berada di masjid wilayah umpama berada di mahligai. besar. indah. dan cantik sekali. tapi itu tetap juga tak menyamai dengan rumah emak dan ayah. hati tetap mahu balik ke rumah.
bila rindu, pasti aku akan menangis. nak-nak kalau mak sms tanya tak ingat kat dia ke.. alahai.. air mata cepat je turun. hmm, manjenya aku... kalau laa air mata ni setabah hati yang ada kat dalam, kan best.. =)
minggu demi minggu berlalu. dan berlalu. dan terus berlalu. 10 minggu bukan waktu yang lama ku rasa sekarang. tapi dulu, may be aku rasakan ia lambat dan masa seolah-olah tak nak bergerak. sekarang, sedar atau pun tak, dah masuk minggu ke lapan. dan hanya tinggal 2 minggu lagi. aku harap, aku akan dapat habiskannya dengan jaya.
sebab separuh impian aku sudah pun terlaksana. hasil penulisanku di lihat. dan kini masih ada lagi impian-impian yang ingin ku kejar. dan sering kali aku bertanya diri sendiri. mampukah aku mengejar apa yang aku kehendaki?
aku sering kali mahu dan inginkan semua orang sekeliling memahami. tapi ternyata, tak semua orang akan memahami. mungkin aku hanya boleh mengharap. tapi bukan 100% pengharapan itu. mungkin hanya 10%..
di masjid wilayah, aku banyak belajar. banyak belajar tentang kehidupan. banyak belajar tentang persahabatan. banyak belajar tentang perangai manusia. tapi, aku masih juga aku yang dulu. tak pernah berubah. agaknya bila aku nak berubah. aku pun tak tahu.
hmm, aku tak sabar nak tunggu minggu ke 10.. harap segalanya yang ada di minggu ke 10 berjalan dengan lancar.. =)