Senyum.
Dan ucapkanlah Alhamdulillah. Kerana Allah masih lagi mengurniakan nyawa kepada kita untuk meneruskan hidup.
Cuti 2 hari yang blur.
Aku tak tahu aku buat apa cuti 2 hari ni. Aku sedang fikir. Sebab baru hari ni aku sedar.
Pagi. Sedar kali kedua dah tengah hari. Tengok-tengok dah petang. Dan sekarang, jam 8malam. Oh. Cepatnya masa berlalu. Aku buat apa je cuti ni? Yes. Termenung.
Aku rasa, aku perlu cari satu kerja supaya aku boleh penuhkan masa yang ada. Haru jugak kalau buang masa macam ni.
Teringat soalan seorang kawan yang buatkan aku senyum lebih lebar dari kebiasaan.
Dia bertanya tentang pengalaman aku membuat istikarah sebelum aku memutuskan untuk bertukar status.
"Kak, macam mana pengalaman kak buat Istikarah? Saya takut nak buat. Saya takut, orang yang saya sayang tak kan muncul dan Allah tunjukkan orang lain. Saya takut nak terima keputusan tu. Saya takut nak berdepan dengan kedua-duanya."
Aku akui. Memilih memang susah. Tambahan pula, keputusan pilihan yang kita buat tu adalah untuk selamanya. Kita akan melangkah ke alam lain dengan hanya satu pilihan. Itu sangat menyulitkan.
Tambahan pula, lelaki yang harus kita pilih itu kedua-duanya adalah baik dan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman kalbu. Kan?
Itulah kegunaan istikarah.
Ya. Istikarah aku lakukan. Demi diri sendiri.
Aku ceritakan pengalaman ku pada mu, kawan. Mungkin ia boleh membantu mu menenangkan hati yang gundah.
Tempoh. Ku pilih adalah 7 malam. Berturut-turut.
Kata orang, 3 malam sudah memadai. Tapi aku memilih untuk membuat 7 malam. Pada pendapat aku, 7 malam adalah lebih bagus. Mungkin lebih lama untuk kita berhadapan dengan Allah, Tuhan yang Maha Penolong.
Solat Taubat.
Aku mulakan dengan solat taubat. Memohon agar segala dosa yang pernah aku lakukan, sama ada sedar atau tidak, diampunkan Allah.
Kegunaan solat Taubat {seperti yang aku pelajari}. Bila dosa ada dalam diri, petunjuk susah nak masuk. Kata tok guru aku dulu. Jadi mestilah kita pohon dosa kita diampunkan. Dan mudah-mudahan terampunlah dosa kita. Barulah senang cahaya hidayah petunjuk nak masuk.
Diikuti, solat tahajud.
Tok guru kata, siapa yang buat solat tahajud, peratusan Allah makbulkan doa adalah amat tinggi. Jadi, bagus untuk lakukannya tatkala kita memang perlukan petunjuk Dia yang Maha Esa.
Selepas itu, solat hajat.
Solat hajat ni, tok guru kata, kita kena doa dan cakap dengan hati yang ikhlas pada Allah apa hajat kita yang sebenar. Ceritalah pada Allah. Sesungguhnya Allah suka hambaNya bercerita pada Dia.
Aku sudahi dengan Solat Istikarah.
Solat ni kita lakukan sebab nak tahu mana baik antara dua. Yang mana lebih boleh bimbing kita ke arah yang lebih baik. Ke arah syurga, mungkin.
Kita kan tengah blur nak pilih mana satu. Mungkin pada mata kasar kita, kedua-duanya baik. Kedua-duanya sweet je... Kedua-duanya gentleman habislah... Kan?
Solat istikarah ada doa. Kan?
Kalau nak baca doa yang disediakan pun boleh. Kalau nak luahkan isi hati kita pun boleh. Tapi tok guru cakap, ceritalah pada Allah apa yang ada dalam hati kita. Walaupun kita tahu, Dia memang sudah tahu apa masalah yang menganggu hati kita kala tu.
Tapi ini doa yang aku guna masa aku buat solat istikarah.
Bagi aku, kalau sesiapa yang mahu berdoa begini hati kena kuat sangat-sangat. Sebab apa yang didoakan ni sangatlah "seram" aku kategorikannya. {Itu pun jika kamu sangat menyintai salah seorang daripada mereka. Dan cinta itu kamu rasa hanya untuk dia.}
Mulakan dengan pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan doaku...
"Ya Allah, hanya Engkau maha mengetahui segalanya. Hanya engkau jualah tempat aku mengadu. Ya Allah, sesungguhnya aku tersepit antara dua kehendak hati. Aku tidak tahu siapakah yang aku pilih.
Aku tidak menginginkan kecenderungan hati, aku juga tidak mahu melihatnya di dalam mimpi. Aku cuma mahu jika benar dia jodohku, Kau senangkanlah urusan kami. Kau satukanlah kami seperti mana kau satukan Rasulullah dan Khadijah. Sepertimana Kau satukan Adam dan Hawa. Sepertima kau satukan Ibrahim dan Hajar.
Tapi jika dia bukan jodoh ku, kau jauhkanlah dia dari ku. Sepertima kau jauhkan syurga dan neraka. Sepertimana kau jauhkan langit dan bumi. dan Kau hilangkanlah dia daripada penglihatan aku, Kau lupakan aku padanya dan kau pisahkanlah kami sehingga kami tidak ketemu lagi...
Amin.."
Part yang paling aku takut adalah semasa pengakhiran doa.
Tapi aku gagahkan jugak diri. Aku tabahkan jugak hati. Dan segalanya aku serahkan padaNya.
Aku ingat pesan mak.
Istikarah itu petunjuk dari Allah. Sama ada kita suka atau tidak, Allah akan tunjukkan mana yang terbaik untuk kita. Allah akan tunjukkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Sama ada hati kita cenderung pada salah seorang atau tidak, Allah tetap akan tunjukkan kebenarannya.
Mak pesan jugak, Istikarah perlu sebab kesannya kita tak nampak sebelum akad nikah. Tapi selepasnya.
Dan sekarang, aku nampak, walau apa pun cabaran, ujian, masalah, kami akan laluinya dengan mudah. Alhamdulillah. =)
Tapi semua ni berkat restu mak dan ayah jugak yer..
Kepada kawan,
Aku tahu, kamu boleh buat yang terbaik. Dan selamat menempuhi fasa ujian ini. Tabahkan hati, kuatkan semangat, tetapkan jiwa yer. Aku menyokong dari belakang.
Chaiyok3.
Nota Pinky ;
"Baru sudah melepaskan geram. Dan sekarang, terasa hati meruntun rindu pada si dia.. Aku rindu pada kamu, Sayang.. {Lusa. Balik. Yeah!}"