RSS

rantai berloket A, pemberian siapa?


bila dah ade kat rumah sorang-sorang, tangan aku pun tak boleh nak duduk diam. mula laa nak men'camek' sesuatu dan barang-barang yang ada kat bilik. macam-macam yang aku pegang. buka dan tengok. al maklumlaa, bukan ade orang pun kat rumah yang nak dibualkan. memang laa macam ni kalau boring..

aku terpandang sekali lagi rantai silver berloketkan huruf A. may be sempena nama ku, Azura. sesuai. dan masih tersimpan rapi di tempat simpanannya. tapi seperti 6 bulan yang lalu. aku tetap tertanya-tanya. siapakah si pemberinya? adakah aku sudah mengucapkan terima kasih atas pemberiannya? aku memang langsung tak punya memori tentang si pemberi. kesian dia.

tapi memori ku masih kuat tentng hadiah rantai ni diberikan pada ku pada hari kelahiran ku. puas ku perah otak ku. tapi dia tak jugak ingat-ingat. puas aku paksa diri untuk mengingat. tapi makin lama aku memaksa untuk ingat, makin tak ingat ada lah. dan aku sekali lagi, mengulangi perkara 6 bulan yang lalu. iaitu menyimpannya kembali ke tempat simpanannya dan membiarkannya di situ. mungkin suatu hari nanti, aku akan ingat siapa pemberinya..

bukan aku tak nak berusaha untuk bertanya sesiapa. ku suara kan soalan ku padanya, sama ada dia pernah tak membelikan aku rantai. jawapannya; hampa. dia juga tertanya-tanya kenapa aku bertanya soalan sedemikian padanya. tapi ku diamkan saje. dan tak memberi jawapan yang jelas. aku juga bertanya kawan-kawan yang terdekat. juga jawapannya sama. menghampakan aku.

persoalannya sekarang, siapakah si pemberi rantai berloket A ini? masih tidak terjawab dan aku langsung tak mengingatinya.. sampai sekarang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS