RSS

Genap 1 minggu.


Selasa. 19 Jun 2012. 

Genap 1 minggu.
Ya. Hari ni genap 1 minggu aku berada di sini. Oh. Terasa sangat lama. Tadi, aku sedang menghitung hari bila en. Hati bercakap tentang tiket dari KL ke Kuching. Katanya mahu melawat aku yang berada di kejauhan sambil meninjau kawasan sekitar. Hehe. Hati berbunga riang. Hmm, Rupanya baru 1 minggu berada di sini. Terasa seperti sudah berkurun lamanya tidak berjumpa en. Hati yang sangat dirindui. (Mengada-ngada. Kan?)

Keadaan pelajar selama seminggu berada di sini.
Pendapat aku, ia agak terkawal. Boleh di bawa berbincang dan boleh mengikut kata seorang guru. Cuma ada beberapa orang pelajar yang selalu menyakitkan hati aku. Yang aku kira, terasa mahu saja di hempuk dengan batang penyapu. Atau diterajang hingga ke dinding (dalam bahasa kasar. Jika itu di benarkan. Tapi sayang…). Mahu diberi motivasi dan kaunseling saja (bahasa sopannya pula). Ketawa dalam hati sorang-sorang.

Kata Suhaili (kawan yang sama posting).
Dia sudah mendapat surat dari Kuching mengatakan ada taklimat di PPD Kuching. Tapi hairan, orang yang berada di Bandar Kuching tak tahu apa-apa lagi. Ish3. Pelik + Ajaib betul. Tunggu dan lihat. Sebenarnya, berasa tidak sabar juga untuk pergi ke taklimat, kerana di sana aku boleh jumpa kawan-kawan yang sama posting. Mahu bertanya khabar. =) (Agaknya, apa motif sebenar aku ni?)

Sekarang. Ade satu perkara yang membuatkan aku terfikir.
Mungkin ada seseorang yang menimbulkannya. Mungkin juga aku yang terlebih-lebih fikir.
15 masa = 15 jam dalam seminggu. Oh! Aku di kira sangat bertuah! Kerana guru baru kebiasaannya sangat banyak tugas yang akan diberikan padanya. Tapi berlainan pula dengan ku. Tugas ku sekarang hanya mengajar. Dan juga menghadiri apa-apa program yang perlu di hadiri oleh semua guru. Senyum. Alhamdulillah. Allah itu tahu kemampuan ku dan jika diberi lebih-lebih mungkin aku tidak dapat menunaikannya. Kan?

Dalam hati, mungkin ini hanyalah permulaan bagi ku. Siapa tahu, 2 3 minggu akan datang, kerja ku akan menimbun. Haha. Dan siapa tahu lebih hebat lagi daripada kawan-kawan yang ada sekarang. Tapi aku fikir, itu semuanya rezeki masing-masing. 

Aku di sini hanya buat yang aku mampu. Buat yang terhabis baik dengan kemampuan ku.

Tinjau meninjau setelah genap seminggu.
Tadi sempat ku tinjau kawan-kawan yang sama posting dengan ku di FB.
Ada yang gembira. Ada yang sedih mahu pulang ke semenanjung. Ada juga yang sudah terasa seperti berada di kampong halaman sendiri. Ku lihat, masing-masing punya masalah yang berbeza. Tidak terkecuali dengan ku. Mahu ketawa besar-besar sampai satu dunia dengar. Aku kira masalah ku paling kecil. Agaknya. Kerana aku hanya punya masalah hati. Hati yang mahu pulang ke negeri Sembilan. Hoho~~ Kerana merindui suami. (Oh! Topik utama yang aku perkatakan sejak seminggu ini. Sudah boring dengan topic ni, bukan? Ya. Diri sendiri juga sudah boring.)

Tapi, soal hati, susah untuk memperkatakannya. Biarlah ia terubat sendiri. =)

Aku rasa tidak terlewat untuk aku mengatakannya pada diri sendiri.
Selamat bertugas dan jadilah guru yang baik dan cemerlang. Semoga Allah memberkati usaha murni ku ini. Amin. (Kenapa baru sekarang nak ucapkan? Kerana, hati aku sudah terasa tenang dan boleh menerima kenyataan bahawa aku adalah guru tetap sekarang. Haha.)









Nota Pinky ;
Aku mahu cepat-cepat isi borang induksi. Mahu cepat-cepat dipanggil induksi. Mahu cepat-cepat disahkan jawatan. Dan mahu cepat-cepat balik Semenanjung untuk jumpa en. Hati. (Hahaha. Motif sebenar). Hanya nama en. Hati yang memenuhi ruang minda ku sekarang. Tidak dapat berfikir dengan waras berkenaan hal-hal lain. Macam teruk benor je bunyinya. Lalala~~”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: