Sabtu. 16
Jun 2012.
Hari ke-5 di Bandar Kuching,
Sarawak.
Aku ke pasar di Bandar Satok. Di
sini banyak ikan, udang, kerang, sotong, ketam segar.. Semua besar-besar. Buah
pun besar-besar dan segar-segar. Harganya? Hmm, standard KL. Mungkin aku
tinggal di Bandar, jadi ia tidak semurah yang orang lain katakan.. Dan satu
perkara yang tak boleh dihindarkan ialah mulut aku tak berhenti menguap. Hm,
itu tandanya di sini semuanya tidak menarik perhatian aku. Bila shopping dan
menguap.. boringlah maksudnya tu.
Pergi pasar
pun boleh menguap. Pelik betul ngan perangai aku.
Ya. Tak
banyak tempat yang aku pergi. Hanya pergi ke pasar. Dan kembali ke rumah. Cuti
aku, aku habiskan di dalam bilik yang agak terbatas ruangnya sambil merenung
syiling. Dan memikirkan apakah hikmah Allah menghantar aku ke sini. Dan sambil
berfikir, apakah alasan yang kukuh untuk aku balik ke Semenanjung.
Bila ada
masa terluang saja aku akan isi dengan memikirkan en. Hati di semenanjung.
Beginilah aku menghabiskan masa selama seminggu di sini. Hari-hari akan datang
pula bagaimana? Pejam mata rapat-rapat. Pasti aku tidak tahu lagi apakah hikmah
yang tersembunyi aku di sini.
Ya Allah.
Tunjukkanlah hikmah Mu..
Nota Pinky
;
“Oh.
Terasa seperti mahu gila bila cuti di habiskan di dalam bilik yang ruangnya
agak terhad. Esok, sehari lagi aku bercuti sambil memandang syiling dan makan
maggi. Senyum kelat pandang diri sendiri. Dugaan.”
0 comments:
Post a Comment