RSS

Pesan Cikgu, Belajar mencari pengalaman dengan Allah.

Assalamualaikum. Semoga semuanya rasa hebat dan dalam lindungan Allah selalu.

Masuk malam kedua, My Sunshine pergi berjuang dengan kelas dan asigment master nya.
Aku juga yang memujuk supaya dia study di library supaya senang dia mahu merujuk apa-apa buku, jurnal, thesis dan whatever yang berkenaan dengannya. Aku rela. Serius. Untuk impian yang aku tanam dari kecil hingga sekarang masih mekar di hati.
Oh. Ya. Aku sudah melalut dari topik asal. Titik.

Lupa.
Aku teringat semenjak aku pindah, aku lupa untuk memberitahu seseorang. Ya. Saban hari bila aku memerlukan motivasi, aku akan cari dia. Aku tidak tahu kenapa. Tapi dia adalah salah seorang yang boleh membuatkan semangat aku berkobar-kobar dan mata aku terbuntang dengan luas bila mendengar bait katanya. Terkadang mata ini akan diziarahi air mata kerinduan pada yang Esa kerana tersedar dari lamunan.
Terima kasih, Cikgu.

Teringat pesan Cikgu.
"Bila kamu ada pengalaman dengan Allah, kamu harus berdoa pada Allah supaya Allah mencampakkan istiqamah dalam diri kamu.. Jika tidak, itu tandanya kamu sombong dengan Allah selepas Allah memberi nikmat pada mu."

Tidak faham.
Ya. Memang. Mula-mula aku tidak faham kenapa pesanan ini ditujukan kepada ku. Sekarang, baru aku membuntangkan mata seluas-luasnya. Aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi.

Setahun yang lalu.
Aku berjumpa dia. Meminta nasihat. Mungkin kerana aku sudah tidak tahan berada di Sarawak berseorangan. Tanpa suami dan mak ayah di sisi. Hampir setiap malam aku menangis memikirkan kenapa aku di campakkan ke sana? Aku terasa seolah-olah ujian ini sangatlah besar.

Kata dia.
"Saya tidak boleh menolong kamu. Hanya Allah sahaja dapat menolong kamu. Percayalah dengan keajaiban kekuasaan Nya. Dia boleh menjadikan apa sahaja sehingga yang mustahil di mata manusia terjadi dengan kekuasaanNya."

Aku ragu-ragu.
Lalu diajarnya tentang bagaimana Allah akan makbulkan hajat ku. Aku diajar bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah. Dan sekarang, aku benar-benar merindui suasananya. Ya. Sekarang aku sedang terleka. Mungkin kerana kenikmatan yang diberikan pada ku. Allahuakbar. Lap air mata.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah.
Ke mari aku ceritakan pada kamu. Lap hingus. :P

Rahsianya simple.
Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam. Berusaha. Dan bertawakal.
Sebentar. Aku tidak dapat menaip dengan betul. Ok. Kita teruskan. Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam, Terutamanya di bulan Ramadhan. Bila kamu buat, kamu akan rasai kehebatan kuasa Allah. Kamu akan rasa, satu persatu Allah makbulkan doa kamu. Kamu akan rasa, satu persatu nikmat yang kamu mohon akan dianugerahkan pada kamu. Di susuli dengan itu, kamu akan di uji. Di uji adakah kamu masih bertahan dengan tahajud kamu setelah kamu di beri nikmat atau kamu akan terleka sebentar atau terleka selamanya. Dalam erti kata lain, Allah akan menguji kamu dalam nikmat yang diberi itu. Kamu di sudi. Kata orang tua.

Di sini aku ceritakan pengalaman ku setelah aku praktikkannya.
Aku buat sebagaimana yang di suruh. Aku solat hajat tidak tinggal. Aku tahajud di bulan Ramadhan. Tapi aku masih ragu-ragu. Adakah benar ajarannya. Tapi aku bedal buat je. Sebab ajaran yang baik, apa salahnya mencuba. Kan?

Sebulan menunggu.
Dua bulan.
Tiga bulan.

Empat bulan menunggu dengan penuh kesabaran.
Dan doa pertama aku dimakbulkan. Aku dipindahkan ke sisi suami. Aku tekankan. Aku dapat pindah balik semenanjung. Allahuakbar. Alhamdulillah. Walaupun berkhidmat di Sarawak baru 22 bulan, tapi tetap diluluskan perpindahan ini. Ditekankan. TANPA KABLE.
Aku ingat sekadar itu sahaja doa ku di dengari oleh Allah. Dua hari selepas itu,doa kedua aku juga termakbul. Iaitu aku disahkan mempunyai baby. Aku pejam mata rapat. Aku solat sujud syukur. Tanda aku syukur pada Allah yang telah memakbulkan doa ku.

Terleka seketika.
Selepas itu, aku mulai leka. Leka dengan nikmat yang Allah berikan. Leka dengan doa yang Allah makbulkan. Aku mula kurangkan tahajud. Aku mula kurangkan solat hajat.

Dan hari ini, seketika aku rindukan suasana hening ketika aku bertahajud dan solat hajat. Aku rindukan suara rintihan bercerita itu ini pada Allah. Aku rindukan ketenangan selepas menceritakan segalanya. Aku rindukan semua suasana itu. Kamu memang tidak akan terasa jika kamu tidak pernah berpengalaman dengan Allah. Kamu memang tidak akan pernah tahu rasa itu jika kamu tidak pernah memohon sesuatu dengan sedaya upaya usaha kamu. Kamu tidak akan pernah sedar ade rasa seperti itu jika kamu tidak mencuba untuk melakukan semua itu.

Terima kasih, Cikgu kerana menyedarkan aku.
Rupanya aku terleka sebentar. Aku terleka setelah di beri nikmat oleh Nya. Aku baru tersedar sudah lama aku tidak menemuiNya untuk bercerita itu dan ini. Aku baru terasa bahawa sudah lama aku tidak merintih menceritakan isi hati aku yang tidak puas hati tentang itu dan ini. Allahuakbar. Rupanya aku sedang diuji dengan nikmat yang diberi. Aku sedang DISUDI oleh Allah, sama ada aku kekal bertahajud pada Nya atau pun aku terus meninggalkanNya setelah mendapat apa yang aku mahu.

Sombongkah Aku?
Kata Bonda Permaisuri. Jika diberi nikmat kita tidak mengucapkan syukur, itu sombong dengan Allah. Sebelum di beri nikmat, meminta-minta. Selepas diberi nikmat, terus terlupa.

Pesan aku.
Jika kamu ingin menjadi seorang yang hebat di mata masyarakat, belajarlah mencari pengalaman dengan Allah. Kamu tidak akan tahu betapa nikmatnya rasa itu. Betapa kamu akan merindukannya setelah kamu berpengalaman dengannya.

Buatlah selagi kamu masih bernyawa.











Nota Pinky ;
"Aku akui, aku menulis sambil menyapu air di tubir mata. Aku mengakui hidung ku sudah tersumbat kerana tidak aku perasan aku sedang melupakan Nya. Aku akui, aku sedang terleka selepas diberi nikmat!! Alhamdulillah, aku tersedar. Dan aku akui, Semua doa yang aku mohonkan, sudah dimakbulkan. Satu demi satu."

"Merindui en. Hati yang kejauhan. Tabahlah diri demi master suami mu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menunggu giliran.

Assalamualaikum. Good evening.

Malam ni duduk diam-diam ngan baby je. Dan yang paling penting tidur awal. Dah berapa malam tidur lewat sebab temankan my Sunshine buat asigment. Sian dia sengsorang.

Tawaran masuk UPM.
Akhirnya sambunh jugak master suami ku ini.. Alhamdulillah. Dah lama memujuk nya supaya sambung ke peringkat seterusnya. Akhirnya sambung jugak suami tercinta ku. Pernah ingat mak pesan, "Seseorang akan berfikir mengikut taraf pendidikan nya. Lagi tinggi dia belajar, lagi terbuka minda di ke depan." Aku akui kata-kata itu. Kebanyakan nya adalah betul.

Tahniah, Sayang.
I sokong U 100% tau.. Pastikan u belajar betul-betul dapatkan 4flat setiap semester. Senyum. Penuh harapan.

Selepas ni giliran aku.
Berharap walaupun selepas deliver baby, dapat menyambung master dan menghabiskan nya dengan jayanya. =) Amin.








Nota Pinky ;
"Tak sabar nak jumpa my Sunshine. Rindu nya.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memupuk cinta pada sekolah baru.

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.
Salam penuh keceriaan kepada semua yang sedang kepenatan dan berduka sekarang. Positif kan minda anda, nescaya cara penyelesaian akan datang dengan sendiri.
Pesanan ditujukan untuk diri sendiri. Dabik dada.

Sedang berfikir cara mengajar yang positif dan tidak membosankan.
Semakin lama semakin buntu untuk menarik minta pelajar yang tidak mahu belajar. Bestnya kalau dapat mengajar pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu dan sentiasa berminat untuk mengetahui sesuatu yang baru. Impian tu, sila simpan. Sengeh. Sambil ketuk kepala.

Aku terfikir.
Perlu ke aku gunakan skill yang telah dipelajari di Seri Setia dulu pada sekolah sekarang? Perlu tu, memang aku rasa perlu. Tapi bila aku fikir balik, sekolah ni sangat berkira ngan cikgu, perasaan terbantut. Tetiba rindu yang bersangatan pada Seri Setia. Segala disediakan. Dan langsung tidak berkira dengan guru. Aku memang sudah jatuh cinta dengan Seri Setia. Dan aku akui, aku memang sayangkan sekolah itu.. Serius.!

Sedang memupuk kasih sayang.
Sekarang mungkin proses memupuk kasih sayang dan berazam untuk membuatkan hati jatuh cinta pada sekolah ini. Tapi setakat ini, cinta Seri Setia melebihi segalanya dalam hati ini. Haha. Bajet sedang bercinta dan kupu-kupu berlari-lari mengelilingi kepala. Hihi.

Budaya sekolah baru.
Memberikan kerja sekolah masa cuti untuk pelajar. Secara tak sedar, aku mengangguk. Tanda bersetuju dan mengambil kira kerja sekolah apa yang perlu aku berikan. Dan sekarang, aku sudah menyiapkannya. Well done! Syabas! Aku tepuk bahu sendiri. Tak perlu aku siapkan dirumah. Di rumah aku ada keperluan khas yang perlu aku siapkan. Senyum. (Macam kat rumah aku buat kerja berat sangat! Berehat 68 jam.. Hi. Hi. Hi).

Harapan baru.
Aku harap, aku dapat belajar menyayangi sekolah ini dengan cepat. Tapi aku mengakui, aku bukanlah jenis seorang yang cepat untuk jatuh cinta. Aku bukan jenis orang yang senang menyayangi sesuatu. Tapi bila aku sudah jatuh cinta, Insya Allah, ia akan mekar sentiasa. Maka! Aku telah tetapkan masa 6 bulan untuk percubaan menyayangi sekolah ini. Azam di bulan Mac. Kot!











Nota Pinky :
"Sudah beberapa hari entry ini berada di dalam draft tanpa di post. Dan hari ini setelah menyiapkan kerja, dapatlah aku menarik nafas sedikit. Sekarang, aku mahu blog walking sekejap. 10 Minit sudah memadai. Membaca tanpa meninggalkan jejak. Hihihi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecah kaca, Pecah gelas. Sesudah baca, Aku nak balas.

 Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Pecah kaca, pecah gelas,
Sesudah baca, aku nak balas..

Apa khabar, sahabat ku?
Aku mendoakan kau selalu sihat di samping suami tercinta dan anak-anak yang cute miut.. Dan setiap apa yang kau lakukan mendapat keberkatan dari Allah selamanya. Insya Allah. Amin.

Surat mu sudah lama ku peram.
Jika surat elektronik mu itu seumpama mempelam yang diperam, sekarang sudah sedap di makan jeruknya. Pasti aku makan dengan berselera dan lahapnya. Tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa. Nyummy. Sengeh.

Aku sebenarnya kehilangan kata.
Aku kehilangan arah bicara. Menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri. Aku rindu akan keramahan dan keceriaan yang kita kongsi bersama. Tapi bila aku menggerakkan jari untuk menaip apa yang terbuku, hati aku terus menjadi kaku. Sebentar. Menghela nafas. Mungkin ini tandanya cinta yang mendalam aku terhadap mu. Sengeh sekali lagi.

Pada mu madu ku.
Usah kau cemburu kan daku. Jika rezeki ku di Gemencheh sudah tiba, aku redha. Aku juga berharap kau redha dengan ku. Kerana aku sudah lama menginginkan keluarga seperti mu. Berada di sisi suami seperti mu. Mempunyai anak-anak seperti mu. Mempunyai pengalaman alahan, bersalin dan letih melayan kerenah anak-anak. Aku kira ia sangat lengkap dan menenangkan jiwa. Tapi mungkin rezeki ku lambat. Walaupun begitu, aku pasrah dan redha dengan segalanya.

Penanti ku, kesabaran yang aku hulurkan, akhirnya Allah tamatkannya.
Aku sangat berharap, kau ada di sisi aku tatkala aku tidak tahu, apakah yang perlu aku buat time alahan begini. Aku juga berharap aku boleh bertanya itu ini kepada mu tentang pengalaman masa lalu mu. Aku berharap tatkala aku lembik kerana seharian muntah, kau boleh memberi tips yang berguna pada ku. Aku sangat berharap kita boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama.

Rezeki yang Allah tetapkan semuanya mengandungi hikmah.
Aku percaya, rezeki yang Allah tetapkan pada kita amat luas. Walaupun kau berada di perantauan, aku yakin, Allah akan mengurniakan kelapangan hidup buat mu. Aku yakin, suatu hari nanti Allah akan membawa mu pulang ke semenanjung seperti mana Allah membawa ku pulang ke sisi suami ku di sini.

Sahabat.
Aku selalu mendoakan kamu, suamimu dan anak-anak mu yang cute miut itu dirahmati, dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Allah, selalu.

Semoga diri mu selalu ceria dan gembira dengan kerenah anak yang pelbagai ragam itu.

Salam sayang dari ku,
~Pinky~














Nota Pinky:
"Semasa jari ini mengetuk keypad sentuhan, hati ini bersendu hiba. Ditambah pula, pening dan terasa ingin muntah kerana baru sudah meminum air gula yang umpama sekilo gula itu. Aku mahu berehat disofa klinik sekejap. Menahan pening yang kian menggila. Oh. Sakit plak perut. Macam-macam rasa ni..Noktah."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS