RSS

Perlu ke kelam kabut?

Sekarang, bertambah busy.
Mungkin disebabkan orang atasan aku yang memang agak kelam kabut dan semua nak busy menyebabkan aku tidak ada ruang untuk bernafas. Haha.
Ingin sekali aku cakap, Bos.. Boleh tak u biarkan kitorang settlekan semua kerja, u diam-diam. Yang pasti kitorang buat. Then, kalau ada yang tak puas hati baru tegur.
Kalaulah boleh cakap macam tu, alangkah bagus. Haha.
Aku bukan tak berani. Tapi malas mahu mulakan pergaduhan. Aku takut aku tidak dapat mengawal suara dan kejahatan yang ada dalam diri aku sendiri. Maklumlah, Setan banyak bulan-bulan macam ni. Haha.

Pengalaman pertama.
Kerja dengan bos lelaki adalah lebih sempoi berbanding bekerja bersama bos perempuan. Mungkin disebabkan aku tidak suka perkara-perkara remeh temeh. Tapi bila semua orang ambil semua yang remeh, aku mula berkira setiap inci. Haha.
Pantang betul. Buruk betul perangai Ustazah ni. Huh!

Semalam, tidur ngan lena. Boleh? Skrip dan treatment pun belum siap, boleh tidur ngan lena. Tapi Atul mengejutkan aku dengan bunyi bising yang dibuat olehnya. Jadi aku terbangun. dan kami sama-sama siapkan treatment yang nak di pakai jam 10 nanti.
See..
Tak perlu push kami. Or arah itu ini. Kami tahu kerja kami.

Wah! Ini adalah luahan seorang pekerja ni. Lalalala~
Nanti bos cakap, "Stop complain laa.." Hahaha.

Cik Bos,
Kalau kamu tak push kami, tak arah itu ini, kami amat menghargainya. Kami tahu tugas kami. dan kami akan buat yang terbaik untuk rancangan ni. Jangan bagi kami tekanan. Stress tahu tak? Haha.

Boleh tak ucapan macam tu? Haha. Ahhh.. Lantaklah boleh ke tak. Hehe.






Coretan Pinky ;
"Sudah 2 3 hari tidak sms or call en. Hati. Apa khabar agaknya dia? Rindu. Tapi adakah di rindukan aku juga? Hmmmm..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa rindu ini.

Rindu.

Merindui suami adalah perkara yang kekadang aku tidak dapat membendung rasa itu terus berlegar di dalam kepala. Oh! Sangat susah untuk mengawalnya..

Bilakah keadaan ini akan berlalu.
Aku kekadang tidak tahan untuk melawan rasa rindu. Tapi tak pelah. Rindu suami kata orang, dapat pahala. Senyum.

Mahu jumpa en. Hati.
Tapi bila?
Tunggu jela dia tak busy nanti. =(





Coretan Pinky :
"Cepatlah kamu pulang. Aku sangat rindu kan kamu, Sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tu lah padahnya.

Bangun pagi dengan terkejut.

Ada masalah yang terpaksa aku selesaikan nanti. Terasa ingin sekali memaki hamun si pembuat keputusan. Tidak berfikir panjang dan jauh. Asyik mahu semua orang menerima pendapat dia sahaja. Akhirnya, semua orang jugak yang susah.

Aku seorang yang degil. Keras kepala.
Tapi aku juga kekadang, mendengar dan mengambil pandangan yang disuarakan. Aku terfikir, sesekali apa salahnya kita mendengar pandangan orang. Mengambil nasihat yang diberikan. Bukankah hidup ini indah jika kita sama-sama berkongsi?

Mengeluh perlahan.
Masalah yang timbul harus juga diselesaikan. Tak pe. Pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Kan?
Tapi itulah padahnya jika tidak mahu langsung mendengar pendapat orang yang berpengalaman. Aku bukan mahu berbangga. Tapi perkara yang salah tu, tetap salah. Lain kali kalau orang perbetulkan, tolong terima dengan otak yang terbuka.
Wah! Aku membebel laa plak. Senyum.

Jom selesaikan kerja. =)
Sebelum semua orang kelam kabut dan mintak macam-macam. Haha.




Coretan Pinky ;
"Degil boleh. Tapi biarlah berpada. Senyum. Hidup perlu pandangan yang terbuka. Tapi kata Ustaz Piee, kalau umur 24 tahun tak berubah, sampai bila-bila pun susah nak berubah. Betul ke? Ntahlah.. Tapi kekadang ada jugak benarnya tu. Sama-samalah kita fikir. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu persatu menyusul.


Minggu pertama memulakan kerja.
Ya. Aku tidak menafikan bahawa kerja agak bertimbun. Tambah lagi, kerja yang aku tinggal dan tidak settlekan sebelum cuti tempoh hari. Padan muka dengan diri sendiri. Haha. dan dengan sedaya upaya aku ingin settlekan semuanya. Sebab Jumaat, mahu cuti. Boleh? Tak nak bagi? Aku peduli apa. Ketawa kuat-kuat.

Settlekan semua kerja dan cuti dengan aman. Jumpa Isnin minggu depan. Lalala~ Kerja jahat. Jangan tiru aku, tahu?


Jam 12.30 pagi.
Aku sedang menyenaraikan kerja yang harus disiapkan esok. Senaraikan siap-siap supaya senang aku langsaikan. Tak pening otak aku.

Rindu.
Aku tidak menafikan bahawa aku sangat merindunya. Siapa yang tak rindu suami oiii.. Senyum.

2 minggu.
Ya. Sudah hampir 2 minggu kami berjauhan. Tidak melihat satu sama lain. (Bukankah ayat itu mempunyai makna yang sama? Lantaklah.) Dan rindu ini, sudah membuak-buak. Dapat pahala tuuu rindu kat suami. Itulah indahnya sebuah perkahwinan.

Raya pertama bersama en. Hati, di Terengganu. Senyum.

Dengan komitmen kerja, masing-masing menjadi busy.
Tambahan kerja ku yang tidak menentu. Siang malam, pagi petang. Manakala tugasnya sebagai seorang guru menjadikan jadual kami memang tidak selaras. Tapi... Kalau jarang-jarang jumpa pun, ada baiknya.. Boleh saling merindui.. Ketawa gatal. Boleh?

Harap, masa cepat berlalu supaya kami punya masa untuk bersua muka. ;)





Coretan Pinky ;
"Esok skrip reading bersama hos Ustazah Pilihan. Harap berjalan dengan lancar. Amin... dan mahu jumpa en. Hati secepat yang boleh. Hmm.. Menongkat dagu sendiri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Skrip Reading pertama.

14 & 15 September.

Skrip reading pertama bersama hos Ustazah Pilihan. Harap berjalan dengan baik dan lancar. Semua orang mengomen. Itu tak kena, Ini tak kena. Tapi tak pe. Aku terima jela seadanya. Masih tidak ada mood untuk membantah. Haha.

Ingat pesan cikgu.
Bila mahu lawan, lawan dengan berhemah. Haha. Supaya orang tidak boleh berkata apa-apa. Tidak boleh mengomen lebih-lebih. Bagus jugak idea tu.

Alhamdulillah.
Skrip reading berjalan dengan baik. Hos pun tak banyak songeh. Harap dia dapat buat dengan baik hari ini dan hari yang seterusnya. Senyum.






Coretan Pinky ;
"Hari yang memenatkan. Harap segalanya berjalan dengan baik esok.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti tamat. Kerja bermula.

Salam sayang. Salam kasih. Salam ceria-ceria selalu.


Oh! Banyak plak kerja bila dah habis cuti. Senyum.
Tapi pelan-pelan laa kita settlekan.. Kan?

Sekarang, sedang meng'list'kan perkara yang patut di buat. Oh! Pening. Banyaklaa plak yang tak di selesaikan. Haha.

Ustazah Pilihan bakal menjelma. Otak pun makin ligat. Lalala~ Harus.
Sebenarnya otak sedang blur. Tak tahu apa yang perlu di buat. Tak tahu apa yang patut di tulis. dan sekarang rasa mahu tidur. Mungkin tidur tidak cukup malam tadi. Huh! Salahkan tidur plak. Kan?

Mahu berehat sejenak. Haha.







Coretan Pinky ;
"Mesti jumpa en. Hati ni.. Dunia dah huru hara ni. Aduhai."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila sedang cuti.

Bila tak de cuti, aku sungguh-sungguh mintak cuti. Bila ada cuti, aku sungguh-sungguh penning kepala tak de kerja nak buat. Boleh ke macam tu? Giler, kan?


Tapi bila ada cuti, sangat lega.
Cuti memang best. Dapat berehat. dan yang paling penting, dapat berlama-lama dengan suami. Hehehe. Senyum gatal tu...

Sudah hampir 3bulan setengah mendirikan rumah tangga.
Ni cuti yang pertama berada dengan suami. Gembira. Happy. Geram. Semua perasaan ada dalam jiwa ni. =)

Tapi cuti ni, bakal habis.
Hmmm.. terpaksa berdepan dengan semua kerja yang bertimbun banyaknya. Agaknya laa.. =)






Coretan Pinky ;
"Oh. Sudah 2 minggu tidak berjumpa dengan suami. Rindunya..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS