RSS

makin complicated

jam dah pun menunjukkan angka 3.55am.. tapi mata aku masih jugak terkebil-kebil.. apa yang aku fikir pun, aku tak tahu. mungkin otak ku ligat memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. mungkin juga tak.

aku masih ingat kata mak, aku belum matang untuk menilai semua yang terjadi. mungkin sebab itu, sampai sekarang, mak masih bimbangkan aku. masih juga melayan aku umpama budak-budak kecil yang tak boleh tinggalkan maknya.

ye. memang aku akui aku manje. aku kuat nangis. tapi mak jugak kata yang aku sangat degil. hmm, kedegilan aku kekadang memakan diri sendiri. terasa menyesal kerana bersikap degil pun ada. tapi ia hanya 1 penyesalan yang tak terluah di bibir. kerana aku tidak pandai meluahkannya. tak pandai menyatakannya. dan aku juga tak pandai menyembunyikannya.

kekadang hidup ni, apa yang kita buat, kita kena tanggung. kata aku, kalau aku berani melangkah, aku mesti jaga langkah-langkah ku. dan pastikan ia nya tak tersasar. tapi aku tak nfikan. yang langkah ku sering kali tersasar. dan sebelum terlambat, aku sempat juga berpatah balik.

hmm.. biasalaa lumrah manusia. tak lari dari kesalahan. tapi yang menjadikannya lebih salah ialah mengulang kesalahan yang pernah kita buat.

aduhai. kekadang hidup ini sangat complicated. dan tak mampu nak jangka. tapi apa yang aku ketahui dan ingat ialah... walaupun se'complicated' mana pun hidup, ia ada kat tangan aku. aku yang memilih untuk ke kiri mahu pun ke kanan. kalau aku salah pilih, salah laa jalan yang aku lalui.

dan untuk aku pastikan jalan yang aku pilih betul, harus ku berada di landasan yang betul seperti mana yang Dia kehendaki..

dan aku harap, aku akan mendapat petunjuk itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS