RSS

Mesyuarat PIBG pertama ku sebagai guru baru. Senyum lebar-lebar ye.


23 Jun 2012. Adalah hari Sabtu. Tahu?

Tapi yang amat mengecewakan adalah semua guru di sekolah ku wajib hadir ke mesyuarat PIBG. Tapi sebahagian guru tidak hadir pun. Haha. Adakah adil dan wajar? Jawapan ada di tangan masing-masing. 
Malas mahu mengulas panjang-panjang.

Semalam, setelah balik dari orientasi di PPD Kuching, badan masih terasa lemau (macam biskut laa plak. Haha). Tapi gagahkan juga untuk melangkah ke sekolah. Mahu melihat juga aku sekolah ni mesyuarat PIBG nya macam mana. Sebab setiap sekolah yang aku hadiri, pasti berlainan.

1 perkara yang membuatkan mulut ku terbuka dan tidak mahu tertutup.

Kalau ibu atau bapa tidak pandai menulis, aku rasa itu adalah perkara biasa. Kalau ibu atau bapa tidak ingat nama kelas anaknya juga perkara biasa. Kerana jika mereka tidak tahu membaca dan menulis, itu bukan salah mereka. Mereka tidak diberi pendidikan yang sewajarnya dulu. Biasalah kawasan kampong. Jika mereka tidak ingat nama kelas anak, juga tidak boleh salahkan mereka. Kerana kekadang anak-anak naik turun kelas. Mungkin prestasi mereka rendah, mereka dikehendaki turun kelas. Kalau prestasinya tinggi, mereka dinaikkan kelas. Jadi kekadang ibu bapa juga confused.

Aku kira, ini boleh dimaafkan. Haha.

1 perkara yang membuatkan aku pelik adalah ibu sendiri tidak tahu nama anak. Semasa pendaftaran ibu bapa, ada beberapa kes ibu tidak tahu nama anak mereka dan ada yang lupa. Ya Allah. Adakah ini benar? Di semenanjung, aku tak biasa dengar perkara seperti ni. Pastinya ini adalah pengalaman pertama bagi ku.

Aku terfikir, kenapa ibu sendiri boleh tidak tahu nama anak?
Aku keliru, kenapa ibu sendiri boleh lupa nama anak?
Oh! Keciknya hati aku sebagai anak kalau ibu sendiri tidak mengingati nama ku.
Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Salah siapa sekarang ni?

Aku tak tahu apa penyebab ibu boleh tak tahu nama anak dan juga apa penyebabnya ibu tak boleh ingat nama anak mereka. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang aku sendiri pun tak boleh jangka. Ada sesiapa tahu? Ada siapa-siapa yang pernah buat kajian tentang ini? Hehe. :D

Aku harap, aku dapat jadi ibu yang baik kelak. :)

Oklah. Sangat penat kerana seharian di sekolah dan sekarang aku mahu rehatkan minda yang bercelaru. Haha. (Apa yang celaru sangat pun tak tahu.)







Nota Pinky ;
“Siapa kata jadi cikgu senang? Sekarang aku rasa, kerjaya seorang guru adalah kerjaya yang menyesakkan kepala aku. Hari Sabtu pun kena kerja. Ish4. Mahu bertukar cita-cita lah. Mahu jadi lecturer plak. Haha. Boleh tak, en. Hati? Atau kerjaya impian aku, menjadi suri rumah sahaja. Hehe. Lulus kanlah en. Hati Sayang…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orientasi dan taklimat di PPD Kuching..


Jumaat. 22 Jun 2012.

Nak buat wish untuk en. Hati dulu…

“Aku sayang kamu dari dulu, kini dan insyAllah akan selalu menyayangi kamu. Seperti yang aku katakan dulu, hati ini tidak pernah berubah dan berpaling. Dalam hati ini, hanya ada kamu. Dan selamanya hanya kamu. Kamu perlu ingat ini sampai bila-bila.”

Kenapa berucapan bagai ni?

Sebab hari ini adalah hari istimewa. Aku kira hari ni, hati berbunga-bunga sebab kamu cakap aku akan jadi milik kamu. Dan kini, kamu kotakannya. Terima kasih, Sayang..
Ok. End topic pertama.

Dan. Topic kedua.

Orientasi dan taklimat.
Terlebih dahulu aku mengucapkan 1001 terima kasih kepada Ustazah Kak Pah dan Ustazah Kak Li kerana menghantar k uterus ke PPD Kuching di Bako.. Hehehe.

Aku gembira bila PPD Kuching menghantar surat mengatakan aku akan ke sana dan mereka akan memberi taklimat dan orientasi kepada kami.

Walaupun aku tahu, aku akan bakal punya banyak tugas yang akan membebankan bahu ku. Tapi aku tetap gembira kerana dapat keluar dari kawasan tempat aku tinggal. Dapat melihat sekeliling berbanding dengan aku berada di dalam bilik sambil berbaring memandang syiling dan sudah tentu aku gembira bila aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan berkenalan dengan kawan baru.

Juga, aku gembira hari yang dipilih ialah hari Jumaat. Kerana hari jumaat adalah masa yang pendek di sekolah tapi semua keempat masa aku terpaksa mengajar. Bermakna, aku akan berdiri selama 4 jam tanpa duduk dan bercakap tanpa henti. Oh! Cukuplah minggu lepas aku mengalaminya. Tidak dapat dibayangkan macam mana aku akan laluinya minggu depan. Harap jadual baru cepat keluar. Huhu.

Di PPD aku banyak didedahkan dengan banyak perkara tentang dunia pendidikan yang sebenar. Dari soal gaji, cuti, kelebihan, kelemahan, PPGB, macam-macam lagi + amat dari pengarah JPN Sarawak lagi.. Benda-benda baru buatkan aku teruja. ‘Keterujaan’ aku terserlah bila aku di wajibkan membuatkan portfolio selama setahun. Haha. Ok. Portfolio untuk guru baru posting pada tahun ni tempohnya adalah setahun ya tuan, puan, cik abang, cik kak sekalian. Diulangi sekali lagi. SETAHUN yer. Hahaha.

Sebelum slot pertama bermula, sesi perkenalan terlebih dahulu dititik beratkan. Yalah. Kalau tak kenal, susah laa mahu diorientasi. Kan?

Sesi perkenalan berlangsung dengan baik. Tapi yang ada sesuatu yang membuatkan aku agak kecewa+sedih+jealous jugak barangkali. Kami 12 orang. 6 orang daripada kami single. Dan 6 orang lagi statusnya sudah bertukar menjadi isteri solehah (termasuk aku laa tu). Haha. Tapi yang membuatkan aku sedih ialah kelima-lima dari mereka adalah posting mengikut suami! Terasa sangat tidak adil. Dan mahu menangis. Haha. Sabar jelah!

Slot pertama orientasi adalah berkenaan personaliti seorang guru.
Ya. Aku akui personality aku agak pelik mungkin. Ketawakan diri sendiri dan ucapkan tahniah kerana berani mengaku. Syabas!

Perkara pertama yang aku harus muhasabah diri sendiri adalah berkenaan sifat aku yang memang agresif. 88% agresif kot! Adeh. Ya. Aku mengakui keagresifan diri ini. Motivator juga mengatakan aku jenis yang tidak menghiraukan hati perasaan orang lain. Yang penting diri sendiri puas hati. Wah! Bunyinya macam kejam sangat je.

Ye. Kekadang aku memang macam tu. Tapi terasa juga kekadang aku sangat baik hati. Angin aku semasa menjawab kajian adalah angin agresif kot. Haha. Manusiakan sangat complex. Ya tak? :D

Tapi insyAllah, akan diperbaiki sifat-sifat diri yang memerlukan perubahan. Hehe. Tapi tidak dijanjikan perubahan itu akan berlaku secara drastic. Cuma aku akan belajar utuk berubah. Wah! Asal takut sangat nak berubah ni? Haha. Ok! Mulakan langkah dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim.. senyum.

Hmm... Orientasi tamat jam 5.30 petang.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Ustazah Kak Muni kerana dating menjemput dan menghantar ku ke rumah.

Oh. Sungguh segan dengan orang sekeliling kerana selalu menyusahkan mereka semua. Alangkah baiknya jika aku tidak menyusahkan orang dan dapat buat semua sendiri. Hmm.. Sabarlah buat sementara waktu yer, diri..

Mahu berehat.. Pening dengar taklimat, terutamanya tentang portfolio yang entah apa-apa yang aku perlu buat. Aduhai!






Nota Pinky ;
“Macam-macam program dah sekarang. Aku sebagai guru baru, sedikit rasa terbeban. Tapi paksa rela menerimanya seadanya. Ish3. Apa nak jadi ngan aku ni. Asik paksa rela je. Yelah! Matahari aku jauh, cuba dekatkan matahari aku itu. Pastu aku rela-rela je semua. Hahaha. KPM sila ambil note. Hahaha.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayang, aku rindu kamu. Juga.


Khamis. 21 Jun 2012.

Hari ke-10 berjauhan dengan suami. (Perlu ke tulis? Haha. Macam aku sorang je ada suami!).
En. Hati sudah kedengaran terlalu kerap menyatakan rindunya pada ku. Sayang, sabarlah. Aku pun sedang menahan tangis di dada tika berjauhan begini. Jika ikutkan kehendak hati, mahu saja aku meraung-raung di sekolah, di rumah, di JPN Sarawak, di KPM pun mungkin. Hatta, di hadapan PM pun mungkin aku boleh meraung mahu pulang ke Negeri Sembilan. Tapi ini baru hari ke-10. Bertahanlah sampai aku dapat gaji dulu. Ketawa.

“Sayang, I rindu kat U. Sangat-sangat.” Mungkin hanya perkataan ini yang hanya mampu ku lafazkan. Sambil menahan sebak di dada.

Kata Dayah (seorang kawan, yang aku tidak pernah terfikir akan baik dengannya. Jahat tak ayat? Sorry Dayah). “KPM tak berhati perut sebab memisahkan pasangan suami isteri.”

Kata ustaz Wan Zailan, “Hati dan perut adalah 2 perkara yang berlainan. Sebab tu dia jadi macam tu.”

Kata aku dalam hati. “Aku hanya terpisah dengan suami sahaja. Tapi aku merasakan sangat berat untuk menanggung beban ini. Orang lain, terpisah dengan anak dan juga suami. Bagaimanakah rasa mereka? Mungkin aku tidak setabah mereka untuk mengharunginya. Di sebabkan itu, aku dipilih oleh Allah dengan masih tidak punyai zuriat sendiri. Alhamdulillah. Mungkin itu hikmahnya. Tabahlah wahai hati.” Air mata sedang bergenang di tubir mata dan mahu jatuh. Ohhhh! Menghembus nafas perlahan-lahan.

Inilah padahnya jika berada di dalam bilik berseorangan sambil merenung syiling yang tidak ada makna apa-apa. Ok. Mari kita fikir benda lain. Supaya kesedihan ini akan hilang segera. Sambil menunggu waktu berbuka.

Di sekolah tadi. Ade 2 orang guru bertanya tentang keselesaan aku menumpang di rumah sekarang.
Bercakap mengenai rumah dan keselesaan aku menumpang di rumah yang sedia ada ini, aku tidak pandai untuk komen lebih-lebih (Wah! Dah macam selebriti gitu jawapan aku).

Aku akui, jika mahu selesa, aku harus bertungkus lumus mencari rumah lain. Perlu bersusah payah bertanya sana dan sini. Tapi sudah menjadi lumrah perangai aku, adalah cepat berasa selesa di mana aku tinggal. Walaupun aku akui bilik ni sangat sempit dan ia boleh dikatakan stor untuk sebuah rumah. (Ayat BM apakah ini? Ah. Lantaklah.)

Tapi buat masa sekarang, aku hanya mahu berada di sini. Tidak mahu ke mana-mana lagi. Mungkin suatu masa nanti, aku akan keluar. Itu aku tidak janji. Aku sendiri tidak berupaya membaca angin sendiri. Tapi jika terasa mahu keluar, aku hentam je. Haha. Aku bukan hiraukan siapa-siapa. Tapi buat masa sekarang, biarlah aku di sini. Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan tidak memikirkan apa-apa yang menyesakkan otak.

Jika aku mahu keluar…

Kepada Asma, sudikah kamu menjadi rakan serumah ku? Kita sama-sama cari rumah lain yang lebih selesa untuk kita berdua diami. Dan sama-sama kita meniti bahagia di bumi Sarawak. (Haha. Dah macam ayat untuk melamar orang untuk di jadikan suri di hati plak. Adeh! Silap ayat kah aku?) Sila jawab dalam masa terdekat ye Asma. Hahaha. Paksa rela ni!

Aku rasa, Hilang sedikit sedih jika berdekatan dengan Asma. =)

Eh, Sudah dekat nak masuk waktu maghrib ni. Lain hari plak berceloteh meluahkan rasa yang terbuku. =)

Dalam hati, Kamu tetap yang satu, Sayang.
Selamat berbuka, Sayang..







Nota Pinky ;
“Ade 3 hari lagi puasa yang perlu diganti. Harap cepat habis menggantinya. Penat jugak ganti puasa kat sini. Sebab dalam kelas, 1 masa bersamaan 1 jam. Dan selama 1 jam aku berdiri dan menjerit. Kerana pelajar-pelajarnya semua bagus-bagus. Itu tak masuk dengan jadual aku yang 4 masa direct dan dengan itu, 4 jam lah aku akan bercakap tanpa henti dan berdiri tanpa duduk. Oh, Ya Allah. Tabahkan hati aku untuk mengharunginya di bulan puasa nanti. Amin.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rutin kembali kepada asal.


Tempoh menyesuaikan perasaan dan diri.
Setelah genap 1 minggu berada di Sarawak, aku terasa seperti rutin ku kembali kepada asal. Ya. Kerja sebagai seorang guru berjalan seperti biasa. Lamanya aku ambil masa untuk merasa seperti sedia kala. Walaupun hakikatnya ia tidak laa sama 100% dengan semenanjung. Tapi boleh dikatakan hampir sama. Bagi aku, ya hamper sama 60%. Kembali ke topic asal.

Tarik nafas dalam-dalam. Ya. Aku hanya punya rehat 2 minggu sahaja, sama macam budak sekolah. Dan sambung mengajar. Macam mengeluh je bunyinya? Tak. Ia hanya suara hati aku yang sentiasa banyak kerja dari dulu. Ok. Jom memujuk hati. At-least ada jugak cuti sekolah. Kalau tak, aku mesti termengah-mengah nak buat persiapan ke sekolah baru. Ya tak?

Soalan dari pelajar.
“Kenapa ustazah tak cakap nak pindah?” Tidak mampu aku jawab. Dan aku tidak pasti, sama ada soalan itu ada jawapannya atau tidak. Hembus nafas kuat-kuat.

Ya. Aku mengaku, sampai sekarang aku masih memikirkan jawapannya. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu mengapa aku perlu begitu. Kenapa aku tidak memberitahu pelajar bahawa tempoh masa untuk aku berada di sekolah akan tamat. Status aku hanya guru sementara, bukan guru tetap. Bukankah itu menyenangkan aku kelak?

Hmm.. Aku sebenarnya, tidak tahu kenapa aku perlu begitu. Haha. Senyum kelat. Dulu, semasa praktikal, perkara seperti ini juga berlaku. Sebelum aku masuk ke dunia pendidikan sebenar, begitu juga. Aku tidak pandai untuk menyatakan bahawa aku akan meninggalkan pelajar-pelajar ku, bila aku sudah selesa bersama mereka. Mungkin perasaan sayang dan tidak sanggup mengucapkan selamat tinggal yang menebal membuatkan lidah ku kelu. Dan sampai sekarang, aku masih di hujani dengan soalan-soalan yang aku tidak tahu apakah jawapan yang harus aku berikan.

Cuma kata maaf di dalam hati aku lafaz secara diam. Tidak punya kekuatan untuk melafazkannya di hadapan semua pelajar.

Perasaan rindu.
Tipulah aku jika aku menyatakan tidak dalam merindui pelajar-pelajar yang selalu membuatkan aku pening. Ya. Aku tidak menafikan bahawa aku merindui mereka. Tapi, aku tidak punya kuasa untuk menetap di sana dan menemani mereka sehingga habis tahun.

Aku harap, mereka akan Berjaya seperti mana aku Berjaya. Hanya itu doaku dari jauh.

Mengintai pelajar dari Sarawak.
Ketawa sopan. Ya. Aku mengaku, aku masih lagi membelek FB pelajar-pelajar yang saban hari meng’update’ status mereka. Cuma tidak meninggalkan comment seperti biasa. Masih tidak tahu apa yang ingin di ucapkan. Dalam erti kata lain, masih terasa kekok selepas meninggalkan mereka tanpa sepatah kata. Ketawa kuat-kuat. Siapa suruh kamu bersikap begitu? Kan sudah hilang topic untuk diperkatakan. Tak pe. Mungkin kami perlukan masa yang lebih sedikit untuk kembali seperti asal. Siapa tahu, kan?

Pelajar baru di Bandar Kuching, Sarawak.
Aku tidak berminat untuk beramah mesra dengan pelajar di sini. Ntah kenapa. Bukan pelajar di sini tidak baik, tidak bagus. Cuma hati ku lebih banyak di semenanjung.

Ada seorang pelajar bertanya, adakah aku seorang guru yang garang?
Ya. Aku sangat garang. Tapi kekadang, pelajar di sini tidak menghiraukannya. Mungkin kerana mereka pun sudah sama saiz dengan ku. Terasa sekali ingin membawa rotan dan merotan mereka sampai berbekas. Tapi apakan daya… di sini tidak membenarkan aku berbuat begitu.

Tak pe. Aku sebagai seorang guru, pasti ada jalan penyelesaiannya. Nantilah aku fikirkannya nanti. Malas mahu fikir banyak-banyak perkara yang menyakitkan hati. Nanti hilang awet muda ku ini. Kikiki~~

Jom cerita perihal awet muda.
Ku pandang muka depan cermin. Mengukur muka yang cute.
Semakin hari, semakin aku lihat perubahan di mata ku ini. Lebam semacam je. Adakah ini di sebabkan terlebih tidur. Atau terlebih rehat. Atau terlebih fikirkan orang yang di semenanjung? Oh! Tidak boleh jadi ni. Nanti hilang lah awet muda ku.

Lagi satu, sekarang aku jarang tersenyum. Aku pun naik pelik dengan perubahan diri. Kalau dulu, 68 jam tersenyum+sengeh je. Sekarang sekuntum senyuman sehari pun susah. Aissshhh.. jap mahu berfikir sejenak.

Oh ya! Mungkin matahari ku berada jauh di semenanjung. Matahari yang selalu menyinari hidup ku saban hari sudah berada tersangat jauh. Ya. Itu aku pasti. Sangat pasti.

Untuk mengekalkan awet muda, nampaknya aku terpaksa mencari jalan bagaimana aku dapat berada berhampiran matahari ku itu.Sedang menongkat dagu berfikir. Oh! Jom giat berfikir bersama-sama, mulai sekarang.








Nota Pinky ;
“Teringat rutin bersama en. Hati. Jam 6 petang begini, biasanya kami akan makan petang. Agaknya apalah en. Hati tersayang buat petang ni? Rutin macam biasakah? Atau sedang bersenam menguruskan perut bersama pelajar. Oppss.. sorry, Sayang. Jangan marah. I love U laah Sayang walaupun I tahu U makin hensem sekarang. Senyum.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Genap 1 minggu.


Selasa. 19 Jun 2012. 

Genap 1 minggu.
Ya. Hari ni genap 1 minggu aku berada di sini. Oh. Terasa sangat lama. Tadi, aku sedang menghitung hari bila en. Hati bercakap tentang tiket dari KL ke Kuching. Katanya mahu melawat aku yang berada di kejauhan sambil meninjau kawasan sekitar. Hehe. Hati berbunga riang. Hmm, Rupanya baru 1 minggu berada di sini. Terasa seperti sudah berkurun lamanya tidak berjumpa en. Hati yang sangat dirindui. (Mengada-ngada. Kan?)

Keadaan pelajar selama seminggu berada di sini.
Pendapat aku, ia agak terkawal. Boleh di bawa berbincang dan boleh mengikut kata seorang guru. Cuma ada beberapa orang pelajar yang selalu menyakitkan hati aku. Yang aku kira, terasa mahu saja di hempuk dengan batang penyapu. Atau diterajang hingga ke dinding (dalam bahasa kasar. Jika itu di benarkan. Tapi sayang…). Mahu diberi motivasi dan kaunseling saja (bahasa sopannya pula). Ketawa dalam hati sorang-sorang.

Kata Suhaili (kawan yang sama posting).
Dia sudah mendapat surat dari Kuching mengatakan ada taklimat di PPD Kuching. Tapi hairan, orang yang berada di Bandar Kuching tak tahu apa-apa lagi. Ish3. Pelik + Ajaib betul. Tunggu dan lihat. Sebenarnya, berasa tidak sabar juga untuk pergi ke taklimat, kerana di sana aku boleh jumpa kawan-kawan yang sama posting. Mahu bertanya khabar. =) (Agaknya, apa motif sebenar aku ni?)

Sekarang. Ade satu perkara yang membuatkan aku terfikir.
Mungkin ada seseorang yang menimbulkannya. Mungkin juga aku yang terlebih-lebih fikir.
15 masa = 15 jam dalam seminggu. Oh! Aku di kira sangat bertuah! Kerana guru baru kebiasaannya sangat banyak tugas yang akan diberikan padanya. Tapi berlainan pula dengan ku. Tugas ku sekarang hanya mengajar. Dan juga menghadiri apa-apa program yang perlu di hadiri oleh semua guru. Senyum. Alhamdulillah. Allah itu tahu kemampuan ku dan jika diberi lebih-lebih mungkin aku tidak dapat menunaikannya. Kan?

Dalam hati, mungkin ini hanyalah permulaan bagi ku. Siapa tahu, 2 3 minggu akan datang, kerja ku akan menimbun. Haha. Dan siapa tahu lebih hebat lagi daripada kawan-kawan yang ada sekarang. Tapi aku fikir, itu semuanya rezeki masing-masing. 

Aku di sini hanya buat yang aku mampu. Buat yang terhabis baik dengan kemampuan ku.

Tinjau meninjau setelah genap seminggu.
Tadi sempat ku tinjau kawan-kawan yang sama posting dengan ku di FB.
Ada yang gembira. Ada yang sedih mahu pulang ke semenanjung. Ada juga yang sudah terasa seperti berada di kampong halaman sendiri. Ku lihat, masing-masing punya masalah yang berbeza. Tidak terkecuali dengan ku. Mahu ketawa besar-besar sampai satu dunia dengar. Aku kira masalah ku paling kecil. Agaknya. Kerana aku hanya punya masalah hati. Hati yang mahu pulang ke negeri Sembilan. Hoho~~ Kerana merindui suami. (Oh! Topik utama yang aku perkatakan sejak seminggu ini. Sudah boring dengan topic ni, bukan? Ya. Diri sendiri juga sudah boring.)

Tapi, soal hati, susah untuk memperkatakannya. Biarlah ia terubat sendiri. =)

Aku rasa tidak terlewat untuk aku mengatakannya pada diri sendiri.
Selamat bertugas dan jadilah guru yang baik dan cemerlang. Semoga Allah memberkati usaha murni ku ini. Amin. (Kenapa baru sekarang nak ucapkan? Kerana, hati aku sudah terasa tenang dan boleh menerima kenyataan bahawa aku adalah guru tetap sekarang. Haha.)









Nota Pinky ;
Aku mahu cepat-cepat isi borang induksi. Mahu cepat-cepat dipanggil induksi. Mahu cepat-cepat disahkan jawatan. Dan mahu cepat-cepat balik Semenanjung untuk jumpa en. Hati. (Hahaha. Motif sebenar). Hanya nama en. Hati yang memenuhi ruang minda ku sekarang. Tidak dapat berfikir dengan waras berkenaan hal-hal lain. Macam teruk benor je bunyinya. Lalala~~”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS