Assalamualaikum.
Masih di dalam.
Hampir genap setahun.
Ya. Tak lama lagi genap setahun aku Di kuching, Sarawak.. Dari mula datang, hingga ke hari ni, tak pernah sehari pun rutin hidup seharian aku berubah. Senyum kelat.
Hidup berseorangan memang sangat perit. Senyum kelat sekali lagi. Hanya disekolah Saje aku bercakap. Balik rumah, seolah-olah tempat merehatkan kerongkong yang penat mengeluarkan suara Di sekolah. Rutin yang sama berulang saban hari, saban minggu, saban bulan..
Tak lama lagi genap setahun. Ini bermakna, akan genap setahun aku mengulangi rutin yang sama.. Bercakap selama 6 jam sehari.. Bermula dari jam 6.20 pagi aku sampai disekolah. Dan menamatkan waktu sekolah pada jam 1.20 petang.. Selebihnya, mendiamkan diri.
Dan mungkin rutin ini terlalu biasa, menyebabkan aku sudah tidak pandai meluah rasa. Semuanya berlegar di sudut hati. Membiarkan semuanya berlalu dibawa angin.
Apa yang aku pelajari setelah hampir setahun disini...
1. Kita hidup perlu bermasyarakat.
Ya. Aku perlu keluar mencari kawan. Atau pergi bersosial bersama teman-teman.. Bersosial cara islamik. Tapi ke mana harus aku cari? Sudah berusaha, tapi menemui jalan buntu. Kebanyakan sebaya aku sudah mempunyai anak Dan keluarga. :) kelat.
2. Kita hidup, perlu mengawal perasaan. Mengawal emosi.
Emosi aku agak susah dikawal. Berada Di sini, aku belajar mengawal emosi. Aku belajar mengawal tahap kemarahan aku. Aku belajar untuk tersenyum walaupun aku sedang berduka. Aku belajar cara menahan rindu pada suami. Ya. Aku berjaya. Dan ia sangat-sangat berguna untuk diri aku.
3. Tidak banyak membebel.
Dulu, bonda permaisuri cakap, kalau aku start membebel marahkan sesuatu, bebelan aku sangat-sangat panjang. Pada awal perkahwinan, aku seorang yang kuat membebel. En. Hati perasan yang sekarang, aku sudah berhenti membebel. Dia pun makin suka dengan sikap aku yang selalu banyak dengar apa yang dia cakap Dan tak banyak songeh.
4. Belajar untuk bercerita pada Allah.
Oleh kerana tidak ada yang mendengar semua rintihan aku, aku banyak bercerita pada Allah. Aku terkadang sudah malu padaNya. Tapi, aku rasa sangat Lega bila aku dapat meluahkan semua yang terbuku Dan semua rahsia yang ku simpan rapi sendiri. Allah, Terima kasih atas rahmat Mu.
5. Belajar mempercayai pasangan Dan setia.
Tidak ada cara lain untuk aku tahu kesetiaan en. Hati melainkan aku meletakkan sepenuh-penuh kepercayaan padanya. Bila berjauhan, rasa curiga itu sedikit sebanyak akan timbul menghiasi ikatan perkahwinan yang terbina sekian lama. Aku selalu berdoa supaya aku dan en.Hati dilindungi daripada rasa curiga. Semoga syaitan tidak menggunakan senjata ini untuk menghancurkan rumah tangga Kami.
Banyak lagi benda yang aku belajar Di sini. Dan sekarang aku faham. Ketentuan Allah itu penuh dengan hikmah.
Hmm, aku akui. Hidup bersendirian membuatkan aku banyak belajar. Belajar sendiri Dan belajar melalui pengalaman.
Aku harap, aku makin tabah dan kuat untuk menghadapi segala rintangan yang ditentukan. Insyallah. Amin.
Nota Pinky;
"Termenung adalah hobi baru ku. Agaknya sampai bila hobi ni dapat bertahan. Chaiyok8."
Made in Sarawak.
Misi memotong kain telah bermula. Target. Menyiapkan 5 pasang baju sebelum cuti sekolah, 2 minggu lagi. Hihi. Sempat ke?
Harap sangat sempat. Senyum. Chaiyok.
3 pasang tudung telah dihantar untuk disulam. Bagus. Harap sangat sulamannya cantik seperti yang dibayangkan. Ia buat aku makin tak sabar mahu melihatnya. Duit pun tak sabar jugak mahu keluarkannya. Hihihi. Upah sulam 3pasang tudung bidang 60 kot. Kerja giler. Kan?
Hmm. Susah sangat nak dapat kat pasaran kan. So, buat sendiri. Siapa berkenan nanti, boleh tempah dengan aku. Hihi.
2 pasang baju kurung moden sudah siap dipotong Dan dihantar untuk dijahit tepi. Bagus. Cepat Dan tangkas. Itu pun tak tahu berapa harganya. Hehe.
Sekarang sedang memotong baju yang ketiga a.k.a baju aku la.. Lambat sikit takpe. Baju aku. Senyum lebar-lebar.
Oh. Sebentar. Ada kawan whatsapp.. Hm. Katanya mahu menempah baju kurung. Sebelum cuti mahu pakai. Sedang berkira-kira. Mahu menerima atau pun tidak. Memang aku sedang berfikir untuk mencari duit. Tapi...
Katakan iyer jela. Kan.. Rezeki namanya tu.. Rezeki tak datang bergolek. Ia perlu dicari.. Senyum.
Okla. Mahu Sambung memotong kain yang berbaki.
Nota Pinky;
"Kekadang terasa sangat sunyi hidup begini. Aku sedang berfikir. Ada ke orang sanggup berdepan dengan hidup berseorangan seperti aku sekarang. Bercakap hanya disekolah. Dan dirumah adalah untuk rehatkan kerongkong. Senyum. "