RSS

Rutin kembali kepada asal.


Tempoh menyesuaikan perasaan dan diri.
Setelah genap 1 minggu berada di Sarawak, aku terasa seperti rutin ku kembali kepada asal. Ya. Kerja sebagai seorang guru berjalan seperti biasa. Lamanya aku ambil masa untuk merasa seperti sedia kala. Walaupun hakikatnya ia tidak laa sama 100% dengan semenanjung. Tapi boleh dikatakan hampir sama. Bagi aku, ya hamper sama 60%. Kembali ke topic asal.

Tarik nafas dalam-dalam. Ya. Aku hanya punya rehat 2 minggu sahaja, sama macam budak sekolah. Dan sambung mengajar. Macam mengeluh je bunyinya? Tak. Ia hanya suara hati aku yang sentiasa banyak kerja dari dulu. Ok. Jom memujuk hati. At-least ada jugak cuti sekolah. Kalau tak, aku mesti termengah-mengah nak buat persiapan ke sekolah baru. Ya tak?

Soalan dari pelajar.
“Kenapa ustazah tak cakap nak pindah?” Tidak mampu aku jawab. Dan aku tidak pasti, sama ada soalan itu ada jawapannya atau tidak. Hembus nafas kuat-kuat.

Ya. Aku mengaku, sampai sekarang aku masih memikirkan jawapannya. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu mengapa aku perlu begitu. Kenapa aku tidak memberitahu pelajar bahawa tempoh masa untuk aku berada di sekolah akan tamat. Status aku hanya guru sementara, bukan guru tetap. Bukankah itu menyenangkan aku kelak?

Hmm.. Aku sebenarnya, tidak tahu kenapa aku perlu begitu. Haha. Senyum kelat. Dulu, semasa praktikal, perkara seperti ini juga berlaku. Sebelum aku masuk ke dunia pendidikan sebenar, begitu juga. Aku tidak pandai untuk menyatakan bahawa aku akan meninggalkan pelajar-pelajar ku, bila aku sudah selesa bersama mereka. Mungkin perasaan sayang dan tidak sanggup mengucapkan selamat tinggal yang menebal membuatkan lidah ku kelu. Dan sampai sekarang, aku masih di hujani dengan soalan-soalan yang aku tidak tahu apakah jawapan yang harus aku berikan.

Cuma kata maaf di dalam hati aku lafaz secara diam. Tidak punya kekuatan untuk melafazkannya di hadapan semua pelajar.

Perasaan rindu.
Tipulah aku jika aku menyatakan tidak dalam merindui pelajar-pelajar yang selalu membuatkan aku pening. Ya. Aku tidak menafikan bahawa aku merindui mereka. Tapi, aku tidak punya kuasa untuk menetap di sana dan menemani mereka sehingga habis tahun.

Aku harap, mereka akan Berjaya seperti mana aku Berjaya. Hanya itu doaku dari jauh.

Mengintai pelajar dari Sarawak.
Ketawa sopan. Ya. Aku mengaku, aku masih lagi membelek FB pelajar-pelajar yang saban hari meng’update’ status mereka. Cuma tidak meninggalkan comment seperti biasa. Masih tidak tahu apa yang ingin di ucapkan. Dalam erti kata lain, masih terasa kekok selepas meninggalkan mereka tanpa sepatah kata. Ketawa kuat-kuat. Siapa suruh kamu bersikap begitu? Kan sudah hilang topic untuk diperkatakan. Tak pe. Mungkin kami perlukan masa yang lebih sedikit untuk kembali seperti asal. Siapa tahu, kan?

Pelajar baru di Bandar Kuching, Sarawak.
Aku tidak berminat untuk beramah mesra dengan pelajar di sini. Ntah kenapa. Bukan pelajar di sini tidak baik, tidak bagus. Cuma hati ku lebih banyak di semenanjung.

Ada seorang pelajar bertanya, adakah aku seorang guru yang garang?
Ya. Aku sangat garang. Tapi kekadang, pelajar di sini tidak menghiraukannya. Mungkin kerana mereka pun sudah sama saiz dengan ku. Terasa sekali ingin membawa rotan dan merotan mereka sampai berbekas. Tapi apakan daya… di sini tidak membenarkan aku berbuat begitu.

Tak pe. Aku sebagai seorang guru, pasti ada jalan penyelesaiannya. Nantilah aku fikirkannya nanti. Malas mahu fikir banyak-banyak perkara yang menyakitkan hati. Nanti hilang awet muda ku ini. Kikiki~~

Jom cerita perihal awet muda.
Ku pandang muka depan cermin. Mengukur muka yang cute.
Semakin hari, semakin aku lihat perubahan di mata ku ini. Lebam semacam je. Adakah ini di sebabkan terlebih tidur. Atau terlebih rehat. Atau terlebih fikirkan orang yang di semenanjung? Oh! Tidak boleh jadi ni. Nanti hilang lah awet muda ku.

Lagi satu, sekarang aku jarang tersenyum. Aku pun naik pelik dengan perubahan diri. Kalau dulu, 68 jam tersenyum+sengeh je. Sekarang sekuntum senyuman sehari pun susah. Aissshhh.. jap mahu berfikir sejenak.

Oh ya! Mungkin matahari ku berada jauh di semenanjung. Matahari yang selalu menyinari hidup ku saban hari sudah berada tersangat jauh. Ya. Itu aku pasti. Sangat pasti.

Untuk mengekalkan awet muda, nampaknya aku terpaksa mencari jalan bagaimana aku dapat berada berhampiran matahari ku itu.Sedang menongkat dagu berfikir. Oh! Jom giat berfikir bersama-sama, mulai sekarang.








Nota Pinky ;
“Teringat rutin bersama en. Hati. Jam 6 petang begini, biasanya kami akan makan petang. Agaknya apalah en. Hati tersayang buat petang ni? Rutin macam biasakah? Atau sedang bersenam menguruskan perut bersama pelajar. Oppss.. sorry, Sayang. Jangan marah. I love U laah Sayang walaupun I tahu U makin hensem sekarang. Senyum.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: