hmm, hari ni kelas kosong pagi. apa aku buat? buat asigment dan slide presentation. sebab esok nak present. hehehe.
jap lagi, kurang dari 2 jam, kami akan bertolak ke UKM. untuk menerima konvokesyen diploma. macam aku plak yang nak konvo. tapi pada hal peneman je. aku temankan laa sebab dia dah tak de sesiapa yang nak pegi. mak pun dah balik semalam dengan kak ju dan abg imran. so aku je yang ada..
tahniah sekali lagi padanya kerana telah menghabiskan pengajian nya selama 3 tahun dengan jayanya. walaupun dia macam orang tak betul mengaji 7 hari seminggu. tapi akhirnya dia jadi normal balik. hehe.
hmm, aku tak pernah cakap. tapi aku nak dia tahu, aku sangat bangga berdiri di sisinya tatkala di pakai jubah tu. nampak hensem, kemas dan comel.. hehehe. tapi gambar tak de lagi ngan dia. tak pe. jap lagi kita tangkap gambar banyak-banyak. haha.
konvo diploma plak..
tahniah untuk 'dia'
sekalung ucapan TAHNIAH buat 'dia' yang telah pun menerima segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian (Syariah dan undang-undang).. aku memilih untuk pergi. dan kami tak sempat pun nank bergambar banyak-banyak. may be sebab masa tak mengizinkan. kes nya aku ade kelas pukul 3 dan kena buat persediaan untuk presentation.
makan pun aku tak lalu fikirkan presentation yang akan dibuat dengan apa-apa pun aku tak ready lagi. kalau kena present, aku hentam bantai je.. bab zakat harta untuk tingkatan 3. wah! macam nak mengajar pun ade.
berbalik pada topik asal.. dah konvo pun dia hari ni. aku bangga jugak 10sen. tengok dia nak pentas konvo. haha. tapi tetibe jantung aku berdebar. hahaha. tahun depan aku plak. wah. memang aku tak sabar untuk menghabiskan semua pelajaran aku kat UM. hehehe. ish3.. macam boring benor aku kat sini.
hm, aku rasa, semua orang pun macam aku. tak sabar nak habiskan belajar. tapi sebenarnya waktu belajar laa waktu yang paling syok. may be sebab aku dah lalui alam kerja kot. hehe. so kena manafaat kan waktu-waktu sekarang.. lalalala~
esok dia konvo diploma plak. hmm, tamak. 2x konvo. haha. orang lain semua sekali. dia 2x. hahaha.
tahniah kepada dia dan aku bangga dengan nya..
tahniah jugak pada kekawan lain yang konvo hari ni.. hehehe
hari ini dalam kehidupan ku..
pagi-pagi bangun dah termenung dah. tak tahu apa yang aku menungkan. hati ni macam berdebar-debar je. tak tahu jugak apa yang tak kena. aku ade buat salah ke? kepala ni, rasa macam pening-pening je. blur semacam pun ade. tambah macam tak sedap hati pun sama.. ish3. banyak sungguh songeh aku ni.
hmm.. hari minggu, ku habiskan dengan mengemas apa yang patut. mengangkat apa yang patut. dan yang paling penting. membuat asigment dan slide yang harus di selesaikan dengan kadar segera. huhu.
asigment dah pun makin banyak. biasalaa.. dah nama nya pun student, kan.. so apa yang perlu aku buat ialah menyiapkan asigment yang memang dah ade. dan jangan tangguhkannya. sebab kalau main tangguh-tangguh ni biasanya susah laa sikit. huhu.
esok dah hari konvo dia.. hmm, dapat kah aku pergi dengan masa yang tak mengizinkan ni? susahnya bila nak buat pilihan yang kedua-duanya amat penting buat aku. huhu
tapi tak pela... itu aku buat kemudian. sekarang jom kita siapkan asigment dulu. hehehe
mampukah aku bertahan hingga ke hujungnya?
aku sangat penat. apa yang aku penatkan aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara. terasa seperti mahu give up untuk teruskan hidup pun ade. tapi bila terfikir mahu give up, aku cepat-cepat beristighfar. ingat kan Allah. ingatkan semua yang terjadi pasti ade hikmah disebaliknya.
kekadang aku terfikir, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang muncul. aku bertanya diri sendiri. aku bertanya untuk mendapat kepastian. adakah aku kuat? adakah aku mampu? ntah. aku masih belum mempunyai jawapan itu. dan jawapan itu tak pernah muncul dalam fikiran ku.
tapi hati ku selalu berkata, bertahan lah diri. kuatkan semangat mu. teguhkan azam mu. pasak kan tekad mu. dan bersabarlah. janji Allah itu benar. dan apa yang ditentukan itu seharusnya ada hikmahnya. dan apa yang berlaku semestinya punya kebaikan pada diri sendiri.
ujian demi ujian. cabaran demi cabaran. kerenah demi kerenah. ada ujian yang aku sendiri cari. ade cabaran yang aku sendiri tempah. dan aku kerenah yang aku sendiri mahukannya. dan ade jugak yang datang tanpa aku pinta sedikit pun kehadirannya. tapi aku harus sedar yang semua nya adalah ujian Allah. dan itu adalah resam kehidupan. serta kehidupan tak kan indah tanpanya. =)
hmm.. persoalan ku kini masih bersisa.. mampukah aku bertahan hingga ke hujungnya. hingga semua janji telah ku kota. hingga ku genggam erat semuanya. hingga kejayaan itu mutlak milik ku.
mampukah aku???
jawapannya; aku sendiri tak pasti sejauh mana kekuatan ku. dan sekarang, aku hanya tunggu dan lihat..
konvo-konvo-konvo
petang tadi tak de kelas. tetibe kelas "terbatal" plak. ustaz ambil MC.. so aku janji ngan dia nak temankan dia ambil jubah konvo kat UKM. janji pukul 11.. tapi pukul 11 tak jugak muncul-muncul.. jam tepat pukul 2 petang. baru laa dia sms, katanya dia kat depan fakulti. ngan kereta. hmm, kereta siapa plak dia rembat. tak kesah laa.. janji dia jemput. tak yah aku susah-susah naik lrt. kikiki..
mula-mula aku ingatkan ada laa kelas. rupa-rupanya tak de kelas. syok laa aku menemankan orang yang memang ngah nak ambik jubah ni. memilih jubah dan memakai jubah untuk pekenakan saiz yang sesuai untuk tubuhnya. tugas aku? just tengok dan komen mana yang patut.. syok jugak jadi pengomen tegar ni.. lalalala~
hmm... minggu depan dia konvo.. Konvo aku plak tahun depan.. huhu lambat lagi laa.. dah penat dah belajar kat sini. hahaha. entah apa yang dipenatkan pun aku tak tahu. huhu. hmm.. sekarang ngah berkira-kira nak pakai baju apa time dia konvo.. hehehe.. nak lawa-lawa laa sikit.. tapi jadi ke aku pergi? entahlaa.. ngah berkira-kira jugak nak pegi ke tak. hahaha. boleh plak macam tu.. kikiki..
hmm.. tahniah kepada semua orang yang dah konvo dan akan konvo.. ;)
ni konvo untuk diploma.. wahhh... tetibe macam aku plak yang excited nak konvo.. lalalala~
jubah konvo 2 pasang.. ish3.. dia laa orang yang paling tamak yang pernah aku jumpa.. orang suruh ambil degree, sekali ngan diploma sekali di ambil nya. sekarang dah ade 2 diploma dan 1 degree.. jap lagi kita ambil master sesame eh.. hahaha
haaa... ni plak jemputan untuk konvo degree.. mana satu aku nak masuk? 2 2 ke? hmmm... susah jugak ni.. lalalala~
tolong kasik pilihan.. lagipun aku ade kelas untuk kedua-dua hari tu.. huhuhu 9 & 10 Ogos.. huwaaa... so berbelah bahagi..
bercakap tentang masa depan
bercakap tentang masa depan, semua orang nak masa depan yang cerah, gemilang dan terbilang. tapi macam mana kita pastikan yang masa depan kita cerah, gemilang dan terbilang? itu kuasa tangan kita.
semalam, aku dan dia bercakap tentang masa depan kami. adakah ia makin cerah atau makin mendung. aku pun tak pasti. tapi sebelum melangkah lebih jauh, aku perlu sediakan persiapan yang rapi. perlukan semua dan segalanya. susah jugak kalau dah dewasa. semua nak kena uruskan sendiri. mak hanya penasihat akademik dan praktikal kita je.. yang pastinya, kapal itu nahkodanya aku..
kekadang aku mahu mengeluh. tapi pesan mak, aku tak boleh mengeluh. tak baik. so kekuatan orang belajar ialah menerima takdir Allah dengan redha dan pasrah selepas berusaha.
ya, perlu berusaha terlebih dahulu. baru boleh give up and mengeluh. tapi bila kita dah pun berusaha dengan sehabis daya, Allah tak kan mengecewakan kita. sebab Allah itu Maha Adil. jadi Allah akan hukum seadilnya pada makhlukNya. tapi yang perlu kita sedar ialah kita perlu ikut landasan yang telah ditetapkan olehNya.
hmm, sekarang dah genap 1 bulan dia bekerja. ni dah masuk bulan kedua. sekejapnya masa berlalu. dan sekarang dia masih mencari kerja yang sesuai dengan gaji yang sesuai jugak. hehe. aku harap, Allah membuka jalan rezeki padanya. dan aku doakannya.
ku suarakan padanya, kerja memang susah nak dapat sekarang. nak cari kerja yang sesuai pun susah.. tapi kita laa perlu rajin sebab kerja tak kan datang bergolek kat kita kecuali kita yang cari. Allah tu suka pada orang yang berusaha. kalau rajin 1 hal je, semua settle.. hehehe.
pandai laa plak aku. hahaha. masa depan aku plak entah macam mana pun aku tak tahu. takut jugak nak berdepan ni.. huhu
sekarang masa untuk belajar.. so nak belajar jap. tengok buku dan buat apa yang patut.. dah tahun akhir ni.. lalalala~
belajar vs bekerja
habis Imam Muda, aku fikir aku nak berehat. aku nak pencen dari bekerja sambil belajar ni. tapi bila difikirkan balik kos dan sara hidup di bandar kL ni, aku rasa aku kena buat sesuatu. aku kena lakukan sesuatu. tak kan nak harapkan duit biasiswa aku yang tak seberapa tu..
hmm, ntahla.. asma ade cakap bila aku suarakan aku dah mahu pencen dari dunia bekerja dan mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran ku. katanya; "betul ke ni akak yang asma kenal? macam tak je.." aku gelak. aku sebenarnya belum pasti ngan hati aku.
memang benar kata orang. hati selalu berbolak balik. tak tahu mana satu yang harus difikirkan.
macam mana eh? boleh ke aku belajar je.. macam boring je. hehehe.. pendapat2...





