Selesa. 12
Jun 2012. 0715am.
Sarawak
menggamit aku. Terasa dia melambai-lambai mesra sambil mengucapkan ‘Welcome to
Sarawak’. Oh! Pejam mata rapat-rapat. Seolah-olah, bila di buka aku mahukan ia
menjadi mimpi dan bukan reality.
Masa
memeluk en. Hati sudah sampai. Ku peluk dia dengan penuh erat dan terasa mahu
menangis di bahunya. Sepanjang perkahwinan ini, aku tidak pernah
meninggalkannya terlalu jauh. Paling lama pun 2 minggu. Ini bukan sekadar 2
minggu, Sayang. Ini 2 bulan. Tak dapat aku gambarkan perasaan ku kala ini. Ku
tahan juga air mata supaya tidak mengalir. Walaupun hakikatnya ia tetap
mengalir setitis dua. Oh! Nasib tak lencun dek terlalu deras air mata anak
manja ini.
Ya Allah.
Kuatkan
hati aku. Sungguh aku tidak berdaya untuk melawan dugaan ini. Aku sedang
bayangkan bagaimana rasanya berjauhan dengan suami. Dan rasa itu tidak lama
lagi akan aku alaminya sendiri.
Pengalaman 1st menaiki
flight.
Aku akui
memang aku sedikit jakun. Tapi aku naik dengan berhati-hati. Tidak mahu di
katakan seperti kera beroleh bunga nanti. Haha. Betul ke peribahasa ku ini?
Macam pelik je. Abaikan. Kerana aku bukanlah cikgu BM. Ngee~. Tidak ada apa
yang pelik sebenarnya. Tapi bila flight sudah mendarat dan anak kapal di
kehendaki turun, aku masih lagi terkial-kial membuka tali pinggang keselamatan.
Oh! Malunya.
Usikan Che Wan.
Bila tali
pinggang keselamatan tidak boleh dibuka, Ku tanya orang sebelah. Yang tidak
lain tidak bukan adalah chewan Jamhuri. HUH! Asik muka dia saja yang aku jumpa.
Sudah 4 tahun setiap masa aku akan terkena dengannya. Haha. Biasalah. Angka
giliran ku 22. Dia plak 23. Sesuai sangat laa tu. Dia mengusik untuk
meninggalkan aku di situ. Tidak mahu memberitahu ku bagaimanakah cara yang
betul untuk membukanya. (Mahu disepak kau Chewan?) Haha. Akhirnya aku pasrah.
Aku bertanya seorang lagi guru baru yang sama dipostingkan sama ku. Jawabnya
lembut ; “Angkat ke atas.”
Ketawa kuat-kuat dalam hati.
Buat malu
orang kampong je aku ni. Nampak sangat jakun. Hahaha. Biarlah. Ia satu
pengalaman yang sangat mahal. Kakaka. (Mahal laa wey! Kau ada tak boleh bukak
tali pinggang? Kau tak de. ;p )
Jam 1030am.
Ade nama terpampang sewaktu keluar
dari airport. “NAMAKU”.
Oh!
Terujanya. Macam dalam TV plak. Hahaha. Macam orang besar-besar gitu. Satu lagi
perkara jakun yang aku lalui. Tapi ku sorak kejakunan itu di alur muka yang
cute ini sambil tersenyum mengatakan itulah nama ku.
Jam 1037am.
Taaadaaaa..
Dah sampai ke sekolah. Hahaha. Airport 7 minit dari sekolah. Biar betul…… Kata
pengetua, “kamu perlu sembelih kerbau dan buat makan besar. Sebab kamu dapat
posting di Bandar.” Aku dengan muka confused tersengih sambil berfikir, “kenapa
kerbau, bukan lembu?”. Abaikan. Haha.
Hari pertama di sekolah.
Dapat buku
rekod dan juga jadual. Awalnya. Okla tu. Memang kedatangan aku di alu-alukan
laa tu. Sampai sini, semua dah tersedia. Perasan! Biarlah. Itu yang aku rasakan
sekarang. Kau tak rasa, sila diam!
Tak sabar nak tunggu esok.
Apa yang
aku akan selesaikan nanti.
Nota Pinky
;
”Ini apa
yang aku rasa. Bandar Kuching, tidak seteruk yang digambarkan oleh orang-orang
lain. Bandarnya ku umpamakan seperti besar sedikit dari Bandar Bangi atau
Bandar Kajang. Bolehlah mahu hidup. Tapi yang mengecewakan adalah, disini tidak
ada roti Gardenia. Pihak Gardenia sila hantar roti ke sini banyak sikit yer!
Ini adalah arahan. Hahaha.”
0 comments:
Post a Comment