Destinasi kali ni ialah Muassasah Darul Fuqaha.. dah habis rumah anak yatim dah ni aku pergi. bagus jugak kekadang macam ni. Sekurang-kurangnya aku sampai jugak tempat-tempat macam ni. Kalau nak harap aku pergi sendiri, alamak nya.. kucing bertanduk pun aku tak tahu aku pergi ke tak.. huhu..
praktikal..
lambatnya masa berlalu..
boring laa plak stay lama-lama kat sini. dah rindu mak ni.. rindu adik-adik. rindu family. semua dah rindu ni. lagipun dah tak de hati kot nak menetap lelama kat sini.. semua macam menyesakkan otak je.. siapa yang pandai potong rumput, boleh call no aku. untuk potong semak samun yang ada dalam otak aku ni..
orang semua bercerita pasal Imam Muda. Imam Muda hensem. bergaya. macho. hmm.. yeke? aku plak writer. dah macam jemu dah tengok Imam Muda. sekarang dah masuk minggu ke 7. Kalau laa ade Imam Muda yang hensem sikit tak pe. ni semua tak...... wah!
slumber dek je aku kutuk Imam Muda. hihi. (Sorry Imam Muda. =p lalalala~)
sekarang hanya tunggu 3 minggu je lagi nak menghabiskan program ni. tak kesah laa apa nak jadi. 3 minggu ni je lagi. tahan sikit laa ngan kerenah-kerenah bos. crew. dan Imam Muda. semuanya dah memeningkan aku.
kekadang aku fikir jugak, sebenarnya kalau kita tengok orang yang kita suka, 10 minggu pun tak pe. 10 minggu pun tak kesah. tetiap hari pun tak juemu-jemu. ni tengok orang yang kita tak suka. 7 minggu macam 7 tahun je lamanya. aduhai. kan best kalau salah sorang Imam Muda tu 'Dia'.. baru laa tetiap hari aku rajin bekerja. haha
nakal ea? lalala~
hai.. macam-macam hal dalam dunia ni.. tapi itulah hakikatnya.. aku masih menunggu hari terakhir Imam Muda.. hehehe..
TEPU
kerja sebagai penulis, memang rutin harian adalah menulis. suka atau tak, memang tak de pilihan lain. tapi yang paling best ialah penulis boleh create apa jua emosi atau situasi seperti mana yang kita mahukan.
BEST! SERONOK!
Sebab? ia mengikut kehendak dan hati kita. hihi (gelak sopan)
tapi semenjak 2 menjak ni, idea ku seolah-olah tepu. tak mahu keluar. tak tahu apa yang hendak aku tulis. mungkin aku perlu keluar dan berseronok. untuk mencari idea-idea baru dan ayat-ayat baru untuk ku tulis. dan supaya setiap penulisan yang ada, nampak lebih matang dan menyeronokkan. =) senyum kelat untuk diri sendiri. huhu
hmm... tapi sebenarnya yang ketepuan yang ada ni disebabkan ke"tension"an aku yang selalu bergaduh. dan ke"tension"an aku disebabkan aku tak de masa untuk diluangkan kepada insan-insan tersayang.. huhu..
sebenarnya, baru ku tahu, dia memang akan menjadikan hidup aku makin hari makin tak keruan. mungkin sebab aku makin lama makin tua. dan sepatutnya kami sudah boleh hidup bersama. sebab tumakin hari makin suka kami bergaduh. dan idea-idea aku pun makin tepu. aduhai.
so, tak nak lagi bergaduh. penat. otak. fizikal. mental. semua penat. idea pun tak keluar. semua kerja tak jadi. =(
cuba-cuba
sekarang aku ngah belajar makan burger. hmm.. burger kat tepi jalan tu, aku memang tak dapat makan. aku tak lalu. aku tak tahan ngan bau nya. aku dah try dah. tapi tetap jugak macam tak boleh bau burger. pening-pening aku di buatnya. haha. memang hidup terlebih bau ni..
sesuatu yang menyerabutkan otak
ke"busy"an aku semakin lama semakin bertambah. kekadang ada jugak menurun. tapi still busy. cuti pun, sehari.. nak balik rumah mak pun tak sempat. jauh di sudut hati ini, terasa rindu pada kampung laman. tapi tak pelaa.. ku tahan dulu..
hm, dia sering bertanya, mengasak persoalan demi persoalan, kekadang kami bergaduh dek kerana ke"busy"an aku. aku tak nafikan. aku memang busy. aku memang tak de masa untuk nya sekarang. tapi aku hanya diamkan diri. kekadang jawapan yang aku berikan membuatkan keadaan makin panas.
sejak kebelakangan ni, hanya itulah isu yang sering kami gaduhkan. yang sering dipersoalkan oleh nya. sehingga kekadang aku menjadi bosan untuk menjawab nya. sehingga aku naik marah. dan kekadang aku terlalu berterus terang.
hmm.. dek kerana terlalu berterus terang, kekadang mencari nahas dan keadaan makin panas dalam hubungan. tapi teringat kata Kak La, kalau tak bergaduh sampai rasa macam nak cekik-cekik dia, kita tak kan boleh hidup dengan dia lagi. so kalau nak teruskan hubungan, bergaduh dulu, tengok dia tahan ke tak ngan kita masa bergaduh. kalau dia boleh tahan, maka masa-masa akan datang, dia dapat tahan laa tu ngan kita..
hmm, kekadang bergaduh ni, menyesakkan minda jugak. hari yang penuh dengan matahari pun boleh jadi suram sebab bergaduh. mana tak nya, kita asyik fikirkan kesedihan je. adeh.. bahaya jugak. ia mempengaruhi kehidupan seharian ku.
tapi perkara yang paling best ialah selepas bergaduh mesti angau balik. haha. pelik betul. boleh plak lepas gaduh, selesai gaduh, aku senyum dan ketawa sorang-sorang. mana tak nya, kekadang bergaduh perkara yang tak logik pun. macam budak-budak pun ade.
tapi, selalunya lepas gaduh, comfirm ketawa. terasa bahagia plak. adeh. tapi katanya, kalau nak bergaduh pun, carila masa yang sesuai. masa yang cantik. macam semalam, bangun pukul 3.15am, semata-mata untuk bergaduh. aduhai. terasa macam tak de keje pun ade. huhu. lain kali, kalau nak bergaduh, set masa yang sesuai. agak-agak kena buat appoinment dulu ke.. huhu..
hmm.. persoalan yang timbul dalam diri aku sekarang, syok ke bergaduh?
jawapannya, serabut otak. kalau sekali sekala, boleh laa.. kalau asyik bergaduh, naik boring jugak. hahaha. so bergaduhlaa ala kadar. jangan selalu-selalu. =)
Selamat Hari Bapa
ucapan khas ni ditujukan untuk ayah tersayang.
"IBRAHIM BIN HAMID"
semoga Ayah dilindungi dan dirahmati oleh Allah selalu.
Semoga bertambah keimanan.
Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki.
Semoga Apa yang Ayah impikan, akan termakbul.
sayang Ayah selalu.
lovesby,
-Azura-
kehidupan bekerja.
kerja dalam production, kekadang membuatkan aku tension, pening, tak faham. dan macam-macam rasa. kekadang sesama sendiri pun terpaksa bergaduh. kenapa perlu bergaduh pun aku tak faham. kekadang benda kecil pun nak gaduh.
tapi kekadang best pun ade jugak. yang paling best, bila satu-satu episod telah berjaya di tayangkan dengan jayanya. masa tu, satu perasaan yang puas bersemadi dalam hati. betapa aku berbangga dengan diri sendiri pun ada. haha. tapi kalau tak de kerjasama dengan semua team writer, mesti tak berjaya. thanks writer semua. =)
dalam kehidupan bekerja seharian, aku dapat jumpa banyak ragam orang. macam-macam orang yang aku jumpa. ada orang dengki. ade orang very positive thinking. ade orang yang selalu negative thinking. aku sendiri? kekadang positive. kekadang negative. tapi aku berusaha untuk berfikiran positive.
kekadang dalam kehidupan bekerja, lumrah laa kalau ade orang nak jatuh kan kita. sebab hidup dalam dunia ni kan hidup bermasyarakat. tak semestinya semua orang suka kamu. so kamu kena laa faham. dan cuba bertolak ansur dengan baik.
aku selalu pesan pada diri sendiri. cuba berlebih kurang dan bertolak ansur. tapi kekadang, aku jugak gagal membuat apa yang aku pesan. tapi biasalaa manusia. bukan sempurna. kekadang kita lupa diri. tapi sebaiknya, kita ingat siapa diri kita. =)
tapi aku sangat berharap, aku tak kan lupa diri dalam kehidupan bekerja. sebab sombong dan lupa diri tu, akan membuatkan kita makin jauh ngan Allah. aku sangat berharap, aku tak kan menjadi seorang wanita yang sombong dan tak ingat siapa diri aku.
ingat apa yang mak pesan. ingat apa yang ayah pesan. ingat semua. pasti aku selamat. yang penting, apa yang mak pesan, apa yang ayah pesan, sama dengan apa yang Allah mahu.
landasan syariat tu penting dalam kehidupan seharian. kan?





