Alhamdulillah. Pagi-pagi ada berita gembira yang menyapa. Berkat kesabaran yang dilalui.
Saya dah dapat detail penerbangan. Walaupun ke sana tak dapat berlama-lama sebagaimana visa yang telah diluluskan selama sebulan. Tapi Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Dapat jugak tiket walau dalam keadaan yang sukar dan dalam tempoh menunggu selama 2 minggu.
Itu kan ujian. Redha.
Sekarang, saya macam terketar lutut.
Tak tahu sama ada terketar kerana gembira atau terketar kerana rindu atau terketar kerana takut.. Saya tak pasti.
Beginikah perasaan orang yang nak ziarah antara rumah teragung Allah?
Saya tak dapat describe perasaan apakah ini. Inikah perasaan yang sering diceritakan oleh Kebanyakkan orang yang mendapat jemputan Allah?
Mungkin.
Kerana saya tidak pernah merasai perasaan sebegini lunak sebelum ini.
Allahuakbar. Nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?
Saya berdoa, perjalanan ini diberkati oleh Allah dan dipayungi oleh sayap-sayap para malaikat. Saya harap, semua jemaah yang pergi diselamatkan didunia dan akhirat. Selamat pergi dan selamat balik. Insya Allah.
Tetiba saya rasa excited.
Sekarang masa untuk mengemas.
Senyum. Bahagia dihati.
Allahu. Alhamdulillah, syukur.
My BFF sudah pulang.
Ini kisah semalam.
Selamat kembali ke Malaya, Farhatul Hakimah.
Semoga menjadi seorang cikgu yang berwibawa. Semoga dapat mendidik anak bangsa dengan berjaya dan bergaya. Semoga dipermudahkan segala urusan ha di mana-mana.
Nanti kita outing bersama. Tinggal anak kat suami yer. Haha.
Saya is excited bila awak dah balik.
Hehe
Pstt. Abaikan muka yang berserabai itu. Baru sudah masak dan berminyak serta tanpa olehan bedak dan lipstick. Muka natural I macam ni lah. Hikhik.
Tempoh yang sukar
Faqihah Husna.
Masih menyusu dan sekarang dalam tempoh ceraikan susu. Insya Allah, lepas ke Mekah, umi niat nak sambung menyusu. Umi tak ready lagi nak ceraikan susu Faqihah Husna.
Bila tempoh begini,sakitnya tiada siapa tahu.
Bila umi kesakitan, umi sangat rindukan Faqihah Husna. Terkadang Umi tak tahu nak buat apa. Terkadang Umi tak dapat nak buat apa pun. Terkadang Umi stress.
Faqihah Husna.
Umi harap, Allah berikan umi Kekuatan untuk melalui tempoh ni.
Umi sayang kamu anak...
Doa untuk mak ayah..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Zuljalaa li wal ikram..
Aku mohon pada mu ya Allah. Kau ampunkanlah dosa ibu dan ayah ku. Kau rahmatilah mereka. Kau jadikanlah hidup mereka sentiasa diberkati. Kau lindungilah mereka dari segala ancaman dan bahaya. Kau lindungilah mereka dari mara bahaya.
Ya Allah, ya rahim..
Aku dengan rendah hati memohon, kau jagalah ibu dan ayah ku walau dimana mereka berada. Kaui kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecilku.
Ya Allah, ya Rahman..
Kau lindungilah ibu ayah ku di dunia dan akhirat. Kau berkati hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayang mu..
Amin.
Percubaan kali kedua berpisah dengan angah!
Saya baru sampai rumah. Penat. Hari ni meeting sampai jam 5 petang. Tapi bila sampai rumah, sunyi nya lahai rumah ni.
Saya baru bukak hp. Bertalu-talu masej masuk, sama ada dari telegram, whatsapp dan juga notification fb. Kalau saya banyak kerja, memang internet saya Off kan. Kalau tak, Mengganggu kerja jer semua tu.
Antara gambar yang menjadikan hati menjadi sesak adalah gambar my angel. Saya sangat rindukan mereka berdua. Ini kali kedua berpisah dengan Faqihah dan kali keempat berpisah dengan Naurah. Saya harap semuanya baik belaka.
Faqihah dah boleh berjalan 2 3 langkah. Tapi masih takut-takut lagi. 9bulan saya rasa adalah usia yang sangat awal untuk berjalan. Tapi takpelah. Umi support dari belakang yer sayang. Chaiyok!
Rupanya, angel kecik umi ni ada rupa boy. Kalau tak bertindik, mesti orang tanya, boy ke gurl. Hehe
Umi tunggu kakak dan angah balik. Miss u so much!
Jom menanda.
Saya sedang menanda SJC PT3. Saya sudah kepeningan. Dan sekarang saya nasihatkan diri sendiri untuk berhenti sebentar. Kang bila pening, mahal plak jadi markah. Ada kemungkinan tak? Hoho.
Proses penandaan skrip jawapan PT3 sangat memenatkan. Terasa tahun depan saya nak pencen terus. Tapi umur sekarang baru 32 tahun. Pelik plak umur 33 tahun pencen. Haha. Berangan lah kau!
Saya harap cepatlah siap. Terutamanya bahagian akidah ni. Sangat memualkan.





