RSS

dapatkah aku melaksanakannya?

tetiap minggu, tugasan berubah. dari yang susah, kepada makin susah dan makin mencabar. tahap kesabaran diperlukan untuk tetap di sini. dan semangat untuk berjuang juga perlu tinggi jika ingin berjaya. tak kira dalam apa jua bidang. semuanya memerlukan semangat yang berkobar-kobar.

minggu demi minggu, tugasan berganti. dan seorang demi seorang terpaksa tamatkan pembelajaran mereka kerana tidak layak untuk mengharungi cabaran yang di tetapkan dengan jayanya. di mana silap? bagi aku, mereka tak de kesilapan. cuma nasib dan takdir tak sebelahi mereka. dan yang paling penting, aku tahu, Imam Muda dah buat yang terbaik untuk diri sendiri.

jika pilihan Mudir itu tidak memuaskan hati kamu, kamu mesti bertanya diri sendiri. Adakah aku sudah mencuba yang terbaik untuk diri sendiri?

hmm, macam aku plak Imam Muda Unggul yang Malaysia cari. haha. tapi sebagai writer, aku kenal seorang demi seorang perangai mereka. cuma mungkin aku tak mendalami saje. lagipun malas nak mendalami.

pilihan aku untuk menandatangani kontrak untuk menjadi salah seorang writer Imam Muda kekadang ku rasa sangat bertuah. tapi bila penat dan kena buli, aku rasa, macam nak cepat-cepat menghabiskan program ini. mana tak nya, terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan kerja.

tapi yang aku peliknya ialah... berat badan aku naik. dari 43kg ke 48kg.. penat sampai tak sempat nak makan pun badan naik? hahaha. (penat sampai terlebih makan kot.! Lalalala..~)

opssss.. terlupa topik asal.. (ish3.. geleng-gelengkan kepala sendiri.) praktikal minggu ni, kami semua terpaksa berdepan dengan warga emas plak. bukan setakat Imam Muda je yang berjumpa ngan warga emas, writer dia pun sama. cuma kami lebih banyak mendengar dari bercakap.

perkara paling aku suka, semua warga emas kat sana sangat cute. perangai pun cute. macam budak-budak. ade yang suka main air. ade yang degil. ade yang suka gelak. adoii.. pening jugak aku tengok.. macam pening tengok budak-budak laa.. tapi sangat terhibur..

1 perkara yang aku terfikir, dapatkah aku jaga emak & ayah ku saat dia orang tua, melayan kerenah mereka, memenuhi keinginan mereka & membuatkan mereka merasa bahagia & bangga kerana mempunyai anak seperti aku.

tugasan yang sangat berat untuk aku pikul sebagai seorang anak. dan aku harap, aku tak kan jadikan mak dan ayah aku macam warga emas kat sini. kalau mereka boleh jaga aku, apa salahnya aku jaga mereka waktu mereka memerlukan seseorang untuk menjadi tempat perlindungan mereka.

kerana hanya sebab mereka kita di dunia yang sangat indah ini. dan kerana kasih sayang mereka juga kita berada di tahap ini. dan hanya kerana belas ihsan mereka jugalah kita dapat lagi menghirup udara yang sangat nyaman..

hmm, zaman sekarang macam-macam. ibu buang anak. anak buang ibu. bila laa dunia nak insaf?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS