Semalam.
Adalah hari pertama bertugas selepas melaporkan diri ke sekolah pada 26hb Jan.
Pengetua.
Pandangan pertama aku adalah seorang yang sangat skemma. Seorang yang berprotokol jugak ku kira. Adab-adab sopan memang dititik beratkan. Fuhh.. Banyak kali jugak aku dengar di sound aje cikgu-cikgu yang buat salah dan itu semestinya termasuk aku sendiri.
Hari pertama masuk pun dah kena marah. Hari melaporkan diri juga tidak ketinggalan disembur olehnya.
Ingin ketawa kuat-kuat.
Pada pendapat aku, orang strict ni, biasanya baik hati..
Contohnya, dia menyuruh seorang ustaz yang bertugas di sini berpindah kerana sekolah ini tidak menyediakan subjek bahasa arab kepada pelajar.
Katanya, "rugi kalau belajar bahasa tapi tidak diajar kepada pelajar. Lama kelamaan bahasa yang ada di dalam diri kita akan hilang sedikit demi sedikit."
Kata-katanya ada benarnya. Rindu sangat saat mengajar di SAM 10 dulu.
Hari pertama.
Aku dah mengamuk dalam kelas tingkatan 2.
Alkisahnya, aku mengajar kat depan, dia boleh plak keluar masuk, keluar masuk dan pergi borak dengan kawan dia dari kelas lain kat pintu belakang kelas. Bila dilarang, dia dengan selambanya buat memek muka dan siap jelirkan lidah lagi.
Aduhai.
Mana tak mengamuk. Ingat ustazah tak boleh nak mengamuk ke? Aku ni, bukan main baik lagi mood. Aleh-aleh macam ni jadinya. Ish3.. Mengamuk sakan laa aku.
Hari ni, hari kedua.
Pagi-pagi dah rasa macam... nak lari je dari sekolah ni. Tapi hari ni baru perasan, yang sekolah ni semua cikgu bawak rotan. Huhu. Terasa macam nak bawak rotan jugak. Haha.
Sekolah yang besar.
Penat dan sangat penat. Kena panjat bangunan dan bangunan nya plak jauh-jauh jugak aku kira buat orang yang tak berapa nak sihat macam aku ni. Ketawa. Termengah-mengah jugak aku masuk kelas lepas panjat tangga-tangga bangunan kat sini. Teringat di SAM 10 dulu. Aku tidak susah-susah memanjat tangga yang tinggi untuk sampai ke kelas. Senyum kelat.
Alah, itu namanya senaman. Hilang lemak-lemak aku di tempat-tempat yang tertentu. Ketawa riang. Lalala~ Harap-harap.
Jam 1 tengah hari.
Dah terasa penat dan masa rehat di atas tilam empuk. Tapi masih ade kelas lagi jam 2 petang. Oh! Setiap hari ade kelas last. Tak suka betul. Haha.
Kesusahan dan kepayahan yang ditempuhi.
Itulah namanya menjadi guru. Semua ditempuhi untuk menyampaikan ilmu. Senyum. InsyAllah dianugerahkan pahala yang berlipat ganda dari Allah. :)
Nota Pinky ;
"1 minggu 25 masa, banyaknya.. Sudah tidak larat mengharunginya walaupun baru dua hari. Ketawa kuat-kuat. Ya Allah, kuatkan semangat ku.."