RSS

Sayang, aku rindu kamu. Juga.


Khamis. 21 Jun 2012.

Hari ke-10 berjauhan dengan suami. (Perlu ke tulis? Haha. Macam aku sorang je ada suami!).
En. Hati sudah kedengaran terlalu kerap menyatakan rindunya pada ku. Sayang, sabarlah. Aku pun sedang menahan tangis di dada tika berjauhan begini. Jika ikutkan kehendak hati, mahu saja aku meraung-raung di sekolah, di rumah, di JPN Sarawak, di KPM pun mungkin. Hatta, di hadapan PM pun mungkin aku boleh meraung mahu pulang ke Negeri Sembilan. Tapi ini baru hari ke-10. Bertahanlah sampai aku dapat gaji dulu. Ketawa.

“Sayang, I rindu kat U. Sangat-sangat.” Mungkin hanya perkataan ini yang hanya mampu ku lafazkan. Sambil menahan sebak di dada.

Kata Dayah (seorang kawan, yang aku tidak pernah terfikir akan baik dengannya. Jahat tak ayat? Sorry Dayah). “KPM tak berhati perut sebab memisahkan pasangan suami isteri.”

Kata ustaz Wan Zailan, “Hati dan perut adalah 2 perkara yang berlainan. Sebab tu dia jadi macam tu.”

Kata aku dalam hati. “Aku hanya terpisah dengan suami sahaja. Tapi aku merasakan sangat berat untuk menanggung beban ini. Orang lain, terpisah dengan anak dan juga suami. Bagaimanakah rasa mereka? Mungkin aku tidak setabah mereka untuk mengharunginya. Di sebabkan itu, aku dipilih oleh Allah dengan masih tidak punyai zuriat sendiri. Alhamdulillah. Mungkin itu hikmahnya. Tabahlah wahai hati.” Air mata sedang bergenang di tubir mata dan mahu jatuh. Ohhhh! Menghembus nafas perlahan-lahan.

Inilah padahnya jika berada di dalam bilik berseorangan sambil merenung syiling yang tidak ada makna apa-apa. Ok. Mari kita fikir benda lain. Supaya kesedihan ini akan hilang segera. Sambil menunggu waktu berbuka.

Di sekolah tadi. Ade 2 orang guru bertanya tentang keselesaan aku menumpang di rumah sekarang.
Bercakap mengenai rumah dan keselesaan aku menumpang di rumah yang sedia ada ini, aku tidak pandai untuk komen lebih-lebih (Wah! Dah macam selebriti gitu jawapan aku).

Aku akui, jika mahu selesa, aku harus bertungkus lumus mencari rumah lain. Perlu bersusah payah bertanya sana dan sini. Tapi sudah menjadi lumrah perangai aku, adalah cepat berasa selesa di mana aku tinggal. Walaupun aku akui bilik ni sangat sempit dan ia boleh dikatakan stor untuk sebuah rumah. (Ayat BM apakah ini? Ah. Lantaklah.)

Tapi buat masa sekarang, aku hanya mahu berada di sini. Tidak mahu ke mana-mana lagi. Mungkin suatu masa nanti, aku akan keluar. Itu aku tidak janji. Aku sendiri tidak berupaya membaca angin sendiri. Tapi jika terasa mahu keluar, aku hentam je. Haha. Aku bukan hiraukan siapa-siapa. Tapi buat masa sekarang, biarlah aku di sini. Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan tidak memikirkan apa-apa yang menyesakkan otak.

Jika aku mahu keluar…

Kepada Asma, sudikah kamu menjadi rakan serumah ku? Kita sama-sama cari rumah lain yang lebih selesa untuk kita berdua diami. Dan sama-sama kita meniti bahagia di bumi Sarawak. (Haha. Dah macam ayat untuk melamar orang untuk di jadikan suri di hati plak. Adeh! Silap ayat kah aku?) Sila jawab dalam masa terdekat ye Asma. Hahaha. Paksa rela ni!

Aku rasa, Hilang sedikit sedih jika berdekatan dengan Asma. =)

Eh, Sudah dekat nak masuk waktu maghrib ni. Lain hari plak berceloteh meluahkan rasa yang terbuku. =)

Dalam hati, Kamu tetap yang satu, Sayang.
Selamat berbuka, Sayang..







Nota Pinky ;
“Ade 3 hari lagi puasa yang perlu diganti. Harap cepat habis menggantinya. Penat jugak ganti puasa kat sini. Sebab dalam kelas, 1 masa bersamaan 1 jam. Dan selama 1 jam aku berdiri dan menjerit. Kerana pelajar-pelajarnya semua bagus-bagus. Itu tak masuk dengan jadual aku yang 4 masa direct dan dengan itu, 4 jam lah aku akan bercakap tanpa henti dan berdiri tanpa duduk. Oh, Ya Allah. Tabahkan hati aku untuk mengharunginya di bulan puasa nanti. Amin.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

asma said...

owhhh..akak nk duk same ngn asma la ni ek.hek hek hek nti akak beli kete ye. :p

Unknown said...

Sabar ura...
Jangan layan sgt perasaan tu...
Ikutkan ha ni kalo layan memang rasa nok tolok jee...
Tapi ada baik buruknye apa dgn keputusan ni tp yg pasti kebaikan..yakin dgn apa yg kita ada sekrg..
Kalo boleh cuba buat sesuatu, keluar jejalan ke. Kenal bandar kuching ke, ke sana ke sini ke :)
Jgn terlalu memikirkan beban yg kite rasa...

Ha tahu ura kuat nak lalui semua ni..cube kite lihat org yg lagi sedih dr kite..insya-allah kita akan rasa lega sebab kita insan yg terpilih :)

Chill yaa~ Syg ura dr kejauhan...

p/s: maaf tak dpt nak kol hari2 kat ura kang madu ha maroh pulok hahhaahh~ eh eh ura sengeh laa :p

piNky LuCiA said...

asma.. memang laa nak duk ngan asma.. kalau duk sorg2 kat umah tu boleh giler tahu?

piNky LuCiA said...

ha..

semua orang suh ura kuar jalan2 dan ronda bandar kuching laa apa laa..

ura nak g ngan apa? jalan kaki? hehehe. rumah plak tak de pe2. tiap2 hari keje ura pegi ngajar. pastu balik umah duk hadap dinding dan syiling. macam mana ura tak fikirkan wan.. huhu.

lagi 1 ura tak de kawan yang boleh ajak kuar. cikgu kat umah ni plak suka memerap dalam bilik. ura ni macam nak giler dah duk sini.. huhu. harap kan ura kuatkan hati je. huhuhu..

Maria Firdz said...

slm nk menyibuk sikit di entry org.. hehe.. skdr pndpt... mmg betul.. kak ha dan kak ura sgt berbeza situasi.. sy dulu di tmpt ura.. mmg tension sbb kita jauh dr sesiapa.. hnya Allah yg dkt... tpi mmg kna kuat btul waktu.. akj ha untung juga sb b ada rezeki.. diberi kwn dan klurga angkt yg mmp kita tmpg so mmg xkn pk sgt bila kita x sndirian.. so jln kluar... cuba lh cari jln untuk kuar dr umh tu... n isi etukar bln 9 t... isi je.. dpt ke tak itu rzeki...sbb de je kwn my dpt tukr wpun x smp sethun ngjr... ats alsn ikut suami.. lau suami kje krajaan ada potensi ... tp lau lg satu cara.. suh hubby ikut kita.. mcm sy.. hubby sy yg ikut sy sbb mmg sy ssh nk dpt tkr phang.. mga kedua-dua shbt ni tabh gdpi dugaan yg mndtg...

piNky LuCiA said...

hehehe.. it's ok my..

hmm.. sy memang betul2 sebatang kara. tadi ade ustazah yang tggal kat sini cakap, sy kena banyak sabar dan kuat hati. sbb dia pun tahu situasi duk umah tu macam mana. huhu.

sy sdg cari umah yang sesuai. tengoklah dulu macam mana nnt.

etukar, sah3 laa sy nak isi. tak boleh duduk sini laa.. walaupun bandar. tak tahan.

ade jugak bincang ngan suami suh ikut sy. tapi emak dia sakit. kena strok. so susah sikit nak duk jauh2. mak dia plak macam2 ragam. jadi menybbkan susah laa dia nak ikut sy..

nak tak nak tggu bulan 9 ni laa.. harap ade rezeki dari Allah.

terima kasih my...