RSS

Sesi packing barang.

Ye. Lusa aku akan berangkat ke Sarawak secara paksa rela oleh KPM. Ketawa besar-besar.

Sesi mem'PACK'ing barang telah berjalan hari ni.
Secara paksa+rela aku memilih baju dan juga pakaian-pakaian yang aku rasa perlu untuk dibawa. Mungkin hanya 8 helai baju kurung. 2 helai tshirt. 2 helai blaus. 2 helai kain batik. (Eh, asal semua 2 helai ni? Haha. Obses no 2.) Towel dan barang keperluan lain. 20 kg diberi oleh pihak KPM tidak membenarkan aku mengangkut semua yang ade di rumah. Termasuk en. Hati. Haha. Kalau boleh, mahu saja membungkus suami ku itu dan curi-curi bawak ke Sarawak menemani aku setiap waktu. Tapi realiti itu pasti tidak membenarkannya. Kan? Gilakah aku sekarang?

Berhenti rehat sekejap.
Pinggang seperti mahu patah kerana menyusun terlalu banyak sijil-sijil yang aku pun tak tahu untuk apa di bawa banyak-banyak. Haha. Tapi hanya menurut perintah separuh sahaja. Masih nakal lagi walaupun sudah menerima surat lantikan sebagai seorang guru. Kekeke.
Eh, terasa macam baik sikit dari Asma yang hanya membawa 1 salinan sahaja. Aku buat 5 salinan apa. Hahaha. Ampunnnnnn, Asma.. Hahaha.

Oh. Tertinggal sijil nikah yang belum print lagi.
Alhamdulillah, sesi checking tidak sia-sia. =) Selepas menyiapkan semua ni, mahu berehat dengan happynya.. sebab dah sakit pinggang ku ini.. Sakit jugak telinga sebab orang dalam mentor ni nyanyi tak sedap langsung! Huh! Nasib bukan aku jadi juri. Kalau tak, habislah lingkup mentor. Haha.

Doa+Harapan.
Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin.





Nota Pinky ;
"Sedang memandang en. Hati yang khusyuk menonton Mentor. Hensem jugak suami ku ini.. Tak lama lagi wajah ini 3 bulan tak akan ku tatap. Huhu. Baik tatap lama-lama. Mata dah berair ni. Huwaaaaaaaaa..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Unknown said...

Sedih op..ha rasa kekgi ha dok sedor pelok abg arol kat epot huwaaaaaaaaaaaaaa~

piNky LuCiA said...

Peluk je laa.. Bukan haram pun. Peluk dan nangis puas2. Hok tu semestinya doh. Hahahaha. Rutin kang...

Unknown said...

hahhaha~ mlm mareng nangis dohh dlm pelukann awww~ best oo hahaa

Unknown said...

hahhaha~ mlm mareng nangis dohh dlm pelukann awww~ best oo hahaa