RSS

audition dah habis..

hari ni, hari ketiga aku kat sini.. penat.. tak payah laa aku bercerita.. tapi aku terpaksa tahan. sebab itu tugasan dan tanggungjawab aku. so nak ke tak nak, aku kena laa tahan sampai laa program ni habis.

hmm, seronok ke outstation? hahaha.. ade jugak orang tanya soalan macam tu kat aku.. setakat ni, not bad. oklaa.. tapi penat laa sikit. sampai terus setting tempat. pastu siapkan apa yang patut disiapkan. kasik semua settle, baru boleh berehat..

9/4/2010 - jam 7 petang..
semua tempat dah settle. dah ok. dan kitorang boleh balik rehat kat Naza Talyya Hotel. penat. kan best kalau aku dapat urutan yang dapat menyegarkan aku.. hehehe.

10/4/2010 - jam 9 pagi.
call time jam 9 pagi. tapi aku ngan nad turun pukul 9.30 pagi. haha. nad dah jadi bidadari sekarang. dah pandai melawa. hehe. tapi tak pe. asalkan dia ok dan rasa happy. yang penting, dia nampak cantik.. anak dara sudah.. hehe..

11/4/2010 - jam 10 pagi..
kami sampai ke Pusat Islam Iskandar. seperti biasa, semua mata memandang. mana tak nya, 4 writter semua serba puteh. ni kerja apa ni? nurse ke? ke ade orang sakit? hehehe.. itu yang aku fikir.. yang orang lain fikir aku tak tahu.

hmm.. agak leceh bila dari hujung kali ke hujung kepala aku kena berpakaian serba puteh.. tapi puteh itu kan suci dan bersih. kata bos aku. =) dan ade yang memuji, ni siapa yang pakai serba puteh ni.. jawab bos, semua writter. bagusnya.. seragam je..

pujian.. aku terima ngan hati yang terbuka. haha. pantang di puji !!

hmm.. bercerita pasal peserta plak.. peserta yang datang, sangat ramai. sambutan sangat menggalakkan. aku pun tak sangka, sambutan di Johor macam ni. seronok dengar diorang diuji. hehe..

tapi kalau aku ade kat tempat dorang, boleh ke aku diuji macam tu? aku vote untuk fail pada diri sendiri. haha. sebab, aku tak dapat bayangkan, baca depan juri, dengan semua mata tertumpu pada kita dan kita berada di hadapan camera.

tahniah untuk semua yang mencuba dan pada yang tak berjaya, cubalah lagi pada tahun hadapan. dan kalau kamu ade rezeki, dapat jumpa aku di tahun depan.. haha..

esok, pagi bertolak balik. malam ni, malam untuk berehat. hmm.. aku nak mimpi indah-indah. sebab dah 2 malam aku tak dapat nak tidur..

sebelum tu, aku upload sekeping photo atas permintaan puan hajar yang cute.. hehehe..


ni photo yang di ambil oleh bos aku.. aku suka kannya.. kat sana tak sempat pun nak bergambar.. busy bekerja je.. huhu.. frust !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

audition IM kali ke3

audition kali ni.. sangat laa rigid laa plak.. tema oasis adalah puteh.. so kenalaa aku pakai puteh semua nya.. puteri bunian laa aku nanti.. kikiki..

audition seterusnya kat....

Audition Imam Muda (3rd location - Zon Selatan)

Bilik Multimedia, Dewan Besar Pusat Islam, Blok A,

Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.

pada :
11 & 12 April 2010
sabtu & ahad

hmm.. aku harap, aku dapat buat ngan baik.. dan segalanya berjalan lancar.. siapa yang berminat? boleh laa pegi.. kalau korang lepas, jumpa aku kat stage 3.. hehehe..

tapi perlu di ingatkan... kamu perlu membuat persiapan yang rapi sebelum datang ke audition.. biasalaa.. macam korang pegi interview nak mintak keje.. so macam tu laa audition nya..

pesan cikgu adik aku, masa interview, kita tak boleh yakin sangat yang kita dapat. tapi kita perlu merendah diri dengan apa yang kita ade. dan jangan terlalu yakin dengan keistimewaan kita. kalau kita ade keistimewaan.. orang lain pun sama..

itu bukan nasihat dari aku. tapi dari cikgu adik aku.. lalalaala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

baju puteh...

baju puteh... baju puteh... baju puteh... baju puteh... baju puteh... baju puteh... baju puteh... adeh.. ni may be dah kali ke sepuluh bos pesan suruh bawak baju puteh untuk ke audition.. huhu.. dahlaa duit makin kering. gaji pun belum masuk..

aku makin buntu. tak tahu nak buat ape. baju dah ade. tudung plak tak de. kang free hair susah plak.. mana tak nya.. nanti apa kata orang.. ish, ustazah ni buang tebiat ke? haha.

aku susah hati. tapi nampak macam orang tak susah hati pun. ish3..

tapi kalau duit dah kering, semua orang pun susah hati. bukan aku sorang je yang rasa macam ni.. hehe. untuk menyedapkan hati, biasa laa student.. huhu..

so kena laa aku bersyukur apa yang ade.

sekarang dah ade baju puteh. tinggal nak cari tudung puteh je. aku plak sekarang ni, kurang nak minat ngan colour-colour puteh ni.. so, tak de laa baju or tudung or kain puteh.. alamat nya.. kena laa aku cari semua yang puteh-puteh untuk audition.. kena laa meminatkan diri menyukai colour puteh.. huhu

puteh itu suci.. tapi kenapa aku tak minat? ntah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kesedihan.. kepiluan..

apa yang terjadi pada diri ku sekarang.. aku rasa sangat lain.. dulu, aku suka berkongsi dengan kawan-kawan.. dengan sahabat.. dengan best friend aku sendiri..

tapi setelah umur semakin meningkat, dari hari ke hari, aku lebih jarang meluahkan rasa yang terbuku. aku kira aku makin tua, makin memendam rasa. makin malas nak share ape yang aku rasa. gembira ku simpan sendiri. sedih pun ku simpan sendiri. marah je aku keluarkan. hahaha.. marah tak boleh simpan lama-lama. nanti aku cepat tua. hihi

hmm.. kekadang terfikir ingin berkongsi rasa sedih. rasa gembira. rasa pilu. tapi semakin lama semakin aku menyedari hakikat kehidupan. kekadang tak semua benda kita boleh share.. sebab sahabat yang ade disisi kita tak semua tempat dia ade.. kekadang kita harus share ngan hati kita sendiri. share ngan diri sendiri. memujuk diri. memotivasikan diri.

kerana semakin usia kita meningkat, semakin tanggungjawab itu besar, semakin laa kita perlu simpan semua kesusahan yang ade dalam diri. kekadang tanggungjawab makin berat melupakan semua yang terkandung di sanubari..

tapi hari ni, aku macam sensitive sangat. mungkin menyedari hakikat diri ni tak sama ngan orang lain. hakikat diri ni tak serupa ngan orang lain. kekadang aku fikir ingin berputus asa. tapi berbekal kan semangat dan pesan mak, "anak mak ni, nampak aje lembik, tapi mak tahu, semangat dia kuat".. aku senyum.

baru sekarang aku sedar, semua kata-kata mak sangat bererti buat aku. dan sekarang aku sedar, aku sangat degil di satu saat yang lalu...

kesusahan yang aku lalui sekarang, tak sesusah orang lain, itu yang aku semat. mungkin belum sampai waktu aku untuk merasai secubit kemanisan yang ade..

sebenarnya, hakikat yang sebenar itu bukan lah sepahit yang di sangka..

lalui ngan tabah, berjiwa kental, dan penuh semangat.. nescaya semua kesedihan, kepiluan, kepayahan itu akan hilang..

yang penting, terus tersenyum untuk awet muda.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selfish!

minggu ni kena siapkan semua yang ade. yela.. minggu depan dah masuk study week.. berdebar laa plak.. mana tak nye.. aku rasa sekejap je belajar, dah pun nak exam.. huhu..

persiapan? hm, nak kata aku dah bersiap sedia, mungkin belum. kalau kata, 100% belum siap, tipu laa aku. ade laa sikitb-sikit. sebab awal-awal lagi mak dah warning. kata mak, keje-keje jugak, study kenalaa ingat. baik mak. aku akan ingat pesan mak.

teringin jugak nak jadi anak yang boleh membuatkan mak bangga. sekurang-kurangnya mak akan tersenyum melihat apa yang ade pada aku. dan aku akan berasa lega kerana senyuman itu lah yang membuatkan hidup aku lebih bermakna dari segalanya.

baru nak sedar!! :D

bila terfikir kan mak, aku ingin sekali memenuhi kehendak mak yang mahu melihat aku dapat pointer 3.7 = dekan. tapi aku plak, tak pernah serius dalam belajar. asyik main-main aje. hmm, agak-agaknya kan, bila aku nak belajar betul-betul? soalan tu perlu aku tanya diri aku dengan kerap.

sebab aku ni hampeh sikit. haha

sem ni, janji ngan en.Peguam jugak. dapat kan pointer 3.7.. tapi adakah aku akan sahut cabaran tu?

jawapannya, hanya ada pada aku.

kekadang aku terasa yang aku ni memang degil. tua-tua pun nak degil lagi. bawak-bawak laa insaf kan diri. degil-degil pun bukan boleh ke mana pun. sebenarnya aku ade jugak terfikir, masa depan aku, aku yang tentukan. orang lain tak kan dapat mengganggunya kerana segala keputusan, hanya aku yang putuskan.. gangguan yang mendatang tak harus ada dalam hidup aku. cuma kekadang gangguan yang ade membuatkan aku seorang yang tabah menjalani apa yang harus ku tempuhi..

harapan mak, harapan orang lain, aku tak tahu akan aku kotakan atau tak.. sebab kekadang aku sendiri pun tak dapat meramal apa yang aku akan buat. aku ni pelik sikit. tak faham dengan diri sendiri pun ade. haha.

tapi, untuk sem ni, aku try yang terbaik untuk diri aku. aku ni bukan suka buat sesuatu kerana orang. try yang terbaik untuk diri sendiri lagi best.. haha.

selfish! betul ke? ntahlaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berani nya lelaki..

hari yang di uji untuk aku.. aku sakit perut lagi.. tetiap minggu sakit perut. dah sakit perut, ulang alik ke tandas plak.. dah laa tandas adalah tempat paling aku tak suka pergi. adeh.. lagi laa aku sakit hati.

tapi bila aku fikir, tak baik aku mengeluh.. astaghfirullah al'Azim.. berisghfar panjang aku dibuatnya. betapa kerdilnya diri aku untuk mengeluh dengan apa yang telah ditetapkan dan ditakdirkan untuk ku. Allah itu Maha Adil. so mesti segalanya punya hikmah.

********

lelaki..
complex..
rumit..
berani..
dan cool..

kenapa aku cakap macam tu?

sebab semalam aku terpandang pada roadtax seorang lelaki. 28 dec 2008.. aku diam. aku terfikir, dan teringat.. Ya Allah, sekarang dah april 2010..

aku mengeleng kepala. menggaru kepala. dan terdetik di hati aku. berani nya lelaki.

hmmm, aku jugak tertanya-tanya.. tak de plak polis yang nak tegur dia. tapi aku harap, Allah selalu merahmati perjalanan hidupnya.. dan setiap langkah yang di atur akan dilindungi sepenuhnya oleh Allah..

kerana aku terfikir, mesti ade alasan yang munasabah kenapa dia buat macam tu.. sebab bagi ku, lelaki atau perempuan, tak kan bertindak setegar itu jika dia tidak mempunyai alasan yang kukuh.

aku senyum.

rupa-rupanya, lelaki memang sangat berani. dan cool tahap dewa walau pun dia tahu, dia telah melanggar kesalahan jalan raya..

kalau aku, ku rasakan aku tak keluar rumah dan naik motor yang roadtax nya mati. tapi itu jika motor tu kepunyaan aku.

apa kata kamu? ade berani?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hepi besday Farha..

Ha.. Ura tak tahu nak ucap apa.. may be sebab terlalu buntu. huhu. hari ni macam blur semacam je..

Ha.. ura tahu dan yakin serta percaya.. dalam hidup ni, banyak dugaan yang telah Ha hadapi, tapi ha boleh laluinya dengan tabah dan bersemangat. Ura tahu, banyak dugaan yang Ha tempuhi, banyak cabaran yang Ha lalui.. tapi ura jugak tahu, ha kuat, ha tabah untuk semua yang mendatang..

dan Ura sangat berharap, agar kekuatan, ketabahan, kecekalan yang ade pada Ha, akan membimbing Ha ke arah kejayaan yang cemerlang dan memenuhi setiap cita-cita yang Ha impikan...

sebab semua tu telah membuatkan Ha matang dalam bertindak, membuatkan Ha tahu apa yang Ha buat..

Happy Birthday..
Wish u Happy Always..
Semoga Panjang Umur.. Murah Rezeki..
Semoga Cepat bertemu Jodoh..
Semoga Segala Yang di Impikan Akan menjadi Kenyataan Kelak..
Senyum-senyum Selalu..

Salam Sayang dari ;
-Azura-

p/s : semoga Ha buat yang terbaik untuk exam hari ni... wish U good luck.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS