saat jari ku menari.. air mata ku juga tidak mahu berhenti.. sepantas jari ku menari.. adakah ini tandanya aku sangat manje..? sangat cepat tersentuh..? dan sangat cepat marah..? apa yang patut aku buat?
kata mak, aku sangat cepat melatah.. aku tak suka dengan diri aku sekarang. aku tak suka marah-marah. tak suka muka ku berkerut. tapi itu jugalah yang aku buat. aku tak tahu apa yang aku mahu. aku juga tak tahu sebenarnya apa yang perlu aku buat? serius, aku tak tahu.
air mata makin laju. jari pun makin pantas. otak makin ligat. aku fikir, aku tak buat salah. tapi aku dah buat salah besar.
melukakan hati seorang ibu, walaupun dia bukan ibu aku. ada orang menangis kerana aku. dan ada hati yang terguris kerana aku. dan jelas, air matanya mengalir, juga kerana aku. aku tak terniat untuk membuatnya menangis. aku tak terniat untuk membuat hatinya terguris. dan aku juga tak terniat untuk kurang ajar dengan orang yang lebih dewasa dari aku.
aku betul-betul mintak maaf. aku betul-betul tak sengaja. dan aku betul-betul tak sangka bahawa aku akan melukakan hati orang.. aku sangat mintak maaf. sangat-sangat mintak maaf.. tolong maafkan aku.. aku pohon..
serius, aku tak de niat. aku tak pandai nak meluahkan. tapi hati aku sakit dengan perbuatan sendiri. hati aku sangat kesal. hati aku sangat menusuk-nusuk. umpama ada sebatang jarum yang mencucuk hati ni. kekadang aku tak faham kenapa aku harus begini.. kekadang aku sendiri tak faham dengan diri sendiri.
yang aku tahu, menangis. dan saat menangis itu jari ku berjalan. sakitnya hati ni bila aku sedar aku melukakan hati orang. sakitnya lebih sakit dari putus cinta. sakitnya membuatkan aku tak berhenti dari menangis. air mata, berhentilah mengalir. diri, bertenanglah.
walaupun maaf sudah ku pohon, tapi aku tak puas hati. aku tak puas hati ngan diri sendiri.! kenapa aku perlu macam ni sekarang? kenapa aku perlu macam ni? aku benci pada diri sendiri. benci pada sikap aku. benci.
wahai diri, kenapa perlu kau macam ni? dulu, aku seorang yang baran. tapi ku kawal emosi ku. dan sedikit sebanyak, aku berjaya. tapi kini, kenapa ia kembali? kenapa aku tak boleh nak kawal baran tu? apa silap yang aku dah buat pada diri sendiri? apa yang aku lakukan pada diri sendiri? mahu merosakkan diri? mahu menjahanamkan diri? mahu apa aku pada diri sendiri? apa?
Ya Allah.. apakah benar aku tak mampu nak kawal diri sendiri? kekadang aku rasa, aku sangat lemah. aku tak kuat lagi nak berdepan dengan semua ni. Tunjukkanlah aku jalan, Ya Allah.. kerana segalanya sudah mendung dan aku tak nampak apa-apa..
serius, aku rebah. dan aku tidak kuat untuk bangun.
Dugaan.
6 years ago