Rabu. 21 Mac 2012.
Result SPM tahun 2012
Perkongsian cuti.
Ya.
Excited nak cuti. ;)
Yeah! Cuti selama 1 minggu.
- Mahu tidur + qadak masa yang tidur tak cukup. Haha. (Pernah ke tak cukup tidur? Macam terlebih je. Hehe.)
- Mahu makan banyak-banyak supaya gemuk cepat.
- Mahu rehat + tak mahu buat apa-apa dan nak goyang kaki sahaja.
- Tengok tv semua channel yang ada. (Padahal ade tv1, tv2 dan tv3 je. Haha.)
- Dengar radio. Ngee..
- Layari internet sampai lebam.
Jawapan pelajar memang boleh "thumb up" la...
Sambungan kerja semalam.
Menghabiskan kertas-kertas yang patut di tanda. Perlu cepat supaya apabila school holiday nanti, dapat berehat dengan jayanya tanpa memikirkan apa-apa tentang sekolah. Kan.
Kekadang terasa mahu muntah melihat jawapan pelajar yang sangat bagus dan di luar jangkaan seorang guru. Menarik.
Baik. Sekarang, mari kita lihat jawapan-jawapan pelajar aku yang sangat kreatif, inotif semuanya. Senyum.
Sub-topik ; akidah - f2.
Soalan ; Apakah maksud Aqidah.
Jawapan pelajar ; "Akidah ialah mempercayai rukun negara."
Komen ustazah ; Jawapan apakah ini? Hello. Ini subjek PAI. Bukan Pendidikan Moral. Tahu?
Sub-topik ; Akhlak - f1.
Soalan ; Jelaskan adab di sekolah.
Jawapan pelajar ; 1.Kita hendaklah mencari kawan yang baik. (Bagus. Dalam hati.) 2.Kita hendaklah mencari pakwe yang baik. (Eh??)
Komen Ustazah ; Hye pelajar.. Datang sekolah mahu cari pakwe ke bukan nak belajar? Ish3.
Sub-topik ; Ibadat - f4.
Soalan ; Contoh amalan khurafat
Jawapan pelajar ; Minum darah kambing..
Komen Ustazah ; Ade plak main minum darah kambing. Drakula ke apa ni? Alahai pelajar-pelajar. Kreatifnya kamu..
Sub-topik ; Ibadat f4.
Soalan ; Apakah maksud haji?
Jawapan pelajar ; Haji ialah melawat al-Mahram dan tawaf qudum..
Komen Ustazah ; Eh! Jawapan apakah ini wahai pelajar ku yang dikasihi? Adoiyaaa. Haha. Ni kira dah tingkatan 4 pun masih jawab benda yang merapu. Haha.
Sub-topik ; Tilawah - f1.
Soalan ; Jelaskan ciri-ciri orang yang bertakwa.
Jawapan pelajar ; Orang yang bertakwa adalah orang yang beriman yang percaya perkara ghaib supaya orang itu sihat.
Komen Ustazah ; Weyh. Percaya perkara ghaib supaya sihat? 280 tahun nenek hidup, nenek tak pernah pun dengar perkara macam ni. Haha. Terasa mahu gelak sampai pecah perut.
Sub-topik ; Ibadat - f2.
Soalan ; Sebutkan 2 perkara yang membolehkan seseorang rukhsoh solat.
Jawapan pelajar ; 1. Perjalanan jauh. 2. Sesat.
Komen Ustazah ; Ustazah tak pernah dengar pun, kalau sesat boleh buat solat jamak & qasar. Haha.
########
Bagus semua jawapan pelajar. Boleh thumb up ni. Kenyit mata.
Teruskan memberikan jawapan yang merepek2 ini. Ia boleh menghilangkan stress ustazah, tahu?
Tambahan pula, tulisan pelajar yang tahap maksima tulisan doctor pakar segala pakar.. Bagus. Kamu mahu jadi doctor kan? Teruskan menulis macam ni supaya cita-cita kamu akan tercapai kelak. Ustazah doakan.. Dush3.
Geli perut aku membaca jawapan pelajar yang dengan yakinnya bahawa jawapan itu betul. haha.
Tu tak masuk kelas lagi. Lepas ni, apa pulak laa soalannya bila tahu markah dorang ni melambung tinggi melebihi kelas pertama. Kita tunggu dan lihat reaksi mereka. Lalala~ Macam tak berapa nak sabar laa plak. Haha.
Nota Pinky ;
Sesi menanda jawapan.
Ya. Hari ini bermula sesi menanda jawapan pelajar.
15 hari lagi.
Assalamualaikum dan selamat tengah hari.
Cendol Bakar
Ya.