Assalamualaikum. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Gaya macam orang nak bagi pidato di tapak perhimpunan tu.... Hehe.
Semalam, kami menghabiskan masa dengan berjalan.
Sebenarnya meluangkan masa bersama en. Hati adalah hari yang paling aku sukai. Berjalan sambil berpegangan tangan dan tersenyum bahagia, menyebabkan jantung aku berlari dengan pantas sepantas kilat. Aku akui, kami sibuk dan tidak ada masa untuk meluangkan masa begini. Jadi bila en. Hati putuskan untuk ke library di UM, aku pun putuskan aku ikut. Walaupun aku sedar, sekarang aku tidak selincah dulu.
Keadaan di bandaraya Kuala Lumpur.
Macam biasa.. Masih tidak berubah seperti 6 7 tahun yang lepas. Sesak. Jem. Dan penuh ngan manusia. Haha. Yela, dah namanya KL, kan.. Tempatnya jem, jem, jem kuasa 1000.
UM banyak berubah.
Bangunan. Pengangkutan. Library. Jalan. Macam-macam dah berubah. Rasanya baru 3 tahun meninggalkan UM. Cepat nya masa berlalu.
Macam biasa bila masuk library, cari lah buku ngan giatnya. dan bila selesai, en. Hati ajak ke pesta buku. Wah! Aku ngan senyum lebar katakan YES i do. hehe
Kami berbincang dan memutuskan tidak terus ke PWTC. Jem sedang berlegar di dalam kepala hotak masing-masing. So park kereta dan naik LRT dan turun di stesen PWTC. Ya Allah manusia. Tak tahu nak cakap lah. Sangat-sangat ramai. Sampai aku terasa sakit kepala. Tapi abaikan je. Sebab berjalan bersama, berpimpin tangan adalah perkara yang lebih selesa. Haha.
Kami luangkan masa 5 hingga 6 jam di sana. Memilih buku. Melihat gelagat-gelagat manusia. Berceloteh sesama sendiri dan menghabiskan duit. Hehe. Yang paling penting, aku sedang bertanya diri, agaknya bila aku dapat khatam semua buku ni? Haha. InsyAllah, akan ku khatam dengan kadar segara. Konon. Hmm..baby pun suka baca buku. Kan?
Komen aku tentang Pesta Buku Antarabangsa.
Sangat best. Sebab sah-sah laa diskaun dia memang berbaloi-baloi. Dan hanya pulus yang menyekat keinginan yang bersarang itu. Kalau boleh semua duit nak beli buku. Tapi alhamdulillah, dapat kawal nafsu lagi. Kalau ada lagi, insyAllah akan ku datang lagi. Pasni kena start menabung duit untuk beli buku plak. Azam di tengah tahun. Haha.
Pada sesiapa yang belum pergi, silalah pergi. Memang takkan menyesal. :)
Nota Pinky:
"Makin lama, makin terasa en. Hati makin sweet. Alhamdulillah, Allah kurniakannya pada aku. Harap hubungan yang terjalin ni akan terus dilindungi oleh Allah selalu. Amin."
Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
Alahai pelajar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesihatan sekarang sedikit terjejas. Di tambah pula dengan kerja dan meeting yang tak pernah habis. Setiap hari bila sampai ke rumah, aku keletihan. Tidak sempat berbuat apa-apa. Baby pula semakin aktif. Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat ini oleh Allah 'Azzawajalla..
Tadi.
Aku diteguri oleh guru disiplin. Pesannya, supaya aku tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas pelajar. Aku hanya perlu melarangnya sahaja. Tanpa melibatkan sentuhan tangan, kaki dan sebagainya.
Ya.
Semalam aku memang ada mencubit seorang pelajar kerana terlalu geram dengan sikapnya yang tidak mahu belajar. Sudahlah tidak mahu belajar, di buli kawan sekelas pula. Sudahnya pula, bila boring, dia membuat lawatan satu kelas. OMG. Ya Allah. Sangat mencabar hati dan minda aku. Setelah berkali-kali melarang, dan api semakin marak, aku mencubitnya. Tapi itu pun aku kira langsung tidak sakit dan berdarah kerana dia sempat lagi ketawa umpama pontianak. Ada potensi menjadi vampire lelaki yang menghentam mangsa dengan jarak dekat. Ok. Aku sudah melalut.
Tengok pelajar hari ini.
Berbeza dengan pelajar zaman aku. Kalau mengadu pada ibu bapa, alamatnya hadiah yang diberikan adalah dua kali ganda daripada cikgu berikan. Akhirnya, bila bonda Permaisuri atau ayahanda Raja bertanya, kalau tidak ku sengeh menampakkan barisan gigi yang rongak, aku menjawab dengan mengatakan ok.
Pelajar sekarang? Langsung tidak boleh diusik.
Ya. tugas sekarang hanya mengajar. Bukan mendidik. Mengajar hingga pandai. Sekian. Tidak perlu mengomel lebih-lebih.
Alahai pelajar.
Bagaimana jiwa kamu akan terdidik jika kamu langsung tidak boleh disentuh? Langsung tidak boleh diberi hukuman?
Ke mana pergi pepatah "Sayang anak, tangan-tangankan."?
Pelajar sudah seperti anak sendiri. Tidak ada sekelumit pun rasa hati ini ingin membenci. Bahkan aku memandang dengan pandangan 'kesian' generasi sekarang.
Hmmmmmm... Menghembus nafas sekuat mungkin.
Nota Pinky;
"Kenapa semakin hari semakin kuat aku merindui en. Hati? Macam lah pagi tadi aku tak jumpa dia. Kalau boleh, mahu ku pandang dia 24jam tanpa kelipan mata sedikit pun. Adakah penyakit baru sudah bertandang? Senyum penuh dengan bunga cinta."
Terguris kah hati aku sebagai seorang guru?
Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Dah macam gaya PM bercakap plak. Hoho.
Sedang berehat baru habis relief kelas. Ramai betul yang keluar sekolah hari ni. Penat nak menggantikan kelas yang takde guru. Sudahlah kena panjat tangga tingg-tinggi. Sampai di atas, termengah-mengah. Baru sekarang ku rasa macam mana perasaan bonda permaisuri sewaktu membawa ku ke hulu ke hilir selama 9bulan. Ni baru 4bulan lebih, dah pun termengah-mengah. Inikan pula, kalau 9 bulan. Macam mana rupa aku yang mengah masa tu yer?
Abaikan.
Haisshh. Aku sepatutnya menceritakan tujuan asal ku. Aku sudah menyimpang sedikit jauh. Ok. Sambung.
Ini kisah minggu lepas.
Kisah ada seorang pelajar pada pandangan orang, dia seorang yang baik. Mungkin muka yang sedikit kacak, ditambah pula badan yang tinggi lampai dan yang paling membuatkan orang sejuk mata memandang ialah selalu bersongkok. Dan apabila tiba amali solat, dia selalu menawarkan diri untuk menjadi imam.
Pernah kamu dengar, "Don't judge a book, by it's cover"?
Ramai. Ya, ramai yang tahu mengenai pepatah ini. Begitulah halnya dengan pelajar ini. Betul kata orang, pandangan pertama juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Senyum kelat.
Bermula episod yang membuatkan aku sedih sehingga seminggu dan melarat ke minggu-minggu seterusnya.
Aku tidak kata dia seorang jahat. Tapi kata-katanya membuatkan aku lama terguris. Dan aku kembali tertanya-tanya dalam diri. Adakah aku gagal mendidik nya menjadi seorang yang berakhlak terpuji? Adakah aku hanya sekadar masuk kelas mengajar tanpa mempedulikan sahsiah pelajar?
Lama aku menangis.
Aku bukan menangis kerana menyesal memarahi nya. Aku menangis kerana kemungkinan aku gagal menjadi kan mulutnya senjata menuju ke syurga. Bukan senjata menuju ke neraka.
Malam itu, aku bangun bertahajud.
Mengadu pada Allah. Memohon Allah melindungi dari sifat tercela dan merahmati supaya selalu sejahtera. Sudah fitrah seorang guru, pasti akan menyayangi anak pelajar nya. Mustahil ade guru yang membenci pelajar walaupun sejahat mana pun pelajar itu. Aku rasa tak perlu ade sekolah Penyayang pun. Sebab guru memang penyayang. Eh. Ke situ plak aku. Maaf.
Tempoh tak sampai 2bulan.
Ya, aku di sini masih baru. Baru mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Mungkin dengan senang nya pelajar membuli ku.. Kerana sehari selepas kejadian, heboh 1 sekolah mengatakan pelajar yang aku marahi kerana bersikap terlebih ajar itu memberitahu bahawa dia telah melempang aku. Maka sibuklah semua pelajar datang bertanya.
Ya. Mahunya aku tak terkejut.
Amboi. Ini sudah melampau. Tapi sebagai seorang guru, sifat cool mesti ada. Aku jawab dengan tenang dan senyuman melebar dengan mengatakan berita itu palsu. Aku ingat dunia artis je ade gosip liar. Tapi aku tidak berkecuali. Divanya aku sebagai seorang guru. Hehe.
Menghembuskan nafas. Kuat.
Ya. Aku masih terasa. Tapi aku sudah memaafkan dia. Cuma yang aku bimbang, adakah keberkatan hidup dia akan terjejas kerana membuatkan seorang guru terasa. Sebab kata orang-orang tua, hidup tak kan berkat kalau kita lawan guru. Eh. Terpengaruh plak aku.
Serius. Hanya itu yang aku rasa sekarang.
Oklah. Aku mahu tidur. Makin aku fikir, makin bersimpang siur plak otak ini.
Nota Pinky ;
" Lambat juga en. Hati balik malam ni. Sudah mengantuk menunggu. Jadi, aku buat keputusan untuk tidur di luar sambil menunggu suami. Gaya isteri mithali gitu.. Kan.. "