RSS

Apa yang patut dibuat?

Posting.

Aku tak tahu bila aku akan posting.
Tapi bakal posting itu semestinya. Cuma tarikhnya tidak diketahui dengan jelas.
Tak kesahlah. Tak payah tunggu. Nanti, kecewa. Senyum.
Kalau Allah dah tetapkan rezeki itu ada untuk kita, maka adalah tu... Kan?

Kerja.
Aku tak tahu aku dapat bekerja seperti dulu ke tak.
En. Hati sangat bimbangkan kesihatan aku. Aku baru tahu aku pengidap Anemia.
Sekarang, semua dia nak kontrol. Naik rimas jugak sekali sekala. Tapi syok jugak ada orang jaga. Haha. Tak tahu yang mana satu patut aku rasa.
Senyum mengada.

Kawan-kawan juga menasihati supaya aku berehat.
Oh! Aku terasa aku sudah pun cukup rehat dengan bergayanya.
Kekadang aku rasa, terlebih rehat pun bahaya jugak. Haha.
Itu yang aku rasa.

So sekarang, aku tak tahu yang mana satu aku patut buat.
Bila dah biasa busy, dan sekarang tak de kerja nak buat, aku rasa sangat bosan..
Hmm, rehat tu perlu. Tapi buat kerja pun perlu jugak kan?
Haha.

Ntahlah.
Sukar nak tafsir hati saat ini.
Ada 1001 rasa di dalamnya.







Coretan Pinky :
"Terasa mahu balik ke kampung. Tapi, apa yang aku nak buat kat kampung? Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suri Rumah.

Oh! Bagus lah sangat menjadi seorang suri rumah.

Bangun pagi, siapkan suami. Sarapan. Baju. Seluar. dan hantar suami ke muka pintu rumah dengan lambaian tangan dan flying kiss 3x. Senyum.
Kehidupan aku, agak lebih terurus dari dulu. Mungkin. Eh, ya! Tepat sekali.

Rutin harian.
Kemas rumah.
Masak.
Basuh + jemur + lipat baju.
Berehat dengan jayanya. Rutin yang paling aku gemari. Haha.

Aku suka kehidupan sekarang.
Walaupun kekadang aku sangat boring. Ahh.. Lupakan saja keboringan itu.
Nanti, jika kamu dah mula bekerja, No masa rehat yang aman begini lagi. Senyum. Sengih.

Sebenarnya, menjadi seorang suri rumah bukanlah senang seperti yang sesetengah orang sangkakan.
Aku sudah merasainya.
Dan aku mengagak. Menjadi seorang suri rumah yang bekerjaya adalah 200 kali ganda susah.
Bersedialah diri.
Senyum.






Coretan Pinky ;
"Tak lama lagi, aku bakal merindui suami."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS