Rabu. 13
Jun 2012.
Hari kedua
bertugas di SMK Bandar Kuching. Apa perbezaan di sini dan di semenanjung? Di
semenanjung ada en. Hati. Kat sini tidak ada siapa-siapa. Ada kaitan ke? Haha.
Perbezaan.
Tidak
banyak perbezaan di sini dan di semenanjung. Cuma di sini masuk mengajar jam
7am dan habis kelas pada 1.30pm. Tapi jam 6.10am aku dah bertolak ke sekolah
dan jam 6.20am aku dah terpacak di bilik guru. Wah! Dah jadi guru yang
berdedikasi aku kat sini. Satu peningkatan yang baik, kan? (Semua ku lakukan
kerana terpaksa. Jangan terpedaya dengan lakonan palsu itu. Haha.)
Keduanya, perbezaan yang ketara
adalah loghat percakapan.
Semasa di
Rembau dulu, aku dapat lagi memahami bahasa yang mereka tuturkan walaupun
berbeza loghat nya. Tapi, kat sini, 1 patah pun aku tak faham. Kekadang dah
dengar macam bahasa Cina + India plak. Tapi insyAllah. Itu boleh di pelajari.
Senyum untuk menyedapkan hati dan diri sendiri.
Ketiganya,
sampai sekarang aku tak boleh terima kenyataan lagi. Kat sini tak de roti!
Gardenia. Hi-5. Dan brand yang seangkatan dengannya, semua tidak wujud. Ketawa
besar-besar dalam hati. Biasanya, di sekolah atau sarapan di rumah bersama en.
Hati, menu pagi kami adalah roti gardenia. Bila kat sini tak de… Keciknya hati
aku ni…
Perbezaan
lain, aku tak tahu lagi. Sebab hari ni adalah hari kedua.. So tak banyak lagi
yang aku explore. Hmm, tapi ade 1 perkara yang aku pelik ngan diri sendiri. Aku
tidak se’excited’ di semenanjung untuk explore tempat-tempat di sini. Tak faham
dengan diri yang pelik. Biasanya tempat baru, panjang je kaki aku. Kali ini,
tidak… Adakah factor umur memainkan peranan penting juga? Ketawa. Mungkin.
Bercakap mengenai pelajar.
Pelajar,
aku kira sama ‘peel’nya dengan pelajar semasa aku bertugas di Rembau dulu.
Tidak ada banyak perbezaan. Mungkin di sini sedikit terkawal kerana aku mula
menunjukkan taring ke’bekeng’an aku yang sebenar.
Di Rembau
pula, aku hanyalah seorang guru yang penuh lemah lembut, penuh sabar, mesra dan
semua sifat-sifat yang baik ada pada ku. Mungkin tak de mood untuk marah-marah
sebab terlalu bahagia sebab dekat dengan en. Hati. Haha. Sekarang, semua tu
hilang. Tak de lagi garis senyuman mesra. (Kepala dan otak aku tiap-tiap hari
fikir mahu balik semenanjung. Itulah muka ku semakin berkerut dari hari ke
hari. Walaupun aku di sini baru 2 hari. Kakaka.)
Agaknya macam manalah aku mahu
menjalani hari-hari yang mendatang…
Tunggu dan
lihat jela…
Nota Pinky
;
“Harap
cepatlah bulan 9. Mahu isi eg Tukar dengan segera. Huwaa.. Mahu balik
semenanjung. Kalau boleh, sekarang! Haha.”
0 comments:
Post a Comment