RSS

Sabtu yang indah + lenguh.

Hari ni, hari Sabtu. Yeah!
Cuti di habiskan dengan perkhemahan yang aku memang nampak ianya sangat shining dan meriah sekali. Tapi aku terasa seperti ada sesuatu yang hilang di sini. Mungkin hati aku tetap berkeras mahu pulang ke sisi en. Hati menyebabkan aku sangat-sangat lah boring.

Keboringan di sini tidak menyebabkan aku menangis.
Itulah yang penting. Tidak menangis di hujung minggu. Penat dengan diri sendiri yang sangat penyedih sejak kebelakangan ini. Pelik! Padahal aku rasa, aku adalah orang yang happy go lucky. Entahlah.

Aku pernah berkata pada en. Hati.
Tanpa dia, hidup aku tidak akan sempurna. Walau di mana pun aku berada, aku pasti mahu dia. Hanya dia sorang saja yang boleh menyinari hidup aku dengan sempurna.

Ya. Aku akui, tidak elok obses kan seseorang. Haha.
Tapi rasanya aku ni dah obses sangat dengan suami tercinta. Rasa mahu gelak besar-besar. Biarlah apa yang orang nak kata. Aku sangat merindui mu, Sayang.

Tadi pertandingan masakan rimba.
Ayam pangsuh. 1st time aku dengar dan melihat sendiri cara masakan orang iban. Iaitu ayam dimasak di dalam buluh. Nyaman kata orang Sarawak. Sedap kata orang Terengganu. Hehe.

Sekarang plak, baru tamat larian amanah.
Berehat seketika setelah satu jam berdiri dan melenguhkan kaki menjaga check point. Kaki sudah kemerah-merahan kerana sangat sakit. Alangkah baiknya kalau boleh rehat kan kaki tanpa berjalan. Sudah banyak sangat aku berjalan ni.

Bercakap mengenai broadband.
Pening kepala aku memikirkannya. Tidak dapat jugak aku menggunakan broadband. Haha. Disebabkan kelalaian aku menjelaskan bil maxis yang tidak aku gunakan. Mana plak aku nak cari maxis centre kat sini. Dahlah nak pergi celcom centre tempoh hari pun, aku terpaksa memaksa housemate aku menemani dan aku yang drive. Inikan pula mahu mencari maxis centre.

Oh, Ya Allah. Tunjukkan aku jalan Mu.

Mahu turun untuk senaman petang plak.
Hp mati disebabkan banyak sangat snap gambar. Tak sempat nak charge sebab program sangat pack. Bagus. Malam ni ada barbeque. Jam 11malam. Dapat ke aku tahan mata untuk semua tu? Kita tengok lah nanti.

Jom bersenam kuruskan perut. Haha.








Nota Pinky ;
"Walaupun aku sangat busy dengan perkhemahan, kenikmatan untuk tersenyum bahagia telah hilang dalam mata ku. Aku hanya fikir kamu, Sayang. Cepatlah masa berlalu. Hanya mahu kamu. Harap Allah kuatkan semangat ku yang lemah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom kita berkhemah!

 Selamat petang semua.

Tarikh hari ni 6 Jun 2012. Jumaat yang penuh barakah.

Mata ku layu, mengantuk, tapi tak dapat nak tidur. Aku pun tak tahu kenapa macam ni. Mungkin terlalu penat berada di sekolah. Dan balik rumah ingin berehat tapi tak dapat sebab rindukan suami. 

Merindui en. Hati ialah perkara rutin untuk ku sekarang. Terkurung di bilik berseorangan membuatkan ruang hidup ku dipenuhi dengan kerinduan hanya untuk suami, pada keluarga terutamanya bonda.. 
Oh! Sumpah! Sangat merindui semua orang. Huhu.

Seluruh kerinduan yang ada ini hanya pada kamu. Seluruh kecintaan yang hadir ini hanya buat kamu. Seluruh jiwa ini hanya ada kamu. Di segenap nadi darah ku, hanya tertulis nama kamu, Sayang ku..


Melepaskan nafas perlahan-lahan menandakan ia sangat berat untuk di tanggung.


Ok. Stop-stop. 
Jika berlama-lama mengingati orang di semenanjung, air mataku lama kelamaan akan kering. Susah aku nanti.


Perkhemahan bersepadu Pasukan Beruniform SMKBK2 sedang berlangsung.
Dan aku perlu menghadirinya. OMG. Sepatutnya aku tahu lebih awal. Kenapa hari ni baru nak bagitahu. Adeh! Nasib cikgu yang bagitahu ni hensem dan bercakap dengan bersopan. Kalau tak, aku tak mahu pergi. Tak mahu! Tendang-tendang kaki gaya budak kecik mintak aiskrim tak dapat. Hahaha.
Tahniah untuk cikgu BAHARU macam aku. Semua orang tak de, semua aku gantikan. SUPER BAGUS kepada cikgu-cikgu lama... Senyum kelat.


Sekejap lagi, aku pergi la. 
Hahaha. Aku denda korang (Cikgu SMKBK2 yang terlibat) sebab baru nak bagitahu aku. HUH! Dahla aku ni sadis. Seluar tak de. Kasut tak de. Yang aku bawak hanya baju kurung. Bagus tak? Sebab? Malas nak bawak. Tempoh hari mengemas dengan hati yang tak de. Inilah padahnya. Haha. Bagus, ustazah. Teruskan lagi.


Ayat menyejukkan hati.
Tak pe. Bila aku pergi, kurang-kurangnya portfolio aku penuh. Kalau penuh, ok sikit nak tunjuk pada PPD atau JPN. Hahaha. Tak de la guru BAHARU macam aku ni asik mengulor je.. Kan?
Jelir lidah sambil kenyit mata.


Malam ni jam 3am-5am aku kena berjaga. Hahaha. Buat lawak betul.
Aku cakap kat en. Hati. Dengan selamba je dia jawab, "Boleh ke aku berjaga?" Sayang, u laa suami yang paling hebat di dunia hidup i. Faham je perangai i kan... Meh sini i peluk-peluk tanda kasih dan sayang i sebab u sangat memahami i.. =) Miang!


Aku tak tahu aku dapat bangun atau tak malam ni. 
Sekarang pun mata aku dah macam nak tertutup. Ni petang. Malam kang, agak-agaknya macam mana laaaa... Adoooii...


Aku perlu bersiap.
Aku cakap dekat Asma nak berkemas. Tapi aku termenung + mandi + ke hulu ke hilir. Dan akhirnya dah malam, 1 habuk pun tak kemas. Hahaha. Tak tahu aku buat apa. Hahaha. Pening betul budak Pinky ni. Haha.


Jom kita berkemas. Semangat sikit!
















Nota Pinky ;
"Alhamdulillah. Terisi jugak masa aku minggu ni. Takdelah aku boring mengalahkan PM yang banyak kerja. Kikiki. Selamat berkhemah. Nyummmy. Mahu snap gambar dengan banyak."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-macam rasa.


5 Julai = 15 Syaaban. Khamis.

Salam Nisfu Syaaban untuk semua.

Harapan ku, agar nisfu Syaaban kali ni adalah lebih baik dari nisfu Syaaban tahun lepas.

Bagi sesiapa yang belum bayar hutang secukupnya dengan Allah, harap segera berbuat demikian. Dua minggu lagi kita akan puasa. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Hutang ku tinggal sehari lagi. 
Harap sempat untuk membayarnya. Amin.

Alhamdulillah, awal puasa tahun ni, di sambut bersama suami tersayang.
Kali kedua kami menyambut Ramadhan bersama. Harap semua keberkatan Ramadhan akan mendampingi aku dan juga suami ku. =) Menghitung hari untuk menyambut Ramadhan nampaknya aku. Haha.

(Sebenarnya aku bukan menghitung hari untuk menyambut Ramadhan. Tapi sedang menghitung hari untuk menyambut kedatangan en. Hati yang dirindui pada awal Ramadhan nanti. Waaa.. Betul kan niat anda segera!).

Tahun ni, tahun kedua perkahwinan aku dan en. Hati.
Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Dah pun tahun kedua. Dan ini bermakna, ini adalah puasa kedua kami bersama. Tahun ni, giliran beraya di Kedah. (Belum pun masuk bulan puasa, dah cerita bab raya! Ok. Sila suka yer.)

Aku harap, semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik sekali.

1st time raya, mak tak de kat sisi. Harus belajar membiasakan diri dan menyesuaikan hati dengan keadaan yang ada. Kerana aku bukan lagi berseorangan sekarang yang ikut suka hati aku sahaja nak pergi mana. Tapi aku berdua, dengan makna lain, aku perlu membahagikan masa suami dan keluarga masing-masing. Inilah kelebihan berkahwin. Haha.

(Nak buat macam mana, siapa suruh en. Hati kunci hati aku hanya untuk dia? Kesudahannya, macam nilah. Perlu membuat giliran.)

Broadband oh broadband.
Aku sudah beli broadband. Tapi tetiba plak celcom centre cakap moderm dah habis stok. So nak kena tunggu 14 hari. Adeh! 2 minggu lagi tu. Giler lama. Sabar jelah wahai hati. So sekarang, hanya simkad yang ada dengan ku. Macam mana mahu guna pun aku tak tahu. Jakun. 1st time ada broadband kan…

Tadi… Aku paksa rakan serumah untuk bawak aku ke celcom centre. Dan dengan itu terungkaplah masalah apa dan kenapa dorang suka memerap dalam rumah. Bukan sebab tak de duit. Atau tak de transport. Sebab malas mahu drive di Bandar Kuching yang jalannya ala-ala Kampung Padang Bual yang lama. Haha.

Tetiba mata menjadi layu dan mulut sudah menguap 2 3 kali.

Ku jeling jam. Oh! Baru jam 8.36pm. Mungkin keletihan di sebabkan kelas yang banyak dan sakit kaki ya amat akibat memakai kasut tutup (Kasut yang salah plak.. Kan..)

Sebenarnya mahu bercerita tentang aksi-aksi dan peel-peel pelajar ku di dalam kelas. Tapi lain kali saja lah. Sudah tidak ada tenaga untuk meneruskannya.

Tidur lena kerana malam ni hujan sangat-sangat lah lebat. Mahu bantal peluk ku… Rindunya…… Huhu.

Selamat malam.











Nota Pinky ;
“Hari ni 5 hari puasa. Tinggal 1 hari lagi. Sangat boring bila waktu berbuka sampai. Anda tahu? Makan sorang-sorang adalah 1 perkara yang menyeksakan jiwa. Harap sangat cepat-cepat dapat teman untuk makan bersama. Rindu sangat en. Hati ku sayang..”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Portfolio GB. Pening sudah.


Hari ni, dah 4 Julai 2012. Hari Rabu dah pun. 

Oh. Semakin hari semakin cepat masa berlalu. Harap masa akan lebih cepat dan genap 15 hari lagi, my sunshine akan datang ke sini. Hati ni, sangat-sangat tidak sabar dan berdebar-debar menunggu si dia. Sudah lama tak jumpa.. Rindu rasa hati.. Macam dah nak meletup ni. Sumpah!

Sedang meneliti portfolio GB (bukan GURU BESAR yer. GURU BAHARU yer.)
Terasa macam banyak laa plak report nak kena buat. Kepeningan aku dengan semua ni. Dah laa sorang-sorang. Kalau 2 3 orang, boleh jugak lah berbincang itu ini yang tidak pasti. Nasib laa kau badan..

Harapan aku.
Mudah-mudahan portfolio ini berjalan seperti biasa. Dan tidak ada masalah yang mengganggu. Portfolio ini berlangsung selama 12 bulan dari tarikh lapor diri. Oh! 23 Mei 2013 baru habis. Adeh!

Harapan aku juga sepanjang berlangsung portfolio ni, aku tidak bertindak melampaui batas. Aku ni bukan boleh kira sangat. Al-maklumlah, aku ni sekarang kurang kewarasan akalnya.

Oklah. Mahu keluar dengan Asma plak. Keluar membeli barang-barang keperluan yang telah kehabisan stok.







Nota Pinky ;
“Mimpi aku, bukak mata esok, genap 15 hari.. Mahu memberi pelukan rindu yang bersangatan pada en. Hati yang tercinta. Rindu kamu, Sayang…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istiqomah dengan XXL.

Hari ni dah 3 Julai 2012. Hari Selasa.

Sekejap sahaja dah Julai, kan? Rasa baru je datang sini 3 minggu yang lalu. Betul kata en. Hati. Sebenarnya masa berlalu dengan cepat. Aku akuinya. Ya. Cuma aku yang tak perasan. Kerana aku selalu merinduinya. Sehingga aku rasakan setiap saat sangatlah lambat untuk bergerak. Seluruh kerinduan ini, hanya untuk kamu Sayang…

Hari ni, demamnya berkurangan dari semalam.

Aku kira, demam ini sudah kebah. Barangkali sepenuhnya sudah hilang. Yang tinggal hanya pening dan selsema. Dan petang yang redup dihiasi manik-manik hujan, membuatkan aku berasa sangat nyaman. Perasaan selesa sedikit bertandang.

Teringat pada statement “friend” di FB tadi (aku sebenarnya tak tahu siapa dia dan bila dia jadi friend aku.) Tapi tangan ni, bergerak lalu je meninggalkan komen. Mungkin aku tertarik dengan post nya.

Seseorang ada bertanya dia tentang istiqomah dengan tudung labuh.

Soalan : “Salam Ustaz, Macam mana nk istiqomah untuk memakai tudung xxl? Kadang-kadang, nak istiqomah pakai tudung xxl nie saya rasa berat sangat.. Ustaz sure ada petua..”

Jawapannya : “Berat ke pakai tudung xxl? Macam pakai tudung besi tembaga ke? hahaha. Tudung labuh ni tahap kesempurnaan tutup aurat. Sempurna tutup aurat bermakna sempurna niat kita untuk ikut syariat. Nak bagi semangat pada diri sendiri untuk istiqamah, tanya la diri sendiri.. Nak syurga sikit-sikit je ke ataupun nak syurga sepenuhnya? Nak Allah sayang sikit-sikit je ke atau nak Allah sayang sesempurnanya? Jadi kalau sentiasa ada perasaan tu, insyaAllah boleh istiqamah.”

Dengan gatal tangan aku menjawab tanda tidak setuju : Pelan2 laa..

Dia. Aku tolong jawab je..hehe..betol jugak eh.. Pelan-pelan..tapi kalau mati.. Macam mana lak kan.. Aku yg laki ni pon.. bimbang jugak..

Dengan laju tangan menari : Istiqomah tu kan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. pesan-pesan istiqomah.. pesan-pesan mati jugak.. Pelajar bukan perlu dipaksa.. Tapi perlu diberi kesedaran.. Bila kesedaran dah ade dalam jiwa, semua akan istiqomah.. kan?

Dia. haa betol la tu..kekadang dalam agama ada benda yang perlu dipaksa..

Jadi dewan berdebat plak. Aku selamba plak jawab. Yup.. Tapi dia bukan tak pakai tudung. Itu sudah lebih baik dari orang yang free hair. Kan? Dia cuma perlukan "secukup rasa" untuk istiqomah..

Dia. ok..ko menang.

Adeh. Kesitu laa plak. Mengaku kalah plak laa mamat ni!

Sayangnya, perbincangan berhenti setakat ni sahaja. Dan dia tinggalkan masej di FB mengatakan yang dia sudah mendelete apa yang dipost sebentar tadi. Aku baru nak dapatkan teman untuk berkongsi tentang isu istiqomah bertudung labuh ni.

Kekadang perbezaan pendapat membuatkan aku membuka mata. Tapi rasanya, aku tidak sempat untuk membuka mata sudah dipaksa untuk menutupkan mata. Sayangnya dia terlalu cepat mengalah.

Aku sebenarnya mahu mencari kenapa susah sangat mahu istiqomah tentang pemakaian tudung labuh?

Ya. Memang pelan-pelan + di beri “secukup rasa” lama kelamaan akan membuatkan seseorang istiqomah. Tapi bagaimana plak ngan “budak” yang tidak tetap langsung pendiriannya seperti aku? Ketawa kuat-kuat.

Bagaimana plak ngan orang yang pakai tudung labuh celup macam aku jugak? Tidakkah itu dinamakan tidak istiqomah? Atau boleh dinamakan istiqomah celup?

Walaupun perbincangan itu tamat begitu saja, tapi aku mahu katakan juga. Aku rumuskan ini adalah berdasarkan pengalaman ku yang lalu.

Bagi aku. Istiqomah itu datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita. Salah satunya mesti kuat. Tapi ia akan bertambah kuat bila digabungkan kedua-duanya. Tidak percaya? Cubalah.

Sebagai contoh, bila sekeliling kamu di kerumuni oleh orang yang free hair, dan kamu sangat kuat berpegang teguh, maka kamu akan selamat dengan tudung labuh mu. Tapi jika hal sebaliknya berlaku, maka, kamu akan rasa sangat susah. Ya. Kerana godaan syaitan sangat banyak untuk ditolak. Percayalah.

Contoh kedua. Bila orang sekeliling mu, semua jenis yang bertudung labuh, kamu yang mahu istiqomah sedikit pun menjadi istiqomah yang banyak. Cuba bayangkan kalau kamu memang kuat pegangan dan berada di sisi orang yang kuat pegangan juga. Tidakkah itu menambah kuatkan lagi pegangan kamu?

Perempuan akan bertindak dengan apa yang dilihatnya. Kekadang dia bertindak mengikut hatinya tanpa memikirkan kelebihannya. Kekadang juga, dia tidak tahu apa yang dilakukannya betul atau tidak. Kerana kemahuannya lebih banyak dari akalnya.

Sebab itulah aku cakap, tanamkan kesedaran dalam diri pelajar. Bukan memaksa pelajar memakai tudung labuh.

Bila dia sudah bertudung pun, itu dikira satu rahmat pada zaman sekarang. Kerana pelajar zaman sekarang, yang free hair adalah lebih ramai jumlahnya dari yang bertudung.

Dan ajarlah dia perlahan-lahan tentang hukum dan cara-cara bertudung. Serta buktikanlah padanya bahawa kenapa sebenarnya islam menyuruh wanita melabuhkan tudungnya. Pelajar sekarang, perlu gunakan pemikiran logic. Bukan ceramah yang berjela-jela. (Bukan sahaja pelajar. Aku pun sama.) Ketawa perlahan-lahan.

Sekian.










Nota Pinky ;
“Haha. Sengaja mahu mencari pasal kerana pening ku masih tidak hilang ketika itu. Sorry beb. Kamu yang menjadi mangsa.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam.

Ya. Semalam aku demam.
Panasnya bukan main lagi. Aku malas mahu ke klinik. Dan ku hanya makan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor sebelum aku datang ke sini. Bermacam-macam ubat ada. Haha. Dah macam muka farmasi dah aku ni.

Alhamdulillah. Hari ni, panas berkurangan.
Dan yang masih tinggal hanya pening dan selsema sahaja.
Mahu berehat lagi.

Bye.









Nota Pinky ;
"Adakah demam ini kerana aku terlalu rindu pada kamu, en. Hati? Aku rasa jawapannya, Ya. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meronda dengan hati yang tak de. Haha.

Meronda sahaja. Dengan hati yang tidak ada di sini.
Destinasi semalam ialah meronda semua pasaraya yang ada di bandar Kuching. Hahaha. Banyak jugak pasaraya sini. Mungkin sebab kat sini banyak bandar.

Gambar tak banyak pun di ambil.
Kenapa yer. Ntahlah. Mungkin sebab hati masih di semenanjung. Ya tak?

Tapi sangat seronok berjalan dengan Asma dan Qilah.
Kalau dengan kereta sendiri mesti lagi best. Kan?

Hari ni, kerongkong sakit.
Semalam terlalu banyak berjalan dan bermacam-macam cerita yang dikongsi bersama. Haha.

Mahu beli gula-gula berangin supaya kerongkong sihat dengan baik sebelum esok. Nanti susah kalau esok tak sihat lagi, Huhu.








Nota Pinky ;
"Sayang, kamu jangan laa jeles. Aku hanya sayang kamu sorang.. Sungguh ni..!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS