busy melanda seperti angin taufan tsunami.. entah bila ia akan berhenti..
hmm.. hidup memang macam ni kan?
bz
perlu ke?
adakah jika kita miskin.. kita boleh diperkotakkatikkan oleh sebarangan orang?
atau adakah sesiapa saje boleh menilai kita jika hanya kita miskin?
kenapa manusia suka menilai orang hanya melalui dengan sekali pandang..
atau adakah kita miskin tidak berharta, orang lain berhak judge ikut persepsi dia sendiri?
kenapa perlu judge orang sebelum kamu mengenalinya...
kenapa perlu kamu membaca tentang kisah hidupnya, walhal kamu langsung tak mengenalinya..
bagi aku... pada dasarnya, semua manusia baik dalam dunia ni.. yang jahat itu adalah pilihan mereka sendiri.. kenapa perlu ade yang mengatakan begitu dan begini pada hidup seseorang yang mereka tak kenali?
so jangan judge orang ikut suka kamu. jangan suka-suka kamu meneka.. dia ni macam tu.. macam ni..
pesanan untuk diri ku khususnya.. amnya.. berbalik pada diri kamu sendiri yang menentukannya..
rindu mak
memeluk mak azhar, terasa macam ade dekat ngan mak.. dah lama tak balik.. macam nak balik esok je rasa.. huhu..
aku sangat rindukan mak.. kawie cakap, kalau ade mak, layan lah mak sementara masih ade..
tetibe buat aku sebak dan macam sekarang jugak aku nak terbang balik..
hahaha.. sungguh aku ini adalah anak manje.. anak mak. dan aku mengakui nya..
hmm, macam tak saabr je nak tunggu sem break nak balik.. heheh..
sangat-sangat rindukan mak.. =(
cinta itu indah..tapi...BAHAYA!!
aku menaip entry ni, sambil mendengar nyanyian bro Sham.. sedap jugak suaranya.. lalalala~ tapi dia hanya nyanyi untuk orang-orang yang pegi oversea je.. hohoho.. ;(
hmm, aku pun tak tahu kenapa tergerak hati nak membicarakan pasal cinta.. aku bukan laa dr.LOVE untuk mengomen pasal cinta yang hadir dalam dunia ni.. tapi aku cuma teringat kata-kata dan pesan mak je..
mak kata, cinta saje tak cukup untuk seseorang itu hidup dalam dunia ni..
mak jugak kata, kalau kita kawin atas dasar cinta, boleh.. tapi biarlah cinta itu dengan ada nya duit, money, wang...
mak kata, mak bukan suruh anak mak cari orang yang kaya. tapi mak pesan, duit bukan segala-galanya dalam dunia ni.. tapi kena ingat, segala-galanya memerlukan duit.. tak de benda yang tak perlukan duit...
kalau hidup, tak de makanan, tak de minuman, tak de pakaian, merempat sana, merempat sini.. mana nak bahagia macam tu.. mak suruh fikir... fikir dalam-dalam... sebelum bertindak...
tapi mak jugak kata, mula-mula kawin memang susah.. tapi kita kenalaa pandai sesuai kan diri.. hehehe.. kekadang kekuatan cinta yang ada menyebabkan kita dapat bertahan dari apa badai yang melanda..
jadi mak pesan lagi, jangan sukakan seseorang kerana duit dia.. sebab kelak, yang kita dapat hanya duitnya.. jangan suka kan seseorang sebab dia hensem, sebab kelak hensem tu, kita dah jemu tengok..
suka kan seseorang kerana dirinya.. sebab dirinya paling berharga.. kerana dalam dirinya ada 1 sifat yang mungkin kita senangi.. dan mestilah cari akhlak yang terpuji yang berada di sudut jiwa seorang yang kita sukai..
dan 1 lagi pesan mak, jangan letak syarat bila kamu sukakan seseorang.. sebab syarat itu amat menyusahkan kamu.. kerana cinta tak memerlukan syarat untuk dipenuhi..
kini, aku faham.. cinta itu amatlah indah.. tapi awas.. ia BAHAYA jika kita tak tahu control kan keadaan yang ade..
lalalala~~
couple.. wajar atau tidak?
dah lama isu ni bermain dalam minda aku. tidak aku keluarkan..
hmm.. sewaktu aku mengikuti pertandingan MISS UM baru-baru ni.. aku diberikan 1 soalan yang aku kira, ia mencabar kewibawaan aku sebagai seorang ustazah. aku jugak ade terfikir, adakah pendapat aku mengikut emosi aku atau mengikut ilmu yang aku ada.
jika pendapat aku berasaskan ilmu yang aku pelajari, alhamdullillah, aku amat lah bersyukur. tapi jika pendapat aku berlandaskan emosi, aku harap, aku tak kan terjerumus dengan lebih lama, dan Allah akan menghantar seseorang untuk memperbetulkan aku.
kekadang aku fikir ia adalah emosi semata-mata. tapi kekadang, aku terfikir aku berfikiran begitu mengikut ilmu yang aku ada dan aku pelajari. hmm.. terkadang susah jugak apabila aku makin belajar, aku rasa, makin banyak yang perlu aku dalami dan sehingga membuatkan hati dan jiwa ku benar-benar yakin. dan istiqamah dengan nya.
apa soalan yang aku dapat di MISS UM baru-baru ni.? jawapannya sudah ku ulas mengikut pendapat ku sendiri. dan kini, aku ingin mengulasnya mengikut pendapat aku lagi. kalau kamu tidak sependapat dengan ku, silalah kamu bangkang, aku tidak akan menyalahkan sesiapa atas pendapat masing-masing.
isu yang dipersoalkan pada ku adalah masalah couple di kalangan remaja sekarang. adakah wajar atau tidak disisi Islam itu sendiri?
susah soalannya. aku berhenti untuk memikirkan apa jawapan yang aku ade untuk menguatkan hujjah aku. dan jawapan ku, YA.
tapi sebelum tu, seingat aku ade blogger yang bertanya aku tentang masalah couple di kalangan remaja. adakah ia diharamkan or ia dibenarkan oleh Islam?(( jika kamu rasa, aku maksudkan kamu, sila lah diamkan diri. hehehe))
pendapat aku, YA, ia wajar dan dibenarkan. kenapa? adakah aku mengatakan wajar kerana sebab aku baru couple or dah lama couple or aku memang couple.. jawapan aku langsung tidak ade sangkut paut dengan emosi ku... dan baru or lama couple bukan itu isunya..
pendapat aku lagi, aku mengatakan ia dibenarkan kerana jika kita couple dan masih berpegang dalam landasan yang betul dan benar, landasan Quran dan Hadith, kita akan tetap benar. selagi kamu tidak buat apa yang Allah larang, apa yang Allah haramkan, buat apa kamu nak takut. bukankah begitu?
tapi remaja sekarang menyalahgunakan kewajaran yang ada untuk mereka sesenang hatinya berpegangan tangan, berpelukan, bercumbuan, laga-laga pipi, cuit sana sini, cubit sana sini. hmm.. tak larat aku nak komen banyak-banyak. kamu fikir lah sendiri.
couple itu lah yang dilarang dalam islam. menyentuh lelaki/perempuan adalah berdosa besar. itu yang aku pelajari. dan memang itu dalam Islam kata. sebab kalau bersentuhan, batal wuduk tuuuu.... :D
bagiku, jika kamu bercouple, nak date, boleh....... silakan.. tapi mak ayah ade. adik-adik ade, tak salah. date lah. sebab itu islam cakap, kalau nak date, boleh...... no hal.. tak de masalah.... date lah dengan ade nya mahram. means, kita bawak ayah mak sekali masa date..
kalau dah ade mak ayah, tak de nya lelaki tu berani ambik kesempatan, nak pegang, nak cium ke, nak sentuh ke.. ayah si gadis tak kan membenarkannya.. ayah mana tak sayang anak wey.....
islam itu indah. dia berjalan mengikut naluri manusia. tapi bukan islam yang mengikut nafsu manusia, tapi nafsu mesti ikut landasan islam. buktinya, islam membenarkan kita couple, tapi dengan syarat, bawak mak ayah/mahram sekali..
dan niat kita mestilah betul dan ikhlas.. kita nak couple ngan dia sebab kita memang mencari jodoh dan ingin mengembangkan zuriat manusia seperti yang disarankan oleh Rasullullah. bukan ingin bermain atau berseronok semata-mata. atau pun ingin mengisi kekosongan hati yang ade.
kenapa aku cakap macam tu? sebab bila kamu ingin mengisi kekosongan hati yang ade, kamu pasti akan terjerumus ke arah yang kamu tidak ingini.
aku bercakap berdasar apa yang aku pelajari. tapi tak semesti nya aku adalah seorang yang amat baik. kerana aku juga manusia biasa yang akan berbuat salah. kekadang aku tahu itu salah. tapi dek kerana nafsu aku ikutkan jugak.
tapi yang penting sekali menginsafi kesalahan yang ade. dan jangan mengulanginya. aku selalu berpesan pada adik-adik aku. jangan jadi macam aku, tapi jadi lebih baik dari aku. kerana aku bukan lah manusia sebaik khadijah untuk dijadikan contoh... =)
dan aku hanyalah ustazah yang rock dan sering melakukan kesalahan.. =p
artiskah aku?
terfikir aku tentang diri ku.. aku hanya wanita biasa yang hanya punya kehidupan biasa.. kedudukan aku juga biasa-biasa. makan ku biasa-biasa. dress up ku jugak biasa-biasa bagi ku. aku juga seorang wanita normal seperti orang lain.
yang hanya membezakan aku hanya lah umur ku yang tua.
26tahun. mungkin bagiku, masih muda. masih mahu mempelajari selok belok dunia yang serba mencabar. masih mahu menerokai dunia yang luas. masih mahu pergi sejauh mungkin yang ade. dan aku berjanji pada diri ku, akan ku cuba segala yang tak pernah aku cuba.
mungkin aku sedikit JUMUD. kerana aku hanyalah wanita yang tinggal di pedalaman yang jauh dari kota. tapi perlu di ketahui, aku juga seorang yang terbuka.
adakalanya, hanya aku seorang ustazah, tak perlulah aku menutup kan fikiran aku. mungkin dari segi kemewahan hidup, tentang IT, tentang dunia tanpa sempadan, aku sedikit ketinggalan. kerana di kampung semua itu tak pernah wujud.
tapi, jangan kamu menilai seseorang berdasarkan apa yang kamu lihat.
pernah juga aku terfikir. seusia ku 26tahun, adakah aku kesah dengan kata-kata manusia? dulu, mungkin ya. sekarang, mungkin tak. kenapa dan mengapa. aku sendiri ade jawapannya.
entah! aku kekadang tak memahami diriku.
aku bukanlah seorang artis untuk dinilai. aku juga bukan seorang selebriti untuk dilihat. aku hanya diri aku. dan aku tahu, aku hanya perlu menjadi diri sendiri. sebab aku dah penat hipokrik. so apa yang kamu lihat, itu lah aku luar dan dalam.
hipokrit adalah satu perkara yang memenatkan. so aku nasihatkan, jangan lah kamu mengamalkannya.. siapa yang sokong aku, sila berdiri selama 5 minit.. (hahaha. gelak evil.. lalala~)
bagi ku, yang penting sekarang adalah aku senang dengan life aku. problem? aku selesaikan sendiri.. susah? akan ku tanggung sendiri. senang? memang aku rasainya..
yang penting aku menjadi diri sendiri. bukan hipokrit.. ;D dan aku bukan lah seorang artis. so, jangan pandang ku sebelah mata.. lalalala~
jom pegi PPUM
hmm.. akhirnya.. nak jugak si nad atau nama glamournya ifah.. hahaha.. ikut aku ke PPUM. dah dekat 1minggu pujuk dia ke PPUM untuk check penyakit apa yang ade dalam perut dia. hahaha. ngan aku2 sekali penat tau.
banyak sungguh alasan yang dia buat.. akhirnya... nak jugak dia pegi.. lega sikit aku ni haaa.. bukan apa.. dia kan kawan.. so kenalaa ambik berat sikit.. lalalala~ (baik tak aku? baik kan? kan? kan?)
aku ni keje nya tetiap hari perasan je. hehehe. tak de keje lain eh? ade.....
2 asigment dah aku siapkan. 2 presentation dah pun dia siapkan jugak. then, tadi dah cari bahan. so may be malam-malam kang sikit, selesaikan apa yang ade.. apa yang patut..
hmm.. aku nak siap-siap, nak temankan nad jap.. goda sikit si doctor kat PPUM tu.. hahahaha.. (gatal! berani laa gatal-gatal.. lalalalala =P)
nad dah cantik tu.. jom... =)





