RSS

wishes a good day.

Assalamualaikum.


Selamat bercuti kepada sesiapa yang sedang melalui weekendnya dengan baik. Dan selamat bekerja, kepada sesiapa yang setiap hari adalah hari kerja.

Sekarang, aku menjadi penganggur kehormat. Di ulang, PENGANGGUR KEHORMAT. Aku berkira-kira juga mahu bekerja. Tapi entah kenapa, hidup sedikit kelam kabut membuatkan rasa ingin bekerja terganggu.

Masalah.
Bila tidak mempunyai kerja, purse pun makin kosong lah. Otak sedikit pening memikirkannya. Tapi insyAllah, rezeki Allah itu luas. Jangan bimbang. Ayat untuk menyedapkan hati yang semakin pening dan parah. Ketawa.

Harap, aku dapat menikmati keindahan alam yang segar tanpa perlu berfikir apa-apa tentang masalah yang timbul. Pejam mata, dan rasailah keindahan yang ada.


Sesuatu perkara sedang aku fikirkan untuk menyelesaikannya. Mungkin aku perlu lebih kreatif dalam menyelesaikan kekusutan yang timbul. Senyum.
Teringat kata-kata Dr. Ghazali,

"Jika kamu mahu kaya cepat, tanpa perlu berusaha, kamu boleh mintak sedekah. Mintak 1ringgit seorang pun sudah cukup. 100 orang kamu jumpa 1 hari, sudah 100 ringgit."

Ketawa. Aku tidak sanggup melakukannya. Bukankah berusaha lebih baik dari meminta?

Hm, permulaan hari yang baik.
Hari yang ku tunggu-tunggu sudah tiba. Seseorang yang sudah lama tidak jumpa, akan sampai sebentar lagi.
Apa yang harus aku rasa? Perasaan ini bercampur. Senyum.
Sedang berdebar-debar seperti mula-mula jatuh cinta. Ketawa.
Tidak sabar rasanya ingin melihat wajah tampan miliknya.
Oh, betapa aku sangat merinduinya, setelah segala kekalutan timbul antara kami berdua.

Mahu menyiapkan diri. Sedang tersenyum malu-malu kepada Didi.
Terasa bahagia menyapa.
Ada sesuatu perkara yang ingin aku bincangkan bersamanya.
Mengharapkan satu keajaiban akan berlaku sebentar nanti. InsyAllah.




kata hati yang bahagia :
"Aku mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar. Tidak ada lagi titik noda yang timbul. Aku sudah penat dengan semua halangan yang datang. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manisnya jika setiap hari aku dapat tersenyum.

Assalamualaikum.


Hari yang penuh bersejarah.
Membuka mata dengan senyuman yang melebar. Ketawa. Gilakah aku?
Tidak.
Tapi aku sedang mengecapi bahagia yang selama ini aku harapkan. Akhirnya, ia datang jua. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya. Adakah ini berkat kesabaran yang aku himpun demi kamu? Mungkin. Kebolehpercayaannya, ada.

Tiba-tiba terasa jatuh cinta itu semakin indah. Senyum.

Senyum kepada semua orang.
Aku terasa seperti hidup aku lebih tersusun dan indah.
Mungkin panas tidaklah sampai ke petang. Tapi geremis kekadang mengundang pelangi nan indah untuk kamu. Atau hujan yang datang seketika itu akan membuatkan kamu lega dan terasa nyaman. Bukan semua perkara itu buruk. Lihat nilai-nilai kebaikannya. Pasti kamu akan tahu, hidup sebenarnya indah untuk dinikmati.
Senyum.

Ada sesuatu perkara yang aku perkatakan dengan Puan Farha semalam.
Nasihat yang agak berguna aku kira.
Terima kasih yang tidak terhingga. Jika kamu tidak memberitahu, aku tidak tahu puncanya dimana. Soalan yang mahu aku tanya, sudah ada jawapan sebelum aku bertanya. Aku suka. Kerana ia membuatkan aku tersenyum.





kata hati yang gembira :
"Aku harap kebahagian ini kekal bersama ku. InsyAllah. Kerana tidak siapa yang tahu hakikat sebenar kehidupan ku melainkan Dia Pencipta Alam semesta."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyum. Penuh blink-blink di mata.

Assalamualaikum anda.

Hello kepada wanita yang cantik-cantik semua.
Hye kepada lelaki yang hensem-hensem semuanya.
Tak de orang yang tak cantik dan tak hensem. Allah menjadikan kita semua sempurna. Senyum.
Selamat malam. Semoga malam yang suram ini akan menghiasi tidur anda dengan lena. Wah! Ayat skema dari aku.

Sekarang, sedang tersenyum sambil mata ku blink-blink-blink, rindu menyapa tiba-tiba. Senyum simpul penuh makna. Tersirat dan tersurat.

Malam ni, genap 14 hari.
Menarik nafas lega, setelah aku merasakan sesuatu yang normal telah kembali ke pangkuan ku. Alhamdulillah.
Aku mengucap syukur. Benar janji Allah. Jika kamu bersabar, kamu akan mendapat balasannya. Kerana Allah selalu bersama orang-orang yang bersabar. Alhamdulillah. Syukur.

Jutaan terima kasih, yang tidak terhingga aku ucapkan kepada kamu.
Air mata mengalir di pipi. Bukan aku sedang bersedih. Malah, aku rasa tersangat gembira. Perempuan memang pelik. Sedih, gembira, suka dan duka, air mata tetap keluar dalam semua situasi. Aku pun tak faham kenapa.

Ade sesuatu yang berlaku yang menyebabkan aku sangat terkejut.
Mungkin ini adalah ujian pertama yang bakal aku lalui. Harus terus bersabar dan tabahkan hati. Walaupun hati kecil ku ketika ini sangat berkecamuk dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Senyum. Mungkin aku harus memikirkan bagaimana harus aku selesaikan semuanya.

tidak guna kamu lari dan menyorok dari masalah yang datang. Kerana dia akan terus mengejar kamu tanpa henti dan belas kasihan.


Mencari jalan penyelesaian adalah perkara yang terbaik untuk menempuh masalah. Bukan lari, tapi selesaikannya.
Baik.
Aku harus dengar cakap orang yang lebih atas.

Sehingga saat ini aku masih tersenyum.
Aduh. Apa yang harus aku buat ni?
Lupakan semuanya. Mula hidup baru ye sayang. Aku pegang janji mu. Hindarkan anasir-anasir lain dari hidup kita berdua. dan kita sama-sama membina bahagia. Senyum.




apa kata hati?
"Kekadang aku harus membiarkan masa berlalu dan seterusnya biarkan masa menyelesaikan kekusutan yang melanda. Mungkin kamu memerlukan masa untuk menelan semua kepahitan yang datang. Ambillah sebanyak mana masa yang kamu suka, tapi jangan kamu tinggalkan aku sendirian. Aku sangat tidak percaya dengan diri sendiri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segalanya hanya ku serahkan pada Mu, ya Allah.

Selamat pagi.


Siapa yang belum bersarapan, jom temankan aku sarapan selepas aku tekan butang publish sekejap lagi. Senyum.

Terasa lega melihat bilik yang agak kemas, aku kira pada pandangan mata aku. Ketawa.
Barulah aku boleh bernafas dengan lega setelah melihat semua dalam keadaan teratur. Senyum bangga dengan diri sendiri.

Bangun pagi dengan perasaan down 203%.
Entah apa yang aku rasa saat mata terbuka jam 6.15pagi tadi. Bangun. Mandi dan solat subuh. Menghadap yang Maha Esa. Ku luahkan segalanya pada Dia.

Ingin sekali rasanya aku meluahkan rasa yang terpendam dalam jiwa ini kepada sesiapa sahaja yang aku kira boleh dipercayai. Tapi... entah. Aku lebih percayakan Dia. Kerana Dia-lah pembakar semangat aku untuk meneruskan kehidupan yang Dia kurniakan ini. Aku lama-lama ditikar sejadah. Menceritakan segalanya pada Dia. Sehinggalah aku senyum.

Memulakan hari dengan senyuman adalah sebaik-baik amalan.
Bagus jugak untuk kesihatan muka. Jangan dilayan sangat rasa yang ada di dalam jiwa. Kelak memakan diri sendiri. Aku merancang, tapi pasti Allah juga punyai perancangannya sendiri. Jadi, sabar itu penting. Kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Senyum, untuk menambahkan kekuatan dalam diri.

Hari ini, segalanya aku serah kepada Allah.
Ada seseorang meninggalkan secebis nasihat yang berguna.
Katanya, "teruskan tabah dan redha di dalam kehidupan seharian. Mungkin ada perkara yang lebih baik berlaku jika kita terus bersabar."
Aku tambah di dalam hati, "Ya. Allah selalu bersama orang yang bersabar. Walaupun tidak ada sesiapa pun faham hakikat sebenar tentang kehidupan aku. tapi Allah tahu segalanya."

Ade sesuatu yang mencuit hati berlaku gara-gara mengambil hati orang dengan jayanya. Menerima senyuman yang penuh bunga-bunga kemesraan. Menyebabkan aku tergelak kecil. Ingin sekali aku ketawa besar-besar. Tapi, anak dara tak elok berkelakuan begitu. Ketawa sambil menutup mulut.





hati kecil yang berkata :
"Aku rindukan kemesraan dulu. dan aku dengan sabarnya menunggu ia akan muncul lagi. Mungkin dengan sekuntum senyuman ia akan membuatkan hidup kamu bahagia. Siapa tahu. Kan? Jom mulakan hari dengan senyuman."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday, both of u.

Selamat Hari Lahir.
kepada bonda dan adik bongsuku, Yamin.

Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki.
Semoga umur yang diberikan dapat dimanafaatkan ke arah jalan yang diredhai.
Semoga setiap hari yang berlalu di tambahkan keimanan kepadaNya.
Semoga apa yang dihajati tercapai.

Salam sayang,
-Azura-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mahu cuti lagi. PLEASE......

Assalamualaikum.


Akhirnya, sampai jugak aku ke UM, Kuala Lumpur.
Walaupun pada mulanya mempunyai sedikit kepayahan kerana sudah kehabisan tiket bas yang telah menyemakkan otak aku sebentar. So dengan bangga nya, aku mengumumkan cuti buatan sendiri telah ku habiskan pagi tadi. Ketawa.

Sekarang jam, 8.39am.
Aku sepatutnya sudah bersiap sedia untuk ke kuliah. Tapi masih lagi releks.. Mahu kelam kabut sebentar nanti agaknya. Senyum.

Kalau diikutkan hati, mahu lagi aku sambung cuti buatan sendiri dengan bangganya.
Tapi bila difikirkan balik, "tak mahu belajar ke weyh?". Aku gagahkan jugak membeli tiket e-Budaya bertarikh 8hb Februari, 10pm. dan tepat jam 8am, aku selamat sampai di kolej.

Memulakan hari untuk belajar adalah perkara yang agak sukar.
Kerana baru je menghabiskan cuti, hari ni dah kena belajar. Aura kesejukan air telaga di kampung masih kuat mencengkam. Aura gerimis turun dan menghasilkan pelangi jugak terbawak-bawak sehingga ke KL. bermacam-macam aura aku terpaksa tinggalkan di kampung laman. Ini hanya disebabkan mahu belajar.

Semangat nak belajar tu. Senyum simpul malu-malu.

Tapi, untuk semester ni, harus belajar dan kerja, sama kuat.
Kerana, aku bertekad mahu pulang ke kampung setiap bulan. Makin besar, makin aku rasa tidak mahu berjauhan dengan bonda. Entah apa yang merasuk kepala otak aku sekarang.

Mungkin aura Puan Farha telah berjangkit dengan aku. Ketawa kuat-kuat.

Arggghhhhh. Mahu menjerit kuat-kuat.
Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti. Mahu cuti.
Sudah ku jerit kuat-kuat dalam hati. Senyum.

Sekarang mahu bersiap dan melawa untuk ke kelas.
Ada perkara yang perlu aku settlekan selepas kelas yang menyebabkan aku sedikit busy. Busy laa sangat. Ketawa.





nota hati :
"Aku sedikit lega, kerana hubungan yang ada, bertambah elok. Aku berjanji pada mu, Sayang. Aku akan menjadi isteri yang baik buat mu. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti kali ini.

Assalamualaikum.

Salam cuti Chinese New Year. Salam satu Malaysia. Salam sejahtera untuk semua.


Cuti kali ini, terasa lama. Mungkin kerana aku telah mencuri untuk bercuti dengan melebihkan 2 hari. Ketawa.

Sekarang, singgah sebentar di Bestari.com bersebelahan kampung. Tanpa memberitahu emak dan ayah. Nakal kan? Sudah mahu jadi emak orang pun masih nakal tak habis-habis. Tak pe. Sebelum betul-betul naik pangkat jadi ibu, hendaklah kita nakal beramai-ramai. Teori yang di buat oleh diri sendiri. Senyum.

Sedang designkan sesuatu yang mengujakan hati.
Tapi kekadang terasa hambar. Mungkin ada sesuatu yang masih belum selesai. Aku teringin sekali ia kembali seperti waktu dulu. Tapi aku tahu, ia akan mengambil masa yang agak lama.

Otak sedang berputar-putar merencanakan sesuatu.
Aku harap, teknik yang aku pilih akan memberi kesan kepada kehidupan yang akan datang. Wish, hidup aku penuh dengan luck. Senyum. Amin.

Aku akan menghabiskan sisa-sisa cuti yang aku buat sendiri dengan penuh senyuman mesra kepada alam. Mahu berehat seindah-indahnya. Mungkin selepas ini, jadual aku penuh dan tidak mengenal rehat lagi. Mungkin itu akan terjadi. Siapa tahu kan?

Ada perkara yang masih tertangguh.
Adakah aku sengaja menangguhkan atau ia tidak dengan sengaja tertangguh. Aku tidak ada jawapan kepada soalan yang aku buat itu. Dan aku sangat percaya, jika ia milik aku, perkara itu pasti akan berakhir dengan baik sekali.





nota hati :
"Sedang menunggu pelangi muncul. Ketiadaan gerimis petang menyebabkan aku terpaksa menunggu lama untuk melihat warna-warna pelangi yang indah itu. Aku mengharapkan kaki ku akan berdiri setabah yang mungkin untuk menunggu pelangi nan indah itu muncul. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS