RSS

MTAQ. 2013.

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam sejahtera.

Pagi-pagi lagi, jam7 dah bertolak ke SMK Batu Lintang Untuk mengiringi pelajar untuk bertanding tilawah al-quran Dan syarahan agama.

Tunggu nak mulakan program, ya Allah..... Inilah janji melayu. Lain Kali, tolong berjanji dengan janji jepun yer. Tangan digenggam. Tanda geram.

Sekarang sedang menulis sambil berangan mahu tidur ngan lena. Menunggu buat aku mengantuk. Huhu.

Giliran tilawah al-Quran sudah dipastikan. Perempuan no 1. Dan lelaki no 6. Berharap pelajar buat yang terbaik. Kalah Dan menang adat pertandingan. Yang penting, pengalaman.

Chaiyok8.









Nota Pinky ;
"Tak tahu kenapa asyik mahu tidur. Mengantuk setiap masa. Tolonglah, Pinky.. Jangan jadi macam ni. Huhuhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda tanya.

Hanya mampu tersenyum dan berserah sambil mulut mengucapkan selawat tafrijiah.
Mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Benarlah.
Masa hadapan itu adalah rahsia Allah.
Kita tidak akan mengetahuinya sehingga kita menjalaninya sendiri.

Pesan bonda permaisuri.
"Berdoalah agar jalan yang diberi oleh Allah itu senang untuk dilalui. Kalau tidak solat hajat atau berdoa, itu namanya sombong dengan Allah plak."

Nasihat seorang ibu tak pernah lekang walaupun dia tahu anaknya adalah seorang ustazah. Senyum. Sambil mengucapkan Alhamdulillah. Kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami. Syukur.

Sudah penat sebenarnya bersoal jawab dengan hati tentang masa depan.
Masih jawapan yang sama. Meneka dan terus meneka. Ucapkan syabas untuk diri, kerana sampai ke hari ini masih bertahan.

***********

Ade sesuatu yang aku terkejut tadi.
Disoal oleh pelajar perempuan tentang isu sensitif.

Pelajar : Cikgu. Nak tanya.
Aku : Ye. Ada apa.?
Pelajar  : Berapa lama cikgu tidak beromen?
Aku : Soalan apakah ini?
Pelajar : Senyum simpul.
Aku : Muka confused.

Dan sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Dari manakah dia mendapat idea untuk bertanya aku soalan itu? Aku tidak tahu.
Dan sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya. Patutkah seorang pelajar. Perempuan. Bertanya soalan ala-ala bombastik itu kepada seorang guru yang bergelar ustazah?

Oh!
Mendidik pelajar sekarang tidak sama sewaktu aku menjadi pelajar dahulu.
Sabarlah.








Nota Pinky:
"Aku tak tahu apa yang jiran rumah atas buat. Dia menumbuk sambal kah? Tiap-tiap malam, pasti lesung batu kedengaran. Bila berseorangan dalam bilik, seram jugak aku dibuatnya. Tolonglah jangan buat sambal malam-malam. Adoiii laa.. Jiran oh jiran."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Usaha. Doa. Tawakal.

Allahuakhbar.
Ujian bertimpa-timpa.
Allah, kuatkan semangat ku supaya terus tersenyum.

Usaha untuk tabah.
Berdoa kepada Allah supaya menghantar ketababahan dalam diri.
Tawakal atas segalanya.

Alfatihah.








Nota Pinky :
"Sakit pinggang. Pelik. Ni baru 8hb kot. CRK dari Allah lambat lagi tarikhnya. Miss J pun datang melawat ngan bertubi-tubi. Aku salah makan agaknya. Hm, body sensitif. Alhamdulillah. Syukur."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segala ketetapan hanya ditangan Allah.

Allahu Akbar.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Termenung sorang-sorang. Akhirnya, Alhamdulillah, aku isi juga borang eg-tukar untuk sesi jun 2013.

Ya Allah.
Tolonglah aku. Tolonglah suamiku. Tolonglah kami berdua. Janganlah kau jauhkan kami lagi. Hati ini sangat tidak tertahan menahan peritnya perpisahan. Hati ini amat sukar menerima kesepian. Kau bukalah pintu rezeki kepada kami agar rezeki kami luas terbentang. Ya Allah, tolonglah Ya Allah. Aku merayu pada Mu..

Allah. Sebak rasa dada ni. Rasa ni bukan rasa yang baru ku telan. Tapi rasa yang telah menjangkau 1tahun. Setahun jugalah air mata ini selalu tumpah membasahi pipi. Setahun jugalah hati ini umpama tidak mencecah bumi. Hanya pada Allah saja ku luahkan segala yang terbuku. Aku tahu, Allah mendengar segalanya. Dan aku sangat-sangat berharap agar Allah memberikan aku kesempatan. Membuka pintu rezeki ku untuk berada di sisi suami ku. Sangat-sangat berharap.

Pengharapan ini jugalah membuatkan aku kuatkan diri. Tabahkan hati. Kentalkan semangat. Aku harap Allah akan memakbulkan satu permintaan ini daripada beribu-ribu permintaan ku yang lain.
Menyapu air ditubir mata.
Pejam.

Terkadang rasa bagai mahu giler jika ini berpanjangan. Tapi cepat ku ingat tujuan asal di sini. Allah, aku tidak minta rasa ini hilang. Tapi aku pohon pada Mu, agar aku dapat mengawal semua keadaan dan menguatkan hati untuk ku tempuh semua yang datang.
Aku sangat berharap agar Kau hantarkan kepada ku sebanyak mungkin kekuatan untuk aku berdiri dengan penuh tabah.

Allah.. Allah.. Allah..










Nota Pinky ;
"Air mata ini selalu tumpah sekarang. Aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif sekarang. Berilah aku ruang untuk mengadu segalanya pada Mu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Promosi AirAsia. Mata berpinar-pinar.

Gatal tangan. Gatal minda. Gatal hati. Gatal segalanya...
Rasa tak dapat nak berdiri dengan betul. Sebab.. Tiket Airasia sangatlah murah. RM29. Serious. Nak tergugur jantung aku ni..

Ottoke.........









Nota Pinky ;
"Suami cakap tengok tarikh yang mana patut... Pastu grab.. Dia ingat ni shopping ke apa.. Yup.. Jom shopping bersama air asia.. Kikiki."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2x setahun je.

Allah..
Eg-Tukar datang lagi. Tiap-tiap hari bukak laman eg-tukar, termenung.
Aku jadi pelik. Kenapa aku nak termenung. Isi jela kan?
Apa yang aku menungkan pun aku tak tahu. Hati ni, bagai mahu keluar. Berdebar-debar. Ntah apa yang aku takutkan pun aku tak tahu. Rasa nak ketawakan diri sendiri pun ada. Pelik-pelik-pelik.

Tempoh nya hanya sebulan.
Ya. Sebulan. Aku tekad. Tekad mengisinya demi en. Hati kesayangan kalbu. Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam dan berdoa agar rezeki Allah menyebelahi ku kali ni.

Kata bonda permaisuri.
Jangan terlalu berharap. Tapi pohon lah pada Allah selalu. Pohonlah semua nya akan berjalan lancar. Pohonlah pada Allah supaya rezeki menyebelahi kita.

Hati.
50-50.. Bukan. Ianya 60-40. Mungkin 70-30.
Semenjak eg-tukar keluar, jantung aku asyik bergerak laju. Dah macam jet roket dah. Tak tahu lah kenapa. Setiap malam memohon dengan penuh pengharapan. Mengharapkan Allah memberi jalan keluar untuk ku. InsyAllah. Amin ya Rabb..








Nota Pinky :
"Mendoakan dari jauh. Harap semuanya selamat dan ok-ok sahaja. InsyAllah. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday, Puan Farha.

Happy Birthday, Puan Farha.





Wish U,

Semoga panjang umur.
Semoga murah rezeki.
Semoga hari-hari yang mendatang diberkati oleh Allah selalu.
Semoga apa yang dicitakan akan tercapai.
Semoga sihat-sihat selalu.





iloveu, bff...
Pinky Lucia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS