RSS

Audition last UP di KL.

Esok audition last UP.

Siapa yang berminat, bolehlah datang. Senyum.
Selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat. dan semoga berjaya menjadi Ustazah yang kami cari. :)


Banyak kerja yang perlu disiapkan. So tidak boleh berlama-lama di sini. Ketawa manja.





Coretan Pinky ;
"Oh! Kalau berlama-lama di sini, alamatnya tidak siap semua kerja. Cau. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari last di SAM10

Hari ni, hari last di SAM 10.

Sekejap je masa berlalu. Sudah pun aku habiskan 10 minggu di SAM 10. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku pelajari di sini. Tapi aku harus banyak lagi belajar dari semasa ke semasa. Senyum.

Selepas sekolah nanti, terpaksa bergegas ke Johor Bharu untuk Audition Ustazah Pilihan.
Lihat. Betapa busynya seorang Ustazah macam aku. Haha. Nasib lah.

Hari ni, dah janji dengan semua pelajar kelas 4 Nasaie, aku ingin menjawab segala persoalan yang timbul. Senyum. Semua soalan pasti ade jawapannya. Bukan? So jawab jelah. Ketawa.






Coretan Pinky ;
"Sebenarnya masa sangat tak cukup. Tapi aku cukupkan jugak. Harap berhasil. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perahsia.

Ada seorang pelajar bertanya, "Ustazah ni suka berahsia yer?"

Aku tidak menjawab soalan itu. Mungkin aku tidak perlu menjawab pun soalannya. Aku senyum memanjang. Dan dia masih tidak puas hati. Aku ketawa.

Aku bukan jenis yang suka bercerita.
Jika aku rasa mahu bercerita, baru akan bercerita. Jika aku tidak mahu, aku hanya menyimpannya seorang diri. Bukankah itu adalah lebih baik daripada menjaja kelemahan dan masalah diri kepada orang lain?

Aku juga jenis yang tidak suka orang tahu tentang hidup aku.
Kalau dah tahu, buat-buat je tak tahu walaupun sebenarnya aku tahu ada orang tahu. Wah! Ayat terbelit-belit.

Kata ku, "Kamu sediakan banyak-banyak soalan untuk esok. Nanti saya akan jawab semua soalan yang kamu nak." Nampaknya itu membuatkan mereka gembira. Senyum.

Bersedialah diri. Esok hari terakhir aku di sini. Senyum.






Coretan Pinky ;
"Aku tidak sabar mahu menamatkan zaman ku yang penuh dengan kepeningan ini. Oh Allah. Tolonglah hamba mu. senyum supaya makin kuat. ;P"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saya tembak guna senapang, cikgu.

Masuk mengajar, ngan perasaan malas.

Mungkin minggu ni adalah minggu terakhir. Ketawa. Cikgu mana boleh malas-malas. Oppsss.. Ustazah... Ish3.

Minggu ni minggu yang sangat penat.
Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku penat. Mungkin kerana banyak perkara yang harus aku fikirkan atau banyak benda yang harus aku selesaikan. Sendirian. Senyum.

Masuk Kelas 2 Abu Daud. Subjek ; Bahasa Arab.
Aku tidak menafikan bahawa subjek Bahasa Arab agak mencabar kewibawaan aku sebagai seorang Ustazah. Aku juga tidak menafikan bahawa aku bukanlah golongan yang pandai dalam bahasa arab walaupun sudah 10 tahun aku mempelajarinya. Mungkin aku kuat main-main semasa subjek bahasa arab diajar kepada ku dulu. Pelajar nakal laa katakan.

Sama macam sekarang. Masih nakal. Ketawa. Tapi versi seorang guru. ;)
Mungkin sebab itu juga lah aku langsung tidak memarahi pelajar ku bila mereka nakal dan main-main. Senyum. Atau sebab aku baik hati? (Boleh jangan perasan tak Pinky? Haha.)

Situasi ; ingin gelak sampai pecah perut.
Aku : "Ok Aliff. Kenapa kamu pilih jawapan ni?"
Aliff : "Ustazah... Saya tembak guna senapang jela Ustazah. Nasib baik mengena. Kalau tak kena, nasiblah."
Aku : "Adeh! Boleh plak macam tu?" (Dalam hati jela)

Ade saja jawapan yang mencuit hati aku. Berani dan jujur plak tu jawapannya. Tak tersangka langsung. Senyum.

Aku suka mengajar. Walaupun kekadang ia sangat memenatkan aku. Dan aku sangat berpuas hati jika apa yang aku ajar di fahami oleh pelajar-pelajar ku. Indahnya perasaan tu. Senyum.

Aliff, ayat kamu akan ustazah ingat sampai bila-bila. Haha.





coretan Pinky ;
"Teringat zaman sekolah menengah yang "sedikit" nakal dulu. Ingin ketawa kuat-kuat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tinggallah bersama aku. =)

3 hari bersama suami.

Terasa seperti 1 saat. Oh, Sekejapnya masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik, kamu dah nak balik.
Boleh tak kalau kamu tak balik? Tinggal bersama aku? Senyum.





Coretan Pinky ;
"Sedih plak bila kamu tak de. Berseorangan lagi. Untuk kali ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila ada kamu...

Kamu,

Bila ada kamu, bibir ku menguntum 1001 senyum.
Bila ada kamu, dunia sekeliling umpama pelangi.
Bila ada kamu, terasa dunia aku yang punya.
Bila ada kamu, semuanya terasa sempurna.
Bila ada kamu, hidupku yang suram menjadi indah.
Bila ada kamu, hari-hari ku yang sunyi bertukar menjadi indah.
aku bahagia bila ada kamu..

Terima kasih kerana berada di sisi ku.

Aku sayang kamu, Suami ku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepulangan yang dinanti.

Menunggu.

Adalah satu perkara yang sangat memenatkan. Sangat menyeksakan hati dan badan. Tapi apa boleh buat selain menunggu + menunggu + menunggu.

Sebulan selepas berkahwin.
Ni baru 1st time suami nak balik rumah kediaman kami. Semua perasaan macam tak tahu nak describe macam mana. Excited. Teruja. Tak sabar. Takut. Gembira. Happy. Bimbang. Macam-macam ada. Haha. Yang penting, Senyuman di bibir aku, tak lekang. Wah! Itu tandanya aku memang gembira. Senyum malu-malu. Sambil berangan, apa yang aku nak buat bila suami balik. Ketawa sopan.

Hidup bersuami.
Aku tidak menafikan pada permulaan perkahwinan banyak perkara yang aku tak biasa alami. Itu lumrah bagi aku. Sebab aku bukanlah orang biasa seperti orang lain. Aku ni pelik dan tidak sama seperti orang. Mungkin itu menyebabkan kami kerap bergaduh. Senyum. Tapi sekarang, aku dah mula rasa, aku bukan lagi hidup berseorangan. Aku kini hidup berdua. Hidup bersuami.

Baru aku tahu, aku ni jenis yang bukan mudah menerima satu-satu perubahan. Aku perlu belajar dari semasa ke semasa. Kelakar pun ada dengan perangai sendiri. Ketawa.

Aku sedang menanti kepulangan suami.
Sudah 2 minggu aku berada di rumah berseorangan. Cepatlah masa berlalu. Ketawa gatal.





Coretan Pinky ;
"Oh suami ku. Cepatlah pulang. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS