RSS

Selamat Hari Guru, walaupun dah sebulan berlalu.

Sambutan Hari Guru.
Walaupun sudah sebulan berlalu, dan aku kira sambutan ini agak terlambat dari biasa. Tapi tak kesah lah.
Bukankah tiap-tiap hari adalah hari guru?
Setuju?
Senyum.

Pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru, adalah di Sek. Keb. Darau, Jerteh, Terengganu.
Aku sangat gembira. Hanya senyuman yang tidak lekang di bibir dapat menggambarkan bahawa aku sangat senang hati.
Aku tidak tahu kenapa.
Mungkin hati aku puas kerana ramai kalangan pelajar aku sangat menghargai aku.
Satu pengiktirafan yang sangat berharga buat aku.

Pengalaman pertama di buli.
Semua pelajar meminta guru bermain sukaneka. Contohnya, tiup tepung, belon air, bowling padang dan macam-macam lagi.
Pada hari ni, memang peluang pelajar mengenakan cikgu mereka.
Terutamanya pelajar sekolah rendah.

Hari ni, pengalaman pertama menyambut Hari Guru di sekolah menengah.
Best. Aku kira 8 daripada 10 markah ku berikan.
Senyum.

Hadiah.
Sah-sahlah aku tak dapat hadiah.
Kenapa?
Alkisahnya, aku baru start mengajar minggu ni. Pelajar pun ramai yang tidak ku kenal lagi. Biasanya guru-guru yang mendapat hadiah, adalah guru-guru yang sudah lama mengajar mereka.
Bukankah begitu?

Walaupun begitu, banyak jugak acara yang aku masuk.
Ketawa.
Seronok plak dapat bermain dengan girangnya.
Dah lama tidak merasai nikmat untuk menjadi remaja.
Ketawa kuat-kuat.

Mata diikat oleh pelajar sendiri sebab aku selalu aje kelentong mereka. Haha.


Permainan pertama.
Teka kacang warna apa.
Adeh.
Jawapan yang aku teka adalah salah.
Ketawa.

Permainan kedua. Pilih dan asingkan kacang dalam tepung.


Sekali lagi dibuli oleh pelajar lelaki. Kami dikehendaki membuat persembahan di atas pentas. Persembahaan apa nak buat ni... ahh.. Lantak lah. Apa nak jadi, jadilah. Ketawa kuat-kuat.


Sesi pembahagian hadiah. Cenderamata dari sekolah. Alhamdulillah. Rezeki. iaitu sepasang kain. Senyum.





Dalam hati ada ;
"Sangat-sangat gembira dan berseronok dengan susah payah pelajar membuat sambutan ini. Sangat kreatif dan tidak terjangka. Ketawa. Oh, pelajar-pelajar.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Inilah hakikatnya.

Penat.

Tetiap hari jadual penuh.
Pagi ke sekolah. Petang ke office plak. Malam baru balik.
Itu nasib baik malam tak de kelas. Kalau sebelah malam ada kelas, macam mana?
Lagi penatlah jawabnya.
Pejam mata. Mahu tidur.

Praktikal.
Apa yang bestnya dengan praktikal?
Hmm.. Sedang berfikir sejenak.
Tak de kot. Ketawa kuat-kuat.

Sebenarnya, kerja dan praktikal adalah 2 perkara yang berbeza.
Praktikal sangat penat.
Mesti skemma.
Mesti ikut segala peraturan.
Mesti menjadi yang terbaik.
Mesti buat sedetail-detailnya.
Kekadang, mesti berlakon dan berlagak bahawa kitalah seorang yang profesional.
Oh! Aku sangat tidak pandai mengikut semua tu.
Ketawa.

Wahai diri.
Terimalah hakikat bahawa hidup berpraktikal sangat memenatkan.
Cepatlah masa berlalu.




hati ;
"Jiwa sangat rindukan en. Hati. Tidak sabar menunggu hari sabtu petang. Lalala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir, Sayang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Senyum.
Menahan kantuk di mata, hanya untuk menunggu saat yang penting.
Serta ingin menjadi orang pertama yang membuatkan kamu tersenyum.
Kerana aku sangat cintakan kamu dan tidak sanggup kehilangan kamu.


Sayang..
Selamat Hari Lahir.
Semoga usia yang bertambah ini diberkati oleh Allah hendak-Nya.
Semoga di panjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki.
Semoga apa yang dicitakan akan tercapai.

Sayang..
i sangat sayangkan u.
Kasih sayang ini sentiasa mekar di hati ini, dari dulu hingga kini dan selamanya.
Hanya kamu di hati. Tiada yang lain.

Saat yang terindah dalam hidup ku adalah berada di sisi kamu, selalu.


Sayang..
Terima kasih kerana sudi menjadi suami yang terbaik buat diri ini.
Terima kasih juga atas segala pengorbanan yang dilakukan.

Semoga hubungan yang tercipta ini akan kekal berpanjangan.
Semoga ia dirahmati oleh Allah selalu.
Dan semoga kita berbahagia selamanya..

Cinta kamu selalu.


Isteri mu,
..Azura..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cepatlah masa berlalu.

Minggu ke 5.

Ya..
Sudah minggu ke 5 aku berada di SAM 10, Hulu Langat.
Terasa masa bergerak dengan lajunya.
Tapi itulah hakikatnya.

Masa masih bersisa 5 minggu lagi.
Wah! Tak sabar mahu menghabiskannya. Bukan tidak suka berada di sana. Tapi mahu posting cepat-cepat dan berada di sisi suami dekat-dekat. Tidak larat untuk berjauhan. Seperti single semula ku rasa saat ini.
Ketawa.

Trend.
Yes. May be sudah menjadi trend masyarakat sekarang agaknya, Si Suami & Si Isteri berada di kejauhan. Huhu.
Sabarlah wahai hati. Hanya setengah tahun sahaja.
Sabar + Sabar + Sabar + Sabar = Bahagia.
Teori siapa tu?
Akulah.
Senyum.
Membayangkan saat-saat bahagia yang bakal ditempuhi kelak.
Sekali lagi aku senyum.





nota hati ;
"Sayang, i tak sabar ingin berada di sisi u. Rindu u sangat-sangat." Wah.... Adakah ini ayat aku? Sungguh tidak percaya. Hahaha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selepas jari bertukar warna.

Ada yang bertanya.

"Apakah yang aku rasa bila status bertukar?"
Jawapan ; "Ntah." sambil ketawa.

Dari sudut hati, aku tidak menafikan, aku sangat bahagia.
Bahagia itu indah.
Bahagia bila en. Hati dengan ringan mulut memanggil aku dengan panggilan isteri.
Wah.
Terasa sangat bahagia.
Dan aku tidak dapat menggambarkan rasa itu.
Senyum sendirian.

Buat masa sekarang,
Aku rasa sangat bahagia.
Rasa mahu senyum hingga ke telinga.
Rasa rindu memanjang.
Ketawa.
Tapi, hidup berjauhan itu yang menyebabkan semua rasa itu tertangguh.
Boleh ke tangguh-tangguh. Berdehem.
Boleh.
Sabar yer en. Hati. Banyak-banyak.

Buat en. Hati,
"Terima kasih kerana masih tegar berdiri di sisi ku, walaupun sekian lama kita berdua menempuh dugaan, menghadapi rintangan, menyelesaikan semua masalah yang ada dan akhirnya kita disatukan juga. Mungkin jodoh kita panjang.. Aku sangat bahagia bila berada di sisi kamu."

Ramai yang bertanya tentang gambar.
Oh!
Aku tidak dapat mempamerkan lagi gambar-gambar yang ada.
Aku memohon maaf.
Tunggulah sebentar. Nanti aku pamerkan en. Hati yang handsome di mata ku itu.
Sabar-sabar yer semua.
Senyum sambil berpeluk tubuh.




nota hati ;
"Sebenarnya, aku tidak tahu di mana gambar-gambar yang banyak itu. Aku sedang memikirkan camera siapa yang digunakan ketika majlis itu berlangsung. Boleh macam tu? Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terpaksa dan di paksa. ketawa.


Selepas majlis sambut menantu, keesokkan harinya aku sudah berada di ILIM.
Oh! Sangat penat berkejar ke sana ke mari.
Mahu saja aku ponteng dan terus bersama suami tersayang.
Ketawa gatal.

Ramai yang bertanya. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah.
Cuma kesian kat en. Hati yang setia menunggu ku.
Maafkan aku yer sayang.. Aku terpaksa meninggalkan kamu. Sebentar.
Senyum.

Kursus ini ku hadirkan diri dengan rasa berat hati dan terbeban.
Boleh ke macam tu?
Boleh laa kot.
Seminggu bertukar status, dan sekarang aku menghadirkan diri ke kursus.
Siapa pun yang berada di tempat aku, kemungkinan akan berat hati itu tinggi.
Kan?

Jika tidak kerana terpaksa memenuhi tuntutan Universiti, mahu sahaja aku ponteng.
Senyum.
Muka penat semasa LDK. Harap cepat dapat balik. Senyum.

Bila fikirkan balik, bagus jugak kursus sebegini diadakan.
Banyak juga input yang aku dapat.
Senyum dengan sebaris gigi hadapan..

Tidak mengapa.
Bersabar. Hanya 3 hari sahaja.
Senyum.





nota untuk en. Hati ;
"Terima kasih menghantar aku ke depan muka pintu dan bersedia menjemputku serta dengan setia menunggu diri ini menghabiskan kursus dengan penuh sabar. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku juga inginkan kesempurnaan..

Satu hari yang panjang terpaksa aku habiskan dengan 1001 permasalahan yang terpaksa aku selesaikan sendirian.

Akhirnya, Nad juga lah yang menjadi pengomen tegar dan bersama-sama memikirkan semua beban masalah yang aku pikul.
Ketawa.
Terima kasih kerana menjadi pengomen tegar kepada aku.

Setiap perempuan, memang ingin kelihatan cantik.
cantik dalaman, juga luaran.
Bukan?
Pernahkah kamu dengar, ade seorang perempuan yang mengatakan dia tidak ingin kelihatan cantik.
Tidak pernah, bukan?
Lumrah dan fitrah perempuan, memang ingin kelihatan cantik.

Realiti atau fantasi?
Tapi, kekadang sesuatu yang kita mahukan, tidaklah menjadi sesuatu realiti.
Mungkin pelbagai masalah datang dan timbul yang patut kita selesaikan.
Siapa yang tahu kan?

Aku juga seperti perempuan lain yang inginkan sesuatu perkara yang cantik.
Aku juga inginkan kesempurnaan.
Siapa yang tidak mahu, kan?

Kecil hati.
Yup.
Aku sedang berkecil hati.
Aku sedar diri. Aku faham. Mungkin aku terlebih sensitif.
Tapi aku simpan jauh di sudut ruang hati.
Simpan dalam-dalam.
Aku tidak kesah. Tapi sekurang-kurangnya susunlah sedikit bahasa yang indah untuk mengatakannya tidak elok.
Bukankah begitu lebih baik?

Ceh!
Mahu meniti hari bahagia pun masih nak bersedih-sedih.
Ketawa.




Nota hati ;
"Aku seorang perempuan. Berkecil hati memang fitrah. Mungkin kerana aku sedar diri bahawa aku bukanlah secantik orang yang diluar sana dan tidak sekaya semua orang di sekeliling ku. (Ayat sedih. Ketawa.)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS