RSS

Menghargai orang.

Pernah kamu dengar, jika kamu mengingati sesorang, pasti kamu akan diingati. Sama ada, mereka adalah kawan, sanak saudara, sahabat, ibu bapa hatta suami sekali pun.

Hari ini, aku mahu mencoret satu perkara. Iaitu, aku tidak banyak mengingati seseorang. Sama ada kawan, sanak saudara, atau sesiapa yang jauh dari diri aku.

Semasa keluar bersama kawan, dia bercerita itu dan ini. Aku hanya mendengar sambil berfikir. Hm. Itu jugalah sikap ku. Mungkin aku juga patut mengubahnya.

Ayat pertahanan diri keluar.

Sebenarnya, aku bukan tidak mahu mengenangkan semua yang aku kenali. Tapi aku lagi banyak perkara yang aku fikir. Kekadang ada juga aku tertanya khabar.
Kekadang.
Tapi tidaklah sekerap bertanya khabar en. Hati sendiri Atau bonda permaisuri dan ayahanda raja. Kan.

Kata kawan, jika selalu kita mengingati orang, rezeki kita murah.
Aku masih tidak faham. Tapi tidak mengapa. Ku anggap, akan datang aku bakal memahami semua maksud yang tersirat dan tersurat itu. Sekian.




Nota Pinky;
"Kerja disekolah makin menimbun. Jawatan pula makin banyak. Bagus. Dan jadilah guru yang berkaliber yer."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PBS FORM 2

PBS. Ye. Aku bertekad tahun ni, aku takkan tangguhkan kerja-kerja. Aku malas nak sakitkan kepala. Makin lambat buat, makin sakit kepala. Dan makin menimbun kerja. So, aku putuskan untuk siapkannya dengan mengikut jadual yang aku tetapkan sendiri.
Berusaha, ustazah!

Aku harap aku berdisiplin. Setakat ni, aku takde masalah dengan diri sendiri. Memandangkan aku adalah guru penyelaras pendidikan Islam form 2, jadi semuanya tak menjadi masalah buat aku. Aku penyelaras, suka hati aku lah. Asalkan semua tersedia. Oklah tu. Hihi.

Sekarang dah 4 perkara yang siap.

Oh. Aku masih jugak merasa yang pbs sangat menyusahkan guru-guru. Walhal pbs hanya latihan semata-mata. Tapi perkara yang harus di key in itulah yang menyebabkan semua guru pening. Harap aku menjadi penjaga yang baik kepala pelajar-pelajar.

Siapa kata menjaga budak tak busy. Tengok aku ni. Terpaksa menjadi samseng. Oh! Tapi aku samseng berhemah. Hehe.

Hari ni cuti. Tapi bahan-bahan pbs menimbun depan mata. Itu tandanya kerja pbs takkan habis.








Nota Pinky;
"Hari ni, aku rasa en. Hati sangat comey. Oh. Aku tergoda. Harap cepat dapat terbang balik."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

January. Menjadi saksi.

Bagus aku pada bulan Jan ni. Asyik masak je. Yela itu pun setelah 7 bulan bersara sunat di dunia masak memasak ni. Kesian en. Hati yang mengidam mahu merasa air tangan ku.

Aku tidak menafikan bahawa aku bukanlah perempuan melayu terakhir yang suka memasak. Senyum simpul. Tapi demi kerana seorang lelaki yang telah memiliki hati ku, aku masak dengan bersemangat walaupun suami hanya memberi grade B+. Satu kepuasan.

Tapi semenjak aku dihantar ke Kuching, dia tidak lagi dapat merasa air tangan ku yang tak berapa nak jadi ni. Kekadang terkilan sebab aku tidak dapat melaksankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Maafkan I ye Sayang. Terpaksa jadi suami isteri part time."

Aku harap dengan datangnya 2013, aku akan cepat dipindahkan ke sisi lelaki yang memiliki hati ku secara halal itu dan dapat memasak untuk nya tak lama lagi.
Amin.

Januari. Menjadi saksi aku mengasah skill. Ketawa.
Tunggu kepulangan ku sayang.




Nota Pinky;
"Sudah lama tidak merajuk. Dan ternyata, seperti biasa. Merajuk itu membuatkan aku rindu. Dan menjadikan aku terseksa. Oh. Berhentilah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekarang bukan panas badan. Tapi panas hati.

Situasi sekarang.
Tak larat sangat-sangat. Sakit tekak, nak telan air liur pun terasa susah. Kepala sakit. Dan perut lapar (nila satu kelemahan, sakit pun boleh lapar lagi).

Dari pagi sampai sekarang aku sedih.
Terasa seperti berada di pedalaman. Yang tidak cukup segala kemudahan. Kekadang sangat sakit rasanya menular ke dasar hati. Pagi-pagi lagi aku nak pergi klinik. Tapi semua orang busy. Aku tunggu semua orang tak busy. Boleh lah bawa aku ke klinik 1M yang semua orang banggakan tu.

Seperti yang diberitahu. Bukan doctor yang memeriksa aku. Surat MC pun tidak dikeluarkan di sini. Aku boleh terima. Bila masuk jumpa..... aku gelarkan dia pakcik la. Berlakulah sesi soal jawab. Sakit apa. Aku ceritakan cerita penuh pada pakcik. Kan dia yang memeriksa aku.

Dan apa yang aku terima. Jawapan sungguh mengecewakan.

"Saya rasa, awak kena makan ubat antibiotic la. Mungkin ada jangkitan kuman. Tapi kat sini antibiotic takde. Kena pergi klinik kesihatan la. Kat sini untuk penyakit ringan-ringan je."
"Habis tu saya ni sakit berat ke. Saya sakit tekak je ni. Pastu demam biasa. Dah makan ubat tapi tak jalan. Sebab tu datang sini."
"Saya rasa tekak awak dah mengembang dan bengkak kot."
"Macam mana tahu tekak saya bengkak? Tak check pun."
"Nanti awak balik, tengok cermin, nganga luas-luas. Tengokla."
Aku tergamam sekejap. Dia sambung lagi.
"Takpun awak balik ni, belilah stripsel banyak-banyak."
"Saya dah makan. Tak jalan jugak."
"Berapa kotak awak makan?"

Sampai situ saja perbualan aku. Aku malas nak menjawab. Lagi aku jawab, lagi menyakitkan hati. Kalau aku tahu rupa tekak yang mengembang dan bengkak, takpayah la aku pergi klinik untuk tanya masalah apa dengan tekak aku ni. Last-last dapat panadol dan ubat kumur.

Pesan nurse kat tempat ambil ubat tu, kalau panas badan lagi, makan panadol yer.

Sekarang bukan panas badan. Tapi panas hati. Panas hati ngan klinik yang pekerjanya entah apa-apa.

Mintak tolong orang hantarkan ke klinik. Takde. Semua busy.

Baru aku sedar. Aku takde sahabat kat sini. Yang ade hanya kawan yang boleh berkongsi senang. Air mata mengalir.

Tarik nafas.
Pujuk diri.
Takpelah. Aku kan kuat. Nanti, demam tu mesti beransur pulih. Dan sakit tekak tu akan hilang. Percaya pada diri. Senyum lebar-lebar. Semua boleh diatasi walaupun berseorangan. Kan?

Allah kan ada.









Nota Pinky;
"Banyak ujian yang Allah datangkan, tapi kali ni seolah-olah memberitahu aku, tatkala senang dan susah, aku hanya ada Allah untuk mengadu segala kesedihan ini."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ustazah, kenapa Allah tu ada 99?

Aku sedang termenung. Biasalah. Rutin aku memang macam ni setiap hari. Termenung tanpa suara. Tv terpasang. Tapi satu pun tak masuk dalam otak. Lalu aku putuskan untuk ke sini.

Aku teringat soalan pelajar pada hari Jumaat semalam. Soalan yang tak pernah aku bayangkannya.

Pelajar; "Ustazah, kenapa Allah tu ade 99.. Bukan ke Allah tu ada satu je?"
Tergamam sekejap dengan soalan yang aku tak sangka tu.
Aku senyum.

Ustazah; "Allah tu 1. Tapi Allah tu ada banyak nama. Yang 99 tu la nama Allah."
Pelajar; "Aik, kenapa Allah tu ada banyak nama? Kita ada satu je nama?"
Ustazah; "Kamu tahu tak Allah tu, Maha Besar. Allah cipta semua perkara. Allah cipta alam. Allah cipta macam-macam. Setiap yang Allah cipta tu ada nama. Macam kamu. Ada nama, kan?"
Pelajar; Mengangguk.
Ustazah; "Kita tengok diri kita, boleh tak kita bagi rezeki kat orang lain."
Pelajar; "Mana boleh. Tak cukuplah duit saya kalau bagi kat orang."
Ustazah; "Tapi Allah boleh bagi. Sebab tu kita panggil Allah dengan nama lain jugak. Contohnya, ar-razzaq. Maknanya yang Maha Pemberi Rezeki. Kita kan tak boleh buat macam tu, cukuplah kita satu nama je."
Pelajar; "Oooooo."

Panjang ooo nya. Tapi aku tak pasti dia faham ke tidak. Maklumlah. Kelas hujung.

Kalau aku nak cerita panjang-panjang tentang nama-nama Allah dan khasiat dan kenapa sampai 99 nama, aku rasa, pelajar ku lagi berputar-putar. Mungkin memadai dengan penerangan begitu.

Bagaimana pula jawapan kamu jika ditanya begitu oleh pelajar?
Senyum.












Nota Pinky;
"Saya rindu awak. Tapi saya jauh hati. Apa saya nak buat dengan hati saya ni?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thanks Cik Asma dan Puan Aqilah.

Semalam hari Jumaat.
Takde apa-apa yang menarik selain aku hanya pergi membeli ikan dipasar.
Adakah itu dipanggil sesuatu yang menarik? Mungkin. Sebab kalau tiap-tiap hari asyik berada dirumah dan sekolah sahaja. Sesekali keluar ke mana-mana bolehlah aku release kan sikit otak yang tersumbat ni. Menarik. Kan?

Hari ni hari Sabtu.
Asma tetiba msg. Katanya nak datang rumah. Bersama pengantin baru, Puan Aqilah. Hehe. Means, aku ada kawan nak bercakap selama beberapa jam. Ketawa kuat-kuat.
Alhamdulillah.

Betul. Aku bercakap banyak sikit masa Asma dan Qilah datang. Kalau tak, boleh kira ngan jari berapa patah je aku mengeluarkan perkataan. Dah macam ade emas dah dalam mulut aku ni. Haha.

The spring.
Jadi pilihan hati budak berdua tu. Aku ngan housemate ikut je. Dah lama tak keluar dari rumah. So apa salahnya kan. Mula-mula fikir nak pergi jalan-jalan. Tapi bila fikir Kuching ni tempat apa la yang menarik, buatkan kami serba salah untuk memilih sebab terlalu banyak tempat yang boleh dilawati. sekian.

Aku cuma nak ucap terima kasih sebab datang melawat aku yang mempunyai tahap boring yang melampau.
Terima kasih sebab masih ingat saya lagi. Haha.






Nota Pinky;
"Setelah lebih kurang 8bulan tidak memasak, sempena kedatangan mereka, aku hanya masak lauk simple sahaja. Dah lama tak masak untuk en. Hati. Teruk betul jadi isteri part time ni. Hmmm."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boringnya.

Hari ni, kelas habis jam 1.20. Pastu sambung ngan meting akademik. Kata cikgu-cikgu senior, biasanya habis meting jam 4petang. Aku sedang berkira-kira. Hmm, sambil menggaru dagu yang tak gatal. Lepas balik nanti, apa lah aku nak buat yer.

Macam ni lah hidup aku selama 8 bulan di sini. Selepas sekolah, fikir apa yang hendak buat di rumah. Kalau dulu, boleh jugak merayap ke sana ke sini. (Konon. Macam banyak sangat je merayap.) Sekarang, hidup aku sekitar sekolah dan rumah. Tapi perubahannya adalah aku makin kurang menangis. Haha. Kadang-kadang.

Adik aku cakap, memang aku dasar anak manja. Tak kesah lah. Gelak besar-besar.

Sebenarnya hidup begini memang sangat mahu membunuh keceriaan hidup ku. Membunuh diri ku yang dulu. Membunuh sikap ku yang dulu. Hanya satu sikap sahaja yang tidak dapat dibunuh. Semangat juang. Tapi langkahnya tanpa warna. Pelanginya hilang. Hampir sepenuhnya. Yang tinggal hanya cahaya yang malap. Cuma, titisan hujan tidak lagi turun seperti biasa. Patut dibanggakan. Bukan?

Sekarang ni, sedang berjuang mempelbagaikan warna. Warna yang malap itu harus ditambah. Supaya hati bertambah teguh. Bukan mudah. Perlukan hati yang kuat. Terutamanya dikelilingi oleh keadaan yang tidak mengizinkan ini. Pejam mata, rasailah semangatnya. Supaya ia meresap masuk ke lubuk jiwa.

Aku percaya. Tidak ada satu pun yang mustahil disisi yang Esa. Senyum penuh makna.






Nota Pinky;
"Kesibukan en. Hati dari pagi sampai malam, kekadang membuatkan aku betul-betul sunyi. Terfikir. Adakah dia rindu kan aku?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asal semua orang private blog ni? Huhu.

Balik sekolah. Tak de apa-apa nak buat. Blog walking.
Dah lama tak blog walking. Hari ni, hati dan otak tak berapa nak betul. Jadi perlu penuhkan masa dengan sesuatu yang akan membuatkan aku tidak sedar masa berlalu.

Satu blog ke satu blog aku terjah.
Jika rajin, aku komen. Jika tidak, aku hanya membacanya sahaja. Tapi yang haru nya, banyak blog yang di private kan. Tak boleh masuk dan perlu minta kebenaran dulu. Alah! Kebanyakannya plak adalah blog yang aku suka masuk. Walaupun aku hanya silent reader. Sadis betul. Ade blog yang dapat masuk, tapi tak dapat komen plak.

Aku tertanya-tanya.
Asal semua orang private blog ni? Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa aku tak rasa nak private pun. Haha. Mungkin sebab aku bukannya ade reader pun. Yang aku tahu, reader aku adalah en. Hati, Miss Asma, dan Puan Farha. Walaupun mereka tak komen, tapi aku tahu mereka ke sini. Itu pembaca tetap. Mungkin sebab tu jugaklah aku tak private kot. Sebab aku tak ramai reader pun. Hihihi.

Boleh tak sesiapa bagitahu aku kenapa seorang blogger private kan blog mereke?

Sedih + sakit hati.
Haha. Sedih sebab aku dah tak dapat nak baca ceritera-ceritera yang dicoretkan. Sakit hati sebab aku tak tahu pun kenapa dorang private kan blog. Wah! Perlu ke aku sakit hati? Mesti dorang ade sebab. Kan?

Merenung syiling.
Pejam mata. Buang jauh-jauh sedih dan sakit hati itu.
Senyum.







Nota Pinky ;
"5 hari berjauhan dengan en. Hati membuatkan otak dan hati aku tidak dapat berjalan dengan baik. Ada saja perkara yang aku fikirkan giler untuk dimasukkan dalam otak. Syyuuuhh... Pergi jauh-jauh kamu. Jangan ganggu hidup aku!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gelombang banjir kedua.

Hari ni, hari pertama bersekolah. Ramai cikgu-cikgu yang sibuk nak berucap. Ok. Aku boring. Sambil melayan otak yang berangan macam-macam ni,teringat pada bonda permaisuri dikampung laman. Dan. Ada seorang guru bertanya keadaan Aqeef. Aku menjawab dengan tenang. Mama sedih sebenarnya, anak ku.

Sebelum tidur semalam, aku berborak dengan bonda permaisuri. Katanya gelombang kedua banjir terjadi. Tapi banjir biasa. Bukan empangan pecah lagi. Tapi Aqeef tetap berada ditempat tinggi. Baguslah kalau macam tu. Aku harap sangat takkan ada apa-apa terjadi pada Aqeef buat kali kedua.

Hari ni, hati sangat meruntun hiba. Terasa macam mahu lari dari sini dan balik ke sana. Tapi mungkin aku masih waras. Jadi kaki tetap kejap di Seri Setia.

Harap banjir dikampung makin baik.
Amin.





Nota Pinky;
"Hati. Berhentilah dari kepelikan ini. Lama nanti aku takut aku tidak tertahan. Oh suami. Aku perlukan kamu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu pada Aqeef.

Tadi berborak dengan housemate tentang kehilangan kereta dia. Insurance dah dibagitahu. Cuma tunggu orang datang siasat. Tapi orang tu tak datang-datang pun lagi. Tempoh kena tunggu 3bulan. Semasa tempoh tu, tetap kena bayar pinjaman walaupun kereta takde. Oh! Sayu hati.

Mengenangkan kereta nya, aku teringat kan Aqeef dikampung yang tenggelam bersama kawan-kawan yang lain.

Empangan yang terpaksa dipecahkan di Besut berada dikampungku. Diam sebentar aku terpandang berita dikaca tv.
Bila adinda Cahaya memberitahu Aqeef tenggelam dan tidak dapat diselamatkan Lagi, aku diam kelu tidak terkata apa. Aku pejam mata rapat-rapat.

Ya Allah. Apakah ujian ini.. Adakah aku mampu melawan semua ini bersendirian di Seri Setia.
Rumah di Kedah, ibu mertua sakit. Rumah di Kuching dipecah masuk. Rumah di Terengganu ditenggelami air. Nasib aku takde rumah kat Gemencheh.

Dugaan kali ini memang membuatkan aku termanggu seketika.

Aqeef, anak mama.
Ayahanda raja dan Bonda permaisuri berpesan supaya tabah. Kerosakan Aqeef mungkin menelan ribuan ringgit untuk membaiki nya. Ku teguk liur.

Tetapi Alhamdulillah ku ucap syukur. Keluarga selamat walaupun anak ku tidak dapat diselamatkan. Dan kata ayahanda raja, kerugian dianggarkan lebih dari 10k. Allahuakbar.

Krisis kewangan bermula.
Rawatan Aqeef. Rawatan mama. Rumah baru. Tiket flight. Macam-macam lagi.

Fuhhh.
Terasa kala ni sangat memerlukan en. Hati di sisi.

Tapi takpe.
Bonda permaisuri pernah kata, aku seorang kuat semangat. Betul atau tidak, aku tak pasti. Tapi yang aku tahu, sekali ku langkah, takde jalan ke belakang lagi.

Allah.
Kuatkan semangat ku.
Dan semoga aku berada di kalangan orang yang sabar.
Dan semoga Allah menguatkan keluarga ku.
Amin.




Nota Pinky;
"Berperang dengan seorang kawan. Maaf yer kawan. Aku tidak bermaksud untuk berkata demikian. Terlepas cakap. Huhu. Kita kawan, kan? (Tanya gaya budak kecik lepas bergaduh.)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun baru. Tempat baru.

Hari ni, 1 januari. 2013.
Aku melangkah tahun baru dengan rumah baru. Tarik nafas dalam-dalam. Isu pindah rumah ni bukan isu lama bagi aku. Mungkin terlalu kerap aku berpindah menyebabkan aku menjadi bosan dan sudah tidak kesah bagaimana tempat tinggal yang bakal aku diami. Ada sedikit keluhan di situ.

Rumah sewa yang paling lama aku diami adalah selama 7 bulan. Dan rumah yang paling aku suka adalah di Gemencheh. Walaupun akhirnya kami dihalau (oppss kasarnya. DIMINTA.) keluar oleh pihak-pihak tertentu, aku tetap sukakannya. Walaupun hati aku agak terguris dengan situasi tersebut.

Rumah sekarang. Rumah bujang lah aku kira. Ketawa sopan. KONON la bujang. Kan jauh dari suami. Aku juga ade sedikit suka. Mungkin area rumah yang strategic menyebabkan aku senang dengannya. Tapi aku terpaksa berpindah keluar. Terima kasih kepada Mr. PEN**** kerana menyepahkan bilik dan rumah aku.

Barang yang hilang.
Barang aku, aku kategori kan dalam tidak banyak yang mereka ambil. Hanya tabung duit syiling dan sehelai tudung, sehelai baju tshirt, sehelai seluar, sehelai kot kegemaranku berwarna coklat. Adakah salah seorang dari mereka adalah perempuan. Tudung aku pun dia kebas. Dala tudung jenis labuh tu. Adeyy.

Housemate yang paling kesian. Keretanya hilang. Sabarlah. Aku faham rasa itu. Kerana aku juga punya situasi yang sama.

Rumah baru hanya rumah flat. Tapi takde tangga. Haha. Means aku mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana rumah yang kami dapat adalah ditingkat bawah. Alhamdulillah. Tidaklah aku perlu bersusah payah mengheret semua barang ke atas.

Dan yang paling penting rumah ni tak terlalu besar. Senyum sampai telinga.

Puan rumah pun tidak terlalu cerewet. Mudah sangat berurusan dengan dia. Bukan macam puan rumah sekarang, semua dia nak kira.

Alhamdulillah, syukur. Allah menguatkan semangat ku. Dan mengentalkan hatiku untuk menghadapi ujian ini.
Thank u, Allah.

Aku harap, Allah akan menguatkan semangat ku disini. Hingga ke tarikh aku ditakdirkan pulang ke sisi en. Hati. Senyum.






Nota Pinky;
"Terasa semakin hari semakin kuat. Walaupun hati tetap tidak bersemangat seperti biasa. Haha. Hati akan lebih bersemangat jika en. Hati disisi. Hidup diteruskan juga. Sambil menggenggam tangan sendiri. Aja-aja. Fighting."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS