RSS

Saujana Impian. Silalah datang.

Hari ni, hari pertama aku berada di sini.

Semalam, suami masih di sisi. Hari ni, dah tak de. Berada di kejauhan, memang sangat membebankan. Semua aku perlu menguruskannya sendiri. Aah, bukankah selama ini, aku hanya menguruskannya sendirian? Ketawa. Mengada-ngada.

Tidak aku nafikan, aku sangat sukakan kesunyian.
Aku tidak suka suasana yang bingit, bising dan sesak. Mungkin aku sudah terbiasa dan dibesarkan di rumah aman damai, yang sunyi, yang hanya ada bunyi-bunyi angin dan bunyi-bunyi burung, dan penuh dengan suara hutan.

Jadi, bila melihat keadaan di rumah yang last aku kunjungi ini, aku terus bersetuju. Hari ini, aku dah pun berada di sini. Setelah 15 tahun aku berada di asrama. Inilah kali pertama aku mendiami rumah sewa.

Perasaan.
Apa yang aku rasa untuk kali pertama aku di rumah sewa, bersama suami plak tu.
Bercampur baur. Ada gembira. Ade jugak sedih. Tenang. Bahagia. Sunyi. Boring. Semua perasaan ada lah. Bercampur-campur gitu.

Kepada kawan-kawan yang berdekatan, datanglah menziarahi aku. Senyum. Jika kamu berkelapangan. Hehe.




nota ;
"Terurus jugak hidup aku. Tapi makan minum plak tak de orang nak urus. Biasanya en. Hati yang uruskan. Kalau tak de dia, kelam kabut dibuatnya. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh rumah sewa ku!

Sesi mencari rumah, aku teruskan.

Ini menjadi minggu yang terakhir, mungkin. Kata aku dalam hati. Jika tidak, aku tidak lagi mahu meneruskannya. Sudah penat dan tidak larat untuk mencari.

Tipu jika aku katakan rumah sewa tidak ada. Ya! Tipu. Banyak rumahnya. Cuma hanya aku yang tidak berkenan dengan rumah dan tempat yang ada. Sengeh! Memilih rupanya aku ni. baru aku tahu.

Ini adalah kali pertama aku mendiami rumah sendiri.
Dari usia mencecah 12 tahun sehingga umur ku 27 tahun, aku hanya berada di asrama. 15 tahun lamanya aku menghabiskan usia muda ku di asrama. Aku sebenarnya selesa berada di asrama. Mungkin hidup aku lebih terurus jika berada di asrama.

Asrama.
Makan diuruskan. Bilik tidur disediakan.
Tempat study ada.
Kawan-kawan ramai.
Sampah tidak perlu buang.
Bilik air tidak perlu basuh.
Kerja aku, hanya belajar-belajar-belajar.
Ketawa.
Pemalas rupanya.

Tapi bila ada di rumah sewa, hidup aku terurus.
Ade satu perkara yang tidak aku uruskan dengan betul. Huhu.
Makan minum.
Bab makan dan minum, aku tersangatlah failed. Walaupun aku bukannya memasak sendiri. Makan kat kedai je. Itu pun aku malas. Memang betul lah kata mak, aku ni jenis yang malas nak makan. Ketawa. Nasib baik benda lain, rajin jugak... Kalau tak, haru jugak hidup. Kena belajar untuk rajin makan. Jangan asik malas je. Huhu.

Situasi sekarang.
Lapar. Tapi malas mahu turun. Alangkah baiknya, jika aku membayangkan sesuatu makanan yang sedap dan ia timbul dihadapan mata. Haha. (Ceh! Usahkan kamu berangan lebih-lebih!).

Mahu turun makan. Tunggu orang temankanlah. Hehe.






Hari ini ;
"Praktikal sudah hampir ke minggu akhir. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kem Kepimpinan 3 hari 2 malam

Alhamdulillah.

Kem Kepimpinan 3 hari 2 malam berlaku dengan jayanya. Aku tidak pernah mengepalai mana-mana program sebelum ni. Mungkin tidak diberi kepercayaan atau pun tidak di beri kesempatan untuk ku mengepalai sesuatu program. Haha.
Ingin gelak kuat-kuat.
Aku tidak diberi kepercayaan atau aku sendiri yang tidak mahu?
Haha. Senyum.

Hidup yang kelam kabut, ditambah dengan jawapan yes yang diberikan menyebabkan aku bertambah kelam kabut. Ingin rasanya aku memarahi diri sendiri dek kerana jawapan "Yes" yang diberikan bila di tanya tempoh hari. Tapi di mana lagi pengalaman yang boleh ku kutip, jika hari ini aku menolaknya.

Wah! Terasa tiba-tiba aku menjadi seorang yang baik dan sangat positif.
Senyum. Bangga plak dengan diri sendiri.

Satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan.
Aku ditugaskan untuk mencipta satu slot. Slot Muhasabah. Wah! Terasa sangat kerdil tika aku diberikan tugas begitu. Mungkin kerana diri ku dan sikap ku yang tidak pernah memuhasabah diri sendiri. (Ok! Aku tipu.)

Muhasabah.
Diri sendiri pun aku tidak termuhasabah. Inikan pula mahu muhasabah orang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab, aku kuatkan hati jugak memikirkan apa yang perlu aku lakukan.
Gabungan 2 idea penulis muda yang berbakat macam aku & Nad, di gabungkan. (Haha. Ceh! Berlagak!). Bila digabungkan, aku sangat mengharapkan ia meletup.

Serius aku katakan, aku mencabar diri sendiri.
"1 program besar seperti Imam Muda aku boleh lakukan dengan jayanya, inikan pula hanya satu slot. Kalau tidak berjaya, mungkin aku tidak akan memaafkan diri sendiri." Senyum hambar. Dan penuh tekad dalam hati. (Ketika tu lah.)

Seperti yang aku rancangkan.
Semuanya berjalan lancar. Dan slot Muhasabah sangat menjadi. Meletup! Itu bukan komen aku. Tapi komen orang lain. Aku hanya tersenyum. Bangga dengan diri sendiri. Tapi tidak sampai ku tunjukkannya keluar. Haha. Dalam hati ; "Nasib menjadi! Kalau tidak, baik kau berhenti je menjadi seorang penulis. Buat malu diri sendiri je.."

Tapi, ade satu perkara yang amat menyedihkan aku.
Ade seorang pelajar yang sangat keras hati. Tidak menampakkan sedikit pun kesan takut dalam diri. Tidak menampakkan langsung erti keinsafan. Dia juga tidak bersalaman dengan semua fasi. Aku tidak menafikan, perjalanan hidup seseorang tidak sama. Mungkin dia melalui saat-saat yang paling sukar bersendirian menyebabkan hatinya begitu tegar. Mungkin juga, sesuatu yang berlaku menyebabkan dia membentengkan dirinya dengan hati yang keras. Mungkin juga dia takut terluka.
Siapa tahu, bukan?

Aku sangat bersyukur, kerana aku hidup dengan penuh kasih sayang Allah. Kasih sayang keluarga. Dan kini, kasih sayang dari suami yang tidak saling tumpahnya. Sangat bahagia. Senyum.

Sehari selepas kem.
Boleh tolong bagi resume tak?
(Wah! Mintak resume aku. Dalam hati.)





Komen yang hadir ;
"Kreatif slot ni. "Jawab dalam hati, Ya. Sebagai seorang guru dan juga penulis, aku tidak menafikan yang aku amat perlu berfikiran kreatif." Senyum dengan pujian yang di berikan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semuanya perlukan kesabaran

Oh! Sangat sibuk.
Kesibukan menyelesaikan kerja yang datang bertimpa-timpa menyebabkan aku sangat tidak larat. Hal sekolah, hal pelajar, hal office, hal audition, hal rumah tangga, dan banyak lagi halnya. Kadang-kadang aku sangat mahu menyendiri. Sangat mahu duduk diam tanpa berkata apa-apa.
Alangkah indahnya.
Pejam mata, sambil membayangkan apa yang aku inginkan.

Sekolah.
Oh, agak mencabar.
Terutamanya komunikasi dengan guru-guru. Bila masalah ngan pelajar berkurangan, masalah guru yang menjadi penyebab pula..
Masalah pelajar ada. Cuma peratusnya hanya 15% aku kira.
Senyum.
Bersyukurlah.

Rancangan Ustazah Pilihan.
Juga menyerabutkan otak dan jiwa aku.
Setiap kali rancangan baru mahu keluar. Jiwa aku kacau. Otak aku bercelaru. Semua aku rasa.
Tapi, dengan itu sahaja cita-cita aku tercapai. Matlamat aku termakbul. dan impian aku tertunai.
Aku bangga dengan diri sendiri.
Senyum.

Menjadi seorang perempuan yang berkerjaya lebih dari satu, memerlukan aku lebih kreatif dan proaktif. Lebih bermotivasi tinggi dan berdaya saing.

Itu tidak cukup dengan sekolah dan rancangan realiti terbaru, esok aku decide plak untuk menerima pelawaan seorang kawan yang menawarkan aku menjadi Fasi kepada Kem Kepimpinan under Jakim.
Ketawa.
Tidakkah aku giler?
Ya. Giler kerana menambahkan lagi beban yang ada.
Senyum sendiri. Sambil garu kepala.

Harap semuanya berjalan lancar.
Amin.





hati berkata ;
"Aku tidak biasa hidup berdiam diri. Semua masa yang ada akan ku isi dengan baik. Sehingga sekarang "honeymoon" aku masih terbengkalai. Tahniah kerana kebizian yang terlampau antara kami berdua. Ish3. Pelik pengantin ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lumrah rumah tangga.

Semalam.
Kami bergaduh lagi.
Hanya kerana perkara kecil.
Pelik.
Penat.

Diam. Sebagai pengakhir bicara.
Senyum hambar.

15minit berlalu.
Lepas tu, ok.
Masa 15 minit pun macam 15 tahun rasanya.
Keadaan sunyi sepi. Tiada kata yang terluah. Mencuka. Oh! Seksanya keadaan seperti ini.
Nasib ia cepat-cepat berlalu.

Selepas itu, ketawa.
Lumrah. Memang begitu.
Senyum.

Aku tidak suka bergaduh.
Tapi bergaduh menyebabkan kami makin serasi.. Makin memahami. Makin sayang menyayangi.
Kata orang, lumrah orang berkahwin memang akan bergaduh.
Aku senyum mengiakannya.
Ketawa.

Sekarang, terasa rindu bila berjauhan.
Mungkin sangat rindu.
Senyum sopan.






Hati yang berbicara ;
"Hidup bersuami memang berbeza dari sebelum ni. Aku masih tidak merasai keketaraan perubahan itu. tapi perubahan itu tetap ada. Pasti."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku dah terbiasa.

Aku sudah terbiasa hidup penuh dengan masalah.

Masalah yang harus aku selesaikan satu persatu.
Betapa susah pun, akan ku selesaikan.

Susahnya.
Ye. Aku akuinya.
Tapi, harus juga aku tempuhinya.

Aku sudah terbiasa kamu jauh.
Tapi dalam diam, aku harap kamu ada disisi.

Aku sudah terbiasa berlagak kuat.
Tapi sebenarnya, aku sangat tidak tertahan.

Aku sudah terbiasa menahan tangis.
Tapi kalau boleh, aku ingin menangis kuat-kuat.

Aku sudah terbiasa hidup berseorangan.
Bila hidup berdua, aku rasa kekok.

Aku cuba.
Aku try.
Tapi seperti kebiasaan.
Aku tetap kelu.

Gila, bukan?

Aku sudah terbiasa menahan segala rasa dalam-dalam.
Aku sudah terbiasa menangis sendirian.
Aku sudah terbiasa berlagak tabah.
Aku sudah terbiasa senyum dalam sedih.

Semuanya aku dan diri aku.
Tapi bila hadirnya dirimu, aku rasa sangat kekok.
Aku rasa sangat pelik.
Semuanya terpaksa dikongsi bersama.
Terpaksa dirasa bersama.
Tapi sampai ke saat ini, aku tidak dapat melakukannya.

Aku sudah terbiasa kamu tiada.
Aku sudah terbiasa tidak berkongsi apa-apa dengan kamu.
Aku sudah terbiasa sendirian.

Oh!
Bagaimana harus aku katakan.
Fuhh.. Menghembus nafas sekuat mungkin.

Terkadang aku terfikir, adakah aku sudah bersedia mengahwini kamu.
Hati aku menjawab, Ya.
Tapi kenapa ini harus berlaku?

Mungkin, aku sudah terbiasa.





Hati kecil berkata ;
"Sudah juga hidup berdua. Semuanya nak kena kongsi bersama. Perlu banyak toleransi lagi. Senyum tawar. Cubaan demi cubaan tidak berhasil. Tapi tidak salah kan kalau kita terus mencuba. Bukan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st time jadi hakim.

Bila dah jadi cikgu, mestilah kreatif.
Tak kiralah kreatif tu time bila. Asalkan krestif dan yang penting kreatif putar belit ayat ngan pelajar.
Ketawa.

Semalam, aku di minta oleh kak Syikin untuk menjadi hakim Tilawah al-Quran.
Wah!
Dulu jadi pelajar, tengok cikgu-cikgu yang menjadi hakim.
Sekarang jadi cikgu, aku plak yang jadi hakim.
Rasa nak ketawa pun ada.

Sebenarnya, aku bukanlah orang yang layak dalam menghakimi seseorang.
Tapi, bila aku dipinta untuk berbuat demikian, aku terima seadanya.
Mahu ketawa sekuat mungkin bila menerima surat perlantikan menjadi hakim.
Tapi aku hanya tersenyum.
Tidak sopan ustazah ketawa berdekah-dekah.
Gelak sopan, ayu-ayu.. Konon!

Wah.. Khusyuknya semua hakim...


Sedang mengira markah, siapakah Johan Tilawah pada kali ini. Ngeee...





tangan menari ;
"Terasa mahu gelak kuat-kuat selepas menjadi tok hakim yang tidak bertauliah ini. Tapi tak pelah. Sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman menjadi seorang hakim. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS