RSS

Dar As-Sa'adah

Allah itu satu.. Allah itu Maha Besar.. Maha Agung.. Maha Kuasa.. segala kuasa adalah di tangannya.. segalanya adalah ketentuan dan takdirnya..

berada di Dar As-Sa'adah yang agak besar ini, aku terasa diri ini sangat kerdil.. dan aku amat bersyukur dilahirkan dalam family yang sangat bahagia. dan di penuhi dengan cahaya keimanan, dengan parents yang sangat supportive.. semua nya lengkap dalam hidup aku.

tapi remaja di Dar As-Sa'adah ni, tak de mak.. tak de ayah. kekadang family ada, tapi didikan agama plak kurang.

aku tersentuh pada 1 cerita, tentang seorang gadis yang emaknya tak nak mengaku dia anak, disebabkan dia adalah anak hasil dari datuknya mengambil kesempatan pada emaknya.. sedihnya. institusi kekeluargaan sekarang sepatutnya tempat perlindungan yang paling selamat. tapi, lain plak jadinya.. aduhai..

semua orang yang punyai family yang lengkap dengan kebahagian, penuh dengan cahaya keimanan, bersyukur lah walaupun kekadang family kamu susah..

kawan yang baru kenal aku cakap, dalam keluarga ade 2 je yang kita cari. kalau tak de 2 ni, tak yah hidup berkeluarga pun tak pe. pertama kita cari kebahagian. kedua kita cari keimanan atau cahaya keimanan yang lengkap di dalam keluarga..

hidup ini sebenarnya senang.. so kenapa kita nak susahkan diri sendiri.. kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku redha..

awan yang cerah, tetibe mendung. mungkin hujan renyai-renyai sudah lama tidak datang mengurniakan pelangi nan indah.. bila hujan menyapa bumi, seluruh alam akan merasai nikmat hujan yang melimpah kurniaan dari Allah..

ibarat hidup aku yang cerah, tak de awan berarak mendung. tetibe datang awan kelabu.. sedikit demi sedikit berarak membatasi perjalanan hidup ku. perlukah aku melatah? perlukah aku marah? atau perlukah aku mengeluh?

aku tak layak pun mengeluh. tak layak untuk melatah. dan aku seharusnya tahu, aku langsung tak layak untuk marah. kerana aku hanyalah insan kerdil. insan yang tak layak bersuara. dan segalanya ku simpan di sudut dasar hatiku..

mungkin masa, kerja, duit, membatasi semua tuntutan yang harus aku langsaikan. tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu melangsaikannya. aku tahu, sebagai hamba Allah, aku perlu melunaskan apa yang perlu. aku tak perlu alasan yang kukuh untuk menunaikan segala permintaannya. kerana dia wajib diberikan haknya.. dan itu adalah tanggungjawab aku. sepenuhnya.. kekal. titik.

hmm... ku tarik nafas ku dalam-dalam. jiwa aku, kosong. ku hembus nafas ku sekuat yang mungkin.. tanda aku melepaskan semua yang terbuku.. mungkin sekarang aku tak pandai meluahkannya. mungkin juga, aku boleh meluahkannya. tapi aku memilih untuk mendiamkan diri ku. kerana semua pilihan berada di tangan ku..

ku tarik nafas ku sekali lagi. sedalam yang mungkin. ku hembus perlahan-lahan.. aku memohon 1001 kemaafan. mungkin aku telah melakukan 1001 kesalahan. aku bukan lah insan sempurna. aku juga bukan insan yang tahu segalanya. aku hanya insan yang kerdil. yang tak mengerti apa-apa. yang hanya mempunyai sedikit ilmu di dada.

tapi, aku tahu, aku perlu gunakan segala ilmu yang ada. dan menjadi seorang yang lebih creative. tapi kekadang aku mungkin menghampakan. mungkin juga, menjengkelkan. tapi ketahuilah, aku tak pohon semua itu berlaku. ku memohon, segalanya berjalan lancar. dan segalanya aman damai.

ku tak mengharapkan hujan yang lebat. tapi ku harapkan hujan itu hanyalah hujan renyai-renyai yang berlalu di petang hari. yang bisa memberikan pelangi nan indah kepada ku. walaupun pelangi itu hanyalah sekelip mata memandang. nikmatnya akan terasa di sanubari, jika aku benar-benar ikhlas menunaikan hak kepada mu..

dan demi hak itulah, aku berharap, segala kesilapan dan jua kesalahan ku di maafi.. kerana aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa. aku hanyalah insan biasa, yang bukan luar biasa.. dan segalanya mungkin terjadi..

dan aku redha dan pasrah dengan ketentuan mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam nak demam..

bangun tidur ngan mata yang tak dapat nak buka.. mata ni macam nak tutup je. tak cukup rest kot.. huhu..

dah siap mandi, macam biasa laa aku bersiap nak masuk office laa.. masa bersiap, hidung aku berdarah. aik, macam mana boleh berdarah? nak kata panas, bilik aku air cond.. hmm... pelik bercampur ajaib.

sebenarnya bila banyak buat keje dalam air cond ni, kulit aku jadi kering. bibir pun dah mula pecah-pecah. muka pun dah mula menggelupas halus.. kaki, tak yah cakap laa kering.. huhu.. apa yang patut aku buat kalau keadaan makin parah ye? nampak nya nak kena makan buah oren setiap hari.. kasik ade vitamin C banyak sikit..

macam nak demam. tak cakap kat diri sendiri, aku tak boleh demam. sebab keje masih banyak yang terbengkalai. en. Najib kata, nak demam kena tahan sikit.. lepas program baru boleh demam.. ade jugak macam tu.. kata aku dalam hati..

tapi walau bagaimana pun, aku perlu tahu, kerja memang macam ni.. kena kuatkan semangat, kena tabahkan hati, kena kuatkan mental dan fizikal..

tapi yang paling penting adalah keje ngan tak de tension-tension.. pasti semuanya akan ok dan berjalan dengan lancar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

satu impian terlaksana..

salah satu tugas writer adalah jaga host.. jaga contents yang host cakap.. kalau salah, kena cakap kat floor manager yang host tu salah cakap.. pada mula nya aku blur jugak. tak tahu apa yang aku nak buat. aku macam terawang-awang.. tak berpijak kat lantai.. rasa macam terangkat-angkat je..

mula-mula bila en.Najib cakap yang aku kena jaga host.. aku releks je.. macam tak de apa-apa.. sempat jugak aku tanya, kenapa saya.. huhu.. tapi bila dah kena brief ngan en.Najib, dan dah terbayang-bayang dah yang floor nya macam mana.. terus jantung aku tak boleh duduk diam.. macam nak meletup pun ade..

keje nya tak de laa susah kalau aku faham. mula-mula aku agak kelam kabut. tapi akhir-akhir tu, ok laa.. ;) ust Dzul pun tak de laa banyak songeh sangat.. hehe.. biasalaa manusia.. tak kan semua perfect kan..

tapi masa recording tu, aduhai... memang berpeluh tak yah nak cakap laa.. lencun ngan peluh. baju aku basah walaupun dewan tu air cond.. tu tak cakap lagi ngan dahi aku yang merintih peluk, ngan tapak tangan yang basah, ngan peluh kat ketiak lagi.. aduhai.. memang apa semua yang en.Najib cakap, semua berlaku..

segment 5.. aku dah senyum dah.. sebab last segment.. tapi en.Najib sempat cakap, nanti lepas ni kamu akan rasa lapar, dan sangat penat.. aku senyum je.. macam nujum kata ku dalam hati.. tapi lepas habis je recording, memang! kata-katanya betul. dia memang nujum. hmm.. mungkin pengalamannya membuatkan nya menjadi seperti nujum. aku memang sangat lapar, dan sangat penat.

ku toleh melihat jam ditangan, 12.45am.. hmm, tak boleh. aku tak boleh makan. dah lewat dah. so ku putuskan, aku nak rehat, nak tidur.. aku sangat penat. dan mata ku dah layu nak jatuh..

tapi pengalaman menghabiskan recording.. sangat melegakan. dan aku sangat berpuas hati ngan skrip yang aku buat. semua nya mengikut skrip yang telah dibuat.

tetibe terasa bangga pada diri sendiri. hmm, akhirnya aku menjadi penulis macam yang aku impikan.. semua orang tengok rancangan aku. satu dunia.. impian aku akhirnya menjadi kenyataan..

skrip pertama yang keluar adalah 24 mei 2010 jam 6.30pm di saluran Oasis 106.. aku tersenyum melihat nya..

kini, satu impian ku telah terlaksana.. alhamdullillah.. syukur pada Ilahi.. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

syukur

seminggu dah berlalu.. badan sangat penat.. baju pun tak sempat nak basuh. tapi dah hantar dobi. haha.. bukan malas ye.. tapi kat masjid mana boleh jemur baju.. basuh baju pun tak dibenarkan.. so terpaksa laa geng-geng writer menghantar semua baju ke dobi.. :)

pergerakan ku di Masjid agak terbatas. yela masjid kan.. so susah laa sikit.. semuanya di batasi. bukan maksud ku nak buat perkara yang pelik-pelik.. tapi sekadar membataskan gurau senda.. percakapan.. pergerakan..

kalau di luar Masjid, aku boleh bergurau keterlaluan, di sini, ia perlu di batasi.. jika di rumah, aku menjerit memanggil kawan-kawan, di sini, aku turunkan tone suara ku ke tahap yang serendah mungkin. tak kan kat sini pun aku nak menjerit kot. huhu. hormatilah Masjid.. sebab ni kan rumah Allah.. ;)

kalau aku sebaik ini bila di rumah, or di mana-mana tempat.. alangkah bagusnya.. hehe..

sebenarnya menjadi orang baik dan menjadi orang jahat, sama-sama susahnya.. tapi bila kita pilih untuk menjadi budak baik, kita kan diberi 2 ganjaran.. itu yang istimewanya menjadi orang yang baik-baik.. hehe

mak pesan tadi.. katanya suruh aku keje elok-elok.. dan jadi anak yang baik, yang soleh, duduk baik-baik, jangan nakal-nakal.. mak tu, kalau bab pesan memesan kat aku, memang pro.. hehe.. tapi aku suka.. sebab siapa lagi nak pesan kat aku macam tu kalau bukan mak.. hehe.. kalau lelama tak dengar mak membebel, rindu jugak.. sebenarnya bukan membebel tu, itu semua nasihat yang berguna..

Bila dah seminggu tinggal dan menetap di Masjid, aku terasa seronok laa plak.. terasa aman, damai, sentosa.. tiap-tiap kali solat, pasti ade saje kuliah pendek diberikan oleh imam kepada makmum.. setiap inci penjuru masjid semua diletakkan micropone.. so di mana aje aku berada, aku akan dengar kuliah pendek dari mana-mana imam. hatta dalam bilik asrama pun..

itu yang uniknya berada di masjid.. seronok jugak.. banyak benda dan ilmu baru yang aku pelajari.. ;)

aku patut bersyukur.. alhamdullillah pada Allah kerana memberi kesempatan pada ku untuk berada di sini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tanah perkuburan

perkara yang tak pernah berlaku dalam hidup, kekadang mesti kena tempuhi jugak. Walaupun kita tak de pengalaman untuk melaluinya. dan pastinya pengalaman pertama akan menjadikan kita lebih matang dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan. dan pengalaman itu jugalah yang menguatkan aku. menjadikan aku seorang yang lebih bersemangat.

walaupun pada zahirnya aku ni nampak aje lemah lembut.. tapi jangan pandang aku sebelah mata. sebab mak aku cakap, aku adalah seorang wanita yang penuh dengan semangat. walaupun zahir nampak aje lembik. tapi kekuatan dalaman aku sangat kuat. mak cakap, kuat semangat. dan aku juga seorang yang berani.

aku tak dapat nak pastikan bahawa adakah kata-kata mak itu adalah benar atau salah. tapi aku tahu bila mak kata tentang sesuatu, itulah yang sebetulnya. sebab mak lebih kenal aku dari aku sendiri. sebab kekadang aku pun tak tahu apa yang diri aku nak.. tapi mak, tahu semuanya tentang diri aku. sebab mak laa yang melahirkan aku. mustahil mak tak kenal aku. kan?

benda yang sama jugak di katakan oleh Dr. Fadzillah Kamsah. aku seorang yang nampak lemah lembut. tapi keras di dalamnya. semua nasihat yang dr. Fadzillah Kamsah pesan pada aku, sebenarnya itulah pesanan mak. semua yang Dr. Fadzillah cakap, sebenarnya semuanya dah diberitahu oleh mak.

betul lah kata orang, pesan ibu itu beribu-ribu.. semuanya ade. semuanya dah dipesan. semuanya dah diberitahu. cuma kita je yang tak nak ambil peduli.

aku baru dapat membuktikan kata-kata mak, bila aku pergi ke tanah perkuburan semalam. bila aku tengok jenazah yang berisiko semalam. bila tengok semua tentang jenazah semalam. dan alhamdullillah, aku kuat. aku tak sangka aku dapat mengatasi semua ni ngan baik.. dan aku amat bersyukur sebab walaupun aku tengok perkara yang mengerikan pun, aku masih boleh bertenang.. aku harap, aku dapat mengambil pengajaran dari semua yang berlaku ni..

hmm, melihat orang yang meninggal membuatkan aku bertanya diri ku sendiri. adakah aku sudah bersedia untuk bertemu Allah dengan sedikit amalan yang ada ini? kalau tak sedia, kenapa aku masih lagi tak baik-baik.. huhu..

keinsafan menyelubungi diri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

result..

alahai.. result orang lain dah keluar.. result aku bila plak.. huhu.. setakat ni baru je 3 subjek yang keluar.. alhamdullillah.. setakat ni masih ok.. syukur..

mak dah msg dah.. "rasanya boleh dekan ke tak sem ni?"
aku tak tahu nak jawab apa dah.. aku terdiam.. nak jawab tak reti.. tak jawab pun, macam salah laa plak.. hmm.. aku pun diam.. sebab tak tahu jawapannya.. huhu

baru ni, berdebar sampai terketar-ketar lutut sebab nak jawab exam.. sekarang aku takut pasal result plak.. alahai.. ni laa hidup seorang pelajar.. huhu..

tapi sebenarnya aku tak sabar nak tahu result aku. aku harap tak turun.. dan aku harap, aku boleh penuhkan harapan mak... ;)

aku sedang menunggu dengan penuh sabar.. seperti menunggu buah yang akan gugur,.. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masjid Wilayah

dah 3 hari aku berkampung di Masjid Wilayah. waa.. terasa insaf bila berada di masjid macam ni. selalu je dengar orang azan, mengaji al-Quran, tazkirah sebelum zohor, tazkirah lepas maghrib, boleh dengar ceramah ringkas dr. Fadzillah lagi. macam-macam. kalau laa macam ni selalu.. insyAllah, aku boleh jadi budak baik ni.. ;p


Masjid Wilayah sangat besar. sangat-sangat-sangat besar. 3 hari berada di sini, aku masih tak boleh nak melawat ke semua bahagian. tapi aku harap, sebelum habis 3 bulan berada di sini, aku akan tahu segenap pelusuk masjid ni. nak menikmati keindahan ciptaan seni bina Islam. ;)

tapi menara masjid aku dah naik dah. hehe. macam tak percaya pun ade. aku ni gayat. aku memang tak boleh dengan ketinggian. tapi aku ingat kata-kata dr.Tuah, kalau nak atasi masalah tu, kita kena berdepan dengannya. dan aku cuba. ini adalah cubaan pertama. so aku mesti mencuba lagi di lain masa. hehe.

aku pun tak tahu berape tingkat. tapi yang aku tahu sangat tinggi. tak sempat bertanya. sebab aku naik tangga macam bidadari. haha. takut punya pasal. haha. (jap nak tanya kawan berapa tingkat.. owh.. 23 tingkat) sampai ke tingkat 20.. tingkat yang agak tinggi, mak call. haa.. elok laa tu. kurang sikit perasaan gayat aku. lagipun aku memang ngah rindukan mak pun.. hehe.. mak tanya kenapa aku macam penat ni.. aku jawab, ngah panjat tangga kat menara masjid. hehe.

ni lah tangga yang aku panjat tu.. permandangan dari arah bawah..

tak pernah di buat oleh aku naik tangga setinggi ni. seronok jugak. walaupun air mata ku dah keluar 1 round. haha. bukan nak menangis, tapi air mata tu nak terkeluar.. nak buat macam mana.. ceh! ayat cover tuuu...

permandangan kat atas memang cantik. walaupun aku takut, tapi sempat jugak aku jeling tengok permandangan kat bawah tu.. nak jugak laa tengok permandangan dari atas..

cantik.. aku sukakan permandangan dari atas. walaupun hakikatnya aku gayat dan bukan aku pun yang ambik gambar ni.. Muhidin yang ambik kan.. thanks to Muhidin atas gambar yang cantik ini.. aku sangat sukakannya.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berkampung

17 mei..
hari ni, pendaftaran pelajar-pelajar IM. aku mula busy. aku dah bayangkan dah betapa penatnya diri aku bila semua ni berjalan. tapi aku harap perjalanan ni akan berjalan dengan smooth and silky.. hehehe.. aku harap, harapan aku akan menjadi kenyataan.

sesi pendaftaran semuanya ok, alhamdullillah. walaupun agak kelam kabut. tapi ianya mencecah 99% darjah kelancaran. walaupun ade yang stack kejap.. tapi itu lumrah. dah namanya pendaftaran. memang macam tu...

nampak nya semua gembira. ade jugak yang excited. cool. relex.. macam-macam gaya ade. tapi semasa penyerahan anak kepada Mudir, itulah sesi or part yang aku tak dapat tahan. macam aku plak nak hantar anak ke sini. adeh..

melihat ibu bapa, penjaga menangis menyerahkan anak-anak diorang pada Mudir, aku turut sama. sadis betul. yang lagi peliknya, aku plak yang semangat nangis bila tengok orang nangis. aku suka nangis. dan tengok orang nangis pun aku akan nangis jugak. hahaha. macam-macam. penyakit yang memang aku tak boleh tinggalkan. aduss...

tapi lepas penyerahan tu, aku relex laa.. tak de laa nangis lagi. haha. tak boleh bazirkan banyak-banyak air mata. =) hari berlalu dengan pantas. dan alhamdullillah. hari ni, walaupun penat, aku dapat melaluinya dengan jayanya.

malamnya, ade motivasi dari Dr. Fadzillah Kamsah. sangat seronok. best jugak kalau hari-hari macam ni. yela.. dapat banyak ilmu. jumpa plak orang-orang yang pakar. fusshhh.. banyak ilmu yang aku belajar hari ni. ;)

18 mei..
press conference.. hmm.. hari ni, lagi haru. tapi nasib baik aku dah ade baju tema. adeh. macam-macam hal. nak kena pakai tema-tema laa plak.. tapi tak kesah laa.. bukan kena beli pun. baju dah ade. pakai jela... hehehe.. kaler tema ialah kaler turqoise.. (betul ke aku eja ni? aku pun tak tahu).

alhamdullillah. press conference berjalan ngan lancar. aku tersenyum.

malam, aku seronok. sebab dapat buku free. dari Ustaz Nazri. Buku Qiraat 10. hehe. ustaz kasik. terima kasih yang berjuta-juta pada Ustaz Nazri kerana memberikan aku buku tu. tapi lupalaa plak nak amik tanda tangan dari Ustaz Nazri. tak pe. aku berkampung kat sini lama. 3 bulan tuu... hehe..

19 mei..
hari ni laa.. dah 3 hari aku berkampung di Masjid Wilayah ni.. best jugak.. ;) semalam sangat penat. pagi tadi, aku bangun dengan terkejut. dan hampir 1 jam lutut aku menggeletar. terkejut sebab apa pun aku tak tahu. tapi jantung aku, aduhai.. macam nak luruh. lutut bergoyang. huhu. sampai sekarang, aku masih fikir, kenapa aku terkejut pagi tadi? jawapannya; aku masih tak tahu.

hari ni, banyak jugak keje. tiap-tiap hari memang banyak keje pun. hehe. so habiskan laa keje pelan-pelan. ;)

yang paling bestnya kat sini, semua makan terjaga. aduhai. dah laa 4 kg berat aku naik. nanti mesti naik lagi berat ku ini,. bimbang jugak. tapi tak pe. akan aku jaga makan ku. tak boleh makan banyak-banyak lepas ni. haha. walaupun mulut kata nak gemuk, tapi hati ni cakap, takut weyh gemuk. haha. ;p

hmm.. nak kena buat keje plak. asik berjalan-jalan kat blog je keje aku dari tadi. nanti en.Najib tanya siap tak lagi keje.. haru aku.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sesuai ke?

berat badan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.. terlalu gemuk, akan menyebabkan pergerakan kita akan terbatas. tapi apabila sebaliknya, akan menyebabkan kita nampak seperti orang yang kekurangan vitamin. haha.

hmm, aku selalu menginginkan berat badan yang sesuai dengan umur dan ketinggian aku. orang kata, berat yang ideal.. aku rasa, orang lain pun sama. sebab lumrah manusia mahukan yang cantik. mustahil ade orang yang tak sukakan kecantikan. Allah dah buat fitrah manusia sukakan benda yang cantik.
tapi, cantik itu abstrak. so kalau apabila kamu bertentangan dengan seseorang tentang kecantikan, lebih baik berdiam diri sahaja. haha. sebab semua benda ciptaan Allah adalah cantik dan mempunyai nilai kecantikan yang tinggi.. ;)

hm.. so berat yang ideal akan menampakkan dan menyerlahkan penampilan seseorang. tak de laa kita tengok kurus sangat or gemuk sangat. nampak ngam-ngam je. hehe. hanya pendapat peribadi aku. kalau nak bangkang pun tak pe. silakan.

semalam, aku timbang berat ku. seminggu yang lalu, di rumah, aku juga berbuat demikian. tapi seminggu yang lalu, berat ku 45kg. tapi minggu ni 49kg. aku agak terkejut. tapi bercampur gembira. kerana inilah yang ku harapkan selama ni.. haha..
ku bagitahu cik Hana.. berat ku naik 4kg.. dia cakap aku tipu. mesin rosak. macam-macam. kami pun berkira-kira.. hm.. agak tak logik berat ku naik 4 kg dalam masa seminggu. kerana aku selama ni, berat ku agak susah.. bukan 'agak' tapi sangat susah untuk mencapai ke tahap ini. paling berat pun 45kg.

tapi aku masih berbelah bahagi. tak tahu mana satu salah. mana satu betul. hmm.. so kesimpulan yang kami buat, usahlah aku bergembira lagi. dan carilah penimbang lain yang boleh menimbang berat ku. jika berat ku sama dengan semalam, bererti aku boleh tersenyum puas, kerana BMI aku dah mencecah ke paras normal. aku bersyukur. hehehe..

tapi nak maintain kan berat plak, itu perkara yang sukar untuk dilakukan.. sebab aku bukan pandai kontrol pun makan aku. kalau makan, aku makan dengan banyak. walaupun aku ni memilih. hehe. tapi agaknya aku kena makan lauk yang aku tak suka kot. baru berat stabil. haha.

tapi berat ku 49kg adalah sesuai dengan ketinggian aku dan juga umur ku yang meningkat tua.. hehe. tua-tua gini, mesti jaga berat badan. sakit susah plak nanti. ;)

***********************

masuk kisah lain plak.. hehe..

semalam, nad mencadangkan aku memakai anak tudung fesyen sekarang.. aku memang suka tengok orang berfesyen. ku katakan padanya, aku dah pergi tanya butik tudung. nape aku ni nampak tak cantik dan tak comel bila pakai tudung fesyen-fesyen sekarang? adakah aku yang tak pandai pakai. or tudung yang bersalah? hehe

bentuk muka seseorang, tak sama ngan bentuk muka seseorang yang lain. kalau aku nak pakai jugak, aku mesti tempah tudung yang direka khas untuk aku. untuk bentuk muka ku yang ayu ini. haha. kelas gitu... ku utarakan pada nad. dia cakap sampai bila pun tak boleh berfesyen kalau macam tu. aku suruh dia try. pendirian aku tetap.! tak goyah!

asma ngan qilah ku juga pernah gelakkan aku bila aku pakai macam tu.. katanya macam bibik pun ade. memang tak sesuai. haha. aku no hal je. tak salah mencuba. tapi bila dah try, cuba tak boleh jalan, buat apa nak try untuk kali kedua kan? hehe. bila aku pakai. nad tergelak-gelak. kata nya muka ku nampak petak. haha.

wow, main petak-petak laa plak. macam macho je. lalala~

tapi keputusannya ialah aku memang tak boleh pakai macam tu sebab sangat tidak sesuai dengan ku. mungkin aku perlu naik kan pipi dahulu baru boleh pakai. haha. ntah bila pipi ku akan naik aku pun tak tahu. :p

korang mesti tertanya-tanya kan anak tudung yang macam mana laa.. jap aku google.. jeng.. jeng.. jeng.. inilah dia.. :)

heliza pakai cantik.. aku pakai.. :( TAK.. sebab aku cantik pakai tudung lain. kata farha, tudung ni tak sesuai ngan aku.. hehe.. so kalau dah best friend cakap tak cantik, tak kan dia nak tipu kot.. =) haha.

so ade orang sesuai. ade orang tak sesuai. so apa salahnya kita ikut cara kita sendiri. senang. tak ganggu hidup orang. hehe. kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI GURU..

SELAMAT HARI GURU
aku nak wish ucapan ni untuk;

terima kasih yang tak terhingga kepada guru pertama ku..
ROKIAH BINTI MAHMOOD
a.k.a
EMAK ku..
dialah yang mengajar ku erti kehidupan dari kecil hingga aku dewasa sehingga aku kini menjadi orang yang berguna..

dan IBRAHIM BIN HAMID
a.k.a
AYAH ku..
yang mengajar dan menasihati aku tidak pernah jemu tatkala aku lupa dan alpa tentang erti sebuah kehidupan yang penuh pancaroba..

terima kasih juga kepada guru-guru di Pasti Pasir Akar;
guru-guru di Sekolah Pasir Akar;
guru-guru ku di Sekolah Menangah.. yang mengajar ku selama 7 tahun;
terima kasih kepada guru-guru yang berada di UDM;
dan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru ku yang berada di UM..

terima kasih di atas ilmu dan sumbangan bakti kalian semua yang membuatkan aku berjaya sampai ke tahap ini. segala ilmu dah jasa kalian, semoga diberkati oleh Allah Taala dan diberi 1001 rahmat olehNya dalam setiap perjalanan dan langkah kehidupan kalian.

jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari,
-Ustazah Pinky-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

puteh pilihan hati..

mencari baju kurung puteh adalah perkara yang sukar. kerana tema puteh hanya untuk majlis perkahwinan dan majlis pertunangan.. dan jarang sesiapa sahaja mahu memakai baju yang tiada colour ni..

hmm.. tapi hari ni, aku menemani nad mencari baju kurung puteh. or baju riau.. atau baju apa-apa laa yang berwarna puteh dan yang paling penting, nad berkenan.

kami bertiga ke The Store Sungai Buloh. kerana menurut Ezza, baju puteh ade di sana. so kami ke sana untuk survey dan kalau nad berkenan, dia bungkus laa tu.. tapi sadisnya.. dah round satu the store dah. sampai penat dan kaki sudah pun terasa letih. nasib tak pakai heel hari ni. kalau tak, semput jugak aku nak berjalan. hehe.

last, kami masuk Butik Peace. baju nya ade. cuma menepati citarasa ku. bukan citarasa Nad. ish3.. lumrah laa tu. dah nama pun banyak orang banyak ragam. mesti laa citarasa pun tak sama. :)

tapi memandangkan, aku dah pun menjahit baju puteh ku di rumah, buat apa lagi aku nak beli. motif utama aku menjahit baju sendiri adalah supaya bajet yang banyak itu akan ku simpan untuk kegunaan lain. dalam erti kata lain, save bajet. hehe. separuh bajet tu aku dapat save. hehehe.. itulah gunanya kalau ade kemahiran. waa... bangga ngan diri sendiri. ceh!

aku bersyukur kerana bakat itu dikurniakan untuk ku dan aku amat berterima kasih kepada mak kerana sudi mengasah bakat yang ada. hehe.

so, jumpa tak baju puteh nya? jawapannya, TAK.

susah jugak kan. so aku suggest. beli kain, tempah je. kat Masjid Jamek, 3 hari je tempah. terus dapat. huhu. Cadangan di terima. so esok lepas kerja, boleh pegi cari kain dan terus tempah. 3 hari selepas tu dapat. sebab ni nak guna urgent.. kegunaan nya pada 21 mei 2010 di Tanah Perkuburan. =D.. aku harap sempat.

terima kasih kepada Astro Oasis.. hehe. kerana kalau tak kerana nya aku tak kan pakai baju puteh sampai bila-bila kot. sebab aku kurang suka ngan warna ni.. kesian..

kaki dah penat ni.. alangkah bagusnya kalau ade sesiapa yang sudi mengurut kaki ku yang cantik ini. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pengalaman pertama..

setiap hari pasti ada sahaja pengalaman-pengalaman yang kita tak pernah tempuhi. bahkan ada pengalaman yang telah kita tempuhi tapi kita terpaksa melaluinya lagi.. yang pasti pengalaman tu akan mengajar kita erti sebuah kehidupan. ertinya berdikari dan pasti ia akan membuatkan kita matang dalam menilai sesuatu..

aku sebagai budak kampung, aku mengakui, banyak perkara yang aku masih tak terokai. dan dengan datangnya aku ke kL.. aku banyak tahu tentang selok belok dunia.. tentang banyak perkara yang aku tak tahu. dan aku mengakui, kekadang aku agak jakun dengannya. tapi itu bukan bererti aku tidak mahu mempelajarinya. aku belajar dan terus belajar. walaupun kekadang aku rasa sesak kerana aku tidak biasa dengan suasana ni..

tapi tak pe.. aku tahu, itulah lumrah kehidupan yang bakal aku lalui. cepat atau lambat.

hmm, budak kampung macam aku kekadang tak sesuai nak berada di bandar. bukan aku merendah diri. tapi aku sedar diri. aku bukanlah budak kampung yang tahu berfesyen. yang tahu serba serbi. aku adalah seorang yang tak de apa-apa dan naif tentang dunia luar.

tapi, pesan Ust Piee masih ada dalam minda aku. "jangan biarkan orang lukakan hati kamu. sebab kalau kamu tak menjaga hati kamu, siapa lagi yang nak jaga?"

so aku tak benarkan sesiapa pun membuli ku.. dan apa pun anggapan orang, aku tak kesah. janji aku buat perkara yang betul. walaupun kekadang aku memang melakukan kesalahan. biasalaa.. manusia.

hari ni, aku memulakan hari dengan rasa lapar. hahaha. kul5 pagi aku dah lapar. tetiap hari macam ni.. berada di rumah sewa untuk kali pertama, aku tak tahu nak buat apa. perut yang berbunyi ni ku tahan kan je. barang-barang aku pun aku tak keluarkan dari bag lagi. so tunggu jelaa sampai pagi. huhu.

walaupun aku ni agak tua, dan berumur. tapi sepanjang umur ku 260tahun ini, aku tak pernah menyewa rumah. kehidupan aku penuh dengan kehidupan berasrama. aku kekok. ya! memang. aku memang kekok dan tidak pandai berkongsi or share sesuatu ngan orang.. tapi berada di rumah sewa, aku terpaksa share segala-galanya ngan housemate..

akan aku belajar sedikit demi sedikit.. =)

dan aku harap, aku mampu bersabar dengan kerenah dan kesempitan hidup berkongsi segalanya dengan orang.. hmm.. boleh ke aku ni? aku macam tak percaya. tak percaya yang aku boleh melalui saat-saat di rumah sewa. mana tak nya. rumah sewa di kL, flat.. memang laa sedikit sempit. dan aku plak, sudah terbiasa dengan rumah kampung yang agak selesa dan luas. dengan bilik yang luas. ruang tamu yang besar. dapur yang memang luas. segalanya besar dalam hidup aku. tapi.. sekarang di sini, sempit dan terhad.

mula-mula agak pening. tapi aku cuba biasakan diri. sekarang kekadang pening. kekadang ok. tapi aku dalam proses penyesuaian diri berada di sini. ntah boleh ntah tidak. aku harap boleh.. =) dan aku katakan boleh. hehehe

aku tunggu dan lihat nanti.. macam mana aku akan handle kehidupan di rumah sewa.. hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bahagia itu diciptakan..

mulakan pagi dengan senyuman walaupun muka aku tak basuh lagi. gigi pun aku tak gosok lagi. tapi pepagi, celek dan buka je mata, aku terus senyum. memang benar orang kata, kalau kita bahagia, seluruh hari yang kita lalui sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga kebahagian.. tak de langsung tension-tension walaupun badan sebenarnya sangat penat dengan keje yang menimbun-nimbun.

tengah bahagia ke aku ni? =D

ye.. aku memang tengah berbahagia. terima kasih pada 'dia' kerana membahagiakan hidup aku dan hadir membawa 1001 sinar kepada ku. dan selalu membawa senyuman ke dalam hari-hari ku yang ingin menampakkan sinar yang suram.. terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan..

hmm, semalam aku tak sabar untuk bangun dan menunggu report dari cik Hana. nah! hari ini, sms.. mms.. semua lengkap. bertubi-tubi.. siap tunjuk tudung baru lagi. adeh. ini membuatkan aku makin "menci3" dan tak senang hati dengan adik-adik ku yang comel-comel ni.. hahaha..

pesannya supaya aku bekerja bersungguh-sungguh. tapi dia seolah-olah menyuruh aku pulang bercuti bersama nya. ish3.. memang nak kena adik-adik ku ini.. ;p

tetiap hari keje sangat banyak. tak pernah habis. lepas settlekan satu keje, timbul plak satu keje. haha. memang lumrah bekerja macam ni kot. lalala~ patutlaa orang-orang yang dah bekerja menyatakan mereka penat bekerja dan selalu banyak keje untuk diselesaikan.. tapi tak pe. selesaikan satu persatu. nescaya aku akan senang hati.

esok tak masuk office. tapi terus ke masjid Wilayah untuk meting. hm, takut jugak kalau nak meting ngan orang-orang besar ni. macam mana laa nanti.. aku harap perjalanan hari esok akan membawa 2001 kemudahan.. hehehe.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cik Hana meng'update' report..

tiap-tiap hari masuk office, kerja ngan baik, kekadang buat kerja dengan buntu dan tak faham, blur, serabut tapi tetap senyum. semuanya adalah lumrah apabila seseorang itu bekerja. rindu mak juga adalah lumrah apabila seorang anak berjauhan dengan mak nya semasa dalam anak itu bertugas..

hmm, tambahan pula, cik Hana yang selalu memberi report tentang apa yang berlaku di rumah, apa yang di buat oleh semua orang, apa yang di masak oleh mak, pergi ke mana or berjalan ke mana, semuanya full report untuk aku. kekadang terasa "menci3" kepada cik Hana yang selalu men"jeles"kan aku. haha

tadi cik Hana sms lagi.. ade report baru nampaknya.. getus hati aku..
katanya mereka on the way ke KB. nak ronda-ronda kB. "I'm on my way to KB, wuhuuu.. syoknya... jom kita melawat KB.."
sms jawapan aku, "pegi main jauh-jauh. orang nak buat keje. menci3.."
"benci tandanya sayang.. hahahaha.."
"wekkk.. =p"

see.. betapa mereka semua men"jeles"kan aku yang tengah bekerja ini. dah laa ngah blur ngan treatment yang ntah kali ke berapa draft nya.. kalau aku ada dan sedang bercuti di kampung, semestinya sekarang aku sedang tersenyum melihat gelagat adik-adik aku dengan mak aku yang semuanya comel-comel.

tapi tak pela.. kata mak, biasalaa.. kalau dah bekerja full lagi laa kitorang tak dapat jumpa lama-lama. nanti semua dah keje, macam ni laa korang balik rumah. kejap kejap je. huhu. sayu laa plak bila dengar mak cakap macam tu. huhu. tapi sekurang-kurangnya aku balik laa jugak tengok mak, tengok ayah, tengok adik-adik. =( hilang semua rindu yang ada kat jiwa ni. haha.

tapi, ade jugak "orang tu" tanya, kita ni rindu tak kat dia..
of course laa jawapan kita... "Rindu sangat." haha. dah lama tak romantik macam ni.. lalalala~

hmm.. esok pasti ade report yang terbaru lagi tentang hal ehwal rumah tangga emak ayah ku di kampung.. macam tak sabar laa plak nak tunggu esok nak tunggu report card dari adik-adik.. lalala~ semakin lama semakin menjadi-jadi angau ku pada kampung laman.. hehehe..

******************
pada adik Mah,
dah tengok lom baju raya yang kak jahit? cantik tak? hehehe.. special tu...

walaupun balik hanya 3 hari 2 malam, aku sempat menjahit 2 pasang baju.. hahaha.. aku harap, adik ku yang sorang ni puas hati dengan tertunainya permintaannya tempoh hari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku ingin pejam mata..

pagi-pagi dah ngantuk dan jugak penat. makin lama, makin ngantuk. tubuh dah macam nak demam dah. tak larat, semua ada. may be semalam keje semaksima yang mungkin menyebabkan tubuh kecil ku lemah longlai dan tak cukup vitamin.. walaupun hakikatnya aku dah bantai lunch 1 pinggan nasi dan juga sarapan dengan roti yang berharga rm0.90 dengan air masak di atas kereta.

perut perlu dijaga sebab usia ku kan dah meningkat tua. kalau tak jaga, aku sakit, aku jugak yang susah. dah laa jauh dari mak. :(

kerja sangat banyak. dengan badan yang sakit. dengan otak yang buntu. dengan hati yang sangat tak keruan. menyebabkan aku tak dapat berfikir dengan baik. entah. aku pun kurang pasti apa yang perlu aku buat. tapi yang pasti, hati ku sangat sensitive hari ni. kalau ada orang tinggi kan suara sikit, aku dah mula terasa.

perlu ke aku se'sensitif' ini?

kerja untuk hari ni dah aku settlekan. so sambung kerja esok plak.. hihi.. aman dunia. otak pun dah release separuh. haha. baru separuh. separuh lagi, akan aku release jap lagi.

:) sebenarnya kerja yang bertimbun, perlu diselesaikan dengan perlahan-lahan. jangan tergopoh gapah. baru lah tak pening kepala. hihi.

selamat berehat untuk semua. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kL.. aku datang..

dah sampai pun kL.. sekejap laa plak aku balik.. tapi tak pe. asalkan terubat rindu aku kat family. hmm, dah tua-tua macam ni pun masih nak manje-manje ngan mak lagi. huhu. memang patut aku tak pilih untuk ke oversea sewaktu tika dulu. hehe. memang aku layak berada di Malaysia. aku kan patriotik orangnya..

hmm... perjalanan malam tadi, hampir 8 jam, aku rasa sekejap aje. hm.. sesampai ke kolej, nak kena kemas barang lagi. nak pegi ke rumah nad bawak barang-barang yang aku dah kemas ni. cuti ni terpaksa laa aku menumpang. bulan 7 nanti oklaa sebab dah masuk kolej. :D

satu hari yang memenatkan. tunggu plak awang hensem tu datang. aduhai. bawak kete ke buat kete. detik hati aku. aku tak marah. cuma penat dan ngantuk. menyebabkan aku tertanya-tanya. may be jugak sebab tidur malam ku hanya di atas bas yang tak berapa elok kusyennya. sempit dan tak selesa. serta terganggu dengan brek mengejut pemandu bas. ish3.. sakit jantung aku semalam. dahlaa ade orang merokok dalam bas. lagi lemas aku. semalam nasib tak semput je bau asap rokok. huhu.. tapi itulaa hakikatnya perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain mengambil masa dan pengorbanan tenaga. =p

kul10am 10mei10..
isi barang semua dalam kereta. pastu on the way ke Masjid Wilayah. sebab nak tengok tempat. survey-survey. waaa.. survey2 plak.. ini hanya disebabkan nak tengok bilik kuliah. tengok tempat penginapan perempuan, lelaki. macam-macam laa keje nya lagi.. sebab aku perlu familiar ngan semua tempat, bagi melicinkan perjalanan program nanti. aku harap semua berjalan lancar. macam yang aku bayangkan.

sehari suntuk, bekerja tanpa henti. dan aku hanya sempat melelapkan mata selama 1 jam. itu pun ketika aku diberi rehat. masa tu otak dah blur. dan mata dah nak pejam. masa dalam kereta, terlelap kejap. tapi terkejut. sebab mimpi. ntah apa yang aku mimpikan aku pun tak tahu. tapi aku rasa aku terawang-awangan. tinggi je. seolah-olah ade orang mengangkat ku setinggi mungkin. aku plak gayat. buat aku takut je.. hmm.. lepas tu, aku tersentak. dan terus terjaga. dan aku masih bersyukur, ade orang kat sebelah aku. hahaha.

apa maknanya? tak de makna apa-apa kot. mainan tidur je tu. haha. (ayat menyedapkan hati.)

meting ngan producer. abg Ujang and abg Lan. selesai satu keje. dan meting ngan abg Najib plak. ketua writter. banyak perkara yang aku perlu tahu setelah bercuti hampir 3 minggu. dan banyak perkara yang telah berubah tentang IM. entah apa yang dorang ubah aku pun tak reti dan tak faham.. hmm.. may be bukan aku tak faham, tapi aku tak reti nak bercerita. hahaha. cerita yang agak tragis jugak. huhu

keje hari ni selesai. keje esok laa plak. kata abg Najib, esok masuk office pukul10. tapi better pegi awal. dan balik pun awal. boleh rehat sikit. program dah nak mula, memang tak boleh nak rehat banyak sangat.

pada pihak-pihak yang berwajib, aku harap, pihak-pihak yang berwajib faham dan memahami. kerana aku keluar hanya untuk bekerja. bukan untuk berseronok. ini pun untuk masa depan bersama. waaa..

aku harap sangat, semua orang faham tentang keje aku. aku tak nak bergaduh. tak nak jauh-jauh hati. sebab semua tu akan membantutkan otak aku untuk berfikir. sebab bila bergaduh fikiran aku hanya akan berlegar tentang orang yang aku bergaduh or yang mencari gaduh. so kalau boleh, aku sangat mahu elakkan untuk bertegang lidah, leher, perut ke apa. untuk memastikn mood aku sentiasa ok.

waa.. tetibe je ngantuk. nak tidur dulu. night. sweet dream. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DONE!!!

alhamdullillah.. syukur.. dah lepas semua paper yang ade dalam otak aku.. lega yang amat.. tak tahu nak cakap. sekarang berdebar-debar laa plak.. macam mana laa aku punya result. aku harap aku akan dapat result yang baik sem ni.

hmm, Qiraat tadi, soalannya sangat simple. tapi jawapan pening jugak nak ingat yang mana satu. mana tak nya, dengan slide presentation nak kena keluarkan. dengan slide yang ustaz bagi lagi. dengan surah-surah yang ada 16 surah berserta khilafnya sekali. hmm, bukan perkara yang senang nak ingat semua tu.

tapi, alhamdullilah aku dapat lalui nya dengan baik walaupun hakikatnya hati ni selalu je tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan. ish3..

tapi tawakal pada Allah Taala adalah perkara yang sepatutnya. sebab aku dah usaha. dah baca buku. dah hafal. dah study. bukan sekali. bukan 2 kali. tapi 3 kali baca. sampai pening dan nak termuntah dah. huhu..

sebelum masuk exam, lutut dah terketar-ketar. dengan hati yang berdebar-debar tak sah nak cakap laa.. ngan rasa macam tertusuk sembilu pun ade. haha. tapi yang paling bestnya.. ialah pembantu peperiksaan tu, adoi.. sangat poyo. ntah kenapa pun aku tak tahu, nasib last paper.

semua kawan-kawan aku dah maki hamun kat dia. bukan setakat maki dah.. semua terkeluar. nak lempang laa.. apa laa.. nasib baik aku ni jenis yang tak maki orang. kalau tak, ngan aku sekali join maki memaki. haha. tapi sabar itu penting sebenarnya. walaupun kita nak marah, kita kenalaa senyum. walaupun pada hakikatnya kita tak buat apa yang orang cakap, kita terima dengan redha. sebab akhirnya keadilan itu akan muncul dan hakikat sebenar akan terserlah.

Allah itu kan Maha Adil. hehe.

hmm.. walaupun pembantu peperiksaan tu agak poyo, dengan mengambil semua no matrik orang yang bercakap termasuk orang yang senyum, tapi nak buat macam mana, dah tugas dia. biarlah dia. tapi tak kan nak senyum dalam dewan pun tak boleh kot. haha. kelakar betul perempuan tu.

tapi kekadang sesetengah perempuan ni, ade yang terover sikit dalam perbuatannya. tapi tak semua macam tu. maafkan lah dia. nak buat macam mana. dia dengki sikit tu. (adakah ini ayat utk menyedapkan hati? TAK.) haha

dan sekarang dah sampai sesi untuk kemaskan barang. sebab dah janji ngan k.dila untuk hantar barang masuk stor lepas exam. so kemaslah cepat-cepat. sebab malam ni dah nak balik. hmm, dah lama tak balik dengan lenggang kangkung. apa kata kalau malam ni aku cuba buat macam aku balik rumah masa kat UDM dulu. best jugak. hehe. asyik menimbun je barang kalau aku balik.

esok pagi dah ade kat rumah. itu yang best tu. hehe. peluk mak. peluk ayah. haa.. jangan kasik orang kat rumah tidur pagi. haha. waaa.. excitednya.. lalala~

lagi-lagi tang jeruk mempelam yang mak kata mak buatkan untuk aku. waa.. dah macam orang mengidam ni. eii.. tak boleh ni..

pada sesiapa nak ikut, jom laa.. lagipun 9mei aku balik laa kL balik.. hehe. tak lama pun. rumah aku pun banyak bilik kosong. haha. yek3 je..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

last paper & terbang balik kampung..

akhirnya sampai jugak paper aku yang last. tadi di dewan exam, tak de orang pun. lengang semacam je. macam tak de orang nak exam je. kereta tak banyak. motor pun tak banyak. kalau tak, hmm.. trafic jem. hehe.

itu maknanya, orang yang ade kat UM ni, dah ramai yang balik. dan dah ramai yang habis paper. tak macam aku. masih lagi nak membaca buku. =( sadis betul. tak pe.

kata ezzah kat fb nya.."saya SUKA exam~ tambah2 klu abis lewat dari orang lain..bertambah2 SUKA.."

haa... so aku pun nak suka jugak laa.. haha.

hmm.. qiraat, satu lagi subjek yang perlu aku habiskan. hmm, nak semput dah ni exam. haha. macam laa banyak sangat exam. tapi semput laa jugak sebab dekat-dekat. rapat-rapat. lain laa kalau ade ruang lama sikit. kan best macam sem lepas. 1 subjek selang 2 hari. sem ni.. aduhai..

tapi tak pe.. aku berjaya jugak mengharunginya dengan baik dan bersopan santun. dan aku berharap sangat yang result aku akan meningkat naik. seperti sem lepas.

apa yang aku nak baca tentang qiraat ni? hmm.. ntah. tapi ok laa jugak. sebab sekurang-kurangnya aku ade laa faham sikit-sikit. tak de laa blur sangat. huhu. pasni nak kena pegi buat group discussion ngan cik Zaza ni..

cik Zaza ni, kelebihan dia, dia pandai sikit nak bercerita. aku ni kurang sikit bab-bab bercerita ni.. hehe.. kalau malas nak baca buku, pegi duduk ngan dia, comfirm ingat semua. sebab sambil dia terangkan, sambil aku hafal dalam otak. haha. ambil kesempatan. lala~

mak doakan kak ye..
adik-adik pun dah balik. ni yang membuatkan aku makin jeles ni. ini tidak adil. huhu. malam ni cik Hana akan balik ke rumah. nasib baik awal sehari je dari aku. huhu. aku balik malam esok. tapi, aku balik tak lama. sadis betul laa... tapi apa kan daya aku. sebab aku memang mengambil tanggungjawab itu. kalau tak, boleh laa aku bersenang lenang ngan mak dan adik-adik yang comel-comel dirumah. hehehe..

balik nak jahit baju puteh. aku fikir untuk membeli baju puteh di kL, harganya, menelan air liur aku. haha. tapi kalau aku beli kain, jahit, senang sikit. save separuh bajet ku. hehe. hye.. keje sebagai seorang writter pun nak kena ade baju seragam. kalau seragam pun, pilih laa warna lain. ini puteh. tapi tak pelaa.. aku suka jugak kalau semua puteh ni. jangan semua hitam sudah...

tapi baju yang macam mana, tidak ku fikirkan lagi. kurung riau. kurung biasa. or kurung moden dengan kain tindih kasih or susun belakang. kebaya labuh pun boleh jugak. mana lagi cantik ea? banyak pilihan tu.. :)

discus ngan mak nanti. mata mak lain sikit. haha.

waa.. rindu nya kat mak.. nak balik. nak balik. macam hati ni dah separuh kat rumah dah. dah tak de kat sini lagi. haha. tak pernah lagi se'angau' ini.. rindu bersangatan yang melanda. haha. aku harap hari esok penuh dengan rahmat dan perjalanan hidup aku akan teratur dengan baik.

mak, tunggu kak tau. rindu mak. rindu ayah. rindu adik-adik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku masih terkejut...

semua orang bercakap pasal pemergian Bro Sham. Hampir semua blog yang aku bukak. Kapten. Razman. Lumut. Jard. PutehPurple. Nur. Kawie. Beskot. en. Beruwang dan ramai lagi..

aku masih tak dapat nak terima lagi berita ni. macam nak nangis. tapi air mata tak keluar. macam sangat sedih. tapi tak dapat nak tunjukkan kesedihan yang ada. Kapten ade jugak tinggalkan pesan kat blog. thanks. tapi aku sampai sekarang macam terkejut sangat. dan sampai sekarang masih lagi tak dapat nak terima.

hmm, bila difikirkan balik, Allah lebih sayangkannya. Allah itu Maha Tahu apa yang Dia lakukan. dan semua yang berlaku, pasti ade hikmahnya.. Aku doakan arwah Bro Sham, dicucuri dengan 1001 rahmat dari Allah. sebab dia orang yang baik-baik. dia sangat caring dan penyayang. hmm, hilang seorang kawan yang selalu mengganggu aku. =(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pengantar usul; done!

masuk exam pagi tadi dengan hati yang berdebar-debar. macam nak pecah je aku nya jantung berdengup. hm, apa yang aku risau kan pun aku tak tahu. yang aku tahu, aku takut. ku suara kan ketakutan ku. tapi hanya sedikit yang tergambar. adakah aku tidak menggambarkannya? ntah. tak pasti.

masa soalan pengantar usul ku buka, wow... soalannya. mencabar minda. macam mana aku nak huraikan ni.. aduss.. aku termenung kejap.

lepas tu, mana boleh termenung dah.. tangan dengan cepat bergerak seiring ngan otak.. :) masa tu pakai tulis apa yang terkeluar je.. sebab aku memang tahu, kalau tak jawab dengan cepat, grenti tak sempat nak habiskan semua jawapan dengan baik.

dan perkiraan aku benar. aku tak sempat nak tulis jawapan dengan baik. dan tulisan aku dah jadi cacar merba bila time akhir-akhir nak habis masa tu. soalannya memang mencabar. dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi.. aku harap aku dapat A. tapi dengan jawapan yang aku berikan... ntah! aku tak tahu menilainya.. huhu

tapi aku harap, Allah permudahkan setiap urusan aku. =) dan lembutkan hati ustaz yang memeriksa jawapan aku.. ;p Amin..

selesai satu part lagi.. dan tinggal part yang lain plak. huhu. nak saje aku percepatkan masa untuk ku habiskan semua exam yang ade. tapi apa daya ku. aku mesti menunggu dan membuat persedian yang rapi untuk masa depan. lagi pun janji patut ku kotakan. tapi terkotakah janji itu?

jawapannya; aku tak pasti.

hmm, sekarang nak study untuk paper seterusnya plak. walaupun banyak lagi yang perlu dibaca. tapi sampai sekarang aku tak tahu nak baca apa. haha. nasib dah baca untuk kali pertama. tak de laa aku semput sangat.

hmm.. nak basuh baju jap. mesin sedang menunggu. dan sambil-sambil membaca dengan khusyuk nya. lalalaa~

obses A. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

paper ke3

hmm.. esok paper ke-3.. sekarang dah pening kepala. entah apa yang aku baca pun aku tak tahu. dah pening+pening+pening..

bab yang paling pening ialah tentang aliran pemikiran mazhab-mazhab yang berselisih pendapat tentang Allah dan zatnya serta akidah anutan diorang. waaaa... pening kepala memikirkannya.. huhu.. tapi aku sukakan subjek ni.. tak tahu kenapa..

hari ni, sehari study tanpa mengangkat kepala. bangun pagi mandi, terus study qiraat. ingat nak study kejap je.. tapi 'ter'lama laa plak.. tapi terima kasih pada cik zaza yang datang ke bilik untuk study qiraat bersama aku. habis qiraat aku. senang cerita.. hehe.. alhamdullillah..

petang, nad ngan azhar ajak buat group discussion plak.. hmm, memandangkan aku tak de laa khatam dalam pengantar usul, tapi oklaa.. aku ia kan jelaa.. lagi pun bagus jugak buat group discussion ni.. hehe.. boleh bincang-bincang apa yang tak faham. tapi yang paling best, belajar tak stress..

so aku harap, dengan apa yang aku usaha kan hari ni, akan mendapat balasan yang setimpal di hari esok.. =)

pada nad ngan azhar.. good luck untuk kamu.. semoga subjek kali ni, kita dapat jawab ngan baik dan get A.. berangan je nak A la tu.. lalala~

hmm.. dah lewat ni.. lama dah rehat.. sambung baca buku lak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cinderella..

menjadi seorang gadis ala-ala cinderella memang macam mimpi. mimpi yang kadang-kadang pasti. dan terkadang hanyalah ilusi semata-mata.. huhu.

macam semua cerita dongeng. cinderella dikaitkan tentang seorang perempuan yang kehilangan kasut kerana tercabut di majlis tari menari semasa dia bergegas keluar dari majlis disebabkan kesuntukan waktu. adoi.. aku memang suka cerita dongeng.

tapi itu adalah dongeng semata-mata. tak de kena mengena dengan hidup atau mati. lalala~ tapi hari ni aku berpeluang menjadi cinderella kerana tetibe kasut ku sebelah kanan telah pun tercabut dari kaki comelku ini. haha.

macam orang sasau kejap. blur pun ade.

aku suruh nad ngan azhar fikir macam mana nak buat. tapi dorang sibuk duk gelak kan aku dah. mana tak nya. kasut yang aku pakai tercabut. huhu. letih kalau macam ni.

kenapa tercabut? faham-faham laa sendiri. dan melayang duit aku kerana terpaksa membeli kasut baru. haha. nasib skirt yang aku pakai agak labuh dan menutupi kaki ku yang cantik ini. jadi berjalanlah aku dari satu kedai ke satu kedai tanpa memakai kasut dan hanya berstokin sahaja. haha.

ish3. tak pernah dibuat orang.

kami bertiga tak berhenti gelak. kelakar memang kelakar. tapi malu pun ade jugak. yelah. kat bandar kL yang serba canggih gini, aku boleh jadi cinderella dari satu kedai ke kedai mencari kasut yang sesuai untuk kaki ku. dan apabila ade yang sesuai. terpaksa ku batalkan. hanya disebabkan saiznya tidak ade.

kaki cinderella, memang susah nak cari saiz. azhar pesan suruh gemukkan badan. supaya kaki membesar. dan senang sikit nak mencari kasut or selipar. saiz 4 bukan saiz yang senang untuk dicari. haha.

hmm.. buat malu masyarakat je aku ni.

tapi thanks to azhar and nad, sebab temankan aku yang berstokin ni berjalan mencari saiz kasut yang sesuai dengan kaki ku.

*****************

to amin, mah..
barang yang telah adik-adik kak kirimkan telah dibeli dengan segera. tak de bias, tak de beza dan tak de yang lain-lain. semua nya sama. untuk mengelakkan korang bergaduh sesame sendiri. hehehe..

mak, kak dah beli tiket. balik ganu 6mei. dan balik kL, 9mei. tak dapat cuti lama-lama laa.. tapi yang pasti, lepas exam, kak balik terus. huhu.

banyak perkara yang perlu disettlekan sebelum balik. hmm.. naik haru biru dah otak ku ini. kalau laa semua orang boleh nampak. mesti dah macam rojak dah.

dah lah barang tak packing lagi. adoi.. satu kerja lagi yang harus disiapkan. mengangkut barang ke bilik stor. aduhai.. =( tak suka. tak suka. tak suka. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS