"akak.. akak.." asma memanggil ku..
aku menoleh.. bertanya kan ada apa kah dia? hmm.. menoleh ngan penuh tanda tanya.. huhu..
"pakcik bas panggil.."
"ye, pakcik.."
"awak naik bas ni nak pegi mana?" dengan muka kelat yang memang sangat garang..
"nak pegi API laa pakcik"
dia pandang aku atas bawah.. dia tak percaya ke aku nak pegi kuliah? biasanya tak de laa tanya garang-garang macam ni.. bukan aku tak pakai kad metrik pun.. ade je tergantung kat tengkuk ni haa... pelik..
ku suara kan rasa pelik kepada asma.. jawab asma sambil ketawa..
"akak cantik sangat kot.. ke akak merah sangat.. haha.."
"eh.. bukan saya sorang tau. orang lain pun pakai jugak. lagi pun, kan dah pernah pakai baju ni.."
"cantik sangat tak sesuai pegi API laa kot. haha"
aku pelik sebenarnya.. kenapa ngan pak cik tu. sampai sekarang aku tak tahu kenapa.. hmm.. biarkan jela..
aku anggap dia imagine aku nak kuar ber"dating"an kot.. hahaha
or may be sebab hari ni baju nya sangat merah ok.. tengok sini..
merah tak? lalalala~
confuse aku..
merah itu menawan kalbu
hari ni semua pakai baju kelas.. lalalala~ kaler? merah dan hitam dan puteh..
hmm.. tapi agak kecewa.. sebab ramai yg tak pakai.. huhu.. tapi ramai jugak yg pakai.. lalala~ aku mestilaa pakai.. cantik lagi tau.. hahaha.. anyway, aku memang selalu je ngaku aku cantik walaupun sebenarnya, aku ni pompuan biasa2 je.. lalala~
siapa yang tak setuju dengan statement yang aku kata kan aku cantik.. sila berikan 3 hujjah yang tak munasabah untuk dibincangkan yer.. lalalaa~~
hmm.. abg najib(bos aku) kata.. kalau nak selalu nampak cantik.. mesti selalu rasa diri kita cantik.. dalam istilah aku... PERASAN.. hehehe..
tapi baju kelas yang semua orang pakai.. semua nampak cantik.. hehehe
tapi orang lain lagi cantik.. eh.. aku serius bukan mengampu.. ok?
DONT DISTURB ME..OK!!
kerja sangat banyak.. idea plak dah tepu.. sebab tak dapat nak fikir.. banyak sangat gangguan.. orang tu datang.. orang ni datang.. orang tu tanya.. orang ni tanya.. semua iklan yang sangat menyesakkan kepala otak aku untuk berfungsi.. sakit hati.. adehlaa..
ditambah plak dikir barat ni entah bila nak berhenti.. bising betul.. susah jugak kalau gini tetiap hari. tepu dan jem otak aku. perut plak buat hal.. lapar malam-malam macam ni.. aduhai..
nak saje aku marah pada semua orang yang mengganggu..
nak aje aku cakap.. DONT DISTURB ME..OK!!
hahahhaa... tapi kata hati : tak baik marah2.. hehehe. sabar itu separuh daripada iman.. so jangan laa marah..
kata mulut : tak marah laa.. sayang.. macam nak gigit2 manje dan sayang pada semua yang mengganggu.. (sambil sengeh dan senyum yang dibuat-buat)
:D
miss UM
kekangan masa membuatkan aku makin lama makin tak sempat nak jenguk blog ku. aku rindukan suasana dulu yang aku memang sentiasa ade masa ke sini.. huhu
walaupun masa membatasi segalanya.. aku tetap juga akan ke sini.. hehe. aku rindukan kawan-kawan maya.. terutamanya ahfatt yang sudah lama aku tak jenguk. tapi bukan ahfatt sorang je sebenarnya.. tapi keseluruhannya.. may be aku akan berterusan busy sehingga habis cuti raya cina.. barulah aku ade sedikit masa untuk melebarkan sayap ku ke blog lain.
sedih memang sedih. tapi kesedihan itu akan terubat bila aku dah betul-betul free nanti..
lagipun, lappy aku tak berapa sihat semenjak 2 menjak ni.. huhu. demamnya semakin menjadi-jadi.. huhu.. ini lagi membataskan segala kerja yang ingin aku lakukan.. tapi tak pelaa.. sementara duit yang ku kumpul mencukupi.. aku harap, lappy ku akan bertahan dan terus bertahan dengan ku. hehehe
pasal pertandingan PESONA TIMUR TENGAH, semua macam tertanya-tanya, apa tu? ia adalah sebuah program yang mencari seorang MISS UM.. hehehe.. aku nak jadi MISS UM ke? haha. aku saje je test bakat and iQ.. lagi-lagi aku nak test, dapat ke tak aku berbahasa malaysia dengan baik setelah aku berada di kL selama 3tahun.
nampaknya penggunaan bahasa malaysia aku bertambah baik. hahaha. adakah aku perasan? tak kot.. haha
tapi yang penting, aku bukan MISS UM yang di cari, dan aku hanya mendapat saguhati.. sedih? tak, sebab aku tahu, aku belum lagi layak bergelar MISS UM.. hehehe.. pemenangnya adalah budak Kolej aku jugak. cantik dari aku. daya penariknya sudah tentu lebih terserlah dari aku. kalau tak, mesti aku yang terpilih. kan? hahaha
tapi yang penting adalah aku dapat belajar banyak benda. keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan masyarakat. kecantikan sebagai seorang muslimah bermula dari 1st impression dan jugak akhlak yang baik, aku juga dapat belajar muslimah bukan saje perlu sopan tapi jugak perlu berhibur mengikut batas-batas yang ade..
dan especially nya aku dapat kenal ramai orang dan dapat ramai kawan baru yang semua cantik-cantik.. hehehe..
psssttt.. berkawan dengan orang cantik kekadang terasa diri seorang yang cantik jugak. (DIAM ko pinky!! perasan!! hahaha)
masa yang ade perlu aku manafaatkan dengan sebaik mungkin yang ade.. =)
doakan aku.. =)
demam adalah perkara biasa bagi aku. tapi kali ni macam melarat-larat je.. kata orang, jangan layan demam tu.. nanti makin melarat.. huhu. tapi aku tak layan pun. tubuh tetap tak larat.
mungkin aku ni kekurangan vitamin tubuh ku yang sihat.. haha.
macam kanak-kanak rebina laa plak. hmmm.. panadol dah habis dah satu papan.. huhu.. tapi tetap jugak macam tak larat. may be aku kena ambik rehat yang cukup untuk tubuh yang lemah longlai ini. tapi vitamin dah ambik tahu.. hehe. pharmaton lagi..
ni kena duduk ngan mak.. makan mak masak.. manje-manje ngan mak.. lepas tu terus sihat.. biasanya laa.. lalalala.. (dasar anak manje..)
hmm.. ke"busy"an untuk menyiapkan semua asigment plak membataskan untuk aku rehat dengan cukup.. tapi kan.. semalam dah habis 2 presentation. hari ni boleh lah rehat sekejap sebelum aku kena memasukkan semua isu semasa yang aku ade untuk ke program "PERSONA TIMUR TENGAH"
aku main-main saje masuk. tapi lepas masuk.. rasa takut plak.. hari khamis register.. hari sabtu dah nak kena masuk.. persediaan tak cukup ni.. tapi terima kasih untuk KAWIE sebab banyak membantu.. terima kasih daun keladi.. lain kali, aku tanya lagi.. lalalala~~
dan pada semua rakan.. doakan aku berjaya.. walaupun aku tahu, peluang untuk menang adalah tipis.. tapi aku masih ade peluang jika aku berusaha...
betul tak?
doakan aku.. =)
aku perlukan masa
masa... aku perlukan masa.. aku perlukan masa lebih.. masa sekarang yang aku ade, tak cukup buat ku.. aku perlukan lebih lagi masa.. ke mana harus ku cari masa untuk ku tambah supaya masa yang ku ada mencukupi untuk ku bersedia dalam semua hal dan keadaan..
hmm.. waktu yang berlalu dan akan datang, tak pernah cukup bagi ku.
tambah-tambah berkerja sambil belajar. komitmen nya amat tinggi. tapi siapa yang harus aku persalahkan?
jawapannya : mestilah aku. kerana aku yang memilihnya.
jadi, jika pilihan telah aku buat, aku harus bertanggungjawab dengan apa yang aku pilih. bukan melepaskan tanggungjawab yang ade itu, dibiarkan terabai..
memikul tanggungjawab hari ini membuatkan aku bertambah kuat dari semalam. tapi apakah tanggungjawab yang ade membolehkan aku mencari alasan untuk meninggalkan sebahagian perkara yang lain..
kata mak, kalau aku dah pilih, pandai lah aku tanggung nya sendiri. kerana aku yang memilih. bukan orang lain..
hmm, tapi sehingga sekarang, aku biarkan masa itu berlalu membawa 1001 masalah yang hadir. kerana kekadang masa akan menentukan semuanya..
aku percaya!
rindu yang indah.. =p
aku rindu pada semua orang kat sini.. huhu..
tapi aku macam tak nak jugak kembali.. tapi aku macam dekat je kat sini.. tak tahu apa perasaan ku sekarang.. waaaa...
rindu sesangat..
tapi kenapa KAWIE tutup blog setelah aku kembali ke sini? huhu.. =S






