RSS

Kami sama-sama belajar.

Setiap perkara dalam sebuah perkahwinan adalah perkara yang baru bagi Kami berdua. Ya. Kita berdua perlu belajar.

Teringat pesanan bonda permaisuri. Kami berdua perlu banyak bertolak ansur. Perlu belajar berkongsi semua kesenangan dan juga kesusahan.

Nampak senang. Tapi, susah sebenarnya. Dan sampai satu tahap, "oh susahnya kahwin."

Sekarang sedang pening menyusun jadual. Kalau dulu, suka hati akulah. Aku punya hidup. Tapi sekarang, nak kena tanya dan bincang dulu. Fuhh. Sesak jugak nafas.

Pastu nak susun kewangan plak. Tiket flight yang semakin hari semakin mencekik darah. Yang membuatkan hidup aku dah macam pening lalat dah.

Kalau tak balik, aku dah rasa macam nak mati je rindu kat en. Hati. Kalau balik kerap-kerap kang,.dah macam gaya anak raja plak asyik naik flight.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembus kuat-kuat.

So, nak atau taknak, kami berdua perlu belajar berjauhan. Belajar menahan rindu. Belajar mencari jalan penyelesaian dengan cepat.

Macam nilah kalau hidup berjauhan. Status kahwin pun macam tak je. Itu yang seksa tu.

Aku harap hati makin tabah dari hari ke hari.
Pejam mata rapat-rapat.




Nota Pinky;
"Aku tahu, ade sesetengah kawan yang menjeling tidak suka. Aku tahu, ada sesetengah mereka yang mencebik bibir. Tahukah kamu, jika aku tidak tabah dan berlapang dada, aku tidak akan berdiri di Seri Setia. Sekarang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

FarHa said...

Lamanya belajar, dah 4 bulan lebih kan hemmm lagipon baru je balik huhu~

piNky LuCiA said...

Hahaha.
ha jugak yg katakan.. setiap orang tak sama. lupa?

mungkin ura kena amik masa utk belajar. ade sesetengah orang kejap je. skrg pun masih tak boleh lagi. tapi belajar lagi. huhu.

syAzAnA said...

Salah satu cara untuk lepaskan beban di hati ialah menangis. Tu jelah cara syaz untuk tenangkan diri. hew

piNky LuCiA said...

Hehehe. Tapi, ade orang tak senang kalau tengok kita nangis. Tapi dia tak tahu bahawa hati kita sangat terbeban..

So menangislah dalam diam. ;)