Mak call.. kata mak, Tokki sakit. Entah kenapa pun mak tak tahu. Tapi mak cakap biasalaa, orang tua berumur 75 tahun. Hai.. atuk aku tu asyik sakit je semenjak 2 menjak ni. Agak-agaknya sampai masanya ye tak. Wah.. mulut aku sangat jahat. Tapi aku sempat lagi menangguhkan kepulangan aku ke rumah. Entah, macam berat je nak balik rumah. Bagus tak jadi cucu macam aku ni? Aduhai.. tak baik betul..
Tapi esok kot aku balik rumah. Pagi Jumaat sampai laa.. lenguh jugak duduk atas bas selama 8 jam. Terpaksalaa.. itu aje pengangkutan yang ada sekarang. Hehe. So kena gunakan dengan sebaiknya laa.. jangan nak berlagak tak nak naik bas. Lagipun tak penat sikit nak memandu. Haha. Sebab dah ade pemandu dah. Lalala~ (terasa macam datin laa plak.. haha..)
Tiket dah beli dah pun. Esok pukul 9.30malam aku naik e-budaya. Sesiapa yang nak ikut aku balik makan buah kat kampong, jom… hehe.
Adik lelaki aku cakap aku ni cucu kesayangan atuk. Tapi betul ke? Hmm, aku no komen. Malas nak komen banyak-banyak tentang tokki & opah kesayangan aku tu.. lagi pun aku nak balik jenguk dia orang je laa… dah tua-tua ni mesti teringin jugak nak tengok orang yang lebih tua kan.. hehehe..
Jom balik kampong makan buah banyak-banyak.. hehe