hmm, hari ahad, orang cuti. off day kata orang. tapi hari ni aku kena daftar kolej.. mula-mula berdoa jugak nak duduk bilik yang kat bawah-bawah je.. tapi last-last aku diberi bilik tingkat teratas.. adeh.. penat weyh.. dahlaa tinggi, aku plak tua dah ni...
hmm, seawal jam 416am Azhar, Nad, Tija dan Afiq telah menghantar aku ke kolej ku.. wah, terasa lama aku tidak menjejakkan kaki ku ke UM. wah.. baru je 2 bulan. bukan 2 tahun lagi. huhu. agak banyak perkara yang berubah. terutamanya warna bangunan. dan juga situasi kolej. tp aku tetap suka. buruk ke, baik ke.. aku tetap akan sukakan kolej ni..
walaupun penat, mengantuk tahap dewa dewi, sambil berdiri pun aku boleh tersengguk, time makan pun sama.. itu menunjukkan aku memang tahap dewa dewi mengantuknya.. tak pernah lagi aku sedemikian rupa. mana tak nya, aktiviti hari ini padat. penuh dan full. wah.. sama je maknanya tu.. (ko diam pinky!!! suka hati aku laa nak tulis apa pun.. lalalala~)
tapi hari ni, walaupun penat dan macam-macam lagi situasi yang aku lalui, aku tetap rasa aku ialah orang yang paling bahagia hari ni. hehe. segala yang terbuku, sudah ku luahkan. dan segala ketidakpuasan rasa hati ini, sudah ku hapuskan dan tiada setitik pun yang tertinggal. aku sangat lega..
betul laa kata orang, saat bahagia itu, kita yang ciptakan. bukan kita hanya mengharapkan kebahagiaan. jadi ciptalah kebahagiaan, nescaya kamu akan bahagia. hehe =)
macam-macam perkara yang kami bincangkan. dari yang kecik hingga yang besar. dari perkara yang main-main pada perkara yang serius.. semua jenis ada. walaupun mulanya agak bosan, tapi lama-kelamaan, kami dapat menerimanya dengan baik. begitu juga dia.
kami akhiri perbincangan dengan menaiki padle boat.. sama-sama kayuh. sama-sama ketawa dan menjerit. dan sama-sama gelakkan diri sendiri. sebab 2 2 perangai macam kartun. aduhailaa..
permandangan tasik bila kita berada di atas air sangat cantik. aku tak dapat nak tunjukkan. camera aku kong baterinya.. so kayuh jangan tak kayuh.. 1 tasik aku round. best. romantik. =)
pengajarannya; bila ada sesuatu perselisihan, cepat-cepat selesaikannya.. jangan tunggu lama-lama laa.. hehehe.. nanti meletup susah plak nanti.. ;p
Dugaan.
6 years ago