RSS

hidup penuh ngan kerenah..

hmm.. hari semakin kelam kabut. tambah-tambah lagi bila dah masuk kuliah ni. keje sambil belajar memang macam ni. harus aku tahu dan sedar dari awal. dan aku memang menerima risiko yang dah aku hadapi dan bakal aku hadapi.

hmm.. aku masih berkira-kira, sejak 1 bulan yang lalu. ku fikir, selepas habis Imam Muda ni, boleh laa aku berehat dan pencen buat sementara waktu dari bekerja. aku sebenarnya dah penat. penat ngan kerenah semua orang. penat ngan kerenah sendiri pun ada. kerenah sesama staff. kerenah bos. kerenah orang lain lagi. aku dah bosan.

bila hidup bermasyarakat, memang aku harus akui. aku harus berdepan dengan banyak situasi yang aku tak suka. banyak situasi yang tidak sejalan dengan ku. tapi aku jugak harus akur bahawa hidup memang macam ni. memang semua kemungkinan kita akan jumpa.. suka tak suka, itu belakang kira..

cuma bagi aku, hidup ni, tak perlu lah kita pertikaikan apa yang terjadi pada kita atau pada orang. sebab kalau kita kata kat orang, semua tu akan berbalik pada diri kita. lambat atau cepat, Allah saje yang tentukannya.. dan Allah itu maha Adil..

dan dengan kata Allah Maha Adil lah, aku tak usik tepi kain orang. aku tak bercerita tentang hal orang. kecuali dia memang dah sedia maklum mengganggu ketenteraman hidupku.

seperti kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam kelas Imam Muda.. Allah itu Maha Adil. kalau kita buat yang boleh menyakiti orang, Allah balas. hmm.. dalam erti kata lain.. means.. kalau kita tak buat orang terguris, terluka, Allah tak kan bagi kat kita yang bukan-bukan..

hmm, aku harap, aku dapat kawal mulut aku supaya jangan mengata orang. supaya jangan jaga tepi kain orang. supaya jangan melihat salah orang. sentiasa bersangka baik pada orang walaupun aku tahu sesuatu daripadanya.

sebab bersangka baik itu adalah sesuatu yang amat baik.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sebuah kesabaran..

kata orang, sabar itu indah.. benarkah?

tapi sampai ke saat ini, aku rasa, aku sudah lemah. aku tidak lagi kuat seperti dulu. aku tidak lagi bersemangat seperti dulu. aku tidak lagi tabah seperti dulu. tapi, benarkah apa yang ku rasa ini?

ku suarakan. ku utarakan. ku lontarkan. semuanya. segalanya. jauh-jauh. biar jauh meninggalkan aku.

kerana sehingga saat ini, aku harus tahu, aku harus sedar, aku mesti kuat. untuk menempuhi seagala yang mungkin terjadi.

sabarlah hati. sabarlah jiwa. sabarlah. kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kayuh-kayuh adik kayuh..

hmm, hari ahad, orang cuti. off day kata orang. tapi hari ni aku kena daftar kolej.. mula-mula berdoa jugak nak duduk bilik yang kat bawah-bawah je.. tapi last-last aku diberi bilik tingkat teratas.. adeh.. penat weyh.. dahlaa tinggi, aku plak tua dah ni...

hmm, seawal jam 416am Azhar, Nad, Tija dan Afiq telah menghantar aku ke kolej ku.. wah, terasa lama aku tidak menjejakkan kaki ku ke UM. wah.. baru je 2 bulan. bukan 2 tahun lagi. huhu. agak banyak perkara yang berubah. terutamanya warna bangunan. dan juga situasi kolej. tp aku tetap suka. buruk ke, baik ke.. aku tetap akan sukakan kolej ni..

walaupun penat, mengantuk tahap dewa dewi, sambil berdiri pun aku boleh tersengguk, time makan pun sama.. itu menunjukkan aku memang tahap dewa dewi mengantuknya.. tak pernah lagi aku sedemikian rupa. mana tak nya, aktiviti hari ini padat. penuh dan full. wah.. sama je maknanya tu.. (ko diam pinky!!! suka hati aku laa nak tulis apa pun.. lalalala~)

tapi hari ni, walaupun penat dan macam-macam lagi situasi yang aku lalui, aku tetap rasa aku ialah orang yang paling bahagia hari ni. hehe. segala yang terbuku, sudah ku luahkan. dan segala ketidakpuasan rasa hati ini, sudah ku hapuskan dan tiada setitik pun yang tertinggal. aku sangat lega..

betul laa kata orang, saat bahagia itu, kita yang ciptakan. bukan kita hanya mengharapkan kebahagiaan. jadi ciptalah kebahagiaan, nescaya kamu akan bahagia. hehe =)

macam-macam perkara yang kami bincangkan. dari yang kecik hingga yang besar. dari perkara yang main-main pada perkara yang serius.. semua jenis ada. walaupun mulanya agak bosan, tapi lama-kelamaan, kami dapat menerimanya dengan baik. begitu juga dia.

kami akhiri perbincangan dengan menaiki padle boat.. sama-sama kayuh. sama-sama ketawa dan menjerit. dan sama-sama gelakkan diri sendiri. sebab 2 2 perangai macam kartun. aduhailaa..

permandangan tasik bila kita berada di atas air sangat cantik. aku tak dapat nak tunjukkan. camera aku kong baterinya.. so kayuh jangan tak kayuh.. 1 tasik aku round. best. romantik. =)

pengajarannya; bila ada sesuatu perselisihan, cepat-cepat selesaikannya.. jangan tunggu lama-lama laa.. hehehe.. nanti meletup susah plak nanti.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makin complicated

jam dah pun menunjukkan angka 3.55am.. tapi mata aku masih jugak terkebil-kebil.. apa yang aku fikir pun, aku tak tahu. mungkin otak ku ligat memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. mungkin juga tak.

aku masih ingat kata mak, aku belum matang untuk menilai semua yang terjadi. mungkin sebab itu, sampai sekarang, mak masih bimbangkan aku. masih juga melayan aku umpama budak-budak kecil yang tak boleh tinggalkan maknya.

ye. memang aku akui aku manje. aku kuat nangis. tapi mak jugak kata yang aku sangat degil. hmm, kedegilan aku kekadang memakan diri sendiri. terasa menyesal kerana bersikap degil pun ada. tapi ia hanya 1 penyesalan yang tak terluah di bibir. kerana aku tidak pandai meluahkannya. tak pandai menyatakannya. dan aku juga tak pandai menyembunyikannya.

kekadang hidup ni, apa yang kita buat, kita kena tanggung. kata aku, kalau aku berani melangkah, aku mesti jaga langkah-langkah ku. dan pastikan ia nya tak tersasar. tapi aku tak nfikan. yang langkah ku sering kali tersasar. dan sebelum terlambat, aku sempat juga berpatah balik.

hmm.. biasalaa lumrah manusia. tak lari dari kesalahan. tapi yang menjadikannya lebih salah ialah mengulang kesalahan yang pernah kita buat.

aduhai. kekadang hidup ini sangat complicated. dan tak mampu nak jangka. tapi apa yang aku ketahui dan ingat ialah... walaupun se'complicated' mana pun hidup, ia ada kat tangan aku. aku yang memilih untuk ke kiri mahu pun ke kanan. kalau aku salah pilih, salah laa jalan yang aku lalui.

dan untuk aku pastikan jalan yang aku pilih betul, harus ku berada di landasan yang betul seperti mana yang Dia kehendaki..

dan aku harap, aku akan mendapat petunjuk itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku tunggu ia tiba..

berada di masjid wilayah umpama berada di mahligai. besar. indah. dan cantik sekali. tapi itu tetap juga tak menyamai dengan rumah emak dan ayah. hati tetap mahu balik ke rumah.




bila rindu, pasti aku akan menangis. nak-nak kalau mak sms tanya tak ingat kat dia ke.. alahai.. air mata cepat je turun. hmm, manjenya aku... kalau laa air mata ni setabah hati yang ada kat dalam, kan best.. =)
minggu demi minggu berlalu. dan berlalu. dan terus berlalu. 10 minggu bukan waktu yang lama ku rasa sekarang. tapi dulu, may be aku rasakan ia lambat dan masa seolah-olah tak nak bergerak. sekarang, sedar atau pun tak, dah masuk minggu ke lapan. dan hanya tinggal 2 minggu lagi. aku harap, aku akan dapat habiskannya dengan jaya.
sebab separuh impian aku sudah pun terlaksana. hasil penulisanku di lihat. dan kini masih ada lagi impian-impian yang ingin ku kejar. dan sering kali aku bertanya diri sendiri. mampukah aku mengejar apa yang aku kehendaki?
aku sering kali mahu dan inginkan semua orang sekeliling memahami. tapi ternyata, tak semua orang akan memahami. mungkin aku hanya boleh mengharap. tapi bukan 100% pengharapan itu. mungkin hanya 10%..
di masjid wilayah, aku banyak belajar. banyak belajar tentang kehidupan. banyak belajar tentang persahabatan. banyak belajar tentang perangai manusia. tapi, aku masih juga aku yang dulu. tak pernah berubah. agaknya bila aku nak berubah. aku pun tak tahu.
hmm, aku tak sabar nak tunggu minggu ke 10.. harap segalanya yang ada di minggu ke 10 berjalan dengan lancar.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

praktikal..

Destinasi kali ni ialah Muassasah Darul Fuqaha.. dah habis rumah anak yatim dah ni aku pergi. bagus jugak kekadang macam ni. Sekurang-kurangnya aku sampai jugak tempat-tempat macam ni. Kalau nak harap aku pergi sendiri, alamak nya.. kucing bertanduk pun aku tak tahu aku pergi ke tak.. huhu..


tapi yang bezanya kali ni ialah Darul Fuqaha ni rumah anak yatim yang semuanya golongan tahfiz. hihi. sejuk perut mak mengandung.
tapi yang harunya ialah tetibe perut aku sakit. semua kaki lenguh tak tahu nak cakap. masa kerja macam ni laa dia nak meragam. nak kata nak masuk ladies.. tak de plak rasa. macam sakit wanita pun ada. so, ku mintak bam ngan tija. hehe. tetibe je dia dapat bam dari ustazah yang ada kat situ. aku pun tak tahu ustazah mana..

hmm, kalau dah orang tua, tua jugak laa.. sebab tu sana sini sakit. huhu. tapi syukur lah Allah kasik aku sakit sebab hilang sikit dosa-dosa aku.. hehe..

rasa boring laa plak. upload photo jap. hehe. untuk kenangan bersama. haha
ni laa geng writer yang suka sangat sibuk2 bila aku nak bergambar. adeh..
ni laa masa dorang ngah buat praktikal.. hehe. aku tak de keje. aku snap sekeping dua.. untuk kenangan..

nak dekat, aku plak segan. semua anak-anak lelaki. mana tak segan.. hehe

ni laa hanya 3 orang wanita yang ikut.. tak de yang lain dah.. kami lah penyeri kamilah racun.. wah!!!
tapi ni dah masuk minggu kelapan. aku harap, aku dapat habiskan semua nya dengan cepat. aku dah penat.. may be penat hadap muka semua orang yang ada kat sini.. ;) lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lambatnya masa berlalu..

boring laa plak stay lama-lama kat sini. dah rindu mak ni.. rindu adik-adik. rindu family. semua dah rindu ni. lagipun dah tak de hati kot nak menetap lelama kat sini.. semua macam menyesakkan otak je.. siapa yang pandai potong rumput, boleh call no aku. untuk potong semak samun yang ada dalam otak aku ni..

orang semua bercerita pasal Imam Muda. Imam Muda hensem. bergaya. macho. hmm.. yeke? aku plak writer. dah macam jemu dah tengok Imam Muda. sekarang dah masuk minggu ke 7. Kalau laa ade Imam Muda yang hensem sikit tak pe. ni semua tak...... wah!

slumber dek je aku kutuk Imam Muda. hihi. (Sorry Imam Muda. =p lalalala~)

sekarang hanya tunggu 3 minggu je lagi nak menghabiskan program ni. tak kesah laa apa nak jadi. 3 minggu ni je lagi. tahan sikit laa ngan kerenah-kerenah bos. crew. dan Imam Muda. semuanya dah memeningkan aku.

kekadang aku fikir jugak, sebenarnya kalau kita tengok orang yang kita suka, 10 minggu pun tak pe. 10 minggu pun tak kesah. tetiap hari pun tak juemu-jemu. ni tengok orang yang kita tak suka. 7 minggu macam 7 tahun je lamanya. aduhai. kan best kalau salah sorang Imam Muda tu 'Dia'.. baru laa tetiap hari aku rajin bekerja. haha

nakal ea? lalala~

hai.. macam-macam hal dalam dunia ni.. tapi itulah hakikatnya.. aku masih menunggu hari terakhir Imam Muda.. hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS