hmm.. hari semakin kelam kabut. tambah-tambah lagi bila dah masuk kuliah ni. keje sambil belajar memang macam ni. harus aku tahu dan sedar dari awal. dan aku memang menerima risiko yang dah aku hadapi dan bakal aku hadapi.
hmm.. aku masih berkira-kira, sejak 1 bulan yang lalu. ku fikir, selepas habis Imam Muda ni, boleh laa aku berehat dan pencen buat sementara waktu dari bekerja. aku sebenarnya dah penat. penat ngan kerenah semua orang. penat ngan kerenah sendiri pun ada. kerenah sesama staff. kerenah bos. kerenah orang lain lagi. aku dah bosan.
bila hidup bermasyarakat, memang aku harus akui. aku harus berdepan dengan banyak situasi yang aku tak suka. banyak situasi yang tidak sejalan dengan ku. tapi aku jugak harus akur bahawa hidup memang macam ni. memang semua kemungkinan kita akan jumpa.. suka tak suka, itu belakang kira..
cuma bagi aku, hidup ni, tak perlu lah kita pertikaikan apa yang terjadi pada kita atau pada orang. sebab kalau kita kata kat orang, semua tu akan berbalik pada diri kita. lambat atau cepat, Allah saje yang tentukannya.. dan Allah itu maha Adil..
dan dengan kata Allah Maha Adil lah, aku tak usik tepi kain orang. aku tak bercerita tentang hal orang. kecuali dia memang dah sedia maklum mengganggu ketenteraman hidupku.
seperti kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam kelas Imam Muda.. Allah itu Maha Adil. kalau kita buat yang boleh menyakiti orang, Allah balas. hmm.. dalam erti kata lain.. means.. kalau kita tak buat orang terguris, terluka, Allah tak kan bagi kat kita yang bukan-bukan..
hmm, aku harap, aku dapat kawal mulut aku supaya jangan mengata orang. supaya jangan jaga tepi kain orang. supaya jangan melihat salah orang. sentiasa bersangka baik pada orang walaupun aku tahu sesuatu daripadanya.
sebab bersangka baik itu adalah sesuatu yang amat baik.. =)
Dugaan.
6 years ago