Bibir menguntum senyum.
Sudah jatuh cinta dengan novel tulisan kakak Rose Harissa..
Ottoke.....
Novel cinta plak tu.. Adeh!
Nota Pinky;
"Sedikit sebanyak, rindu bertamu dihati buat suami tercinta.. Penangan novel cinta memang kuat.."
Jika kamu masuk ke ruang ini, hal yang wajib adalah SENYUM. Hal yang sunat ialah TERSENYUM.. Harus juga SENYUM. Diharamkan tidak SENYUM. Kerana SENYUM adalah sedekah yang mulia.
Bibir menguntum senyum.
Sudah jatuh cinta dengan novel tulisan kakak Rose Harissa..
Ottoke.....
Novel cinta plak tu.. Adeh!
Nota Pinky;
"Sedikit sebanyak, rindu bertamu dihati buat suami tercinta.. Penangan novel cinta memang kuat.."
Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia peringkat daerah, Sarawak.
Aku sebenarnya takdelah berapa nak muda untuk datang perhimpunan macam ni. Tapi disebabkn ramai yang salah faham, terpaksalah aku datang. Tersalah faham tentang aku yang katanya selalu muda. Senyum. Lebar ni. Sebab aku masih lagi dianggap muda oleh semua orang.(Oh. Ya. Aku sedang picit kepala. Bibir mengulum senyum. Perasan).
Sekarang. Aku rasa sangat Mengantuk. Program baru mula 5 minit. Weyh.5 minit kot. Mata juling sebentar. Haha.
Pandang kanan. Pandang kiri. Pandang depan. Tak boleh pandang belakang. Masih jugak Mengantuk. Yeah. Bersimpati pada diri sendiri. Sudahlah lapar. Tapi terpaksalah juga mendengar dengan penuh keghairahan.
Siaplah korang kalau berkempen. Sekarang jugak aku bangun dan keluar. Balik. Boleh?
Sekarang sedang berfikir.
Kenapa Perhimpunan begini perlu dibuat pada malam hari? Tidak cukup lagi kah disiang hari program yang ada?
Sedikit terasa terbeban. Walaupun takde orang kat rumah yang menunggu.
Nota Pinky;
"Sekarang, aku terasa tidak percayakan diri sendiri. Oh. Berharap Allah memudahkan segala urusan dan melembutkan hati semua orang. Aminnn."
Kamu tidak akan menyesal jika kamu istikarah.
Dan kamu takkan menyesal jika kamu mengadu segalanya pada Allah.
Aku tahu, Allah ada Di sisi ku selalu...
Ya Allah, mudahkanlah segala urusan ku. Semoga jalan yang kau beri ini adalah jalan yang terbaik buatku..
Nota Pinky;
"Menjaga orang tua yang terlantar sakit sangat mencabar. Tidak sesenang menjaga seorang baby. Itulah kata orang, ibu boleh menjaga 10 orang anak. Tapi anak.... Sambung sendirilah..."
Ada perkara yang bersarang di minda.
Harap cepatlah ia selesai. Insya ALLAH.
Nota Pinky :
"Keadaan rindu ini tidak membolehkan aku berfikir dengan waras. Yang hanya ada dalam otak ini adalah kamu. Kamu. Dan kamu. Tiada selain kamu. Hanya kamu. Cepatlah masa berlalu. 3 hari seperti 3 tahun.."
Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam sejahtera.
Pagi-pagi lagi, jam7 dah bertolak ke SMK Batu Lintang Untuk mengiringi pelajar untuk bertanding tilawah al-quran Dan syarahan agama.
Tunggu nak mulakan program, ya Allah..... Inilah janji melayu. Lain Kali, tolong berjanji dengan janji jepun yer. Tangan digenggam. Tanda geram.
Sekarang sedang menulis sambil berangan mahu tidur ngan lena. Menunggu buat aku mengantuk. Huhu.
Giliran tilawah al-Quran sudah dipastikan. Perempuan no 1. Dan lelaki no 6. Berharap pelajar buat yang terbaik. Kalah Dan menang adat pertandingan. Yang penting, pengalaman.
Chaiyok8.
Nota Pinky ;
"Tak tahu kenapa asyik mahu tidur. Mengantuk setiap masa. Tolonglah, Pinky.. Jangan jadi macam ni. Huhuhu."
Hanya mampu tersenyum dan berserah sambil mulut mengucapkan selawat tafrijiah.
Mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.
Benarlah.
Masa hadapan itu adalah rahsia Allah.
Kita tidak akan mengetahuinya sehingga kita menjalaninya sendiri.
Pesan bonda permaisuri.
"Berdoalah agar jalan yang diberi oleh Allah itu senang untuk dilalui. Kalau tidak solat hajat atau berdoa, itu namanya sombong dengan Allah plak."
Nasihat seorang ibu tak pernah lekang walaupun dia tahu anaknya adalah seorang ustazah. Senyum. Sambil mengucapkan Alhamdulillah. Kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami. Syukur.
Sudah penat sebenarnya bersoal jawab dengan hati tentang masa depan.
Masih jawapan yang sama. Meneka dan terus meneka. Ucapkan syabas untuk diri, kerana sampai ke hari ini masih bertahan.
Allahuakhbar.
Ujian bertimpa-timpa.
Allah, kuatkan semangat ku supaya terus tersenyum.
Usaha untuk tabah.
Berdoa kepada Allah supaya menghantar ketababahan dalam diri.
Tawakal atas segalanya.
Alfatihah.
Nota Pinky :
"Sakit pinggang. Pelik. Ni baru 8hb kot. CRK dari Allah lambat lagi tarikhnya. Miss J pun datang melawat ngan bertubi-tubi. Aku salah makan agaknya. Hm, body sensitif. Alhamdulillah. Syukur."
Allahu Akbar.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Termenung sorang-sorang. Akhirnya, Alhamdulillah, aku isi juga borang eg-tukar untuk sesi jun 2013.
Ya Allah.
Tolonglah aku. Tolonglah suamiku. Tolonglah kami berdua. Janganlah kau jauhkan kami lagi. Hati ini sangat tidak tertahan menahan peritnya perpisahan. Hati ini amat sukar menerima kesepian. Kau bukalah pintu rezeki kepada kami agar rezeki kami luas terbentang. Ya Allah, tolonglah Ya Allah. Aku merayu pada Mu..
Allah. Sebak rasa dada ni. Rasa ni bukan rasa yang baru ku telan. Tapi rasa yang telah menjangkau 1tahun. Setahun jugalah air mata ini selalu tumpah membasahi pipi. Setahun jugalah hati ini umpama tidak mencecah bumi. Hanya pada Allah saja ku luahkan segala yang terbuku. Aku tahu, Allah mendengar segalanya. Dan aku sangat-sangat berharap agar Allah memberikan aku kesempatan. Membuka pintu rezeki ku untuk berada di sisi suami ku. Sangat-sangat berharap.
Pengharapan ini jugalah membuatkan aku kuatkan diri. Tabahkan hati. Kentalkan semangat. Aku harap Allah akan memakbulkan satu permintaan ini daripada beribu-ribu permintaan ku yang lain.
Menyapu air ditubir mata.
Pejam.
Terkadang rasa bagai mahu giler jika ini berpanjangan. Tapi cepat ku ingat tujuan asal di sini. Allah, aku tidak minta rasa ini hilang. Tapi aku pohon pada Mu, agar aku dapat mengawal semua keadaan dan menguatkan hati untuk ku tempuh semua yang datang.
Aku sangat berharap agar Kau hantarkan kepada ku sebanyak mungkin kekuatan untuk aku berdiri dengan penuh tabah.
Allah.. Allah.. Allah..
Nota Pinky ;
"Air mata ini selalu tumpah sekarang. Aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif sekarang. Berilah aku ruang untuk mengadu segalanya pada Mu."
Gatal tangan. Gatal minda. Gatal hati. Gatal segalanya...
Rasa tak dapat nak berdiri dengan betul. Sebab.. Tiket Airasia sangatlah murah. RM29. Serious. Nak tergugur jantung aku ni..
Ottoke.........
Nota Pinky ;
"Suami cakap tengok tarikh yang mana patut... Pastu grab.. Dia ingat ni shopping ke apa.. Yup.. Jom shopping bersama air asia.. Kikiki."
Allah..
Eg-Tukar datang lagi. Tiap-tiap hari bukak laman eg-tukar, termenung.
Aku jadi pelik. Kenapa aku nak termenung. Isi jela kan?
Apa yang aku menungkan pun aku tak tahu. Hati ni, bagai mahu keluar. Berdebar-debar. Ntah apa yang aku takutkan pun aku tak tahu. Rasa nak ketawakan diri sendiri pun ada. Pelik-pelik-pelik.
Tempoh nya hanya sebulan.
Ya. Sebulan. Aku tekad. Tekad mengisinya demi en. Hati kesayangan kalbu. Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam dan berdoa agar rezeki Allah menyebelahi ku kali ni.
Kata bonda permaisuri.
Jangan terlalu berharap. Tapi pohon lah pada Allah selalu. Pohonlah semua nya akan berjalan lancar. Pohonlah pada Allah supaya rezeki menyebelahi kita.
Hati.
50-50.. Bukan. Ianya 60-40. Mungkin 70-30.
Semenjak eg-tukar keluar, jantung aku asyik bergerak laju. Dah macam jet roket dah. Tak tahu lah kenapa. Setiap malam memohon dengan penuh pengharapan. Mengharapkan Allah memberi jalan keluar untuk ku. InsyAllah. Amin ya Rabb..
Nota Pinky :
"Mendoakan dari jauh. Harap semuanya selamat dan ok-ok sahaja. InsyAllah. Amin."
Aku kat Kuching sekarang.