aku memilih untuk busy berbanding dengan punya waktu, boleh bersenang lenang dengan banyaknya?

Kata en. Hati.
"Yang, u tak sesuai kalau diam je. Nanti semua nak u fikir. Pastu mulalah u fikir bukan-bukan dan macam-macam. I lebih suka u ade kerja."

Aku suka.
Yes. Memang dia sangat mengenali aku. Mungkin sebab kami sudah kenal mengenali sudah lebih 7 tahun. Senyum.

Aku tidak boleh berlama-lama di sini. Perlu balik. Selesaikan apa yang tidak selesai lagi. Ada satu perkara yang aku biarkan terbengkalai. Esok due nya. Ketawa. Boleh aku relex lagi waktu begini. Giler.









Nota manis :
"Mak call. Katanya dia blur. Sebab duduk rumah sorang-sorang dan tidak dapat berfikir dengan kreatif. Ketawa. Ahh.. Aku tahu. Itu tandanya, emak suruh aku balik dengan kadar segera. Senyum. 2 minggu lagi mak. Anak mu akan balik. Sabarlah. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

oh..

Banyak keje.

Busy.
Tak cukup masa.

Pening.
Nak termuntah.
Mahu cuti.




Oh... Berpinar-pinar mata ku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku perlukan rehat.

Selamat pagi. Senyum.


Senyum di pagi hari baik jugak untuk kesihatan. Ketawa.
Pagi ke macam ni? Kira pagi lah tu. Walaupun semua orang sedang enak dibuai mimpi. Sebenarnya, mata sudah pun mengantuk. Kerja pun sudah selesai. Asigment group yang last, akan di hantar esok. Satu perkara lagi buat aku lega. Senyum.

Syukur Alhamdulillah. Senyum.

Tapi sebenarnya banyak lagi benda yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Semua mahu segera. Kamu ingat aku robot ke apa? Huh!

Alangkah indahnya jika aku punya tongkat ajaib yang boleh melakukan semua perkara dalam sekelip mata. Haha. Ketawa besar-besar. Mustahil semua itu. Tapi dengan kuasa Allah tidak mustahil. Ketawa.

Oh, sungguh mengantuk. Aku tahu, aku tidak cukup rehat. Tapi terpaksalah. Senyum.






nota tulisan tangan;
"Rehat ku akan ku qada' selepas semuanya selesai. Aku harap semuanya akan selesai dengan kadar segera. Lalalala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mood yang baik.

Assalamualaikum.


Mood semasa ; Baik dan memberangsang.
Ade perkara yang membuatkan aku sentiasa senyum dan ingin gelak kuat-kuat. Mana kelakarnya pun aku kurang pasti. Tapi aksinya sangat comey untuk membuatkan aku tergelak. Kawan.. Kawan.. Aku kira kamu tidak sekelakar itu. Tapi penilaian awal aku sangat silap. Senyum.

Ketawa.
Sepatutnya aku tidak menilai luaran sahaja. Mungkin kamu sangat senang bercerita itu ini. Mungkin kamu sangat peramah orangnya. Mungkin kamu sangat baik.

Baik.
Aku minta maaf atas ketelanjuran ku dalam menilai semua itu. Senyum.

Sangat merindui En. Hati.
Bila berada di Gemencheh, dia menjadi seorang yang sangat busy. Tidak menghiraukan aku. Hanya anak murid nya yang berlegar di depan mata. Ye. Aku faham tugas seorang guru. Kerana aku juga guru. Senyum.

Sebenarnya tidak boleh memarahinya juga. Kerana aku juga tidak punya masa untuk dia. Bahkan untuk diri sendiri pun, aku kira aku tidak memberi rehat yang cukup. Badan lesu, lemau, lemah, tapi semangat yang kuat yang membuatkan aku dapat settlekan semua pekerjaan dengan baik.

Satu hal yang membuatkan aku penat. Mungkin.
Selalunya aku makan dengan agak banyak. Kali ni, 1 atau 2 minggu kebelakangan ni, lidah aku sakit. Tidak dapat merasa makanan dengan baik. Ya Allah. itu baru sedikit nikmat yang Allah tarik. Sudah kelam kabut hidup ku sekarang.

Kata seorang kawan. Ku rasa dia mengulangnya lebih dari 3 kali.
Katanya ; "Kau ni panas kat dalam. Minum air masak banyak-banyak. Nanti sejuklah."
Kali kedua dia pesan benda yang sama. "Kau kena minum air masak banyak-banyak."
Kali ketiga dia pesan : "Kau makan tembikai pun boleh. sebab tembikai boleh sejuk kan badan."
Kali keempat.. kelima... Keenam.. Ketujuh... Entah apa lagi pesannya. Aku pun dah lupa. Kerap dan banyak kali. Buatkan aku senyum sendirian.

Ye. Aku sedang menjaga diri ku.
Makan vitamin c. Makan vitamin tambah darah. Minum air masak dengan banyak. Minum susu. Makan nasi. dan macam-macam lagi. Sampai terkadang aku sudah penat dan tidak larat untuk menjaga diri sendiri. Ketawa.

Hari ni; mood agak baik.
Aku selalu tersenyum. Mak plak, asik call saja. Ade saja yang nak ditanya nya. Mungkin dia sudah tidak sabar menunggu kepulangan aku. Senyum.






nota ringkas :
"Hari esok adalah hari last kuliah di UM. Sedihkah aku untuk meninggalkan UM? Entah. Macam biasa je. Haha. Kenapa kawan-kawan lain nampak ketara sedihnya? Aku tiada jawapannya. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

warna warni.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku masih bernyawa. Dan ku sujud syukur kepada Mu, Ya Allah.

Ade perkara yang pelik yang menguasai minda. Tapi aku tidak dapat mengatakannya. Mungkin kerana aku sekarang tidak pandai meluahkan sesuatu. Ketawa.
Bukan dari dulu lagi ke macam tu?

Tubuh yang penat dan lemau menyebabkan aku tidak mahu ke mana-mana. Tapi aku terpaksa. dan aku kira, aku mewajibkan diri ku untuk menyiapkan semua kerja-kerja yang ada sebelum due nya.

Otak masih berfikir bagaimana hendak menyiapkan kerja dalam 1 masa yang singkat. Ketawa. Aku tidak punya kuasai luar biasa. Kalau ada, sudah lama kerja-kerja ku disiapkan tanpa aku terasa sedikit tertekan.
Aku tekankan, sedikit tertekan. Ketawa.

Ketawa yang masih bersisa, aku simpan.
Manusia jenis apa agaknya aku ini. Masih boleh mengatakan bahawa hanya ada sedikit tekanan walaupun berlambak-lambak kerja dan tekanan demi tekanan datang menghantui hidup. Ketawa. Sikitkah begitu? Tidak ade jawapan yang specific yang dapat aku berikan.

Kekadang apa yang datang sebagai ujian itu membuatkan aku lebih kuat dan tabah serta bersemangat untuk berdepan dengan hidup yang ada sekarang.

Semangat perlu ada untuk berdepan dengan semua perkara. Seperti kata mak, Aku adalah seorang kuat semangat. Jadi, buktikan bahawa aku memang kuat semangat.






nota ringkas ;
"Apa yang kita lalui dalam hidup ini sebenarnya indah. Kerana ia berwarna-warni untuk dihadapi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu persatu aku selesaikan.

Malam yang hening dan penat.

Apa yang aku penatkan? Oh, memang sangat-sangat penat malahan aku kira aku sudah tidak larat untuk mengangkat mata kerana tahap kantuk mata ini adalah sangat tinggi.

Situasi si pari-pari sekarang.
Adalah sedang menaip jurnal yang bakal due tak lama lagi. Sudah di submit separa jurnal yang telah disiapkan. Tapi boleh ke submit separa jurnal. Haha. Aku hentam submit je. Asalkan ade. Lalala~ Itu namanya orang pelik. Orang pelik memang macam ni. Haha. Ketawa.

Dan sekarang, sedang menyambungkan separa lagi. Harap dapat siapkan dengan jayanya dan dengan kadar segera. Lala~

Otak sedang blur tahap rendah.
Kerana itu aku tersasar ke sini. Kalau blur tahap tinggi, aku tak tahu laa tersasar ke mana. Lalalala~ Entah apa yang patut aku tulis dalam jurnal lagi pun aku kurang pasti. Ya Allah. Susah jugak tulis jurnal skemma ni.

"Dr. Feham..... Kalau tak skemma boleh submit tak Dr? haha."
(Boleh.) aku jawab pelan-pelan dalam hati.







Nota orang malas buat kerja ;
"Weyh! Selesaikan kerja. Jangan asyik masuk blog saja... Ketawa manje. Lala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ruginya tidak dapat menghadiri Dinner Batch.

Assalamualaikum.


Hari ni, 8April2011.
Esok, 9April2011.

Hari ni, Aku perlu menyiapkan semua perkara yang patut-patut. Dan aku tahu, hari ni aku tidak akan dapat menyiapkan semua yang berkaitan. Esok, lusa atau seterusnya, pasti tidak dapat disiapkan dalam tempoh terdekat. Hmmm, masa memang cepat berlalu bila kita banyak kerja. Itu aje yang aku tahu.

Esok, 9April.
Perkara yang akan berlaku malam esok ; Dinner SMPI batch 07/08.
Sedih.
Kerana aku tidak akan dapat mengikuti dinner. Aku tahu, orang tak kan sedar kehadiran aku. Tapi itu adalah dinner yang pertama dan terakhir untuk batch SMPI 07/08. Senyum. Mungkin bukan rezeki aku. Dan aku percaya, akan ade rezeki yang lebih besar dari itu. Senyum sekali lagi.

Kepada kawan-kawan,
Aku memohon maaf di atas ketidakhadiran ku malam esok. dan Aku sangat berharap agar kamu semua bergembira dan berbahagia serta dapat berseronok walaupun tanpa kehadiran aku. Ketawa. (Padahal, sesiapa pun tak pernah peduli jika kamu datang atau tak. Hahaha.)

Aku percaya, bila aku melihat gambar kawan-kawan, pasti ada rasa cemburu. Walaupun aku sudah niat untuk tidak cemburu. Haha.

Hmm, tidak boleh berlama di sini. Perlu mengemas barang dan mengemaskan diri sendiri agar kelihatan cantik. (Perasanlah kau Pinky!)
Tamat dengan senyuman. Meleret. Haha.








Nota ringkas ;
"Terasa seolah-olah mahu menyelesaikan semua perkara hari ini. Andai diriku dapat ku bahagikan kepada lapan bahagian, nescaya cepat sikitttt keje nya siap. (kenapa lapan? tidak 10? atau 15? atau 22? ntah!) Oh Tuhan, banyaknya kerja. Senyum dalam kelat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS