RSS

Happy Birthday, Sayang...


Khamis. 14 Jun 2012.

Happy Birthday, Sayang.
Semoga Sayang murah rezeki, dipanjangkan umur dan cepat dapat anak. =)
Semoga Sayang menjadi cikgu yang baik dan semoga kita cepat-cepat duk dekat. Amin Ya Rabb..
Biasanya, tiap-tiap tahu pasti sambut bersama. Tapi tahun ni… Berjauhan.. Pengalaman pertama. =S Pagi-pagi en. Hati dah call. Lepas hp di matikan, air mata aku mengalir. Tadi tak nak menangis. Lepas bercakap menghilangkan rindu baru nak nangis. Berlakon kuat laa katakan.

Terasa sekarang juga mahu pulang ke sisi en. Hati.
Mahu menangis di bahunya menghilangkan sebak rindu di dada. Mahu menyatakan bahawa hati ini tidak kuat lagi untuk berdiri di sini keseorangan. Dan air mata ini tidak lagi tegar untuk bergenang di tubir anak mata. Mahu saja ia mengalir memuaskan rasa yang ada di dalam jiwa.

Wah! Berpuitis bagai dah. Walaupun hari ni baru tempuh hari ke-3. Dah macam 3 bulan aku duk sini. Ish3. Memang rasa sangat lama. Tiap-tiap hari gambar en. Hati di tatap sayu. Rindunya aku padanya. Oh Tuhan.. Dugaan apakah ini? (Macam berat sangat je dugaan ni nak dibandingkan dengan orang lain. Haha.)


Sayang,
I tak pernah rasa seteruk ini. Rasa macam serabai + serabut + angau + ntah apa perasaan yang hadir pun tak tahu nak cerita. Inilah kali pertama I rasa macam nak giler bila I nak tatap muka u, tapi I tak dapat balik dan tatap u lama-lama. I rasa sangat down bila fikirkannya. I pernah cakap, I mungkin akan giler bila u tak de. Sekarang, memang dah rasa macam orang tak waras yang ada tengah-tengah hutan meraung sorang-sorang tak de orang dengar. I harap, I cepat boleh balik jumpa u. I love u, Sayang..


Subhanallah. Astagfirullahal ‘Azim.

Harap dapat menyabarkan diri dan menguatkan perasaan yang memang rasa macam nak menjerit tapi tersekat di kerongkong.







Nota Pinky ;
“Apakah hikmah Allah menghantar aku ke mari? Adakah Dia mahu aku mempelajari sesuatu bila aku berada di sini? Ya Allah, tunjukkanlah hikmah mu. Agar hati ini tidak terasa terlalu berat untuk memikul beban ini, Ya Allah…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: